Saturday, May 26, 2012

Maya Karin Mahu Bercinta Lagi



Selepas bercerai dengan suaminya dua tahun lalu, Maya Karin kini sudah sedia untuk bercinta lagi.

Sejak bercerai dengan suaminya, Steven David Shorthose pada 16 Julai 2010, Maya Karin kini telah menempoh usia dua tahun hidup solo. Ramai yang beranggapan, pelakon, penyanyi dan model jelita ini, okay untuk hidup menyendiri. Oleh kerana peribadinya yang sederhana juga, tak ramai yang mahu bertanya tentang rasanya.

Namun Maya memang pernah memberitahu dia tidak pernah trauma terhadap instituisi perkahwinan dan tidak pernah memandang serong terhadap lelaki. Baginya apa yang berlaku adalah takdir yang harus dilalui dengan tabah.

Kini, selepas sekian lama khalayak terlupa tentang status dirinya yang solo, Maya baru-baru ini mengaku dia sudah bersedia untuk kembali bercinta.

Mengaku tahun 2012 jadual kerjanya kembali padat dan dia sedang menanti waktu untuk kembali masuk ke lokasi bersama sutradara Osman Ali, ujar Maya hatinya sudah terbuka untuk menerima cinta sejak Disember tahun lalu. Malangnya setiap kali berkesempatan keluar dengan seseorang, ia tergantung begtu sahaja kerana kesibukan diri dia sendiri.

"Sejak berpisah dengan suami, saya tidak pernah mempunyai kekasih. Tetapi saya mengaku ada keluar makan malam dengan beberapa lelaki. Namun oleh kerana kesibukan saya, selalunya selepas kami keluar makan, saya akan senyap begitu sahaja sebab sibuk kerja dan kadang-kadang baru teringat untuk menghubungi orang yang keluar dengan saya, beberapa minggu atau beberapa bulan selepas itu," ujar Maya.

Pun begitu, ujar Maya, dia bukan terdesak untuk mencari cinta. Dia cuma berasa alangkah baik jika hati yang sudah lama kosong diisi semula dengan ramuan cinta yang akan membuat diri setiap manusia lengkap. Pun,kata Maya lagi, dia tidak mahu terlalu memikirkan soal jodoh sehingga menganggu kelancaran kariernya.

"Walaupun saya mengaku sudah teringin bercinta semula, namun saya tak terdesak mencari jodoh. Saya percaya nanti ada jodoh buat saya," katanya lagi.

Ditanya tentang kriteria lelaki yang layak untuk kembali membuat dia terikat dengan cinta, ujar pelakon yang cukup popular dengan watak Izzah menerusi filem lakonannya, “Ombak Rindu” cukuplah jika lelaki tersebut punya jati diri, memahami karier saya, lasak dan sukakan cabaran.

"Jika dia tidak datang dari lapangan seni adalah lebih baik kerana sekurang-kurangnya otak saya berkembang terhadap topik perbualan yang lain," tambahnya lagi.

1 comment:

freekedah said...

Mayaaaa... i love uuuuu!!!