Friday, January 4, 2013

Rafizi Nak Jadi Diva Macam AA Pulak!!

Rakyat Malaysia sekali lagi dihidangkan dengan permainan wayang kulit pembangkang yang gemar mendedahkan dokumen sulit sebagai senjata politik kotor mereka.

Kali ini Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli muncul lagi sebagai watak hero parti itu untuk mengelirukan rakyat dengan 'pendedahan panas' seolah-olah beliaulah Julian Assange Malaysia!

Assange adalah seorang pengarang dari Australia yang juga merupakan pengasas laman web Wikipedia.

Beliau kini bersembunyi di bawah suaka politik dalam kedutaan Ecuador kerana takut di buru pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Eropah berhubung aktiviti beliau mendedahkan banyak dokumen sulit kerajaan terutamanya berkaitan pengintipan dan ketenteraan.

Mungkin Rafizi juga bercita-cita untuk mencapai status seperti Assange dan menyorok pula di dalam kedutaan Turki!

Terkini pemimpin muda kesayangan Anwar Ibrahim ini mendedahkan melalui kenyataan media isi kandungan beberapa dokumen serta invois berhubung pembelian barang kemas bernilai RM13 juta dari Hong Kong.

Kononnya, Rafizi mendakwa, invois tersebut adalah kepunyaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan barangan kemas tersebut adalah pemberian kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri.

Strategi yang dirancang oleh Rafizi mudah sahaja - kaitkan Perdana Menteri, isteri atau mana-mana pemimpin kerajaan dengan amalan rasuah, jenayah dan penyelewengan kuasa dengan menggunakan dokumen sulit, milik peribadi atau rasmi.

Tanpa mengesahkan samada dokumen yang didedahkan itu adalah sahih ataupun palsu, dan diperjelaskan dari mana sumbernya, rakyat terus diperbodohkan dengan rekaan cerita dan hikayat berunsur fitnah dan tohmahan pembangkang.

Dalam pendedahan terbaru, Deepak telahpun membuat penafian bahawa dokumen dalam tangan Rafizi bukan datang darinya.

Jadi persoalannya dari manakah Rafizi memperolehi dokumen-dokumen tersebut?
Dalam dunia digital dengan teknologi digital komputer yang canggih, semuanya boleh menjadi kenyataan.

Tidak mustahil mana-mana dokumen boleh dipalsukan menggunakan teknologi masa kini termasuk yang didakwa Rafizi sebagai kepunyaan Deepak.

Jikapun benar barang kemas tersebut dibeli oleh Deepak, kemungkinan ia adalah untuk ibu atau adik beradik perempuannya atau sebagai pelaburan malah boleh juga dibeli untuk Rafizi sekalipun!

Mengapa pula tanpa sebarang bukti kukuh, pembelian barang kemas itu disabitkan pula dengan isteri Perdana Menteri?

Apakah asas Rafizi untuk menuduh Datin Seri Rosmah menerima barangan kemas itu dari Deepak hanya berdasarkan beberapa invois yang diragukan keasliannya?

Terlebih dahulu pembangkang pernah menuduh isteri Perdana Menteri kononnya memiliki cincin berlian bernilai RM73 juta yang dibeli dari Amerika Syarikat.

Hanya berdasarkan cetakan dokumen yang kononnya di ambil dari skrin komputer pihak kastam, pembangkang terus mengaitkannya kepada Datin Seri Rosmah.

Akhirnya isu tersebut terkubur begitu sahaja kerana nyata apa yang dituduh adalah fitnah semata-mata dengan niat untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Begitu juga pendedahan terdahulu seperti isu NFC, projek LRT Ampang, dan sistem kawalan trafik udara KLIA yang semuanya senyap dan tidak bersuara lagi apabila pihak kerajaan atau agensi yang dituduh melakukan penyelewengan memberi penjelasan dan kenyataan sebenar.

Namun kedudukan pembangkang seolah-olahnya melebihi undang-undang negara dan mereka mampu membuat fitnah serta dakwa dakwi tanpa sebarang rasa tanggungjawab malah dan terlepas lupa daripada tindakan.

Mereka tahu individu seperti isteri Perdana Menteri atau Perdana Menteri sendiri tidak berpeluang menjawab segala tuduhan dan dakwaan palsu yang dilempar terhadap mereka.

Oleh kerana itu pembangkang bermaharajalela memyebar sebanyak mungkin fitnah dan berita palsu mengenai pemimpin kerajaan untuk mengaburi mata rakyat demi kepentingan politik mereka.

Pilihan Raya Umum ke-13 semakin dekat dan gendang fitnah pembangkang pun semakin kuat dan rancak.

Disebabkan ketandusan isu konkrit untuk membuktikan kemampuan mereka untuik mentadbir negara, pembangkang kini tangkap muat apa sahaja isu yang boleh dieksploitasikan.

Tidak kira isu kecil atau besar, pembangkang sekarang sudah terdesak untuk menutup segala kepincangan mereka sendiri dan penipuan yang telah mereka lakukan selama ini.

Rakyat kini sudah bijak bestari membandingkan antara permata dan batu, dan tidak mungkin pembangkang boleh menggangap mereka mampu diperbodohkan selamanya.

Nota: Hahaha Rafizi tak payah lah nak ganti diva AA pulak... Buang karen jew!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

6 comments:

Anak Lenggong said...

Mangkok ni berani buat camtu sebab keluarga Dato Najib buat tak peduli dengan pendedahan nya so dia naik lemak..cuba buat serupa kes NFC..saman balik..dah tentu mangkok ni tak segalak ni..

Anonymous said...

Klau setakat lidah dgn gigi je nk menafi kn dakwaan Rafizi,tk pyah le.Hal cincin RM24 juta tu,tengok saja penafian DSRM.Utk pameran le,menyimpan dr kecil le dn mcm2 lg.Yg korang2 mati2an mempertahan kn ny,tuan pny badan bg alasan yg tk masuk akal.

Anonymous said...

Anak Lenggong, kesian kat ko, sampai bila nak jadi bodoh?

Berita dari gunung said...

Sdr Rafizi.., nak tenguk resit pajakan/jualan 10,000 ekar hutan balak?

latifah said...

Brojinggo ni pulak nak buat analisa atau pun nak mempertahankan pihak yg didakwa? apa pun tahniah kpda rafizi krn beliau berani, bukan setakat tulis blog tanpa identiti..tak malu ker?

Anonymous said...

Entah apa kerja simamat sekur ni... asyik-asyik nak cetuskan berita sensasi. Bukan betul pun. Rafizi ni memang celaka!!