Minyak naik kecoh! minyak turun pun kecoh kah! kah! kah!
Dari maklumat yang aku dapat Anwar Ibrahim kini mengarahkan bloggers Puak Pembangkang untuk menyerang Kerajaan Barisan Nasional BN dengan membuat spekulasi bahawa harga minyak dunia sedang menurun. Seribu macam andaian dibuat oleh puak pembangkang, mereka boleh kata apa saja yang mereka mahu.
Bila ada yang tidak puas hati, (tunjuk perasaan) BERSIH la konon menjadi kecenderungan mereka untuk melahirkan rasa tidak puas hati.
Baca blog puak pembangang yang cuba mencetuskan kemarahan rakyat disini....
Video URL: http://youtu.be/ea1UXUpaG1w
Sila tonton video ni aku buat tiga tahun yang lalu, masa PRU ke12...
Dulu Anwar, cakap pakai air liur sekarang sudah ada buku Jingga a.k.a buku Jinggay bukan buku Jinggo rrr...... kata harga minyak dunia sudah turun, so what Anwar! turunkan lah harga minyak di Selangor, Penang dan Kelantan.
Mari kita pakat ramai-ramai cabar parti pembangkang menurunkan harga minyak di negeri-negeri yang mereka kuasai dan tidak sekadar terus berjanji.
Kalau dulu masa pilihan raya dulu pun mereka janji macam-macam tapi sampai hari ini mereka tidak tunaikan.
Kalau hendak kurangkan harga minyak, berilah subsidi untuk kurangkan harga minyak di Selangor dan Penang dan Kelantan dulu. Kalau tidak boleh buat untuk semua negeri buat di negeri Selangor pun sudah memadai.. yang penting kotakan janji!
Kalau itu pun tidak boleh buat, tidak payahlah kecoh-kecoh. Kita tahu pembangkang sentiasa ada benda untuk mengkritik dan bikin kecoh.
PM, Datuk Seri Najib Razak begi duit raya tahun ni kepada rakyat, walaupun tak banyak syukur alhamdullilah... Anwar, Lim Guan Eng dan Nik Aziz bagi apa tahun ni?
Politik Harian/Bro Jinggo