Saturday, March 30, 2013
#SavePenang - Undi 2000 Pun Tak Boleh Nak Kira, Bagaimana DAP Hendak Mengira Jumlah Berbilion?
DAP adalah parti yang tidak berkebolehan. Noktah.
Tajuk dan kenyataan di atas adalah lengkap dan padat. Tetapi, dengan hanya menulis sedemikian, mungkin puak-puak DAP tidak akan dapat memahami maksudnya.
Maksud yang perlu difahami di sini ialah, seseorang itu semestinya bersikap rasis tegar, tidak rasional dan tidak waras untuk menyokong sebuah parti yang tidak mampu mengira undi yang tidak sampai 2000 pun, dalam pemilihan jawatankuasa pusat mereka yang lalu. Dan sekiranya parti itu tidak mampu mengira walaupun sebanyak 2000, bagaimana kita boleh mengharapkan mereka mampu mengira sehingga berjuta atau berbilion ringgit? Jika mereka tidak tahu mengira, bagaimana kita boleh memberi mandat untuk mereka menerajui negeri, apatah lagi negara?
Oleh kerana DAP tidak berkebolehan, maka kos untuk pembinaan terowong mega yang diumumkan pada jumlah RM4.08 billion pada tahun 2011, kini menunjukkan jumlah RM6.3 billion pula. Nampaknya, segala cakap-cakap besar Lim Guan Eng tentang amalan tender terbuka yang mampu menurunkan kos dari jumlah asal RM8 billion, adalah tidak bermakna sama sekali.
Mengimbas pemilihan CEC, DAP memberi alasan bahawa komputer telah mengsabotaj mereka sehingga beberapa ratus dari undi telah hilang. Dan dalam mega projek ini, komputer dikatakan bermain silap mata pula dengan DAP sehingga menyebabkan pertambahan RM2.25 billion dari kos asal.
Jika ini bukan masalah tidak cekap matematik, maka ia tentulah masalah tidak cekap komputer.
Ini kerana DAP tidak seharusnya ‘tersalah taip’ kerana mereka sepatutnya tidak perlu pun menaip jumlah tersebut. Jumlah itu akan dikira secara automatik oleh computer. Jika mereka enggan menunjukkan keseluruhan jalan pengiraan di dalam ‘worksheet’ computer itu, maka ‘manusia’ hanya perlu memetik jumlah yang telah dikira secara automatik tersebut dan mengisikannya di dalam kertaskerja, kenyataan atau pembentangan yang perlu. Itu saja.
Susah sangatkah untuk memetik dan menyalin semula jumlah tersebut?
Jika benar ia merupakan masalah tersalah taip, maka mungkinkah nama-nama seperti ‘Annie and Party’, ‘Pinny’, ‘Davy’, ‘Jimmy’ dan ‘Terry’ yang muncul dalam kertaskerja mengenai projek tersebut yang telah didedahkan sebelum ini juga sebenarnya tersalah-taip?
Selama ini DAP sering menuduh UMNO sebagai ketinggalan, Melayu lembab, bodoh dan malas tetapi akhirnya terbukti DAP lebih teruk lagi, malah bengap. Namun, sekurang-kurangnya kita tidak perlu mendengar alasan yang memualkan dari mereka iaitu segala kesilapan adalah berpunca dari UMNO.
Untuk rekod, Melayu UMNO yang dikatakan lembab, bodoh, malas dan rasis oleh DAP inilah yang menerajui negara tanpa melakukan kesilapan bodoh sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng itu. Mungkin Guan Eng tidak menyedari bahawa UMNO yang sama juga yang membawa Malaysia ke tahap hari ini di mana kaum Cina dan lain-lain, bebas merebut peluang sehingga menjadi taukeh besar.
Guan Eng tidak pula merasa malu atas kesilapan ini, tetapi sebaliknya memanggil mereka yang menunjukkan kesilapannya sebagai tidak professional. Oleh itu, penulis tertanya-tanya apakah DAP juga mempunyai masalah dalam penguasaan bahasa.
Semakin jelas bahawa Lim Guan Eng bukanlah seorang yang bijak. Beliau wajar mengambil kursus komputer, mengulang pelajaran matematik atau akaun, serta memantapkan penguasaan bahasa sebelum bertanding dalam pilihanraya kali ini.
Guan Eng seharusnya tahu bahawa kesilapan membentangkan kos untuk sebuah projek mega yang mampu memberi kesan kepada pembayar cukai adalah tidak boleh diterima sama sekali. Perlu diingatkan bahawa Guan Eng bukannya mengurus sebuah kedai runcit kecil, tetapi sebuah negeri. Beliau bukan bercakap tentang belanjawan rumahtangga – duit poket anaknya atau wang dapur isterinya. Tetapi beliau bercakap tentang terowong mega yang kontroversi yang bernilai berbilion ringgit, kalaupun bukan berkenaan undi untuk memilih jawatankuasa yang akan membantunya menguruskan negeri.
Ini hanyalah beberapa kesilapan yang dapat kita dedahkan. Apakah agaknya yang akan kita jumpa jika meneliti secara terperinci angka-angka dalam pentadbiran Pulau Pinang. Dan apalah agaknya yang ‘tersalah taip’ atau ‘masalah komputer’ yang kita akan temui jika melakukan yang sama terhadap keseluruhan pentadbiran DAP.
Labels:
Lim Guan Eng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
BAru 4 tahun lebin memerintah Penang, rezab wang negeri terus bertambah. Bukan macam BN. Bagi peluang 50 tahun memerintah Penang, rezab wang negeri makin mengecut. Yang mengembang ialah perut pemimpin2 BN.
ha..ha..ha..
50 tahun BN memerintah apa yg orang2 melayu dapat.
Tanah......toksah nak harap la, kecuali buaya2 dan naga2 melayu saja yang bolot.
Rakyat brpendapatan rendah makin terpinggir....
INIlah kerja haram Jadah UMNO BN di Penang. Sekarang ni bila dah terdesak...nawa di hujung tanduk....barulah nak BERMUKA-MUKA konon nak bantu orang melayu di Penang. Tapi kerja semua macam Haram Jadah.
NOW...PENANG UNDER PAKATAN GOV. IS THE BEST COMPARED TO BN.
MORE CORRUPTIONS DURING BN LAST TIME AND THERE ARE NOT HONEST.
http://www.ismaweb.net/v4/2013/04/menjawab-fatwa-dr-zaharuddin/
kita kena keluar dan undi hanya untuk calon pilihanraya beragama islam. rujuk link di atas dan kita dapat jawaban yang bernas kenapa!
Post a Comment