Tuesday, April 7, 2020

Netizen kaitkan KP Kesihatan Dr Noor Hisham Iras ’Profesor Lupin. Harry Potter!






Iras “profesor Lupin, KP Kementerian Kesihatan Malaysia dikaitkan dengan watak filem Harry Potter.

Selepas dianggap wira negara oleh warga maya kerana usaha mengawal pandemik Covid-19, ketua pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini disamakan dengan karakter pelakon filem Harry Potter pula.



Raut wajah Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dikatakan seiras Profesor Remus Lupin, seorang tenaga pengajar di Sekolah Hogwarts lakonan David Thewlis.

“Kenapa setiap kali tengok Dr Noor Hisham ni buat saya teringat pada Remus Lupin,” kata Puteri Farhana menerusi ciapan di Twitternya.

Hantarannya itu turut disokong warga Twitter, kebanyakannya peminat filem francais yang melihat Noor Hisham saling tak tumpah seperti pelakon Inggeris itu.

Posting itu meraih sebanyak 3,400 tanda suka dan diulang kicau lebih 2,200 kali serta komen warganet yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Noor Hisham, ketua pengarah KKM sejak 2013 kini menjadi perhatian umum dan kemunculannya di kaca televisyen sering dinanti setiap hari bagi memaklumkan perkembangan semasa kes Covid-19 di Malaysia.

Minggu lalu beliau dilapor terpilih sebagai salah seorang daripada 74 saintis dunia dalam Gabungan Penyelidikan Klinikal Covid-19 untuk menentang pandemik di kawasan yang kekurangan sumber.

[Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon subscribe channel YouTube ini untuk mengikuti lebih banyak video menarik pada masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon like dan share sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.  


No comments: