Showing posts with label Camera AES. Show all posts
Showing posts with label Camera AES. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

Pemuda UMNO Desak Kerajaan Tangguhkan Pelaksanaan AES


Terima kasih kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin kerana mendengar dan berani memutuskan pandangan berhubung isu AES... dimana Pemuda terima kebaikan AES akan tetapi kerajaan juga perlu mendengar rungutan dari rakyat tentang soal pelaksanaannya dari segi lokasi kamera, had laju laluan tertentu, jarak pemberitahuan kamera AES.

Diatas sebab-sebab tersebut pemuda UMNO desak kerajaan tangguhan pelaksanaan AES dan kaji semula pelaksanaannya.

---

KUALA LUMPUR 30 Okt – Pemuda UMNO hari ini menuntut dan mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan mengkaji semula pelaksanaan sistem berkenaan kerana terdapat banyak rungutan dan persoalan mengenai sistem tersebut.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata terdapat banyak pandangan serta maklum balas daripada akar umbi mengenai sistem berkenaan dan pergerakan itu berharap mesyuarat kabinet pada minggu ini dapat membincangkan dan membuat keputusan berdasarkan desakan pergerakan itu.

Menurut beliau pihaknya telah membincangkan perkara berkenaan secara pro dan kontra dan kesimpulannya pergerakan itu mendapati terdapat banyak kelemahan yang ada pada sistem AES itu.

“Banyak rungutan mengenai lokasi kamera berkenaan…. Ada pandangan orang awam yang katakan lokasi itu tidak mencerminkan kebarangkalian berlakunya kemalangan. Banyak rungutan kawasan tersebut bukanlah kawasan yang dianggap tidak selamat atau bukan kawasan hitam.

“Keduanya ada tempat yang mana kamera diletakkan had lajunya tidak praktikal.. had laju rendah untuk diletakkan kamera dan banyak kenderaan yang melepasi had laju tersebut tanpa timbulkan masalah keselamatan. Ketiganya jarak kamera terlalu dekat dengan kawasan tertentu yang mana kawasan itu mudah untuk melepasi had laju.

“Kesimpulannya kami dapati bahawa ada banyak kelemahan pada sistem AES ini dan bukan kami tidak setuju kerana pada dasarnya sistem automatik adalah sistem yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeruskan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) seterusnya menambah sekiranya sistem berkenaan hendak dilaksanakan selepas ini, kerajaan perlulah mengkaji beberapa aspek seperti lokasi, had laju dan mengadakan pendidikan umum.

“Bukan kita tidak sokong AES ini untuk jalan raya menjadi lebih selamat dan kami memahami bahawa ini tidak menghalalkan mereka yang melanggar undang-undang tidak dibawa pengadilan….AES menimbulkan banyak masalah.

“Jadi Pemuda desak kerajaan tangguhkan pelaksanaan AES dan kami harap mesyuarat jemaah menteri pada minggu ini dapat membincangkan perkara ini dan membuat keputusan atas permintaan dan desakan kami,” katanya.

Dalam pada itu Khairy turut memberitahu Pemuda UMNO dan Pemuda BN akan berperanan sebagai pemduah cara dalam usaha membantu proses pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Kita buat perkara ini atas semangat kesukarelaan sendiri dan tidak diminta oleh mana-mana pihak. Cuma kami dapati bahawa pengedaran BR1M kepada penerima baru terutama golongan bujang yang tidak tersenarai dalam BR1M pertama perlu kita permudahkan proses dan membantu mereka.

“Saya dah minta setiap bahagian edar borang dan skuad utusan pemuda pergi ke kawasan kilang-kilang, kawasan orang orang muda dan sasaran kita adalah 2,000 setiap bahagian. Kita akan pergi ke kawasan yang ramai orang muda untuk edarkan borang dan sekiranya perlu akan kutip dan hantar borang BR1M 2.0 ke LHDN.

“Walaupun borang ini mudah dimuat turun menerusi internet, boleh diisi secara elektronik tetapi contohnya ramai pekerja kilang yang tidak sempat untuk isi secara elektronik dan kami akan hantar Skuad Utusan Pemuda untuk bawa borang berkenaan kepada mereka yang layak,” katanya.

Sumber: http://www.rembau.com.my

Sunday, October 14, 2012

Isu AES... Pembangkang Sengaja Kelirukan Rakyat


SEJAK kebelakangan ini, isu AES (Automated Enforcement System) telah banyak timbul di dalam media elektronik pro dan pembangkang.

Walaupun usaha kerajaan untuk melaksanakan AES adalah untuk kebaikan secara keseluruhan, ianya dimainkan oleh pihak pembangkang di media alternatif dengan harapan untuk mengelirukan rakyat. Bersama-sama ini dikemukakan beberapa fakta berkaitan AES untuk membantu blogger untuk memulihkan keadaan di peringkat kerajaan :

Tujuan: AES telah dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan dikalangan pengguna jalan raya, di mana secara purata, 18 orang meninggal dunia akibat kemalangan.

Kos sosial dan ekonomi yang ditanggung oleh kerajaan untuk menguruskan kemalangan jalan raya menjangkau RM9bilion.

Sebanyak 831 buah kamera akan ditempatkan mengikut fasa di kawasan black spot yang telah dikenalpasti oleh MIROS (Malaysian Institute of Road Safety). AES ini dilaksanakan sepenuhnya oleh syarikat swasta, iaitu ATES Sdn. Bhd. dan Beta Tegap Sdn. Bhd.

Walau bagaimanapun, saman yang dikeluarkan tersebut adalah oleh JPJ setelah semua maklumat berkaitan pesalah dikenalpasti. Sehubungan itu, projek ini tidak melibatkan kos kepada kerajaan.
Isu yang ditimbulkan
• AES adalah satu cara untuk mengambil wang rakyat
• AES membebankan rakyat
• AES mempunyai banyak kekurangan
• AES perlu ditangguhkan

AES sebenarnya dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, AES sekarang menumpukan kepada dua kesalahan sahaja , iaitu, speeding dan melanggar lampu merah.

MIROS telah mengenalpasti bahawa kedua-dua kesalahan in menyumbang kepada kemalangan yang tertinggi. Oleh yang demikian, untuk menangani perkara ini AES telah dilaksanakan.

Undang-undang adalah untuk dipatuhi, jika kita melanggar had laju atau lampu trafik ianya merupakan satu kesalahan dan jika ditangkap dan terbukti akan disaman, sama seperti kesalahan-kesalahan lain.

Jika rakyat tidak mahu ikut peraturan dan undang –undang maka negara akan hancur. Adakah ini bermaksud kita memberi subsidi kepada peragut supaya meraka tidak meragut lagi ?

I8 kematian secara purata direkodkan setiap hari, berapa ramai yang menjadi anak yatim piatu, berapa ramai ibu bapa yang kehilangan anak-anak.

AES akan menangkap gambar semua kenderaan termasuk motosikal yang melanggar had laju.

Kerajaan mempunyai sebab untuk melaksanakan had laju tertentu di kawasan-kawasan tertentu, berdasarkan infrastruktur jalan yang sedia ada yang hanya boleh menampung sesuatu kemalangan jika dalam had laju tertentu, jika terlebih ianya akan memudaratkan pengguna jalan raya.

Dapatan sehingga kini, data-data menunjukkan bahawa kes-kes pelanggaran had laju dan lampur trafik di kawasan-kawasan yang di mana terdapat kamera AES telah berkurangan.

“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”, “Prevention is better than cure”.