Tuesday, July 28, 2020

Najib dihukum penjara 12 tahun, denda RM210 juta



Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan guna kuasa terhadap Datuk Seri Najib Razak.


Bagi sabitan pecah amanah pula, hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan hukuman ke atas Najib ialah 10 tahun bagi setiap kesalahan.


Bagi kesalahan pengubahan wang haram, ahli parlimen Pekan berkenaan dihukum penjara 10 tahun bagi setiap kesalahan. Bagaimanapun tiada denda dikenakan bagi kesalahan berkenaan.


Semua hukuman penjara akan berjalan serentak.


Semasa mengemukakan rayuan, salah seorang peguam bela Najib, Harvinderjit Singh, memberitahu tertuduh tidak dapat membayar denda yang ditetapkan kerana sudah diarah mahkamah lain membayar RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.


Peguam itu juga merujuk kepada Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah yang membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan yang didakwanya pasti akan menyusul selepas ini. Seterusnya>>>

No comments: