Thursday, March 7, 2019

Pemuda UMNO Gesa Guan Eng Didakwa Di Bawah Akta Hasutan





6 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa kerjasama UMNO-PAS sebagai satu ‘isyarat perang’ terhadap orang Bukan Islam dan Bukan Melayu di Malaysia.



Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kenyataan dangkal ini amat merbahaya kerana boleh mencetuskan suasana tegang antara kaum dan mampu merangsang perlakuan tidak wajar di kalangan rakyat Malaysia berbilang agama dan kaum.



No comments: