Thursday, August 9, 2012

BNY Cyber Team,Platform Baru Untuk Anak Muda Bersama BN - Khairy Jamaluddin


Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, YB Khairy Jamaluddin hari ini melancarkan satu lagi platform baru untuk anak muda yang bergiat aktif dengan media sosial iaitu BN Youth Cyber Team (BNYCT) di Aras 23 Dewan Sri Endon, Menara Dato Onn PWTC.

Dalam ucapannya Khairy berkata melalui penubuhan BNYCT ini ianya dapat wujudkan satu gelombang baru dari pihak Barisan Nasional dalam penyebaran maklumat serta fakta-fakta berkaitan dengan kerajaan kepada masyarakat Malaysia.

“Kita terima hakikat bahawa hari ini, kebanyakan daripada generasi muda walaupun masih lagi bergantung kepada media arus perdana, tetapi ada trend yang menunjukkan bahawa mereka juga mendapatkan maklumat mereka daripada sumber-sumber yang berkait rapat dengan media sosial.

Kita mestilah memastikan pendapat dan pandangan penyokong BN dan Pemuda BN, kita bagi bagi saluran yang mudah kepada mereka mewujudkan rangkaian atau ekosistem tersebut,” ujarnya di hadapan lebih 200 para tetamu yang terdiri dari penggiat-penggiat media sosial pelbagai bangsa.

Menurut Khairy lagi, dalam masa terdekat Pemuda BN tidak meletakkan apa-apa sasaran khusus melalui BNYCT tetapi beliau berharap agar ramai anak muda menyertai BNYCT kerana ianya berbeza daripada 'cybertroopers' seperti UMB. UMB yang ditubuhkan oleh Pemuda UMNO kerja mereka berperang khususnya dengan pihak pembangkang, berbeza dengan BNYCT yang lebih kepada memberikan pandangan, pendapat dan penyampaian maklumat tanpa terlibat dalam peperangan siber.

BNYCT dipengerusikan oleh Tun Faisal Ismail Aziz mensasarkan golongan muda yang bergiat aktif dengan media sosial, mereka yang memiliki bakat dalam bidang kreatif untuk bersama menyertai BNYCT seterusnya menyumbang segala idea, artikel, karya atau apa sahaja kebolehan yang dimiliki sama ada ianya berkaitan sukan, ekonomi, perundangan atau sebagainya.

Sumber: http://www.bnycyberteam.net

No comments: