Showing posts with label Hadi. Show all posts
Showing posts with label Hadi. Show all posts

Sunday, May 13, 2012

Hadi Awang Sahkan Hudud Hanya Umpan Politik


Hukum hudud bukanlah satu keutamaan pakatan pembangkang, itu kata Hadi Awang yang juga Presiden PAS. Jelasnya lagi, hudud akan tetap dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang mengambilalih kerajaan. Tapi... ada tapinya...

Kata Hadi, hukum hudud hanya akan dilaksanakan mengikut proses demokrasi dan selepas masalah kemiskinan dapat diatasi serta hanya terhad kepada umat Islam sahaja pada permulaannya. Menurutnya lagi hukum hudud tidak dapat dilaksanakan selagi gaji minimum tidak dilaksanakan.

Banyak pula syarat, dalih dan alasan itu ini bila masuk bab perlaksanaan, nampak sangat sewaktu menabur janji dan selepas selesai membentangkan draf hukum hudud di DUN Kelantan pada tahun 1993, PAS sengaja mahu ianya tergantung setakat itu sahaja.

Keutamaan dan modus operandi sebenar PAS dalam isu hudud hanyalah berkisar pada soal mencari undi dan pengaruh politik untuk mengejar kuasa duniawi bagi keselesaan diri sendiri itu saja. Noktah.

Soal perlaksanaan, prasarana dan praktikal hukum hudud, PAS tak pernah pun ambil tahu dan ianya terbukti benar apabila hanya selepas Mufti Kelantan mengkritik kerajaan PAS Kelantan tahun lepas bersabit persoalan hudud barulah cepat-cepat kerajaan Nik Aziz menubuhkan jawatankuasa teknikal.

Itupun sampai sekarang jawatankuasa teknikal tersebut tidak pernah mengadakan walau satu mesyuarat pun untuk membincangkan persoalan teknikal dan perlaksanaan hukum hudud.

Semasa berkempen di atas pentas ceramah bukan main gah, bersembur air liur melaungkan takbir sambil menghukum UMNO dan Kerajaan BN sebagai anti-Islam, kafir dan jahiliah seolah-olah PAS bila-bila masa saja akan melaksanakan hudud dalam pemerintahannya.

Kita tak lupa Hadi Awang jugalah yang pernah menjanjikan perlaksanaan hudud di Terengganu sebelum ayam jantan habis berkokok. Selepas 4 tahun memerintah Terengganu sehinggalah dihumban oleh rakyat dari tampuk pemerintahan negeri, ayam jantan sampai hilang suara pun bayang hudud secara praktikal pun tak nampak.

Dan kini Hadi Awang dan PAS datang lagi buat perangai lama hanya kerana musim pilihanraya makin dekat, bertempik sakanlah mereka melaungkan akan laksanakan hudud dalam pemerintahan. Bezanya kali ini laungan PAS berselindung disebalik isu halangan kemiskinan dan gaji minimum pula - perkara yang mereka tak fikirpun dulu sewaktu mula-mula menggembar gemburkan isu hudud.

Itulah nawaitu utama PAS bila mana menggembar gemburkan isu hudud segalanya hanya sekadar alat dan umpan politik semata-mata untuk mendapatkan sokongan secara mudah kerana dah terbiasa menjual agama dan gadai hukum hakam demi politik kepartian - dah jadi tabie semulajadi PAS sejak dulu hingga sekarang.

Friday, February 3, 2012

Hadi Undur Kerana Kecewa Diatas Keputusan Pemecatan Hasan Ali


Presiden parti PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap dengan pendirian beliau tidak mahu dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.

Tindakan Hadi tersebut di percayai ada kaitan dengan tindakan pemecatan Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, keputusan mutamat pemecatan Hasan Ali adalah dari meja ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan dulu.

Parti PAS menyingkirkan Dato' Dr. Hasan Ali sebagai ahlinya hanya selepas sehari Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengeluarkan 'gesaan berupa arahan' supaya parti pimpinan Abdul Hadi Awang itu mengambil tindakan terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Mungkin berat untuk Hadi melepaskan Hasan Ali namun beliau terpaksa melakukannya kerana keputusan tersebut adalah dari desakan AJK PAS Pusat (kebanyakan AJK PAS pusat adalah puak Anwaris).

Yang bertambah pedasnya apabila Hasan Ali membongkarkan Khalid Samad sebagai "parasit" dalam PAS mungkin membuatkan Hadi berasa bersalah kepada Hasan dan tawar hati untuk menjadi calon pada PRU akan datang.

Jadi tidak hairanlah mengapa Hadi tidak mahu menjadi Presiden PAS lagi dan tidak hairanlah jika seramai 10,000 ahli PAS akan bertindak keluar dari parti itu sebagai tanda bantahan terhadap keputusan pucuk pimpinannya memecat Dr. Hasan.


PAS is Dead!!

Nik Aziz Terus Bertanding Walaupun Sudah Tidak Diperlukan Lagi....


Walaupun terdapat desakan supaya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur dari dunia politik oleh pelbagai pihak namun Nik Aziz tetap mahu meneruskan hasrat beliau untuk terus bertanding pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Kenyataan Nik Aziz tersebut bebeza dengan pendirian, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang minggu lalu melahirkan hasrat tidak mahu bertanding lagi dalam PRU.

Mengenai pendirian Abdul Hadi itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas menambah, beliau tidak boleh berbuat apa-apa tetapi tetap berharap Ahli Parlimen Marang itu akan bertanding di peringkat Parlimen.

Beliau memimpin kerajaan negeri sejak Pas memenangi pilihan raya umum tahun 1990.

Jelas kita lihat disini President Pas pun dah merajuk dengan sikap angkuh Pok Nik ni... Elok lah bawa berehat dari duni politik yang kian mencabar ni...

Saturday, January 28, 2012

PRU 13: Hadi Sedia Undur Nik Aziz Tunggu Sampai Bila?


'Sudah lama jadi YB', Hadi tawar tak tanding...

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul hadi Awang mungkin tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13), yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.

“Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Abdul Hadi berkata, sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.

Bagaimanapun, Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam PRU13 nanti.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian dalam satu temu bual eksklusif ketika ditemui di rumahnya selepas menyampaikan ceramah di Masjid Rusila, Marang, di sini.

“Terpulang kepada parti untuk menilai kerusi mana yang sesuai untuk saya sama ada Dun atau Parlimen,” katanya yang menyerahkan kepada keputusan parti untuk menentukan sama ada beliau bertanding atau sebaliknya.

Beliau menganggap ramai pemimpin pelapis dalam parti itu yang boleh membantu membawa hala tuju parti pada masa depan.

Katanya, pembabitannya dalam politik sezaman dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya kebetulan mengikuti parti sejak zaman Tun, zaman generasi kedua (Pak Lah) sampailah kini.

“Saya diberi amanah kepimpinan dan kerusi pada usia terlalu muda, saya menjadi Naib Presiden dalam usia 30-an, sudah terlalu lama,” katanya.

Hadi sudah buat keputusan yang berani, Nik Aziz tunggu sampai bila ??

Saturday, January 14, 2012

Hadi Awang Terpaksa Tutup Mulut Berhubung Isu Calon Pengganti Hasan Ali


PAS masih berteka-teki mengenai calon pengganti Datuk DrHasan Mohamed Ali yang dipecat daripada parti itu bagi mengisi kekosongan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Malah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengelak ketika diajukan soalan mengenai pengganti bagi mengisi portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukturdan Kemudahan Awam.

"Nanti kami beritahu, tunggulah Rabu," katanya ringkas kepada pemberita selepas sidang media bersama pemimpin Pakatan Rakyat di sini, Sabtu.

Abdul Hadi juga mengelak ketika ditanya sama ada beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pengisian jawatan itu.

Pada Jumaat, Abdul Khalid mengumumkan bahawa pelantikan Exco baru akan disempurnakan di Istana Bukit Kayangan, di Shah Alam pada Rabu depan.

Abdul Khalid turut memberitahu bahawa kerajaan negeri belum memperoleh nama secara rasmi daripada PAS dan satu perjumpaan dengan PAS Pusat akan diadakan dalam tempoh dua hari ini.

Hasan digugurkan daripada jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor oleh Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Watikah memaklumkan pembatalan pelantikan beliau akan dihantar olehpihak istana kepadanya tidak lama lagi.

Minggu lalu, Abdul Hadi mengumumkan pemecatan Hasan berikutantindakannya yang didakwa menyalahi dan merugikan parti berdasarkankepada Fasal 82(9) perlembagaan parti.

Hasan sebelum ini dianggap sebagai ‘ancaman’ kepada PAS berikutan kenyataannya secara terbuka mengkritik perjuangan parti itu yang dianggap tersasar daripada landasan perjuangan asal parti, iaitu mendaulatkan Islam. - Mstar

Berita Terdahulu: PAS Sudah Ada Pengganti Hasan Ali

Monday, December 5, 2011

Harakahdaily: Presiden PAS, Hadi Akui PAS Diperkudakan DAP !!!


Berucap pada majlis Rapat Rakyat di Stadium Malawati, malam semalam... Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata adalah lebih baik PAS 'diperkuda' berbanding Umno yang 'diperlembu'.

Adakah Hadi sedar yang dia cakap tak serupa bikin... Bila orang mengata puak dia, dia marah tapi dia mengata orang tak salah pulak... Inikah ajaran Islam yang di bawa oleh PAS? Saling mengata dan berprasangka buruk terhadap orang lain?

Umno tidak pernah mengaku di lembukan tapi Hadi mengaku PAS di perkudakan oleh DAP!!! Malang sungguh puak PAS!!!

Mungkin penyokong-penyokong Pas tidak bersetuju dengan pandangan ini, tetapi itulah hakikat yang perlu mereka terima.

Apa yang dikatakan oleh Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Razak adalah benar... dan tujuannya berkata demikian adalah untuk menyedarkan puak PAS! Sampai bila PAS harus di perkudakan?

Di bawah bukti PAS diperkudakan oleh DAP!


Kalau aku jadi orang PAS... Dah lama aku langkah mayat Karpal Singh ni!!

Pas hanya menyokong apa juga yang dicadang atau dilaksanakan oleh DAP. Dalam bahasa mudah, Pas hanya layak menjadi ‘pak turut’, bukannya memberi cadangan atau menentang tindakan DAP atau PKR.

Pas tidak akan berupaya melakukan apa-apa pun selagi bekerjasama dengan PKR dan DAP. Kalaulah dalam soal pelantikan Timbalan Perdana Menteri pun Pas tidak boleh memberi pandangan, apatah lagi isu-isu lain.

Sebaliknya pemimpin-pemimpin Pas harus bertindak jujur dan bertanya sesama sendiri sejak bila pula PKR dan DAP mendapat pandangan Pas sebelum membuat sesuatu kenyataan atau tindakan?

Pas perlu sedar supaya dalam pilihan raya umum akan datang parti itu tidak diibaratkan seperti melukut di tepi gantang dan akhirnya mengakibatkan ‘yang dikejar tak dapat dikendong berciciran.’

PAS is DEAD!

Sunday, August 7, 2011

Isu Gereja DUMC: Haji Hadi Lebih Sayangkan Lim Kit Siang Dari Perjuangan Islam


Seperti apa yang aku katakan sebelum ini... Bukan menjadi satu rahsia lagi Pas hanya bukan sekadar budak suruhan, rupa-rupanya lebih teruk daripada apa yang disangkakan. PAS sekadar mempunyai “taring palsu” yang boleh dicabut sesuka hati oleh sekutunya.

Sumber memberi tahu, Pimpinan PAS telah mengesa agar Hassan Ali memohon Maaf diatas kebiadapan nya menyerbu Gereja tempoh hari. Hassan Ali tidak sepatutnya membelakangkan sekutu DAP dalam hal ini dan sewajarnya sebarang tindakan dari Hassan Ali perlu dirujuk kepada parti terlebih dahulu.

Hassan Ali sekali lagi dipaksa menutup mulut oleh pimpinan PAS dan dari ini maka jelaskan kepada kita semua PAS sudah tidak relevan dalam memperjuangkan apatahlagi mempertahankan Islam. PAS tunduk dan akur pada DAP Kafir demi meraih undi si Kafir dan ini jelas pada kita PAS sudah semakin hancur menjadi Barua kepada DAP.

Hassan Ali dilaporkan terus keluar dari bilik mesyuarat dan enggan ditemubual sebaliknya menyatakan Presiden Parti akan membuat kenyataan berhubung pekara tersebut.

Kenyataan yang tidak masuk akal! Haji Hadi persalahkan UMNO/BN pula? Rakyat bukan bodoh untuk diperbodohkan oleh puak PAS!

PAS hari ini mengambil pendirian untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Gereja Methodist Damansara Utama bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kotroversi terbaru. Jelas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pertemuan dengan kedua-dua agensi itu akan dibuat dalam tempoh terdekat untuk mengungkai situasi sebenar yang berlaku ekoran tindakan Jais menyerbu majlis makan malam muhibah di gereja itu.

“Kita bincang isu Selangor dan buat keputusan untuk terus ke medan yang mana kalau kita lihat ia sengaja dijadikan isu oleh Barisan Nasional (BN) untuk tutup isu Himpunan Bersih 2.0.

“PAS akan bertemu dengan Jais dan gereja secara terus untuk mendapatkan penjelasan dan selesaikan masalah ini,”katanya selepas pada sidang media di sini.

Beliau terlebih dahulu mempengerusikan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat. Tambah Hadi, Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali telah memberikan penjelasan berhubung dakwaan program anjuran Harapan Komuniti bertujuan untuk memurtadkan umat Islam. Hasan, sebelum ini mempertahankan tindakan Jais melakukan serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Rabu lalu dengan alasan pihaknya telah dimaklumkan perkataan “al-Quran” dan “doa” diselitkan, mendakwa ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

Wednesday, July 20, 2011

Haramkan Perkataan ISLAM Yang Dinamakan Kepada Parti PAS!

Berdasarkan kepada pandangan bahawa menamakan Islam kepada sebuah pertubuhan politik itu adalah suatu perbuatan menghina dan mengotori kesucian Islam, ianya seharusnya diberikan perhatian.

Ini adalah kerana Islam itu adalah satu agama (addiin) yang diciptakan oleh ALLAH SWT melalui kitab AL-QURAN kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang tidak ada tolok bandingnya sebagaimana firman ALLAH SWT dalam AL-QURAN Surah Al Imran ayat 19 bermaksud ‘Sesungguhnya agama disisi ALLAH ialah Islam’.

Sedangkan parti politik ialah merupakan suatu badan yang mengandungi peraturan dan undang-undang yang dicipta oleh manusia, di dalamnya menjelma berbagai-bagai sikap dan perilaku manusia untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa.

Kalaulah Islam dicampur aduk dan dinamakan kepada sebuah pertubuhan politik maka ianya boleh diibaratkan sebiji permata yang dicampakkan ke dalam lumpur sehingga menyebabkan orang tidak mengenali permata itu kecuali mereka yang benar-benar ahli.
Demikian juga Islam sebagai agama (Addiin) yang maha suci, kalaulah perkataan Islam itu dinamakan kepada sebuah parti politik seperti PAS yang kita kenali sekarang ini, maka jelas ianya terpesong dan mengelirukan akidah umat Islam.

Bukan akidah orang-orang yang berkelulusan Al-Azhar yang menjadi pemimpin PAS, tetapi akidah umat Islam di kampung-kampung seperti di Kelantan,Terengganu dan Kedah yang tidak mendalami Islam hanya setakat tahu sembahyang dan puasa.

Oleh kerana itulah tidak ada sebuah pertubuhan politik pun dalam dunia Islam yang menamakan Islam terus kepada pertubuhan itu, umpamanya di Mesir dinamakan ‘Ikhwanul Muslimin’, di Pakistan ‘Jamiatul Islamiah’, di Indonesia ‘Mahsumi’ yakni Majlis Syura umat Islam Indonesia kecuali di Malaysia iaitu PAS (Parti Islam Semalaysia). Baca lagi...