Showing posts with label China doll. Show all posts
Showing posts with label China doll. Show all posts

Saturday, September 24, 2011

Ajaib Bila Elektrik Terputus Di Majlis Rumah Terbuka PKR Melaka! Apa Maknanya Tu?


Mungkin bumi Melaka tidak terima kehadiran Anawar, itulah sebabnya... ajaib apabila elektrik terputus secara tiba-tiba di Majlis Rumah Terbuka PKR Melaka. Ini juga membawa petanda buruk yang akan berlaku kepada Pakatan Rakyat yang kini di ambang perpecahan.

Elektrik putus pun nak salahkan umno! apalah orang Pakatan ni... baca apa yang dia orang cakap:

"Mungkin kerana sambutan hangat begitulah menyebabkan Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam tidak lena tidur. Dan mungkin kehebatan sambutan itu juga maka UBN akan mengarahkan apa saja agensi kerajaan untuk menganggu atau mengagalkan himpunan Pakatan Rakyat. Katanya malam tadi Anwar terpaksa membatalkan kehadiran di majlis kedua kerana bekalan eletrik terputus secara tiba-tiba."-mso

Setahu aku sambutan video seks Anwar sahaja yang hangat! tak payah nak kelentong la....

OKlah... kami tahu yang jahat tu semua datang dari Umno!

Yang baik seperti meliwat, kebas bini orang, main China doll semuanya dari siapa pulak?

Tuesday, September 20, 2011

PAS Berani Tegur Hantu Bonceng Tapi Takut Tegur Hantu China Doll?


Filem komedi baru Hantu Bonceng yang dibintangi pelawak terkenal Zizan Razak dikatakan mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.

Terdapat dialog dalam satu babak yang berbunyi "asyhadu anna Muhammadar syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

Dan ini pula komen Ahmad Idham, pengarah filem tersebut...

Sayangnya kenyataan Ahmad Idham ini agak ego sikit.. memang nak kena palam ni!!

Dalam pada itu Pemuda PAS mengambil kesempatan untuk menyalahkan kerajaan pulak... Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, kelemahan agensi kerajaan membenarkan filem "berbaur penghinaan kepada Islam".

Wah! dalam hal JANTAN pulak Nasrudin...

Nada Nasruddin boleh bertukar dengan sekelip mata bila hentam kerajaan.... Tapi bila buka cerita Hantu China Doll... Aku tengok Nasrudin dari serban hingga ke hujung kaki segalanya mengecut!

Mustahil Nasrudin tidak kenal siapa ini?



Kenapa PAS tidak berani meminta Anwar Ibrahim angkat sumpah bagi membersihkan nama dia demi menjaga maruah diri dan keluarganya? 

Anwar wajar segera bersumpah dan ia perlu dilakukan secara terbuka di hadapan umum, kerana ini adalah cara terbaik untuk bersihkan diri daripada tuduhan tersebut. 

Sunday, September 18, 2011

Video Seks Anwar: Dunia Sudah Terbalik? Papagomo Niat Jahat, AMK Lapor Polis!


Mungkin jiwa Anak Muda Keliru (AMK) ini semakin parah... apabila dikata dunia mereka sudah terbalik! 24-seven hanya taksub untuk Anwar Ibrahim hingga tidak dapat menerima kenyataan yang sebenarnya... 

Sepatutnya merekalah yang pertama melaporkan kepada polis untuk siasat pelaku video seks tersebut, bukannya buat laporan polis untuk menyalahkan orang yang menyampaikan laporan video seks tersebut (Papa Gomo).

Siapa sebenarnya yang berniat jahat? Rozan... rozan.. pandai sungguh kau mengambil kesempatan ya... tembak dari belakang berani la kau...  awat bila jumpa depan-depan kau terketar-ketar? bila nak sembang dikedai kopi ni?



Petang tadi Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat laporan polis terhadap penulis blog Papagomo yang menyiarkan klip video dua lelaki yang didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Laporan dibuat Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.




Ini berikutan dua klip video yang didedahkan Papagomo pagi semalam yang menunjukkan rakaman litar tertutup (CCTV) dua lelaki menuju masuk ke dalam dan keluar lif bangunan dipercayai sebuah hotel di Ampang.

Sehubungan itu, Rozan dalam laporannya mahu Papagomo disiasat berikutan penyebaran video tersebut yang dianggapnya berniat jahat sehingga mampu mengelirukan orang awam.

Beliau juga mahu penulis blog itu dikenakan tindakan kerana mengancam untuk mendedahkan lagi klip video yang berkaitan dengan isu ini pada masa akan datang.



Bagaiman pun Rozan percaya pelaku video seks itu Anwar Ibrahim!

Enggan mengulas teknikal kesahihan klip video itu, Rozan turut mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar membuat kenyataan bagaimana rakaman tersebut boleh berada di tangan Papagomo walaupun kes itu masih dalam siasatan polis.