Wednesday, March 3, 2021

Van Kilang dihempap Jejambat Lebuh Raya Runtuh! - Projek Lebuhraya Bertingkat SUKE


Jejambat projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Desa Tun Razak, di sini, runtuh selepas sebuah lori membawa jengkaut melanggar binaan terbabit, hari ini.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, akibat kemalangan itu, runtuhan binaan jatuh ke atas sebuah van kilang yang datang dari arah pusat bandar yang dinaiki antara empat atau lima orang.


Katanya, setakat ini, status mangsa belum diketahui.

No comments: