Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts
Friday, November 25, 2011
Laman Web 1Malaysia Di Gondam!
Lamanweb peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak www.1malaysia.com.my telah digodam awal pagi semalam dan sehingga kini masih dalam penyelenggaraan..
Penggodam meninggalkan nota yang mendakwa laman web tersebut digodam oleh "Tofan Batam". Batam adalah sebuah kepulauan Indonesia di selatan Singapura.
Penggodam turut meninggalkan gambar bendera Malaysia sedang dikencing atasnya oleh pihak tertentu.
Tindakan itu katanya tidak melibatkan kandungan penulisan atau bahan lain tetapi bersifat ‘defacement’ iaitu mengubah visual laman web berkenaan.
Kemahiran seperti itu biasanya dimiliki ‘system crackers’ yang akan menceroboh masuk ke pelayan web (server) dan mengubah rupa hadapan sesuatu laman web itu.
Kejadian itu dapat dikesan dengan pantas dan laman web 1Malaysia ditutup untuk sementara waktu.
Bagaimanapun pihak kerajaan tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak.
Friday, August 5, 2011
Awas! Hackers Kembali Akan Membuat Serangan 24 Okt!
Kumpulan penggodam "Anonymous", yang mendakwa bertanggungjawab menggodam laman web kerajaan pada bulan Jun lalu, kini kembali dengan mengancam untuk melancarkan serangan baru pada 24 Okt.
Matlamat masa ini yang didedahkan melalui klip video YouTube 5,25 minit adalah untuk melemahkan kempen 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada 24 Okt, Anonymous akan mengondam semua pelayan penguatkuasaan undang-undang dan mana-mana laman web yang menyokong konsep 1Malaysia, menurut kata mereka melalu dalam satu video you tube.
"Selagi Perdana Menteri masih memerintah, kita tidak akan berhenti dengan serangan ini. Video Ini adalah amaran sahaja anda. Selamat datang ke Red Oktober 'anda "," tambah video yang disiarkan oleh pengguna yang dikenali sebagai 1917comrade.
Tindakan ini boleh menggugat keamanan negara, jika mereka berjaya melakukan misi tersebut, rahsia kerajaan akan didedahkan.
Kerajaan harus memperketatkan kawalan security laman web 1Malaysia dan kali ini jangan lepaskan "Anonymous" pengkhianat tersebut !
Subscribe to:
Posts (Atom)