Showing posts with label Azmin Ali. Show all posts
Showing posts with label Azmin Ali. Show all posts

Friday, June 1, 2012

SPRM Buka Balik Fail Siasatan.... Azmin Patut Ucap Terima Kasih Kepada Rafizi


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mungkin buat-buat bodoh ketika mempersoalkan keputusan Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan agensi itu buka balik fail kes dakwaan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memiliki wang ringgit dan harta yang diluar kemampuannya.

Sebagai pemegang jawatan yang bertanggongjawab merangka segala bentuk strategi agar partinya menang dan terus menang...reaksinya itu bukanlah luarbiasa.Beliau tentu tahu akibatnya jika orang nombor dua parti itu sangkut dalam kes ini.

Sebab itu Rafizi dengan lancang mendakwa keputusan SPRM membuka siasatan terhadap Azmin benar-benar mendedahkan wajah sebenar SPRM.

Beliau dan bos-bos PKR lain mungkin boleh temberang orang kampong semasa ceramah-ceramah politik nanti kononnya kes ini dibuka semula kerana pilihanraya sudah hampir.

Besar kemungkinan mereka tidak akan terangkan apa itu Penal Penilian Operasi SPRM,siapa ahli penal itu dan bidang tugasnya.

Jika kita membuka laman web SPRM dibawah maklumat korprat dan bab Lembaga Penasihat/Jawatankuasa Penal segalanya tertera dengan jelas.

Dari situ kita akan mendapat maklumat bahawa penal ini dianggotai oleh lapan orang yang bukan pegawai SPRM sepenuh masa tetapi terdiri dari personaliti ' orang luar' yang ada kredibiliti dalam masyarakat.

Sembilan bidang tugas mereka digariskan ialah :

1. Menerima dan mendapatkan penjelasan berhubung perangkaan Kertas Siasatan yang dibuka oleh Suruhanjaya;

2. Menerima dan meneliti laporan daripada Suruhanjaya berhubung Kertas Siasatan yang mana tempoh siasatan melebihi tempoh 12 bulan;

3. Menerima laporan daripada Suruhanjaya berhubung semua kes di mana Orang Yang Ditangkap yang dilepaskan dengan jaminan oleh Suruhanjaya melebihi 6 bulan;

4. Menerima dan meneliti laporan daripada Suruhanjaya berhubung keputusan-keputusan Kertas Siasatan yang telah diperoleh dari Pendakwa Raya;

5. Menerima dan meneliti laporan daripada Suruhanjaya berhubung Kertas Siasatan yang dikemukakan kepada Pendakwa Raya dan tidak mendapat apa-apa keputusan selepas tempoh melebihi 6 bulan ke atas;

6. Memberi pendapat berhubung tindakan-tindakan ke atas kes-kes yang diputuskan untuk tidak dituduh;

7. Menasihati dan membantu Suruhanjaya ke arah keberkesanan operasi siasatan Suruhanjaya;

8. Meneliti, mengkaji dan memperakukan kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah berhubung cadangan untuk meningkatkan keberkesanan operasi siasatan Suruhanjaya; dan

9. Mengemukakan laporan tahunan dan ulasan PPO kepada Y.A.B. Perdana Menteri berhubung dengan perjalanan operasi siasatan Suruhanjaya.

Selain Penal itu ada empat lagi Lembaga Penasihat dan Jawatankuasa yang bebas yang berfungsi memastikan ada check and balance dalam SPRM agar ia bergerak ikut landasan yang ditetapkan.

Maka dakwaan Rafizi itu secara langsung mempersoalkan kebijaksanaan Tan Sri Datuk Dr. Hadenan bin Abdul Jalil selaku Pengerusi dan tujuh anggota penal itu yakni Tan Sri Dato’ Cecil Abraham , Datuk Dr. Hamzah bin Kassim , Dato’ Zamani bin Abdul Ghani , Datin Aminah binti Pit Abdul Rahman , Profesor Dr. Syed Noh Syed Ahmad ,Tuan Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff dan Walter Sandosam .

Elok rasanya beliau perjelaskan kepada orangramai latar belakang mereka ini terlebih dahulu sebelum main sedap mulut mendakwa " keputusan SPRM membuka siasatan terhadap Azmin benar-benar mendedahkan wajah sebenar SPRM."

Rafizi juga perlu memberi taklimat tentang lembaga penasihat dan jawatankuasa penal SPRM yang lain.Begitu juga tentang keanggotaannya dan bidang tugas mereka agar ia jelas sejelasnya.

Hairan juga kenapa beliau tidak mempersoalkan keputusan penal penilaian itu tutup kes Ahli Dewan Undangan Negeri PKR Sri Muda Mat Suhaimi Shafiei dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves, Amirudin Shari, yang disiasat berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor.

Sebaliknya beliau mengunakan ayat " sungguhpun rata-rata rakyat Malaysia sudah menjangkakan bahawa SPRM akan melepaskan ( Datuk Seri) Shahrizat (Jalil) dari tuduhan rasuah bersabit NFC".

Bijak...memang bijak beliau mengatur ayat politik itu.Kalau tidak putarnya begitu beliau wajar dibuang kerja sebagai Pengarah Strategi PKR.

Rafizi mungkin rasa dirinya kini sudah naik taraf sebagai crimebuster bila berjaya bongkar kes NFC dan Shahrizat terpelanting dari jawatan Menteri.

Sebagai parti yang kononnya mendabik dada menagungkan ketelusan,anti-rasuah dan segalanya yang baik-baik di muka bumi ini beliau sepatutnya mengambil sikap berlapang dada dan membiarkan siasatan keatas Azmin berjalan mengikut proses.

Sekurang-kurangnya ia akan dapat menghakis sikit kebaculan PKR selama ini untuk meminta siasatan terbuka terhadap isu dakwaan video seks 99.9 peratus tulin yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kalau nak kira takut apa...ini kerana kredibiliti mahkamah Malaysia sudah terbukti dengan pembebasan Anwar dari kes liwat Saiful Bukhari Azlan semata-mata atas faktor teknikal sahaja.

Isu dakwaan mengenai pemilikan wang ringgit dan harta Azmin bukan sesuatu yang baru.

Selain kalangan bekas aktivis PKR yang mendakwa tahu banyak tentang itu,adik Azmin, Ummi Hafilda sudah berbuih mulut bercakap mengenai 'kekayaan luar biasa' abang dan kakak iparnya Shamsidar Taharin.

Terbaru Rabu,beliau memberi sidang akhbar lengkap dengan resit pembelian saham segala macam.

Siapa yang tidak hairan kalau seseorang yang berjawatan Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri bergaji rasmi sekitar RM3,000 sebulan boleh ada kekayaan sekitar RM30 juta.

Resit dan bukti yang ditunjuk oleh Umni Hafilda itu sudah cukup untuk mencetuskan kecurigaan tentang pemilikan wang ringgit dan harta Azmin yang didakwa jauh dari kemampuan sebagai pegawai bergaji sebanyak itu.

Sekarang siapa yang nak jawab ?

Rafizi adalah seorang akauntan bertauliah.Mungkin beliau boleh bantu susun atur akaun peribadi Azmin agar dakwaan pemilikan RM30 juta itu selari dengan pendapatannya.

Sebelum SPRM bertanya,elok sangat beliau terlebih dahulu korek dari Azmin dari mana beliau dapat duit sebanyak itu untuk membeli saham atas nama dirinya dan atas nama Shamsidar.

Jika dalam kes NFC beliau berani langgar BAFIA,yakin peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara dalam soal kerahsiaan akaun bank...maka beliau tidak perlu bimbang untuk selongkar akaun bank Azmin pula.

Mana tahu kalau-kalau beliau boleh cari jalan ' bersihkannya'.

Azmin sendiri elok sangat berpegang kepada cogan kata berani kena benar...takut kerana salah.

Ada pemerhati yang kata beliau sepatutnya buat kenduri kesyukuran kerana SPRM akan buka balik fail kesnya.

Sekurang-kurangnya once and for all satu kepastian muktamad dapat dibuat keatas dakwaan yang sudah lama berlegar ini.

Jika ditakdirnya SPRM nanti dapati kes dakwaan ini tidak boleh jalan atau beliau dibebaskan oleh mahkamah jika kes dibicarakkan,sekurang-kurangnya adiknya Ummi Hafilda tidak boleh lagi menghantui hidupnya seperti sekarang.

Kenyataan bahawa BPR yakni nama SRM dulu sudah tutup kesnya tidak boleh dijadikan kata pemutus dirinya sudah OK.

Bukankah sudah ada peraturan dalam mana-mana kes jika ada bukti baru muncul,ia boleh dibuka semula.

Azmin juga perlu tahu feedback bahawa semakin ramai melihat penafian kosong baik beliau maupun Anwar sebagai ' bahan lawak'.

Sebabnya terbentang di depan mata.Sukar untuk menyalahkan mereka yang merasa begitu lebih-lebih lagi setelah melihat bagaimana keduanya main selamba menafikan video yang baru-baru ini terang-terang tunjuk mereka saling signal sebelum rempuhan ke Dataran Merdeka waktu demo Bersih 3.0.

Kalau sudah terang lagi bersuluh begitu boleh nafi...apa lagi yang boleh menghairankan.

Kedua mereka kini seolah hidup diawang-awangnya sentiasa merasakan orang tidak akan percaya langsung apasekalipun dakwaan terhadap mereka.

Ini belum lagi masuk bab video seks Anwar dan CCTV beliau naik turun lif apartmen lokasi aksi itu.

Tolak sebelah penyokong taksub dan rakan parti pakatan yang sengaja mahu butakan mata dan pekakkan telinga...mereka harus terima hakikat ramai lagi dikalangan 28 juta penduduk negara ini yang celik dan ada akal.

Tindakan mengejut seorang peserta Bersih 3.0 yang sergah Anwar dalam sidang akhbar di pejabat PKR sehari selepas perhimpunan yang kecoh itu adalah bukti rasa muak itu.

Itu baru satu suara yang berani tampil secara berdepan dengannya.Mereka lain yang senyap tidak semestinya tidak menyimpan perasaan sama merasa ' kena main' dengan tindak tanduk mereka hijack perhimpunan itu untuk cetuskan kekecohan.

Azmin tentu tahu kata-kata Inggeris yang berbunyi : you can fool some people sometime...buat you cannot fool all the people all the time. -Agendadaily

Ummi Bongkar, Azmin Dan Shamsidar Miliki Aset RM30J


Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali buat pertama kali mendedahkan salinan dokumen sebahagian aset yang dimiliki oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali serta isterinya, Shamsidar Taharin yang bernilai lebih RM3O juta.

Dokumen berkenaan iaitu salinan pembelian syer saham, deposit bank, resit pembayaran perabot serta salinan penyata dalam beberapa akaun bank itu merupakan sebahagian harta yang dimiliki Azmin dan Shamsidar dalam tempoh dua tahun iaitu 1992 hingga 1994.

Ummi Hafilda memberi tempoh dua minggu kepada Azmin dan Shamsidar untuk membuat laporan polis terhadapnya jika dokumen itu palsu atau beliau sendiri akan menyerahkan dokumen tersebut kepada polis selepas tempoh tersebut.

Kata Ummi Hafilda, beliau juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memandang serius kes tersebut kerana aset itu diperoleh Azmin dan Shamsidar semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.

Menurutnya, kekayaan tersebut adalah mustahil diperoleh oleh pasangan suami isteri tersebut kerana gaji Azmin sebagai setiausaha sulit Anwar adalah sekitar RM3,000 manakala Shamsidar hanya suri rumah.

''Kalau tengok setiap saham yang dibeli adalah ratusan ribu dan kalau dijumlah nilai saham syer berdasarkan dokumen di tangan saya, kesemuanya hampir RM30 juta.

''Selain itu dokumen berkenaan turut membuktikan 90 peratus daripada pegangan saham tersebut adalah atas nama Shamsidar manakala 10 peratus sahaja nama Azmin,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ini merupakan pendedahan kedua melibatkan dakwaan Azmin dan Shamsidar memiliki kekayaan luar biasa.

Semalam, pengendali portal pro pembangkang, Raja Petra Kamaruddin turut berbuat demikian dengan mendedahkan bukti pemilikan saham oleh Shamsidar bernilai lebih RM7 juta.

Beliau juga mendedahkan, aset Azmin dan Shamsidar yang berjumlah jutaan ringgit merangkumi rumah banglo, kereta mewah dan pemilikan saham.

Sementara itu, Ummi Hafilda turut mendakwa memiliki beberapa salinan asal resit deposit bank yang mana salah satunya berjumlah RM500,000.

Beliau juga mendakwa memiliki salinan penyata bank yang menunjukkan Shamsidar mempunyai simpanan sebanyak RM8 juta manakala Azmin memiliki lebih RM800,000 sekitar tahun 1994.

Selain itu, Ummi Hafilda turut mendakwa Azmin dan Shamsidar berbelanja mewah untuk membeli perabot dan tilam berjenama yang bernilai puluhan ribu ringgit.

''Saya beri tempoh kepada Azmin membuat laporan polis fitnah jenayah ke atas saya kalau semua ini palsu, semua ini propaganda dan semua ini politik kotor UMNO,

'''Tetapi kalau selepas 14 hari masih tiada tindakan itu, saya akan membuat laporan kepada pihak polis komersial di Bukit Aman atas segala penyalah gunaan kuasa dan penyelewengan yang berlaku,'' katanya.-Utusan

Thursday, May 31, 2012

Kenapa PKR Masih Kekalkan Azmin?


SEHINGGA ke saat ini, nama Azmin Ali tidak henti-henti meniti disetiap bibir rakyat Malaysia yang peka dengan perkembangan politik semasa. Dari kes makan aiskrimnya, kecurangan isterinya, penderhakaan kepada ibunya sehinggalah kepada pendedahan mengenai pemilikan harta yang tidak munasabah ketika menjadi Setiausaha Sulit Anwar pada 1995 oleh Raja Petra Kamarudin (RPK).

Lepas satu satu.

Pencacai PKR sudah mula memainkan teori serangan peribadi untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari pelbagai kes yang melilit Azmin sekarang ini. Ini adalah taktik biasa PKR kalau ada kelemahan dari kalangan pemimpin mereka yang didedahkan. Ambil contoh macam kes video seks Anwarlah, yang dipertikaikan soal Anwar berzina dengan pelacur cina tersebut, sebaliknya yang lebih menjadi isu dikalangan pemacai PKR, rambutlah, perutlah dan sebagainya.

Penulis sendiri secara peribadi tidak begitu peduli dengan semua masalah Azmin sekarang kerana penulis sedar Azmin memang bukan bersih pun, malah kerana dia dan Anwar galak menyalahgunakan kuasa di Kementerian Kewangan dahulu, menyebabkan imej kerajaan BN terjejas sehingga hari ini.

Yang penulis pedulikan ialah kenapa dalam semua kekecohan ini, PKR tidak mengambil sebarang tindakan kepada Azmin? Nak dokumen, dah ada dokumen, nak gambar, dah ada gambar , nak video? Itu tunggu dulu kot. Walaupun tidak sampai ketahap memecatnya dari parti tersebut, tapi sekurang-kurangnya ada tindakan lain yang lebih tegas seperti gantung sehingga siasatan selesai, diarah bercuti dan sebagainya.

Ini siasatan pun tak dijalankan, apa cerita nak gantung dan suruh bercuti lagi?

Macam mana PKR nak berlaku adil kepada rakyat Malaysia kalau dalam keadaan PKR belum berkuasa pun sekarang, kesalahan orang-orang tertentu (yang rapat dengan Anwar) sewenang-wenangnya didiamkan dan diambil jalan mudah dengan menuduh ia adalah konspirasi?

Ini cakap pasal Azmin tau, bukan cakap pasal Anwar pun. Kalau Anwar tu lainlah sebab PKR ialah Anwar dan Anwar ialah PKR, maka itu tidak hairan langsung kenapa hampir kesemua jentera dan ahli PKR bangkit mempertahankan Anwar setiap kali ada skandal yang melibatkannya. Berbeza dengan Azmin yang mempunyai kelompok pemimpin tersendiri sahaja yang menyokongnya.

Kalau inilah gambarannya, maka wajiblah rakyat Malaysia menolak parti PKR ini dan sekutu lainnya dalam Pakatan Rakyat. Nampak sangat soal kronisme dan nepotisme begitu menebal dalam Pakatan Rakyat terutama di kalangan PKR dan DAP. Bayangkanlah kalau Anwar menjadi Perdana Menteri dan Azmin melakukan sesuatu kesalahan. Pada anggapan kita, agak-agaknya bolehkah Azmin dikenakan sebarang tindakan undang-undang – melihat dari keadaan sekarang?

Penulis yakin tidak, malah, Azmin dan sesiapa juga yang masuk inner circle yang rapat dengan Anwar akan lebih bermajarajalela, bak kata pepatah bersultan di mata, beraja di hati. Apabila mereka ini dipuncak kuasa, semua agensi dan jabatan kerajaan akan berada di bawah telunjuk mereka.

Hanya rakyat sahaja yang mampu mengubah keadaan ini dengan memastikan hasrat kelompok ini untuk menjajah Putrajaya.

Video: Ummi Dedahkan Dokumen Kekayaan Azmin


Lagi pendedahan oleh Ummi Hafilda mengenai dokumen dan bukti kekayaan Azmin Ali dan Shamsidar ketika zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

Tuesday, May 29, 2012

RPK : Anwar Arah BPR Tutup Kes Rasuah Azmin !


Satu kenyataan daripada pegawai penyiasat BPR didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) di dalam lamannya hari ini, menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung memberi arahan kepada Ketua Pengarah BPR Datuk Shafee Yahaya supaya menutup kes rasuah Azmin Ali.

Siasatan kes itu berlaku pada tahun 1995, di mana ketika itu Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Azmin Ali adalah Setiausaha Sulitnya.

THE ORIGINAL STATEMENT BY THE MACC OFFICER (IN BAHASA MALAYSIA)

Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun 1995. Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana ‘corrupt’ seorang bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya raya dan malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku. Hanya orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita ‘corrupt’ dan juga skandal sex mereka sebagai suatu cerita rekaan atau konspirasi.

Disini saya hendak menunjukkan contoh bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya kononnya seorang yang baik, berintegriti, pernah mendedahkan kononnya Dr Mahatir menengkingnya dalam kes Hassan Abul (Pesgawai BNM) dan kemudian buat buku pula yan menunjukkan bagaimana baiknya dia. Tapi dalam diam dan ramai orang BPR tahu dia telah menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar. Kalau Datuk Shafee betul-betul bersih saya tabiklah. Tapi nak saya bongkarkan ke kisah Datuk sebelum Datuk jadi KP BPR? Maka Datuk Shafee tolonglah jangan nak komen apa-apa selepas pendedahan ini.

Kronologi Kes

Siasatan kes ini bermula daripada satu maklumat (yang di tandakan sebagai Lampiran A). Pemberi maklumat menyatakan dengan jelas pemilikan harta Azmin Ali yang ketika itu 1995 hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar yang bergaji lebih kurang RM2400/=. Kalau sekarang beliau hanyalah gred 41 sahaja di dalam Perkhidmatan Awam. Ekoran daripada itu, satu repot polis telah dibuat bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan (lihat Salinan Repot yang ditandakan sebagai Lampiran B). Repot yang dibuat adalah bertarikh 24.5.1995.

Ekoran itu, satu minit ringkas dikemukakan oleh Allahyarham Basri bin Idris sepertimana Lapiran C berkembar. Ia menunjukkan pemilikan harta Azmin sejak 1991 – 1995, antara lain memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saha,m Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati seluas 8500 sqft. Hebatkan? BPR siasat ke?

Atas arahan Datuk Shafee (lihat minit no. 2), pegawai penyiasat diarahkan supaya tidak memohon Notis Pengisytiharan Harta yang sepatutnya di keluarkan di bawah seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961 kepada Azmin Ali. Tuan-tuan semua tahu, kalau dalam keadaan biasa, bukan setakat Notis, tetapi Azmin sudah tentu akan ditahan untuk siasatan BPR. Knowing how BPR’s style of work. Besar atau tidak pangkatnya Azmin yang hanya gred biasa dalam perkhidmatan awam ketika itu, Pengarah Siasatan diarah oleh Datuk Shafee supaya berjumpa sendiri Azmin di pejabat TPM (siapa lagi kalu bukan Anwar Ibrahim) dan meminta Azmin mengemukakan pengisytiharan secara sukarela.

Now, what is the legal implication when Azmin voluntarily declare his asset? Meaning to say he is not bound for any criminal prosecution under Prevention Corruption Act and Penal Code if the Public Prosecutor satisfy as to how Azmin having an unexplain excessive property.

Diketika itu, kami yang terlibat di dalam penyiasatan merasakan amat pelik dan juga frustrated dengan arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Shafee.

Namun saya amat merasakan bagaimana Arwah Basri Idris meneruskan usahanya bagi memperoleh Notis Pengisytiharan Harta itu (limat minit No. 2 bertarikh 20/6/1995) bagi membolehkan siasatan diteruskan untuk memeriksa pengaliran wang dalam akaun-akaun Azmin Ali (quoted as YDS at para 6 of the minutes).

Usaha mendapatkan Notis Berjaya dan lihat Minit-Minit bil 4 – 9 dan Kertas Siasatan dirujuk kepada Datuk Shafee pada 8 Mei 1996.

Rujuk m init 10, lihat bagaimana Datuk Shafee mahu kes ini dirujuk kepada TPM dengan minitnya bertarikh 9/5/1995. Apakah integrity BPR ketika itu di bawah pimpinan beliau yang mana Datuk Shafee sering menekankan integrity di kalangan kami. Akhirnya lihatlah minit bil 15, Kertas Siasatan dikemukakan kepada Datuk Shafee bertarikh 12/9/1996 oleh Dato’ Mohd Zawawi Nordin, Timbalan Ketua Pengarah BPR ketika itu. Beliau secara jelas memberitahu harta Azmin adalah diluar kemampuannya.

Dramatiknya selepas itu, Kertas Siasatan ini terpendam atau dipendam macam jeruk oleh Datuk Shafee atas arahan Anwar Ibrahim. Sehinggalah pada 23/9/1997 (setahun lebih), tiba-tiba Datuk Shafee has violated a law when personally instructed this investigation to be closed. Minit beliau berbunyi (rujuk minit 16) “Telah maklumkan kepada YAB TP” dan beliau menulis “KUS”. Perkataan KUS bermakna Kemas Untuk Simpan. Ia adalah terminology yang digunakan oleh BPR dan Polis apabila suatu siasatan itu telah siap dan tiada tindakan lanjut.

Perbuatan Datuk Shafee ini melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan juga Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah suatu siasatan dihentikan melainkan arahan Pendakwaraya. Namun oleh kerana terlalu taksub kepada Anwar Ibrahin he has betray his own agency dan terutamanya Rakyat Malaysia.

Di bawah ini tuan-tuan bolehlah tatapiu pengisytihatan harta secara sukarela Azmin Ali dan di dalam fail siasatan BPR bernombor 15/5/1995 Datuk Shafee telah hilangkan Notis Pengisytiharan Harta dan juga pengisytiharan harta Azmin Ali.

Pengisytiharan harta secara secara sukarela Azmin Ali dapat tuan-tuan baca daripada Fakta kes pegawai Penyiasat yang saya tandakan Lampiran D. Jangan tuan-tuan buta, cek-cek yang masuk dalam akaun Shamsidar sahaja ketika itu sudah melampaui RM7 juta lebih. Seorang sururumah tangga amat kaya dan dikayakan oleh Anwar.

Sebab itu apabila Anuar Shaari memberi dokumen-dokumen pemilikan saham Shamsidar dan Azmin untuk siasatan lanjut, apakah ,masyarkat buta? Saya dapat download dokumen-dokumen itu melalui website dan silalah baca sendiri.

Orang seperti Datuk Shafee telah merendahkan martabat BPR dan lihat peyamun yang diselamatkannya ketika itu menjadi penderhaka kepada Negara. Banyak kerosakan telah dilakukannya. I need not to explain more about this. Hanya orang yang buta, pekak dan tuli akan jadi bahalol dunia seperti Datuk Shafee.

Kes ini melibatkan satu siasatan oleh BPR ke atas Azmin Ali Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar dan isteri Azmin, Shamsida (hanyalah seorang surirumah) pada tahun1995. Siasatan dibuat ke atas Azmin kerana dikatakan mempunyai harta peribadi yang banyak hasil daripada perlakuan rasuah yang dilakukan semasa memegang jawatan Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar pada waktu tersebut. Ketika Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia.

Berdasarkan maklumat dan repot polis yang diterima, satu Kertas Siasatan telah dibuka bernombor BPR/KS: Semasa siasatan dibuat mendapati gaji Azmin hanya RM2,442.00 sebulan tetapi mampu untuk membeli 2 buah rumah iaitu rumah pertama:double storey banglow di Setapak harga RM284,118 dengan deposit sebanyak RM14,181 dan bayaran bulanan sebanyak RM3,376.75. Manakala rumah kedua:rumah berkembar di Taman Melawati harga RM210,000 dengan deposit sebanyak RM60,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM1,110.35. Jika dicampurkan kedua bayaran bulanan ialah sebanyak lebih kurang RM4,500.00. Ini sahaja dan menunjukkan hutang Azmin melebihi sekali ganda gaji bulanan beliau. Di mana Azmin mendapat wang tambahan untuk menampung bayaran hutang ini?? Bukan itu saja, tak mungkin semua gaji Azmin di gunakan untuk membayar hutang rumah?? Bukankah ini sahaja dah mencukupi menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain. Itu tidak diambil kira lagi dimana Azmin mendapat wang untuk membayar wang deposit rumah-rumah tersebut.

Siasatan yang dijalankan oleh BPR juga membuktikan Azmin memiliki 2 buah kenderaan iaitu BMW no plat BBN 3 berharga RM160,529.85.81 dimana bayaran deposit sebanyak RM120,529 dan bayaran bulanan pula sebanyak RM875 sebulan. Kereta kedua pula Proton Perdana no plat WDU 64 berharga RM80,767.81 dengan ansuran bulanan sebanyak RM700. Jika kita lihat komitmen bulanan bagi kedua kereta ini ialah lebih kurang RM1,700. RM1,700 pada ketika itu nilai yang besar. Mana tak nya klu dilihat gaji setiausaha sulit TPM pun pada masa tu baru RM2 ribu lebih.

Saham yang dimilik oleh Azmin dan isterinya juga umpama seorang bisness man. Cuba kita lihat bagaimana isteri seorang penjawat awam mempunyai saham di dalam pasaran saham dengan nilai keseluruhan melebihi setengah juta. Itu tak termasuk baki-baki didalam akaun bank yang pernah satu ketika mencecah RM300 ribu lebih. Cuba lihat keadaan yang saya nyatakan di atas. Adakah kita mempercayai penjawat awam boleh hidup dengan sedemikian??

Tetapi perkara yang paling membingungkan saya apabila BPR menutup kes ini? Sedangkan memang jelas Azmin dan isterinya mempunyai harta yangberlebihan yang tidak setimpal dengan pendapatannya. MENGAPA SIASATAN BPR DIHENTIKAN? SIAPA YANG MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI?? ADAKAH ORANG YANG MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI BERSENGKOKOL DENGAN AZMIN ATAUPUN TAKUT KEPADA PEMIMPIN PADA MASA TERSEBUT

Untuk makluman, pada waktu itu Ketu Pengarah BPR adalah Dato Shafee Yahya. Dengan nyata skali KP BPR telah membuat satu keputusan yang tak relevan bilamana menghentikan siasatan ini. Apa sebenarnya yang berlaku? Jika kita tunjukkan perkara ini kepada budak sekolah pun mereka dapat menilai bahawa tak mungkin dengan gaji RM 2 ribu legih sebulan mampu mempunyai gaya hidup mewah seperti Azmin. TETAPI kenapa Dato Shafee menghentikan siasatan ini? ADAKAH kerana bersengkongkol? Favouritism? Mengikut telunjuk pemimpin seperti Kerbau dicucuk hidung? Ataupun sama dah NYANYUK????????

Kite cube renung-renungkan kembali berkaitan dengan perkara ini dan lihatlah lampiran-lampiran yang diupload besama. Ingatlah hidup ini hanya perjalanan yang sementara sahaja. Jangan ingat kita terlepas untuk selama-lamanya.
























Sumber : MT

Tuesday, May 22, 2012

Mahkamah Tetapkan 2 Julai Perbicaraan Anwar, Azmin dan Chegu Bard


Mahkamah Majistret Kuala Kumpur di Jalan Duta sebentar tadi telah menetapkan 2 Julai 2012 tarikh perbicaraan membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard.

Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka dan hakim Mahkamah Sesyen, Mahmud Abdullah bersetuju bahawa ikat jamin sebanyak RM 500 dikenakan kepada tiap-tiap seorang bagi pertuduhan pertama iaitu melanggar perintah majsitret hadir dan berhimpun semasa himpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 yang dikeluarkan pada 26 April 2012.

Bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan, ketiga-tiga mereka dibenarkan ikat jamin persendirian.


Paling mencuri tumpuan adalah kehadiran bekas Timbalan Pendakwaraya semasa Anwar menghadapi perbicaraan Fitnah Liwat 2, Mohd Yusof Zainal Abiden yang bertindak sebagai peguambela Anwar.

Turut mewakili Anwar adalah ahli parlimen Jelutong, Karpal Singh.

Sementara Azmin diwakili oleh ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah manakala Latheefa Koya mewakili CheguBard.

Anwar bersama dengan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Mahkamah Sesyen 5 pada jam 9 pagi.

Ketiga-tiga mereka merupakan yang pertama didakwa di bawah Akta Berhimpun Aman yang diluluskan baru-baru ini, di mana Anwar dan Azmin boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah.

Mereka boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut.

Wakil rakyat secara automatik hilang jawatan jika disabit oleh mahkamah dan didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.

Mereka juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Kanun Keseksaan, iaitu bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.

Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka yang mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut.

Monday, May 21, 2012

Bersih 3.0: Panas! Anwar, Azmin Dijangka Didakwa Esok


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dijangka didakwa esok berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.

Satu kenyataan pejabat Azmin menyebut beliau menerima writ saman untuk hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas dua pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan.

Beliau diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi esok.

Writ saman tersebut diterima oleh Hilman Idman yang merupakan pegawai Khas Azmin di Tingkat 1, Ibu Pejabat PKR Damansara.

Ambiga bila nak kena dakwa ni?????

Monday, May 14, 2012

Hari Ibu: Azmin Si Tanggang Masih Enggan Menemui Ibunya Yang Sedang Uzur


Genap dua minggu Che Tom Yahaya meluahkan perasaan kecewa dan sedihnya dengan perlakuan anak kesayangannya yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, namun ia masih tidak mampu mengubah apa-apa.

Menurut sumber, Azmin masih lagi ‘buat bodoh’ dan tidak menghubungi mahu pun bertanya khabar ibunya yang uzur itu walaupun pada satu peringkat beliau pernah diminta berbuat demikian oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah sendiri, iaitu isteri kepada bos kesayangannya itu sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Azmin hanya menggunakan laman media dan blognya untuk menjelaskan pada masyarakat – SAYA TIDAK PERNAH DERHAKA.

Bukan itu saja, Azmin juga menuduh UMNO menjadi dalang di sebalik rakaman video klip itu.

” Walaupun Che Tom menangis dan merintih meminta Azmin kembali ke pangkal jalan, namun sehingga kini beliau masih membisu seribu bahasa sebaliknya hanya menggunakan laman blog peribadinya untuk menafikan perkara tersebut.

” Bahkan sejak kali terakhir datang beraya di rumah ibunya pada tahun lepas, itu jugalah kali terakhir beliau bertemu ibunya dan tidak pulang-pulang hingga ke hari ini.

” Nak tahu pejabat Azmin? Dari rumah Che Tom tak sampai 10 minit, bayangkan,” kata sumber dalaman keluarga tersebut.

Baru-baru ini Che Tom meluahkan perasaan sedihnya mengenai Azmin dalam satu pertemuan dengan pihak media di rumahnya di Hulu Klang, Selangor.

Berikut sedutan pertemuan itu.

- Insiden di pagi Syawal tahun lalu

“Saya teramat sedih atas apa yang berlaku terhadap anak-anak saya. Selama hari ini saya mendiamkan diri sebab dia (Azmin) tak balik tengok saya sejak 30 Ogos tahun lalu. Sejak itu dia tiada menelefon, tanya khabar dan tak datang tengok saya serta tak bagi duit belanja.

Masa dia datang pagi Syawal, Ummi (adiknya, Ummi Hafilda) ada. Dia terus masuk (ke rumah) dan marahkan saya serta cakap yang bukan-bukan terhadap Ummi. Jadi saya pun menjawab. Apabila saya menjawab, dia tanya mengapa saya nak sokong Ummi. Dia perempuan sial, perempuan sundal. Saya kata Min (Azmin), hari ini hari baik bulan baik, kita bermaaf-maafan. Itukan darah daging Min. Kemudian dia jawab, itu (Ummi) bukan darah dagingnya. Saya tanya siapa darah daging dia. Dia jawab Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim).

Selepas itu Azmin menyuruh saya halau Ummi dari rumah. Bila dia kata begitu, hancur hati saya. Anak-anak dan isterinya pun ada sama. Anak-anak dia nak makan pun dia halang dan kata jangan makan apa-apa dalam rumah ini, semuanya haram.

Kemudian, anaknya nak duduk pun dia halang. Kata Min, jangan duduk di kerusi itu kerana ia tak disamak. Itu yang buat hati saya hancur sehingga hari ini. Saya tak dapat nak berkata apa. Saya malu kepada masyarakat, malu dengan kerajaan dan tuhan.”

- Tidak pandai jaga anak?

“Orang kata saya tak pandai menjaga anak. Tapi saya rasa saya dengan abahnya (Allahyarham Ustaz Ali Omar yang meninggal dunia pada 1999) ajar macam-macam. Abah dia ajar mereka enam beradik dengan ilmu akhirat, sopan santun dan budi pekerti. Saya cukup jaga anak-anak tetapi apabila sudah besar, bekerja dan ada pangkat, boleh jadi begini.

- Azmin dahulu

“Azmin dahulu baik. Dia ingat ibu bapa dan menyayangi adik-beradiknya. Kalau pergi ke luar negara, ada sahaja buah tangan yang dibawa balik tetapi sekarang tidak.

Sekarang saya sakit, beritahu dia pun tiada jawapan. Beberapa kali saya masuk IJN (Institut Jantung Negara), dia tiada kata nak bayar atau nak tolong hantarkan.

(Jadi) Parti Keadilan (PKR) ini di mana letaknya keadilan itu. Dengan orang lain dia boleh ambil berat, tetapi ibu sendiri yang mengandungkan dia, dia boleh buat begini. Itulah yang hancur hati saya sekarang ini. Baru-baru ini saya terjatuh dan kepala bengkak. Cucu saya yang hantar ke klinik jumpa doktor.

Saya mengandungkan dia sembilan bulan 10 hari. Nak bersalinkan dia punyalah susah. Tiga hari tiga malam saya sakit. Tiba masanya sekarang, dia tak ambil berat tentang saya.

- Kenapa Azmin berubah

“Saya rasa tentulah mungkin (berpunca daripada) Anwar. Dulu dia tidak begitu. Sekarang kakak dia pun dia tak mengaku kakak. Adik pun tidak mengaku itu adiknya. Dengan dua orang kakaknya pun dia tidak bertegur sapa. Baru-baru ini anak kepada kakaknya berkahwin, ada jemput Min tapi dia tak datang. Tetapi saya sabar. Saya diamkan sahaja.

Sehingga dia buat rumah terbuka (Aidilfitri) tahun lalu pun dia tak jemput saya. Sudah saat-saat akhir baru Shamsidar (isteri Azmin) hubungi dan mengajak saya ke rumah terbuka itu. Saya kata tak payahlah.”

- Tentang hubungan Shamsidar dan Anwar

“Itu saya tidak boleh kata betul sebab saya tak pandang, saya tak nampak. Kita manusia, kalau kita tak buat, orang tuduh-tuduh, kenapa kita tak menentang? Kenapa tak mahu sumpah laknat. Kenapa tak mahu saman? Berani kerana benar, takut kerana salah.”

- Mengenai gambar Azmin bersama seorang wanita yang banyak disiarkan dalam blog.

“Orang banyak tanya kebenaran tentang dakwaan itu. Saya kata saya tak nampak, jadi saya tak mahu kata ia betul. Tapi itulah, adat orang Islam, kalau betul kita tak buat, kita bersumpah di masjid atau saman orang yang menjatuhkan maruah kita.

- Pernah cuba hubungi Azmin?

“Sejak raya (Syawal) tahun lepas, saya sudah tidak menghubunginya. Dia pun tak hubungi saya. Tapi sebelum itu, bila dia datang sini, dia ada pesan kalau ada apa-apa, cepat-cepat hubungi Min. Tapi malangnya apabila saya telefon, tak berjawab. Sampai ke hari ini, tidak ada telefon tanya khabar dan datang jenguk saya.

Dia pernah datang kampung ini bagi ceramah tetapi saya tak tahu. Orang kampung yang beritahu dan tanya Min tak singgah rumah? Saya kata tidak ada, dia sibuk. Sedangkan kalau nak dikira pun pejabat (wakil rakyat) dia dengan rumah saya jarak 10 minit sahaja.

- Harapan Che Tom

“Tiada harapan, hati saya bukan luka, bukan sakit. Kalau sakit boleh diubati, kalau luka boleh dijahit, tapi ini hancur. Hancur sama sekali. Pagi Syawal dia maki adik dia (Ummi), dia kata perkataan yang dahsyat yang tuhan tak suka perkataan itu. Itu yang hancur hati saya.

Kalau boleh, Min sedarlah diri. Baliklah ke pangkal jalan. Janganlah teruskan perangai diri begitu. Saya tak ajar perangai seperti itu. Saya malu. Dalam Parlimen pun nak bergaduh. Buat demonstrasi pun bergaduh sehingga kerana mereka, ramai yang luka parah. Ini bukanlah keadilan. Itu namanya menjahanamkan orang.”

- Jika Azmin minta maaf

“Saya tak buang anak. Anak mana pun tetap anak saya kerana saya yang mengandungkan dan melahirkan. Saya tak buang dia (Azmin). Tapi kalau dia nak balik, ikut dua syarat ini. Baliklah ke pangkal jalan, sedarlah diri dan bertaubat kepada Allah. Berhentilah daripada kumpulan-kumpulan itu. Kawan-kawan dia banyak yang sudah berhenti dan sedar. Kalau boleh dia pun begitu.

(Kemudian) Barulah dia balik. Kalau tidak, saya mati pun janganlah tengok. Tiada maknanya. Saya hidup lagi pun dia tidak mahu tengok, jadi dah mati baru nak tengok, tak payahlah.

Akhir sekali saya ucapkan terima kasih kepada semua yang bersusah payah kerana saya. Jika ada terkasar bahasa, saya minta maaf. Mungkin satu dua hari ini saya mati, saya minta maaf dunia akhirat. Apa sahaja kesalahan saya, saya minta maaf.

-mynewshub.my

Wednesday, May 9, 2012

Gambar Panas Azmin Ali: Agenda Umno atau PKR?


NAMPAKNYA dunia politik negara sudah menjadi seperti dunia artis barat, tidak reda-reda dengan kisah skandal seks. Daripada yang dibawa ke mahkamah sehinggalah kepada yang bertebaran di ruang-ruang siber dan dada-dada akhbar.

Terbaru yang sedang hangat diperkatakan ialah mengenai gambar-gambar "terlampau" seorang lelaki yang dikata sebagai Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR. Beliau juga merupakan orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Dewan Negeri Selangor kawasan Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak.

Perbahasan selalunya akan bermula sama ada benar atau tidak si pelaku dalam gambar atau video tersebut merupakan ahli politik yang tertuduh. Daripada itu akan ada perbincangan pula siapa punya kerja dan agenda siapa.

Walaupun tampak seperti Azmin namun saya tidaklah berani 100 peratus menyatakan orang tersebut adalah Azmin. Hanya ALLAH, Azmin, dan mereka yang terbabit sahaja mengetahui kebenarannya. Saya bersangka baik bahawa orang tersebut mungkin individu yang menyerupai Azmin.

Namun saya fikir jalan terbaik buat Azmin bukannya melakukan saman malu tetapi membuat laporan Polis kerana ia membabitkan tuduhan yang sangat serius ke atas dirinya. Melalui laporan polis, Azmin bukan sahaja dapat membersihkan dirinya, malah mungkin dapat mengetahui siapa dalang di sebalik isu ini.

Sungguhpun Pakatan dan Azmin sendiri bersungguh mahu menyatakan ini agenda jahat Umno, namun tidak mustahil ini merupakan agenda dalaman parti Azmin sendiri. Ini dapat dilihat dari reaksi beberapa pemimpin PKR yang jelas sekali tidak bersungguh mempertahankan Azmin dalam isu ini.

Seorang pemimpin besar PKR di Selangor enggan mengulas mahu pun mempertahankan Azmin. Pemimpin ini bukan sahaja mempunyai kuasa yang besar di Selangor tetapi juga diketahui berada di kem yang berbeza dengan Timbalan Presiden PKR. Ini menimbulkan tanda tanya apakah terdapat agenda dalam PKR sendiri untuk menjatuhkan Azmin.

Azmin harus berhati-hati dengan musuh dalam selimut kerana telah banyak sejarah politik Melayu tertulis bahawa kejatuhan seseorang pemimpin atau kerajaan Melayu kerap berpunca daripada "orang dalam sendiri" sehingga ada peribahasa Melayu, "bagai gunting dalam lipatan."

Menilai sikap Azmin selama menjadi Timbalan Presiden PKR dan Ketua Penyokong Kerajaan di Dewan Negeri Selangor, maka kemungkinan besar rencana dan agenda menjatuhkannya beliau ini direncanakan oleh orang di dalam partinya sendiri.

Akhirnya sebagai sesama muslim saya berharap Azmin dapat meluangkan masa menemui ibunya. Walau apa pun tanggapan dan perasaan Azmin, perasaan ibunya harus menjadi keutamaan. Pulanglah, sekurang-kurangnya dapat mendamaikan hati seorang ibu. Ingatlah ajaran Islam bahawa "sebahagian syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu kita."

* Dipetik dari blog Cetusan Dr Mohamad Khir Toyo

Tuesday, May 8, 2012

Hassan Ali: Azmin ‘Si Tanggang Moden’, Derhaka Kepada Ibu


Adun Gombak Setia Datuk Dr Hassan Mohamed Ali hari ini menyifatkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, adalah anak derhaka kerana membelakangkan ibunya semata-mata kerana kepentingan politik.

Hassan ketika sidang media di kediamannya di sini turut menambah, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak harus segera bertaubat dan kembali ke pangkuan keluarganya selain daripada hanya menunding jari kepada Umno untuk menutup kesalahannya.

“Azmin perlu bertaubat dan kembali kepangkuan keluarganya,” kata Hassan kepada pemberita. “Kederhakaan memang jelas berlaku antara Azmin dengan ibunya.

“Beliau ibarat “si Tanggang moden”, malah cuba menafikan kesalahannya dengan menunding jari kepada Umno.

Tambah Presiden Jalur Tiga (Jati) itu lagi, berdasarkan temuramah dengan ibu Azmin, Che Tom Yahya, 78, beliau dapat merasakan ibu kepada pemimpin PKR itu masih mengharapkan Azmin kembali kepangkuannya.

“Walaupun ibunya telah berkata hatinya remuk, tapi saya yakin beliau masih lagi akan menerima Azmin jika beliau bertaubat,” katanya lagi mengulas berkenaan gambar skandal seks yang dikatakan mirip Azmin.

Hassan turut menegaskan, beliau melihat kepimpinan PKR sedang mengalami masalah moral yang berat dan rakyat seharusnya dapat menilai dan tidak menyokong kepimpinan mereka.

“PKR sedang dilanda masalah moral yang besar. Rakyat Malaysia, mari kita tentukan jalan sendiri. Saya tak nampak keangkuhan mereka dapat meredakan keadaan.”

Sebelum itu, ketika sidang media, Hassan turut mengumumkan pihaknya telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Mahfuz Omar dan Khalid Samad berhubung dakwaan mereka yang mengatakan Jati dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan dan syarikat-syarikat tertentu untuk menjayakan program dan aktiviti mereka.

“Saya telah melantik barisan peguam yang diketuai oleh Hasnal Reza Merican untuk mewakili saya dalam membawa kes ini ke mahkamah,” katanya.

“Saya bawa kes ini ke mahkamah untuk membersihkan nama baik saya dan pertubuhan yang saya pimpin.”

Jelas Hassan, pihaknya telah membuat permohonan ganti rugi am, gantirugi teladan, injuksi menghalang mereka mengulangi dakwaan tersebut, dan gantirugi lebih teruk, dan jumlah saman itu akan ditaksir di mahkamah

“Saman itu telah dibuat pada 12 April lalu, dan pengurusan kes terhadap Ahli Parlimen Shah Alam telah bermula pada 30 April, dan pengurusan kes seterusnya pada 14 Mei.

Bagaimanapun, Hassan menjelaskan, pihaknya masih lagi cuba menyerahkan surat saman mahkamah tersebut secara individu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena.-TMI

Sunday, May 6, 2012

Gila! Azmin Si Tanggang Anggap Luahan Ibunya 'Fitnah UMNO'


Entahlah...samaada Azmin Ali cuba menyembunyikan rasa resah gelisahnya ketika ditemui Agendadaily pagi Ahad untuk mengulas luahan rasa ibunya sendiri, Cik Tom Yahaya yang disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia menerusi kaca televsiyen Sabtu malam.Namun besar kemungkinan bertambah remuk lagi hati ibunya itu,yang lama mengharapkan beliau datang menjenguknya, jika mendengar reaksi Timbalan Presiden PKR ini.

Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu ditemui sejurus selepas satu majlis dailog dengan penduduk di AU3,Keramat dekat Kuala Lumpur.Beliau enggan mengulas panjang mengenai keluhan ibunya itu.

Namun dengan wajah selamba sahaja Azmin berulang kali kata " ini semua kerana pilihanraya sudah dekat".

Dan...macam biasa keluar ayatnya salahkan UMNO sedangkan satu dunia lihat yang cakap itu ibunya sendiri. Katanya 'itu saja UMNO boleh menang dengan fitnah' .

Jika hendak dibuat tafsiran ia seolah membawa maksud Azmin anggap luahan rasa ibunya itu adalah ' fitnah UMNO'

Sementara itu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Shah Alam Sabtu malam menasihatkan Azmin agar bertemu dengan ibunya.

'Saya nasihatkan kepada Azmin pergi berjumpa dengan ibunya,"katanya.- Agendadaily

Wan Azizah Nasihat Azmin Ziarah Ibunya


"Azmin sebaiknya melawat dan menziarahi ibunya kerana itu salah satu tanggungjawab beliau sebagai anak," kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau ditemui wartawan pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat di bandar i-City, malam tadi.

Diminta mengulas kenyataan oleh ibu Azmin, Dr Wan Azizah berkata: "Saya menasihatkan kepada Azmin supaya pergi berjumpa dengan ibunya."

Ibu Azmin, Che Tom Yahaya berkata, pintu rumahnya belum tertutup buat Azmin, Timbalan Presiden PKR.

Menurut Che Tom, dia masih mengharapkan anaknya itu pulang semula ke pangkuan keluarga, untuk menautkan kembali hubungan yang sudah terjurang antara Azmin dengan adiknya, Umi Hafilda.

“Saya dan abahnya (Allahyarham Ali Omar) sudah berikan dia didikan yang cukup, ilmu akhirat, adat resam, budi bahasa. Sebagai ibu, saya sayangkan dia dan harap dia berubah," katanya.

Saturday, May 5, 2012

Azmin 'Si Tanggang' Hancurkan Hati Che Tom!


Pendedahan Eksklusif dari mynewshub

Kami tiba di sebuah banglo lama dekat Kampung Kolam Air, Hulu Kelang kira-kira pukul 3 petang.

Dari jauh kelihatan seorang ibu tua yang bertongkat memandang kami dengan wajah yang cukup sayu.

Namanya Che Tom Yahaya, berusia 78 tahun.

Kalau sebut nama itu mungkin ramai yang tak mengenalinya, tapi kalau sebut nama Azmin Ali, Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali, tak mustahil ramai yang akan mengingatinya.

Beliau adalah ibu kandung kepada tiga individu yang cukup dikenali ramai ini.

Ketika memulakan bicara, Che Tom mengambil masa hampir beberapa minit sebelum melontarkan ayatnya yang pertama.

Namun setiap kali beliau bercakap, setiap kali itu jugalah airmatanya jatuh menitis membasahi pipi.

” Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur,” kata Che Tom merujuk kepada perbuatan dan tingkah laku anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Gombak itu.

Menurut Che Tom, entah dimana silapnya, Azmin, anak yang cukup baik dan mendengar kata tiba-tiba boleh berubah menjadi yang sebaliknya.

Kata Che Tom, kali terakhir beliau bertemu muka dengan anak sulungnya itu hanyalah pada pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas.

Sejak itu Azmin tidak lagi menjenguknya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya.

Malah menurut Che Tom, Azmin langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital.

” Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya…melihat saja kehadiran Ummi Hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.

” Malah di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum ‘disamak’, Azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya ‘benda haram’.

” Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawab Azmin, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim,” kata Che Tom sambil menahan sebak.


Che Tom pernah berkata, Azmin akan menjadi individu yang lebih baik jika semua pengaruh buruk ini dapat dijauhi.

“Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar,” katanya.


Katanya, berbanding enam anaknya, dia melalui pengalaman yang sangat sukar ketika melahirkan Azmin.

“Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami,” kata Che Tom

Ketika ditanya mengenai tuduhan terbaru yang dilemparkan ke atas Azmin, Che Tom berkata dia tidak tahu sama ada ianya benar atau sebaliknya.

Tetapi beliau mengakui cukup tertekan apabila masyarakat sekeliling bercakap mengenainya, malah telefonnya juga asyik berbunyi apabila ramai sanak saudara dan kenalan bertanyakan hal itu.

” Bagi makcik mudah, kalau betul dia rasa dia di pihak yang benar, saman mereka, bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya itu,” kata Che Tom.

Selasa lalu, beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks oral di dalam sebuah tandas.

Paling mengejutkan pendedahan beberapa blog yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.

Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.

Bagaimanapun, Azmin segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama, menuduh UMNO sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu.

Ketika diminta berkata sesuatu kepada Azmin sempena Hari Ibu esok, Che Tom berkata, beliau redha sekiranya ‘dijemput pulang’ oleh Allah dalam masa terdekat ini dan tidak mengharapkan Azmin pulang menziarahi jenazahnya.


” Saya tak pernah ajar Azmin untuk jadi seperti sekarang, saya malu kepada masyarakat,” katanya.

Namun biar apapun yang terjadi, tambah Che Tom, dia tetap sayangkan Azmin.

” Saya tak akan buang dia, dia tetap anak saya yang saya bela dari tapak kaki dua jari. Baliklah ke pangkal jalan dan bertaubatlah,” katanya dalam nada perlahan sambil memandang ke arah luar jendela banglo usang tersebut. (Mynewshub.my)

Ada Sabotaj Dalam Parti Untuk Jatuhkan Azmin Ali

This summary is not available. Please click here to view the post.

Thursday, May 3, 2012

Azmin Terdesak Mahu Saman Utusan RM100 Juta



Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mahu menyaman Utusan Malaysia RM100 juta kerana menyiarkan laporan klip video seks blowjob dalam tandas.

Kelmarin, Azmin menafikan beliau lelaki yang dirujuk dalam laporan dan gambar-gambar yang mengiringnya.

"Hari ini, Azmin menerusi peguamnya Edwin Lim Suren & Soh mengeluarkan tuntutan kepada Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang memiliki Utusan Malaysia dan editor agar menarik balik dakwaan-dakwaan itu dan membuat permohonan maaf di muka depan Utusan Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Melihat kepada keseriusan dakwaan dan edaran akhbar di peringkat nasional, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak menuntut ganti rugi RM100 juta.


Saman la.... Bagi aku Azmin tersalah langkah!



Dalam CSI 97% pun dah kira match apatah lagi sudah 99.9% kata Ummi Hafilda

Adik kepada Azmin Ali, Ummi Hafilda sendiri mengesahkan bahawa gambar lelaki terbabit dalam skandal seks yang tersiar dalam akhbar dan laman blog adalah imej abang kandungnya itu....

Dalam game ni musuh dalaman partinya sendiri berjaya memerangkap Azmin untuk menamatkan karier politiknya. Game Over!

Monday, April 30, 2012

Gambar Azmin Ali Selak Kain Wanita Dalam Toilet Tersebar!!!!


Panas!!!!! Mari tengok foto terbaik sepanjang tahun... Ini bukan gambar superimpose tapi real punya! Azmin tolong jawab dengan segera!

Tahniah kepada pemimpin pembangkang! Syabas!

Tunggu keluaran Full Video Azmin Ali tersebut... tunggu!



Sumber klik di sini..

Bersih 3.0: Video Anwar Memberi Arahan Kepada Azmin Cetus Kekecohan!

Gambar dan video ini membuktikan kekecohan yang berlaku di Kuala Lumpur kemarin berpunca dari Anwar Ibrahim dan Azmin Ali....

Video Sila klik di sini  Apa Kecoh2


Snapshot dari MIM menunjukan perusuh-perusuh merempuh pagar dawai Dataran Merdeka.



Anwar Ibrahim memberi isyarat kepada Azmin Ali.







Kemudiannya Azmin Ali berkata sesuatu kepada orang yang berada di sebelah beliau.






Pemimpin parti pembangkang dan Ambiga perlu dikenakan tindakan dan bertanggungjawab atas insiden keganasan di sekitar ibu negara sehingga menyebabkan kemusnahan harta benda awam serta kecederaan serius.


"Dalam beberapa saat pertama video tersebut, Anwar yang berdiri di atas sebuah trak, dilihat membuat isyarat dengan kedua-dua tangan ke arah Azmin.

Azmin, yang sedang berdiri di atas benteng itu dengan belakang beliau ke arah Dataran, menggerakkan ibu jarinya menunjuk ke arah Dataran dan mengangguk kembali ke arah Anwar manakala seorang lelaki India berbaju T kuning juga membuat isyarat yang sama ke arah pemimpin PKR tersebut.

Azmin kemudiannya memandang ke arah lelaki India itu, yang menurut beberapa pengguna Twitter adalah ahli PKR dari Negeri Sembilan, yang kemudiannya menunjuk kembali ke arah Azmain dan mengangguk.

Peserta perhimpunan mula melaungkan “Masuk! Masuk!” dan lelaki India itu terus membuka halangan, membolehkan orang ramai meluru masuk ke Dataran Merdeka”.