Wednesday, September 5, 2012
Pijak Gambar PM: Gadis Rumah Urut Serah Diri
Seorang gadis berusia 19 tahun- salah seorang daripada 11 orang individu yang dikehendaki berhubung kelakuan biadap mereka semasa sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka pada Khamis malam lalu - hari ini menyerah diri kepada polis.
Gadis tersebut hadir ke satu balai polis di Johor Bahru hari ini dengan ditemai pemimpin DAP termasuk MP Bakri Er Teck Hwa dan timbalan pengerusi DAP negeri Norman Fernandez.
Beliau seterusnya ditahan polis dan akan dibawa ke balai polis Dang Wangi di Kuala Lumpur yang menyiasat kes tersebut.
Menurut Norman, beliau ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Beliau didakwa memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam perhimpunan Janji Demokrasi pada malam itu.
Sementara itu laporan bernama, Polis malam tadi membebaskan seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta yang ditahan petang semalam berhubung insiden menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, malam Khamis lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pelajar lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis.
"Kita dah ambil keterangan pelajar terbabit. Tuduh atau tidak terpulang kepada bukti dan undang-undang yang kita ada," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Chin Wahberkata polis kini menjejaki baki 10 lagi individu yang dikaitkan dengan insiden memijak dan membawa bendera 'baharu' Malaysia supaya tampil ke mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.
Dalam perkembangan sama katanya setakat hari ini polis menerima 172 laporan polis mengenai kejadian tersebut.
Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta perhimpunan itu yang membawa bendera 'baharu' Malaysia, memijak gambar pemimpin dan menunjuk punggung di khalayak ramai berdasarkan Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Sah betina ni pun memang disuruh Fuckatan Rakyat untuk berkelakuan tak senonuh. Kebalai polis pun di pimpin oleh babi babi DAPig
Interbiew habis-habisan latar belakang keluarga Amoi ini... mana tau keluarga bukan warganegara Msia atau pakai guna dokumen palsu..
Kalo sememangnya rakyat Msia, tak tergamak buat perkara jijik macam ni di hari Merdeka.
Nk trbelahak aku ktawa mmbaca dua komen di atas.Yg gmbr budak2 kencing gambar TGNA tu mcm mna?Yang dok serang masjid,konvoi dn ceramah PR tu mcm mna plk?Dn pemimpin UMNO ksana kmari menjaja video lucah tu mcm mna?Itu kot sifat Rakyat negara ini.Ini lh rupa ny klau biar kn BN memerintah trlalu lama,smpai fikiran penyokong mereka pun jd sengal.
Nak tergelak aku baca komen yg ketiga tu. Pi la buat laporan polis pasal insiden2 tu. ni asyik ketawa jer, mana polis nak buat siasatan. tau bebel jer.
Post a Comment