Sunday, May 6, 2012

Wan Azizah Nasihat Azmin Ziarah Ibunya


"Azmin sebaiknya melawat dan menziarahi ibunya kerana itu salah satu tanggungjawab beliau sebagai anak," kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau ditemui wartawan pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat di bandar i-City, malam tadi.

Diminta mengulas kenyataan oleh ibu Azmin, Dr Wan Azizah berkata: "Saya menasihatkan kepada Azmin supaya pergi berjumpa dengan ibunya."

Ibu Azmin, Che Tom Yahaya berkata, pintu rumahnya belum tertutup buat Azmin, Timbalan Presiden PKR.

Menurut Che Tom, dia masih mengharapkan anaknya itu pulang semula ke pangkuan keluarga, untuk menautkan kembali hubungan yang sudah terjurang antara Azmin dengan adiknya, Umi Hafilda.

“Saya dan abahnya (Allahyarham Ali Omar) sudah berikan dia didikan yang cukup, ilmu akhirat, adat resam, budi bahasa. Sebagai ibu, saya sayangkan dia dan harap dia berubah," katanya.

No comments: