Showing posts with label Chelsea. Show all posts
Showing posts with label Chelsea. Show all posts

Monday, September 19, 2011

[photo inside] Manchester United Kalahkan Chelsea 3-1


MANCHESTER, United Kingdom 19 Sept. - Manchester United mempamerkan aksi sebuah pasukan juara untuk mengungguli Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan dua mata selepas melakar kemenangan 3-1 ke atas Chelsea di Old Trafford, malam tadi.

Pasukan bimbingan Alex Ferguson menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama melalui Chris Smalling, Nani dan Wayne Rooney, manakala Chelsea akhirnya gagal mengekalkan rekod tanpa kalah sejak diterajui boss baru Andre Villas-Boas.



Fernando Torres merapatkan jurang melalui gol seawal minit pertama separuh masa kedua berlangsung, manakala Rooney gagal menambat jaringan setelah tersasar sepakan penalti.

United kekal di puncak liga setelah pesaing Manchester City diikat 2-2 oleh Fulham. - AFP




Monday, August 8, 2011

Penyokong City Dan Chelsea Di Twitterjaya Terpaksa Tidur Awal Semalam.... Glory MU!





We are the Champions!

Manchester United "tutup mulut" penyokong Manchester City selepas menang 3-2 dalam perlawanan penuh dramatik yang menyaksikan Red Devils bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum berjaya mempertahankan kejuaraan Perisai Komuniti di Stadium Wembley, malam tadi.

MU vs City apa kena mengena dengan Chelsea? hahaha... macam biasa... setiap kali MU beraksi, penyokong Chelsea akan cuba bakar-bakar kita orang dalam twitterjaya... penyokong Chelsea akan menyokong mana-mana sahaja pasukan yang menentang MU... (macam lalang...) Sebenarnya bukannya ada pun penyokong City dalam twitterjaya... dia orang saje nak bikin Fan MU panas je....

Mendung tak bererti hujan, akhirnya mereka yang kesedihan berpanjangan kah kah kah!