Friday, August 14, 2020

Tiga lagi penguat kuasa MBSA direman – Lindung premis haram





Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiga lagi penguat kuasa direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Wira Abdul Halim bermula hari ini sehingga 19 Ogos depan.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 40 hingga 43 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM antara jam 1 hingga 2 petang semalam selepas hadir memberi keterangan.

Ini menjadikan tujuh orang penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kini ditahan berkaitan kes menerima suapan bagi melindungi perniagaan haram di Sungai Buloh. Baca lagi >>>

No comments: