Friday, May 15, 2020

PUDU : POLIS BERKAS WARGA ASING CUBA LARI!





Seorang lelaki warga asing melarikan diri melalui pagar kawad duri di kawasan kawalan secara pentadbiran di Jalan Pasar Pudu, diberkas polis hari ini.

Lelaki berusia 30-an itu berlari masuk ke dalam sebuah pusat beli-belah melalui pintu masuk utama selepas mengelak pemeriksaan suhu badan oleh pengawal keselamatan pada jam 1.30 petang.

Salah seorang anggota polis yang turut berada di lokasi kejadian menyatakan lelaki itu cuba mengelak daripada menjalani saringan pemeriksaan koronavirus (Covid-19) yang dibuat oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tindakan lelaki itu melarikan diri dipercayai bimbang ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia selepas tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah serta menyalahgunakan pas lawatan sosial.

#Pudu 

Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon [SUBSCRIBE] serta tekan butang [Notification] untuk mengikuti lebih banyak video menarik di masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon [LIKE] dan [SHARE] sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.  

#BroJinggoChannel #BroJinggo #Malaysia2020 #BeritaSemasa #BeritaTerkini #BeritaMalaysia #BeritaSensasi #MY2020 #PolitikMalaysia

Youtube Channel : https://www.youtube.com/c/BroJinggo

No comments: