Showing posts with label Amy Search. Show all posts
Showing posts with label Amy Search. Show all posts

Sunday, September 30, 2012

Ahli Politik, Artis Bersatu Di Malam Seni Mencintai Nabi Muhammad


Beberapa pemimpin politik, ahli akademik dan artis mendeklamasi puisi sempena Malam Seni Mencintai Nabi Muhammad SAW di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang di sini Sabtu malam.

Mereka ialah bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin dan personaliti televisyen Wardina Saffiyah.


Masing-Masing menyampaikan puisi, yang antara lain, menyentuh keperibadian dan sejarah perjuangan Nabi Muhammad dalam memartabatkan agama Islam.

Majlis itu diadakan bagi membantah penyiaran filem 'Innocence of Muslims' arahan Sam Bacile, yang jelas menghina Nabi Muhammad serta agama Islam, dan dihadiri kira-kira 500 orang.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom, Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib.

Jamil Khir, dalam ucapan ringkasnya, berkata kerjasama masyarakat Islam tanpa mengira fahaman politik adalah bukti keseriusan mereka dalam mengutuk sebarang bentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad.


Sementara itu, Khairy ketika ditemui pemberita berkata majlis tersebut diadakan susulan perhimpunan bantahan di ibu negara terhadap penyiaran filem berkenaan di laman YouTube.

"Ketika masih ramai umat Islam membantah penyiaran video dan karikatur penghinaan itu, masih ada lagi kartun penghinaan yang sama di Eropah," katanya.

Pada 21 September lepas, perhimpunan bagi mengecam filem itu diadakan di depan Kedutaan Amerika Syarikat serta Masjid Jamek Kampung Baru di sini, yang dianjurkan Pergerakan Pemuda Umno dan Dewan Pemuda PAS.

Antara artis yang turut menjayakan program itu ialah Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search.-Bernama

Tuesday, May 29, 2012

Kerana Satu Bumi, Satu Langit, Satu Syurga... Amy Search Masuk Umno!


Hari ini Amy Search berkata tiada erti beliau menyanyikan "satu bumi, satu langit, satu syurga" jika beliau tidak menyertai Parti UMNO!


Satu Bangsa Satu Arah - Search

Dalam ku terus berperang
Mencari-cari jawapan
Mengapa kita berperang
Mencarik panji insan

Bilakah taman ini akan kembali seri
Dengan suara riang ria

Jiwaku turut berperang
Mendambakan kedamaian
Kita henti berperang
Sama semaikan ehsan

Semoga taman ini akan kembali berseri
Dengan suara riang ria

Uh..satu bumi, satu langit, satu syurga
Uh..satu bangsa, satu arah

Hayatilah lagu ini....

Amy Search Sertai UMNO! Peeewiiiiiittttttt!



BERITA yang buat puak Pakatan gigit jari kerana Amy Search sebentar tadi menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Setiausaha Kerja UMNO Datuk Raof Yusoh di ibupejabat UMNO di PWTC Kuala Lumpur.

Beliau menjadi ahli UMNO cawangan Dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Turut sama serah borang sertai UMNO ialah penyanyi Ibnor Riza dan Musmi@Mustapha Din dari kumpulan May, juga di sertai penyanyi otai Jamal Abdillah.

Apa celop join PAS! baik masuk UMNO!

Saturday, January 7, 2012

Amy Search Seru Peminat Menjauhi Perhimpunan 901


Pesanan menerusi twitter dari lagenda rock tanah air Amy Search
Rock N Roll itu mencintai keamanan.
Semoga peminat-peminatku menjauhi Perhimpunan 901!

Pesanan ini merujuk kepada perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Anwar Ibrahim yang dianjurkan oleh PKR pada 9 hb Januari nanti.

Amy yang cintakan keamanan berharap agar peminatnya tidak menyertai dan terlibat dalam himpunan tersebut.

Wednesday, November 9, 2011

Amy Tidak Tahu Menahu Dakwaan Aksi Foto Cumbu & Bikini Nabila Huda


“Saya tidak tahu menahu hal tersebut, betul saya tidak tahu. Gambar apa? Bila?”begitulah ungkapan pertama lagenda Rock tanahair, Amy Search ketika diajukan pertanyaan juga kesahihan aksi foto melibatkan anak perempuannya, Nabila Huda yang berbikini dan dikatakan bercumbu mesra dengan seorang lelaki ketika bercuti di salah sebuah pulau di Semenanjung Malaysia.

Amy, 53, yang ditemui ketika majlis pra tonton klip video single terbarunya duet bersama juara AF9, Hazama, menerusi lagu ‘Simetri’ di Redbox, Pavilion petang semalam, nyata terkejut dan tergamam seketika saat mendengar perkhabaran mengenai anaknya itu daripada pihak wartawan yang hadir di majlis tersebut

Meski terpamer kekecewaan di raut wajah seorang bapa, Amy walaubagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut mengenai isu tersebut sebalikya hanya mampu memberi peringatan kepada Nabila agar berjaga-jaga dengan setiap gerak geri demi masa depan karier, kepentingan anak serta banyak lagi perkara.

Gambar Nabila yang dipetik daripada blog Ohbulan.

Ketika ditanya sama ada dia sebagai seorang bapa ada menasihati segala tindak tanduk mahupun keputusan Nabila, Amy menyatakan dia seringkali mengingatkan Nabila agar fokus pada kariernya dan elakkan dari melakukan perkara yang boleh memakan diri.

“Ini adalah jalan yang dipilihnya (dunia seni). Bila dia sudah melakukan yang terbaik, saya seringkali menasihatkannya agar senantiasa fokus dengan karier seninya dan menghargai segala peluang juga rezeki yang dimilikinya. Selain daripada itu, saya hanya memintanya agar pandai-pandai menjaga diri apatah lagi sebagai seorang perempuan,” ujar Amy lagi yang turut mengakui kali terakhir bertemu anak perempuannya itu pada sambutan Aidiladha baru-baru ini.

Tambah Amy lagi, apabila berdepan dengan sesuatu isu-isu kontroversi yang berpunca dari tindak tanduk tuan empunya badan sendiri, Amy dengan nada tegas berharap agar Nabila lebih bertanggungjawab menangani isu ini dan jangan sesekali lepas tangan dari sebarang kesalahan yang dilakukan.

Apabila ditanya tentang perasaannya adakah dia marah apabila mendapat tahu perkara tersebut, Amy jelas bijak menyembunyikan perasaan.

“Belum lagi, sekejap lagi sampailah marah ini,” ujar Amy dengan nada berseloroh dan sempat melemparkan senyuman penuh makna kepada para wartawan.-Oh Bulan

Nabila Huda Berbikini di Pulau Tioman

Friday, August 5, 2011

Edisi Menunggu Sahur: Takbir Cinta Lagu Dakwah Amy Search


Cukup-cukuplah korang tengok foto anak Ahli Parlimen berbikini tu... sampai sekarang aku tengok masih ada yang mebelek-belek foto tu.. dah la.. nak sahur ni.. besok nak puasa... Jom layan cerita Amy Search peeeewwiiiiiiiiitt!

SELAMA 30 tahun bergelar anak seni, Amy Search mengaku dia tidak pernah menghasilkan lagu atau album khas sempena Ramadan.

Bagaimanapun impian Amy Search atau Suhaimi Abdul Rahman untuk menghasilkan lagu berunsur dakwah berjaya direalisasikan sempena Ramadan ini bersama Yasin atau Muhammad Yasin Sulaiman, 35, pelantun lagu Mimpi Laila.

Bercerita mengenai kerjasama bersama Yassin, Amy berkata, hasrat itusudah lama terpendam cuma tidak berkesempatan untuk berbincang lanjut.

Justeru, sewaktu bertemu Yassin di konsert Maher Zain Oktober tahun lalu, Amy menyatakan hasratnya itu. Tidak lama kemudian terus menghasilkan lagu Takbir Cinta.

"Pertama kali mendengar demo Takbir Cinta saya terus setuju untuk merakamkannya. Namun proses rakaman mengambil masa agak lama. Hampir tiga bulan kerana rakaman dibuat berulang kali sehingga kami puas hati.

"Lagu Takbir Cinta ini istimewa sebab ia khas untuk bulan Ramadan yang mulia ini. Liriknya bertepatan sekali dengan mesej yang ingin disampaikan," katanya Amy.

Menyingkap pengalaman dengan Yasin, Amy berkata, sememangnya dia memilih untuk bekerjasama dengan penyanyi merangkap komposer itu kerana suka dengan elemen world music yang ditampilkan oleh penyanyi nasyid kontemporari itu.

"Satu kepuasan bagi saya apabila bekerja dengan Yasin kerana apa yang saya mahu dia mampu terjemahkannya dengan baik.

"Maka itulah, selain diperdengarkan di corong radio, Takbir Cinta yang berentak balada rock world music itu juga boleh didapati menerusi belian ring back tone," ujar Amy yang berduet dengan Yasin dalam single itu.

Setelah berduet dengan Yasin, Amy kini merancang untuk berduet dengan vokalis kumpulan Dewa, Ahmad Dhani dari Indonesia untuk single dakwahnya yang kedua, Jika Syurga dan Neraka Tak Pernah Ada.

Apabila ditanya mengapa Ahmad Dhani menjadi pilihan, tanpa teragak-agak Amy berkata: "Saya memang berkawan dengan Ahmad Dhani dan buat masa ini kami menunggu waktu yang sesuai untuk merakamkan lagu tersebut."

Jika Syurga dan Neraka Tak Pernah Ada adalah lagu ciptaan Ahmad Dhani. Rakaman lagu berentak moderate itu akan dilakukan di Indonesia.

Terharu aku tengok Amy Search Adzan Maghrib di TV td... Syabas Amy Papa Rock!