Showing posts with label Iran. Show all posts
Showing posts with label Iran. Show all posts

Friday, February 3, 2012

Kemungkinan Besar Israel Serang Iran!


WASHINGTON - Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Leon Panetta percaya bahawa ada "kemungkinan yang besar" Israel akan menyerang lokasi nuklear Iran menjelang pertengahan tahun ini, demikian menurut Washington Post dalam ruangan editorial disiarkan semalam.

Bagaimanapun, apabila wartawan yang mengiringinya ke Brussles bertanya mengenai pendapat ruangan itu, Panetta enggan mengulas.

"Saya tidak akan mengulas perkara itu. David Ignatius boleh menulis apa yang beliau boleh tulis tetapi berkenaan apa yang saya fikir dan apa pendapat saya, saya menganggap ia sebagai sesuatu yang milik saya dan bukannya pihak lain," kata beliau dipetik AFP.
"Israel telah membayangkan bahawa mereka sedang mempertimbangkang yang ini (serangan), kami telah melahirkan kebimbangan kami," katanya lagi.

Kolumnis akhbar itu berkata, Panetta "percaya ada kemungkinan yang besar Israel akan menyerang Iran pada April, Mei atau Jun ini sebelum Iran memasuki, apa yang Israel menggambarkan sebagai zon imuniti untuk memulakan proses pembinaan bom nuklear."

Presiden Barack Obama dan Panetta dikatakan telah mengingatkan Israel bahawa AS menentang sebarang bentuk serangan atas alasan ia boleh menjejaskan program sekatan ekonomi antarabangsa yang semakin berjaya dan begitu juga usaha-usaha bukan ketenteraan ke atas Teheran.


Jika benar perkara ini akan berlaku negara-negara Islam perlu membantu negara Iran jika diserang Israel!