Monday, June 18, 2012

Khairy Jamaluddin - Tarik Sokongan Belia Bandar



Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) akan menggiatkan usaha untuk menarik sokongan dan keyakinan generasi muda di kawasan bandar supaya mereka dapat bersama-sama untuk menyokong setiap aspirasi kerajaan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, usaha menarik lebih ramai generasi muda di kawasan bandar untuk bersama-sama dengan BN adalah sebahagian daripada inisiatif untuk memastikan parti itu terus kekal memenangi pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, BN tidak mahu lagi menjadi jaguh kampung yang hanya popular dalam kalangan pengundi muda luar bandar tetapi gagal menarik sokongan mereka yang tinggal di kawasan bandar.

“Selama ini kawasan luar bandar cukup dikenali sebagai kubu kuat BN kerana sokongan mereka kepada BN sentiasa kuat tetapi kita juga mahu generasi muda di kawasan bandar turut sama memberi sokongan padu kepada BN.

“Ia penting kerana kita akan menuju ke arah negara maju yang lebih 70 peratus penduduknya tinggal di kawasan bandar dan sekiranya BN gagal mendapat sokongan mereka, ia akan memberi impak tidak baik kepada parti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pemuda PPP di Kelab Golf Kota Permai di sini sini hari ini.

Hadir sama ialah Presiden PPP, Datuk M. Kayveas; Timbalan Presiden PPP, Datuk Maglin De Cruz dan Ketua Pemuda PPP, Harridz Mohan dan Pengerusi Unit Pidato Pemuda BN, Lokman Noor Adam.

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, untuk menjayakan program itu, pihaknya telah melancarkan program BN Youth Volunteers (BNYV) baru-baru ini.

Melalui program itu, katanya, pelbagai aktiviti santai bagi menarik pengundi muda khususnya di kawasan bandar akan diadakan seperti pengedaran risalah penerangan mengenai dasar kerajaan di lokasi yang terdapat ramai orang muda seperti di pasar raya.

“BNYV adalah program sukarela dan ia melibatkan generasi muda yang berminat untuk bersama-sama membantu BN secara sukarela," katanya. -Utusan

No comments: