Showing posts with label Homoseksual. Show all posts
Showing posts with label Homoseksual. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

Umno Nafi Sebar Video Aksi Songsang Anwar


Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menafikan penglibatan Umno dalam video aksi songsang memaparkan individu yang didakwa mirip seorang tokoh politik dengan pasangan lelakinya di sebuah hotel.

Beliau berkata pembangkang sememangnya akan menyalahkan Umno berhubung video itu yang dimuat naik sebuah blog, rajagoyang360.blogspot.com. dan kemudiannya turut dipaparkan di beberapa blog lain.

"Sebagaimana fikiran pembangkang segalanya kerja Umno termasuk insiden (pencerobohan pengganas Sulu di) Lahad Datu tetapi Umno tidak sehebat itu untuk mengatur segalanya.

"Tak kan orang dalam bilik pun kita yang mengatur, kita tak ada masa nak pasang kamera dalam bilik orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Penceramah Penerangan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akhbar The Star hari ini yang menafikan individu dalam video itu adalah dirinya sambil mendakwa ia perbuatan Umno.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, rakyat boleh menilai sendiri siapa tokoh politik yang didakwa dalam video itu.

"Tengok sendiri dan buat keputusan, jangan bantai (kutuk) sebelum tengok, tapi tengok dulu...kita serah kepada mereka untuk menilai sendiri," katanya.

Sementara itu, Ahmad menyeru semua anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) agar menanam keyakinan bahawa parti itu mampu mencapai kemenangan serta memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata, keyakinan itu harus disandarkan pada kejayaan program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa ini.

Malah, katanya, pembangkang tidak mempunyai sebarang kekuatan kerana gagal melaksanakan janji selain mempunyai pemimpin yang didakwanya terlibat dalam pelbagai skandal.

- Bernama

Wednesday, January 18, 2012

Homoseksual "Jutawan Saman" Mahu Saman Utusan Pula....


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, yang pernah mendapat gelaran “Jutawan Saman” kali ini mahu mengumpulkan lagi sahamnya, kali ini mangsa seterusnya ialah Kumpulan Akbar Utusan.

Perkara seperti ini sering terjadi apabila Anwar berasa tertekan dan mahu menutup kemaluannya apabila rahsianya terbongkar... Kalau dah kaki putar alam tu, tetap kaki putar alam jugak!

Sebab benda-benda macam ni lah Hasan Ali tak nak kawan Nik Aziz dan Anwar lagi...

Hello bro... Utusan siap bagi bukti video lah...

Yang peliknya kenapa Anwar tak nak saman The Malaysian Insider... Insider juga ada keluarkan posting yang bertajuk " Hasan Dakwa Anwar Halalkan Homoseksual"? Adakah Insider portal pembangkang, Anwar tidak mahu saman portal tersebut? di mana keADILan yang sering Anwar laungkan selama ini? di mana bro?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan mahkamah ke atas Kumpulan Utusan dengan menuntut agar ia menarik balik laporan-laporan yang menurutnya telah memfitnah beliau.

Utusan Malaysia menerbitkan laporan itu berdasarkan satu temu bual Anwar dengan stesen BBC baru-baru ini, susulan pembebasan beliau dari tuduhan meliwat.

Naib Presiden PKR, N. Surendren berkata, laporan akhbar itu mendakwa Anwar dalam wawancaranya bersama BBC telah meminta kerajaan mengkaji semula undang-undang yang melibatkan hubungan homoseksual di negara ini.

Menurut Surendran, Anwar sebenarnya mengatakan bahawa sebagai penganut agama Islam dan bagi orang bukan Islam di negara ini, umumnya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita di Malaysia.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini, Surendran yang juga seorang peguam berkata: "Menerusi peguamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Januari (hari ini) telah mengeluarkan notis tuntutan ke atas Utusan Melayu (M) Berhad yang merupakan pemilik akhbar Utusan Malaysia dan juga ke atas Editor Utusan Malaysia, meminta penarikan balik kesemua dakwaan, permintaan maaf dan ganti rugi."

Wednesday, November 9, 2011

Homoseksual Akan Ditakrif Sebagai Ajaran Sesat


Melaka bersedia mengubal dan mewartakan enakmen khusus bagi menakrifkan kegiatan homoseksual dan lesbian sebagai satu ajaran sesat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, selain satu usaha menangani gejala ini dari menular dan berleluasa di negeri berkenaan, enakmen itu juga akan membolehkan pihak berkuasa agama mengambil tindakan tegas, sebagaimana tindakan terhadap mana-mana pengikut ajaran sesat.

Menurutnya, tindakan sedemikian termasuklah ini membicarakan mereka di mahkamah syariah serta dimasukkan ke pusat pemulihan akidah bagi dibimbing kembali ke pangkal jalan.

"Kita bersedia untuk mengubal dan mewartakan enakmen khusus bagi menangani gejala homoseksual dan lesbian ini, sebagaimana kita tangani ajaran sesat sebelum ini.

"Sebagaimana tindakan diambil terhadap ajaran sesat lain seperti al-Arqam dan sebagainya, tindakan serupa akan turut diambil terhadap mereka yang menyokong, mengikut atau terlibat dalam aktiviti homoseksual dan lesbian ini," katanya ketika diminta mengulas mengenai program Seksualiti Merdeka 2011 yang diharamkan polis.

Difahamkan, setakat ini, pihak Majlis Agama Islam Melaka (Maim) sudah mewartakan hampir 16 ajaran sesat.

Bagaimanapun, menurut Mohd Ali, yang juga Pengerusi Maim, perkara berkenaan perlu dirujuk terlebih dahulu ke badan itu bagi mengenal pasti sama ada perundangan sedia ada memadai untuk menangani gejala berkenaan.

Menurutnya, sekiranya tiada perundangan khusus yang kuat membabitkan homoseksual dan lesbian, maka tindakan mengubal enakmen berkenaan akan dilakukan.


"Kalau di Melaka ada yang mengaku mengamalkan gaya hidup homoseksual atau lesbian, saya akan rujuk mereka untuk tindakan. Ini sudah boleh dikira sebagai ajaran sesat. Dan sebagaimana ajaran sesat, tindakan tegas perlu diambil.

"Kita tidak akan membenarkan gejala sebegini bertapak di negeri ini kerana ia bukan sahaja ditegah dalam Islam, bahkan kesemua agama lain turut menegahnya," katanya.

Sementara itu, seorang jurucakap Maim berkata, Maim akan mengambil langkah sewajarnya untuk mengubal dan mewartakan enakmen berkenaan sekiranya diarah berbuat demikian.

Bagaimanapun, menurutnya, nasihat serta pandangan pakar perundangan perlu diperolehi, selain merujuk kembali enakmen sedia ada, sebelum sebarang tindakan selanjutnya boleh dijalankan.