Showing posts with label Dewan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Dewan Rakyat. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Sejarah: Dewan Rakyat Bersidang Sehingga Awal Pagi


Dewan Rakyat tadi meluluskan usul untuk menyambung persidangan hingga melepasi 12 tengah malam sehinggalah selesai urusan.

Ia bersidang dari awal jam 10 pagi tadi dan dijangka berlarutan hingga jam 3 pagi.

Sejarah

Ini merupakan rekod baru Dewan Rakyat semenjak tahun 1977, rekod lama paling lewat tamat bersidang pada pukul 2:30 am

Pada tengah malam ini, terdapat 34 Anggota Parlimen BN, 17 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan satu bebas.

Tahniah kepada pemimpin BN yang berjuang untuk rakyat...

Sekian lama AUKU membelenggu mereka yang bernama Mahasiswa, hari ini Ahli Parlimen Rembau YB Khairy Jamaluddin dan rakan-rakan Ahli Parlimen BN lakar sejarah kebebasan Politik!

Update: Rekod baru Dewan Rakyat 20 April 2012 tamat bersidang sehingga jam 3:21 am.

Wednesday, April 4, 2012

Kecoh Soal Laporan Minoriti: Pembangkang Menafikan Demokrasi


Pembangkang sentiasa menangani isu dengan cara bikin kecoh, kelam-kabut dan huru-hara. Menghentak meja, membaling kerusi, menjerit-jerit, memaki hamun, malah membaling Molotov cocktail semuanya merupakan ‘trademark’ khas operasi pembangkang.

Pendek kata, sikap mereka langsung tidak menunjukkan sikap manusia waras, bijak, matang, professional, rasional mahupun bertamadun.

Semalam, dalam sidang Dewan Rakyat sekali lagi pembangkang membuat kecoh hanya kerana tidak bersetuju dengan 4 dari 22 syor yang dibuat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan proses pilihanraya. Selain itu, mereka juga mempersoalkan penolakan terhadap cadangan agar Penyata Minoriti dilampirkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa semasa mesyuarat terakhir pada 29 Mac 2012.

Sedangkan, penolakan tersebut adalah berdasarkan keputusan undian iaitu 6 undi menolak dan 3 undi bersetuju.

Nampaknya pembangkang mempunyai masalah dengan amalan demokrasi yang menentukan keputusan melalui pilihan majoriti. Hanya kerana keputusan majoriti tidak menyebelahi mereka, maka mereka akan membuat kecoh atau pun huru-hara.


Sikap pembangkang ini menjadikan rakyat semakin ‘cuak’ dengan mereka. Walaupun pembangkang cuba mencari ‘kredit’ dengan membangkitkan persoalan dan bantahan tetapi tindakan mereka bukannya memberi faedah tetapi hanya menjauhkan lagi rakyat dari mereka.

Rakyat mungkin mengangkat pembangkang sebagai juara jika sekali sekala bangun membuat kecoh atas isu-isu yang kononnya membela rakyat. Tetapi jika terlalu sering membuat kecoh, walaupun isu tersebut telah diselesaikan melalui undian secara demokrasi maka rakyat mula merasa meluat dan mengambil sikap sinis terhadap pembangkang.

Rakyat mula tertanya-tanya, apakah ini sikap pejuang demokrasi tulen? Juara hak asasi dan hak bersuara? Bagaimana pejuang demokrasi tidak boleh menerima keputusan majoriti?

Sebenarnya, pembangkang hanya ingin mencari publisiti kerana telah benar-benar ketandusan isu yang signifikan untuk mempromosi diri. Lebih dari itu, pembangkang juga, terutamanya Azmin Ali yang begitu lantang di Dewan Rakyat semalam sebenarnya hanya ingin mengalih pandangan rakyat dari isu kedayusannya dan persundalan isterinya, Shamsidar Taharin yang kembali hangat akhir-akhir ini.

Tetapi, apa yang lebih besar dari ini semua ialah pembangkang sebenarnya hanya ingin mencipta alasan awal sekiranya kalah dalam pilihanraya akan datang. Kerana itu, mereka perlu membuat kecoh seolah-olah PSC tidak berkesan dan tidak telus. Untuk tujuan ini juga, segala jentera pembuat huru-hara seperti Bersih akan digerakkan untuk menimbulkan keraguan di kalangan rakyat terhadap sistem pilihanraya. Sekali gus, jika Bersih berjaya digerakkan secara besar-besaran, ia mungkin akan membantu Pakatan Rakyat berkuasa tanpa melalui proses demokrasi dan ini akan merupakan bonus kepada mereka.

Oleh itu, sama ada kesemua 22 syor tersebut diterima atau tidak, yang mana ia telah pun diterima kemudiannya, atau laporan minoriti tersebut dimasukkan ke dalam laporan akhir atau tidak, bukanlah jaminan yang pembangkang tidak menimbulkan huru-hara pada bila-bila masa mereka suka.

Ini kerana hayat parti mereka bergantung kepada kebolehan mereka mencipta kekecohan dan mengganggu ketenangan, dan seterusnya keamanan negara.

Apapun, kita wajar bersyukur kerana sikap mereka ini telah memudahkan lagi rakyat Malaysia membuat pilihan dalam pilihanraya yang akan datang.

Monday, November 14, 2011

Puak PR Makan Gaji Buta, Pergi Parlimen Untuk Membuta!


Takkan lah ADUN PR ni sakit sama macam Ibrahim Ali kot?? Fuh kemain lena nampak bro!! BRO! Bro! BRO! rakyat undi U.... bukan untuk tido, bro!

Inilah padahnya jika rakyat tersilap pilih pemimpin. untuk menjadi pemimpin bukan sekadar mampu bersuara, tapi perlu semangat pejuang untuk membela hak orang-orang yang dipimpinnya. Itu secara ideal pemimpin rakyat. Bukan membuta dalam dewan Rakyat!!!

Hari-hari ke kena ada persidangan dalam dewan ni? Cuba cecita... ceciter sikitttt?? Kalau nak membuta balik rumah la.... Ingat hotel ke dewan tu???

Wakil rakyat buat tanggungjawab wakil rakyat. Dan tidur dalam sidang bukan sebahagian dari tanggungjawab tersebut.