Showing posts with label Mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label Mahasiswa. Show all posts

Friday, March 23, 2012

Mahasiswa Bodoh Hadiahkan Batu Nesan Kepada Kementerian...


Hanya kira-kira 15 orang Mahasiswa Universiti yang mewakili Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hadir ke pejabat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Putrajaya. Tujuannya adalah untuk menyerahkan Memorandum Menuntut Pilihanraya Kampus agar segera diadakan.

Memorandum berkenaan diserahkan kepada En Khairi Abdul Malek, Setiausaha Politik kepada Menteri KPT, DS Khaled Nordin. Yang paling melucukan apabila mereka turut menghadiahkan batu nesan kepada Menteri KPT.

Baca lagi...

Thursday, February 16, 2012

Jelajah Aman Kampus Jadi Mata Dan Telinga Rakyat


Jelajah Aman Kampus yang disertai 180 orang dari 19 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan bertindak sebagai mata dan telinga rakyat bagi menyampaikan masalah mereka kepada pemimpin negara.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata Jelajah Aman Kampus menjelajah ke seluruh negara komited untuk mengumpul permasalahan rakyat dan mendekati masyarakat di peringkat akar umbi.


“Sejak program ini dilancarkan, kita sudah bertemu lebih 15,000 orang dan dalam masa yang sama kita mendapatkan maklumat balas mereka menerusi soal selidik.

“Menerusi soal selidik itu kita akan tahu permasalahan mereka dan maklumkan kepada kepimpinan negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya selepas program Pentas Anak Muda peringkat Pulau Pinang.

Program anjuran Jabatan Penerangan Pulau Pinang itu mendapat kerjasama Aspirasi yang dalam lawatan ke seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak.

Katanya Jelajah Aman Kampus dilaksanakan bertujuan memastikan suasana keharmonian dan kedamaian di kampus sentiasa dipelihara.


“Program ini juga untuk menyedarkan mahasiswa agar penekanan diberikan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri dan akademik. Selain itu, ia untuk menyuntik semangat patriotisme kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional tentang dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya.

Sunday, February 5, 2012

Pelancaran Aman Kampus 6 Feb


Program Aman Kampus| 6-19 Februari 2012

Bulan Februari bakal mencatatkan sejarah buat mahasiswa yang cintakan keamanan. Program Aman Kampus yang akan dianjurkan oleh alumni dan mahasiswa Aspirasi ini akan menjelajah 20 IPTA dan 5 IPTS di seluruh negara bermula 6 Februari ini. Program ini juga melibatkan penyertaan lebih 1000 mahasiswa.

Llintas langsung di TV3 upacara perlancaran Program Aman Kampus dari Putrajaya melalui program MHI pada 6 Februari ini jam 9.00 pagi yang akan dilancarkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya YBM Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.

4 Asas Utama program:
1. Bagi memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di kampus sentiasa dipelihara agar penekanan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri serta akademik dapat direalisasikan.
2. Bagi menyuntik semangat patriotik kepada mahasiswa agar terus memahami
secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan
3. Menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat member impak terhadap sosiopolitik negara serta pembangunan intelek mahasiswa ; dan
4. Untuk menterjemahkan sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan negara melalui kutipan tanda tangan mahasiswa serta warga kampus.

Jelajah ke 14 buah negeri



3 Elemen perlu ada pada mahasiswa: Diplomasi, rasional & toleransi –Shahar Abdullah
1. Mahasiswa perlu ada sikap diplomasi
2. Mahasiswa yang rasional; melihat isu-isu tempatan dan kampus dalam ruang lingkup mahasiswa iaitu sendiri
3. Sikap toleransi mahasiswa harus dipupuk tidak kira sama ada di antara kaum atau sesama mereka di universiti.

Sumber : Mahasiswa Utara

Friday, January 20, 2012

Apa Motif Kereta Adam Adli Di Simbah Cat Merah?


Sekarang tengah hangat blogger pakatan pembangkang spin cerita kereta mahasewel, Adam Adli telah disimbah dengan cat merah... Macam cerita drama la pulak...

Mula-mula dia orang spin cerita mahasewel Nazak, tapi tak jadi... lepas tu kes pengawal peribadi Wan Azizan di cucuk dengan jarum beracun... kantoi juga... akhirnya mamat tu lari hospital untuk mengelak dari di siasat oleh polis...

Jelas kita lihat ini semua taktik kotor ini lakukan oleh mereka sendiri, untuk menagih simpati rakyat... taktik lama bro... politik di negara ini sudah matang la... kesian blogger pakatan pembangkang mainkan isu macam ni. Dia orang ni masih meleleh lagi...

Logik ke.. Cuba tengok betul-betul kereta Adam tu? secalit jer kena cat merah, selebihnya tumpah di jalan raya...

Bro! kalau orang nak buat jahat bukan macam ni la...

Paling kuat remukkan sikit kereta tu lepas tu simbah semua cat merah di keseluruh kereta tu! Adeh.. kalau nak menipu pun biarlah logik sikit!

Thursday, January 19, 2012

Adam Adli Lucah... Tayang Spender Di Chow Kit @AdamAdli


Halamak.. terserlah perangai kebudak-budakan mahasewel ni... Kau ingat anak dara terpikat ke dengan trendy kau tu bro.. Aku boleh beri jaminan... paling kuat yang akan tergoda pun, bapok-bapok kat lorong Haji Taib tu...

Opps ke... ko singgah kat sana dulu sebelum berdemo bro?

Tengok lah... Spender Adam warna keadilan... tah-tah hadiah dari Anwar kot, tu pasal Adam sibuk nak tayang!

Pak lebai Pas semua tengok je, kelakuan tak senonoh anak buah Anwar ni... nak tegur tak berani.. HamPas lah korang semua ni!

Petang tadi budak-budak ahlul ni mengadakan bantahan di luar ibupejabat PAS yang kononnya sebagai membantah tindakan parti itu yang membisu berhubung tindakan menggantung lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kedah.

Pas buat bodoh je.. almaklum la.. sape yang berani nak bersuara, silap-silap kena pecat macam Hasan Ali.

Kalau berani turun la PWTC Adam! Oook! OOkk! Oookkk!

Wednesday, January 18, 2012

Terkini Video Adam Adli N The Geng (Mahasewel) Rempuh PWTC!


Mana Mahasewel tu tak berani turun PWTC? time tak de orang! Time orang cuti! pukul 1,2 pagi berani la dia orang buat kecoh! wooii mana! mana! bacul? Okkk! OoooK! Ooookk!!

Menurut  Sahabat Gunung difahamkan Adam Adli mengelilingi sahaja bangunan PWTC hari nie tanpa berani berhadapan dengan Pemuda UMNO yang sudah menunggu kehadirannya ....

Video URL: http://youtu.be/TEEJX2uh4jk

Kesian Mahasewel rupanya syok sendiri... klik kat sini berita terdahulu: Kerja Bodoh! Adam Adli N The Geng (Mahasewel) Bawa Pocong Di Chow Kit!

Kerja Bodoh! Adam Adli N The Geng (Mahasewel) Bawa Pocong Di Chow Kit!


Aku memohon kepada pihak PDRM tolong lah sumbatkan dia orang ni dalam lokap! tak habis-habis nak menjatuhkan maruah pelajar Mahasiswa yang lain. Apa ke bangang sangat budak-budak ni? Mat Indon kat Chow Kit pun pelik tengok perangai budak-budak ni....

Korang nak kapankan sapa tu bro?

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) kini berdemonstrasi di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Pada asalnya mereka berdemontrasi dihadapan SOGO, namun telah diubah memandangkan kehadiran anggota Polis mengawal keadaan dan keselamatan orang ramai.


Hmm.. Nak bebaskan apa lagi? kan dah bebas bawa pocong ke sana sinun...

Mahasewel SMM Akan Berdemo Di Hadapan Sogo Tengah Hari Ini...


Dimaklumkan bahawa Puak Mahasewel SMM akan mengadakan demostrasi sebagai membantah langkah mengantung Adam Adli selama 3 Semester di UPSI, Menurut sumber dari Sahabat Gunung Mahasewel tersebut akan membuat kecoh di hadapan SOGO, KL pada jam 1.30 pm.

Sementara itu Adam Adli mahu UPSI pecat beliau terus dari Universiti tersebut.

"Saya tertanya-tanya mengapa mereka tidak singkirkan saya ... adakah kerana mereka tahu saya akan kembali dan mengulangi perkara yang sama?

"Ini satu lagi masalah, bukannya saya malas untuk belajar, tetapi sekurang-kurangnya jika saya dibuang, saya boleh cari tempat lain untuk belajar,"katanya.

So... nak buat apa lagi, SMM berdemo di depan SOGO kalau tuan punya badan dah tak berminat nak belajar di UPSI?

Hah! jelas mereka kini sudah jadi kuda tungangan Pakatan pembangkang...

Tuesday, January 17, 2012

Belia Bantah Sikap Adam Adli, Penuntut USM


Lebih 30 belia dari Persatuan Belia Kuantan di sini melakukan perhimpunan aman di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam sekali gus membuat laporan polis terhadap mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli yang bertindak biadap menurunkan bendera Perdana Menteri dan Universiti Sains Malaysia, Janartana Chandra, berikutan tindakannya membuat ugutan jenayah.

Mereka turut melaungkan kata-kata sokongan, 'Kami Sayang Najib, Kami Sokong Kepimpinan PM dan Adnan (MB) selain ungkapan bantahan “Adam Adli Pengkhianat” di hadapan IPD.

Namun tiada sebarang kekecohan berlaku sepanjang perhimpunan berlangsung lebih sejam.

Laporan polis yang dibuat pada jam 10.15 pagi diwakili Exco Persatuannya, Mohd Johari George sebagai tanda bantahan persatuan itu terhadap tindakan kedua-kedua mahasiswa yang disifatkan kurang ajar terhadap pemimpin negara.

Johari berkata, persatuan yang mempunyai 117 ahli sekitar Kuantan berpendirian tindakan Adam dan Janartana itu perlu dibantah.

Menurutnya, ia sebagai bukti sokongan belia dari kawasan itu yang mendukung penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kami bangga dengan kejayaan dan corak pemerintahan kerajaan selama ini dan jika bantahan ini dikatakan ada unsur politik, kami ingin nafikan dan menegaskan ia adalah tanggungjawab belia di sini yang juga tonggak negara di masa hadapan.

“Nasihat persatuan terhadap Adam dan Janartana supaya menumpukan perhatian terhadap pengajian mereka dan jangan terpengaruh dengan unsur negatif yang boleh menjejaskan masa depan masing-masing,” katanya pada perhimpunan yang turut dihadiri Pengerusi Persatuan, Asli Ilham Zulhasli. -Sinar Online

Sunday, January 15, 2012

Ugut Bunuh DS Najib, Pelajar USM Ditangkap


Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blognya, di Georgetown hari ini.

Dalam kenyataannya pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan.

Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidang media mengenainya esok.

- Bernama

Apa masalah Mahasiswa sekarang ni? semakin hari mereka bersama Anwar Ibrahim... semakin sewel diaorang ni nampaknya!!

Friday, January 13, 2012

Mahasiswa Pembangkang Salah Guna Duit Rakyat


Wan Norhayati Wan Alias, seorang yang yatim piatu berasal dari Kelantan. Dalam satu wawancara pada Oktober 2004, Wan Norhayati menceritakan bagaimana parti pembangkang mempergunakan persatuan yang islamik di universiti untuk mengkaderkan mahasiswa.

"Pada asalnya Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) adalah baik, tetapi pihak pihak yang menaunginya telah memanipulasi persatuan itu secara underground ke arah politik, jadi berhati hatilah, jangan mudah tertarik dengan jenama Islam yang selalu dilaung laungkan oleh pihak tertentu" kata Wan Norhayati.



Terjebak dengan modus operandi pembangkang hingga gagal belajar. Itu sepuluh tahun yang lepas, kali ini ada lagi mahasiswa yang tidak serik. Kejadian yang sama akan berulang kepada beberapa lagi mahasiswa yang terjerat dan terperangkap dengan janji manis pembangkang. Mereka meminjam duit rakyat dalam PTPTN untuk agenda pembangkang di kampus.

Sumber: Angin Perubahan