Showing posts with label Engku Salleh. Show all posts
Showing posts with label Engku Salleh. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

Rumah Kos Rendah Pun Tak Mampu Bina, Buat Malu Laung Negara Kebajikan


“Kalau rumah kos rendah pun tak mampu buat usah cakaplah pasal Negara Kebajikan… buat malu saja”, demikian pandangan Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal

Tegas beliau kegagalan kerajaan pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dibimbing Penasihat Ekonomi Negeri berharga RM1, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembinaan rumah kos rendah sepanjang tiga tahun mentadbir negeri berkenaan membuktikan pakatan pembangkang umpama “kokok berderai-derai, ekor penuh tahi”.

“Itu baru rumah kos rendah…ika kita senaraikan mungkin banyak lagi dan kita hanya menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan perkara berkenaan. Mereka bukannya ikhlas untuk membantu dan menaiktraf hidup rakyat tetapi lebih kepada kroni dan sebagainya.

“Kita akan lihat secara dekat perkara ini agar penindasan terhadap rakyat tidak akan berterusan kerana Selangor sebuah negeri yang cukup maju hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang cukup peka terhadap kepentingan dan kebajikan rakyat,” katanya kepada UMNO-Online.

Ungku yang juga Ketua Pemuda Serdang secara sinis kemudiannya mencadangkan agar pimpinan Pas khususnya Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama pemimpin DAP dan PKR termasuk Tuan Penasihat Ekonomi Selangor yang berharga RM1 mengambil kursus tertentu untuk belajar lagi tentang konsep Negara Kebajikan dalam erti kata sebenar.

“Negara Kebajikan bukan bermakna membuka lebih banyak lagi pusat hiburan dan rumah urut. Negara Kebajikan bukan bermakna songlap pasir bertimbun-timbun. Negara Kebajikan bukan bermakna perbesarkan lagi kilang arak dan banyak lagi perkara pelik-pelik yang dilakukan mereka.

“Kalau itu mereka anggap sebagai Negara Kebajikan, kita ucapkan tahniah,” katanya.

Expo Perumahan Pemuda BN (HOPE) 29-31 July