Tiada kata yang dapat menggambarkan kekesalan Ahmad Firdous Raisuddin yang pernah membuat dakwaan tidak berasas kepada petugas kesihatan yang telah bertungkus-lumus membantu membendung penularan COVID-19.
Bahkan, tindakannya sebelum ini yang secara terang-terangan antivaksin amat dikesalinya selepas diuji dengan wabak berkenaan.
Kekesalan dan kesedihan juga tentu sekali tambah berganda buat Ahmad Firdous, 40, apabila COVID-19 turut meragut nyawa adik kesayangannya, Allahyarham Siti Sarah.