Wednesday, May 11, 2022

JANDA BAIK BANJIR LAGI - 2 JAM HUJAN LEBAT TENGGELAMKAN JANDA BAIK!


Penduduk di sekitar Janda Baik di sini dikejutkan dengan kejadian banjir kilat yang menenggelamkan hampir keseluruhan kawasan perkampungan dan peranginan awal pagi tadi.


Kejadian banjir bermula pada pukul 5.30 pagi itu susulan hujan lebat selama dua jam dan menjejaskan kira-kira 140 buah rumah di kawasan berkenaan.


Kejadian banjir kali ini menjejaskan semua kampung di kawasan tanah tinggi di Kampung Janda Baik, Kampung Cheringin, Kampung Sum Sum dan Kampung Chemperuh.


Kejadian kali kedua tahun ini itu dijangka membabitkan kerugian besar kerana turut menjejaskan banyak pusat peranginan dan chalet.


Terdapat chalet yang baharu sahaja bangkit beroperasi selepas terjejas banjir penghujung tahun lalu.


Penduduk Kampung Cheringgin, Ahmad Sabirin Abdul Rahim memberitahu, kejadian banjir kali ini antara yang terburuk di kawasan berkenaan.


Katanya, kebanyakan rumah penduduk ditenggelami air sehingga paras pinggang, namun mulai surut pada pukul 7 pagi.


No comments: