Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh kekal sebagai Perdana Menteri sekiranya kembali menyertai UMNO.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, dengan cara itu, Bersatu dan UMNO tidak perlu lagi bersaing sesama sendiri pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Selagi duduk dalam parti berbeza, selagi itulah kita akan bersaing antara satu sama lain. Selagi itu tidak akan bersatu.
“UMNO parti yang sudah lama, Muhyiddin pun orang Melayu. Apa perlunya Bersatu? Masuklah UMNO, boleh jadi Perdana Menteri UMNO.
"Kita pelawa, marilah masuk UMNO, yang baik-baik mari masuk UMNO. Saya rasa orang Melayu UMNO boleh terima," katanya dipetik dalam satu wawancara bersama Malaysiakini.
Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata demikian ketika ditanya mengenai isu pengagihan kerusi dalam PRU15 nanti memandangkan UMNO dan Bersatu kini bekerjasama dalam Perikatan Nasional.
Pada masa sama, beberapa pemimpin kanan UMNO menegaskan bahawa mereka lebih berhasrat mengukuhkan kerjasama hanya dengan Muafakat Nasional yang dibentuk secara rasmi dengan Pas.
Isu itu lapor Malaysiakini, dihangatkan lagi dengan perkembangan semasa yang menyaksikan Bersatu Johor menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap beberapa isu di negeri tersebut, termasuk membabitkan pengagihan jawatan agensi dan syarikat berkaitan kerajaan.
Mengulas lanjut, Tajuddin berkata, kerjasama dalam Perikatan Nasional itu adalah berpaksikan kerjasama antara anggota Parlimen bagi membentuk kerajaan baharu dengan menyingkirkan DAP.
Kata beliau, UMNO dan Bersatu akan bertembung seperti sebelumnya pada PRU15 nanti jika tiada sebarang kerjasama kukuh kelak.
Menurutnya, kestabilan politik penting bagi memastikan kelangsungan sesebuah kerajaan dapat terus bertahan.
"Parti-parti dalam Perikatan Nasional kena berlaku adil, janganlah cuba melemahkan atau menjatuhkan antara satu parti dan satu parti lain sebab itulah UMNO bersuara dalam isu agihan portfolio kementerian yang dilihat tidak kena dengan jumlah kerusi yang dimiliki mereka,” katanya.
[ Follow Telegram https://t.me/BroJinggoChannel untuk ikuti video terkini terus ke telefon pintar anda! ]
Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon [SUBSCRIBE] Channel YouTube ini untuk mengikuti lebih banyak video menarik di masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon [LIKE] dan [SHARE] sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment