Showing posts with label Janet Jackson. Show all posts
Showing posts with label Janet Jackson. Show all posts

Saturday, October 6, 2012

Janet Jackson Peluk Islam, Bakal Jadi Isteri Jutawan Arab


Janet dan tunangnya Wissam Al Mana seorang jutawan berbangsa Arab.

Penyanyi terkenal Janet Jackson dilaporkan telah memeluk Islam selepas membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa Arab iaitu Wissam Al Mana.

Pasangan tersebut diberitakan akah bernikah pada tahun hadapan di tempat kelahiran jutawan itu di Doha, Qatar.

Portal emirates247 pada Rabu lalu melaporkan, pasangan tersebut akan bernikah dalam satu majlis Islam sementara Janet, adik kepada bintang pop Micheal Jackson itu mahu merahsiakan agama barunya itu daripada pengetahuan peminatnya.

Sumber berkata, pasangan itu juga akan menjadikan perkahwinan berkenaan sebagai majlis terbesar selain dapat diingati dalam sejarah.

Portal itu yang turut memetik sumber majalah National Enquirer melaporkan pasangan berkenaan telah menetapkan tahun 2013 tetapi masih memilih hari yang sesuai untuk majlis itu.

Mereka juga dilaporkan berhasrat membelanjakan wang kira-kira RM6 juta (AS$3 juta) untuk sebuah majlis gilang-gemilang sementara Wissam akan menghadiahkan sebuah jam Rolex berharga RM30,000 (AS$10,000) kepada setiap tetamu yang menyaksikan perkahwinan berkenaan.

"Wissam akan menjadikan majlis bahagia itu sebagai 'perkahwinan abad ini' dan terbesar dalam sejarah hidup mereka," lapor portal itu.

Wissam merupakan jutawan yang memiliki kekayaan keluarga dalam bidang hartanah dan media itu melamar Janet, 46, pada tahun lalu dengan memberikannya sebentuk cincin berlian 15 karat.

Pasangan tersebut bertemu pada bulan Disember 2009 selepas Janet membuat persembahan istimewa di Timur Tengah.

Mereka pada mulanya dilaporkan mahu berkahwin pada 2011 tetapi telah menangguhkannya beberapa tahun untuk melakukan perancangan rapi.

Janet telah keluar bersama Wissam yang hampir 10 tahun lebih muda daripadanya sejak musim panas 2010.

Malah penyanyi wanita itu berkata, bukan satu kesalahan untuk beliau keluar dengan seorang lelaki yang lebih muda daripadanya.

Janet yang sebelum ini mempunyai hubungan sembilan tahun dengan penerbit album Jermaine Dupri berkata, ibunya sentiasa memberitahu umur hanyalah sekadar angka. -mstar
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone