Showing posts with label Manifesto PR. Show all posts
Showing posts with label Manifesto PR. Show all posts

Wednesday, March 27, 2013

#ManisfestoBukanJanji Pendedahan Janji Kosong Pembangkang!

Setelah 4 tahun di Pulau Pinang, Selangor, Kedah, dan 22 tahun di Kelantan, pelbagai janji-janji manis Pakatan Rakyat masih belum ditunaikan...

Ternyata manifesto Pembangkang adalah janji kosong. Tiada kemajuan yang banyak malah manifesto yang lalu tidak tertunai.  Mereka sering mengatakan itu dan ini dan berjanji bermaca-macam kepada rakyat. Seharusnya mereka mempunyai integriti untuk mengotakan janji mereka.

Rakyat di empat negeri Pakatan harus tolak Pakatan Rakyat untuk ajar mereka jangan tabur palsu lagi! Marilah kita bersama TOLAK JANJI-JANJI palsu pembangkang!!!





Saturday, March 2, 2013

Simbol Salib & Reka Bentuk Buku Manifesto Pakatan Terus Jadi Kontroversi


Wujudnya satu logo berbentuk salib yang beridentiti agama Kristian dalam muka depan buku manifesto Pakatan pembangkang bertajuk “Manifesto Rakyat, Pakatan Harapan Rakyat” terus jadi kontoversi kerana menggambarkan satu percubaan terancang untuk meletakkan kesamarataan dalam beragama di Malaysia.

Menurut wikipedia agama di Malaysia, Islam adalah agama Persekutuan dengan bilangan penganutnya 61.4 peratus, diikuti dengan Budhha, 17.8 peratus dan Kristian berada di tempat ketiga dengan 9.2 peratus.

Selain itu, penganut Hindu, 6.3 peratus; Confucianism, Taoism dan lain-lain agama tradisi Cina, 1.2 peratus dan tidak beragama 0.7 peratus.

“Nampaknya penekanan diberi untuk Islam dan Kristus (yang mahu) disamatarafkan,” komen Gabriel Al Iman yang mengulas simbol-simbol dalam buku manifesto Pakatan itu.



Seorang lagi pengomen, Zapata mempertikaikan kenapakah simbol agama Islam tidak diterjemahkan dengan jelas berbanding dengan simbol salib, Kristian.

“Kubah sahaja tidak melambangkan Islam. Kita (kena) tengok balik asal usul kubah itu. Kubah terdapat dalam seni bina pelbagai masyarakat dunia, tidak kepada orang Islam sahaja.

“Apa yang pasti beza kubah masjid orang Islam adalah pada bulan sabitnya yang mempunyai bentuk yang spesifik berbanding dengan kubah rumah ibadat agama-agama lain.

“Soalannya di sini ada tak unsur agama Islam yangg jelas di dalam manifesto itu? Di manakah martabat agama Islam di dalam perjuangan PR?,”soalnya.

Zakir mempersoal tentang simbol ‘tapak tangan terbuka’ yang diulangi dua kali yang sering dikaitkan dengan kebebasan hak asasi manusia dan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

“Sebagaimana yang semua orang tahu, simbol tangan dikembangkan adalah sinonim dengan simbol hak asasi manusia atau kebebasan termasuk dalam urusan seks (baca LGBT).

“Justeru, adakah simbol sama yang disertakan dalam imej manifesto pakatan memungkinkan LGBT akan diiktiraf jika pakatan ditakdir memerintah Malaysia sekaligus mengetepikan sentimen agama dan sosiobudaya tanahair?, soalnya.

Selain itu, Zakir turut hairan dengan reka bentuk susunan simbol-simbol itu.

“Yang paling menimbulkan tandanya, apakah maksud kotak-kotak yang disusun secara menyenget berselang seli di antara warna jingga dan putih? Kenapa bentuk kotak-kotak, bukannya bulat?

“Untuk pengetahuan semua, corak kotak-kotak yang disusun secara berselang seli (hitam-putih) pada kedudukan menyenget (bentuk diamond) adalah corak lantai rumah Grand Lodge tempat pengikut-pengikut Freemason berkumpul.

“Justeru, mungkinkah fikrah Yahudi lahnatullah melalui pergerakan Freemasonry bakal dikembangkan jika ditakdirkan pakatan memerintah Malaysia?

“Terlalu banyak persoalan-persoalan yang memerlukan penjelasan di sebalik imej manifesto Pakatan. Dan siapakah yang sebenarnya yang menjadi dalang menjelmakan imej terbaru ini yang banyak menimbulkan misteri dan keanehan,”katanya lagi


Pengomen senior laman ini, Angela mengulas persamaan latar belakang reka bentuk buku manisfesto Pakatan yang berpetak-petak warna hitam-putih dengan reka bentuk mosaic, simbol lantai Temple Raja Salomo, lambang kehidupan manusia, berkotak-kotak baik dan jahat.

“Simbolik tahap tertinggi. Pertama perlambangan berkotak-kotak hitam dan putih (checkered) dengan simbol pertubuhan rahsia masonic yang juga boleh membentuk dataran set dan kompas.

“Kedua latar belakang (reka bentuk itu) adalah sejenis simbol rectangle Kristian,”katanya dengan memberi tiga pautan laman sebagai rujukan.

Tiga laman pautan Angela adalah ‘diagonal-fence-seamless-cross-from-circles-elements-background‘, ‘das.cross.tripod.com/swastika.12‘ dan
‘geometrica.20.tripod.com/SWASTIKA.’

Manifesto Pakatan Simbol Kristian ?

AIDC

Thursday, February 28, 2013

Artis Pun Sindir Anwar Ibrahim Jadi PM?


Memang melatop! Video ini menceritakan hal sebenar yang berlaku dalam pakatan pembangkang... Terbaik bangkang dari longkang!

Isu nak lantik siapa jadi Perdana Menteri pembangkang pun tidak boleh selesai, macam mana mereka nak satu padukan rakyat. Luaran sahaja mereka nampak bersatu tetapi sebenarnya berlaku pertembungan pendapat antara mereka di peringkat dalaman.

Ketidaksepakatan pakatan pembangkang untuk melantik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) menunjukkan kerapuhan pakatan pembangkang yang umpama 'retak menanti belah'.

Amat memalukan selama empat tahun bersama masih gagal lagi nak tentukan siapa calon PM, rakyat sebagai pengundi pastinya nak tahu siapa bakal perdana menteri!

Sebaiknya pakatan pembangkang tukar slogan 'Pakatan Harapan Rakyat' kepada 'Pakatan Penipu Rakyat'....

Video url: http://youtu.be/UftAr8H7Zc8

Wednesday, February 27, 2013

Manifesto Pakatan Sisihkan Agenda PAS



Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, Pas tidak perlu merasa bangga dengan pelancaran manifesto pakatan pembangkang Isnin lepas kerana ia tidak memaparkan aspirasi parti itu terutama dalam memartabatkan agama Islam.

Manifesto pakatan pembangkang adalah lebih kepada aspirasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan tidak begitu menyentuh perkara-perkara yang memartabatkan Islam di negara ini, katanya dalam satu ceramah Jom Tolak Pakatan di Jalan Nenas, Meru di sini, malam tadi.

Di dalam manifesto itu tidak dinyatakan mengenai penubuhan negara Islam, atau mengangkat martabat mahkamah syariah sama dengan mahkamah sivil, katanya.

Oleh itu beliau hairan mengapa Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat-angkat tangan semasa pelancaran itu.

“(Lainlah) kalau ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengangkat tangan mereka tidak mengapa..kerana agenda mereka termaktub dalam manifesto itu,” katanya.

Agenda mereka untuk menjadikan Islam di Malaysia lebih liberal atau sekularisme disisipkan di dalam manifesto itu tetapi agenda Islam tidak dijelaskan dalam manifesto itu.

Dr Hasan yang juga Presiden badan bukan kerajaan Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) berkata sehingga sekarang pakatan pembangkang masih lagi tidak menetapkan siapa calon Perdana Menteri sekiranya mereka menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

DAP dan PKR mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri dan begitu juga sesetengah pihak dalam Pas yang mahukan Anwar menjawat jawatan itu sedangkan pimpinan Pas sendiri nampaknya tidak berani menonjolkan Anwar layak menjawat jawatan Perdana Menteri, katanya.

“Pemimpin Pas tahu “the in and out” (luar dan dalam) Anwar Ibrahim. Tak malu ke kalau PM kita Anwar Ibrahim,” katanya.

Hasan berkata, isu siapa yang jadi Perdana Menteri ini penting kerana kalau pakatan rakyat memenangi pilihan raya kali ini, Perdana Menterilah yang pertama kali mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertuan Agong sebelum kabinet dapat ditubuhkan.

Oleh itu, beliau meminta para pengundi di Meru supaya tidak memperjudikan politik dan masa depan Malaysia dan menolak pakatan pembangkang.

Hasan juga berkata, kenyataan Nik Aziz bahawa mereka yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia umpama ayam dan lembu tidak mencerminkan keperibadian atau bahasa seorang ulama. – Bernama

Membuak Nanah dan Kosong Tindakan Itulah Manifesto Rakyat


25 Februari 2013 menjadi tarikh penting dalam agenda politik pakatan pembangkang apabila melancarkan manifestonya yang bertajuk Manifesto Rakyat: Pakatan Harapan Rakyat oleh enam watak utama yang mencorakkan perjalanan politik ke Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Manifesto Rakyat (MR) setebal 37 halaman itu bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana rakyat sudah mengetahuinya sejak tahun 2008 lagi. Banyak perkara yang diulang semula dengan memberikan penegasan baharu, tetapi belum boleh dinilai sempurna kerana hanyalah cita-cita besar tanpa mekanisme yang jelas.

MR dibahagikan kepada lima segmen: rakyat bersaudara; ekonomi rakyat; kesejahteraan rakyat; kerajaan rakyat; dan harapan rakyat. Kesemuanya menggunakan istilah rakyat walaupun keseluruhan kandungan itu bukanlah kehendak rakyat, ia adalah janji beberapa orang pemimpin pakatan pembangkang untuk mempengaruhi sokongan rakyat.

Menerusi segmen rakyat bersaudara, enam perkara diberikan sorotan—berbilang kaum saling menghormati; hapus diskriminasi, miskin dibantu, lemah dibela; wanita, warga tua dan orang asal dimartabatkan; penghormatan ikhlas kepada Sabah dan Sarawak; menghayati Islam, menjamin kebebasan agama lain; dan sistem pendidikan baru merangku semua aliran—adalah pembungkusan semula apa yang sudah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan BN dan sebahagiannya sudah membuahkan hasil. Kalau begitu, tidak berlakulah sama menyaman oleh 50,000 ibu tunggal di Selangor !

Perpaduan kaum menjadi tunjang kekuatan Malaysia sejak terbentuknya Manifesto Perikatan 1955 dan asas itu juga turut membangunkan wajah dan bentuk Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957, serta Perlembagaan Malaysia selepas termeterainya perjanjian kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura pada tahun 1963 dan kemudianya terkeluarnya Singapura pada tahun 1965. Meskipun Perlembagaan dipinda beberapa kali, asas pembentukan negara tetap tidak berubah, antaranya perkara yang melibatkan keistimewaan orang Melayu, kedudukan Islam, Raja-Raja Melayu sedangkan perkara inilah yang hendak diubah oleh pakatan pembangkang.

Sejak menang dalam PRU 12, sudah ada tindakan untuk menolak hak dan keistimewaan orang Melayu dengan desakan penghapusan kouta pelajar di universiti awam, dalam perkhidmatan awam (termasuk tentera), dan paling mengecewakan ialah memberikan peluang kemasukan bukan Bumiputera di Universiti Teknologi MARA. Desakan itu kemudiannya dibantah keras, tetapi pakatan pembangkang memberikan tekanan merampas tanah yang dimiliki oleh Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor untuk pembinaan kampus kedua UiTM di Serendah Selangor.

Dengan memberikan alasan perlu membayar cukai dalam tempoh tertentu dan melantik lembaga pengarah daripada PKR serta pengerusi projek itu adalah Menteri Besar Selangor, akhirnya menarik minat Kerajaan Melaka memberikan bantuan membantu membayar cukai yang ditetapkan. Soal perlantikan menduduki lembaga pengarah, YBK tidak bersetuju dan akhirnya Menteri Besar Selangor merampas tanah terbabit. Wang bayaran berjumlah jutaan ringgit dikembalikan. Bagaimanapun, tahun lalu mahkamah memberikan keputusan, YBK berhak ke atas tanah tersebut dan dendam pakatan pembangkang tetap membara.

Benarkah pakatan pembangkang sudah ada perancangan besar untuk membangunkan sistem pendidikan yang baru? Setakat yang tercatat dalam MR hanyalah menubuhkan lima buah universiti teknikal dan 20 buah sekolah vokasional. Cadangan pakatan pembangkang yang lain seperti pendidikan percuma sudah dilaksanakan oleh kerajaan BN di mana setiap warganegara yang memasuki sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan tidak lagi dikenakan apa-apa bayaran yuran, skim pinjaman buku teks kepada semua pelajar dan sejak tahun lalu, bantuan setiap pelajar sebanyak RM 100 diberikan bagi meringankan beban ibu bapa membuat persiapan permulaan persekolahan.

Di peringkat pendidikan tinggi, kerajaan telah menyediakan peluang yang lebih luas menerusi pembiayaan sepenuhnya universiti awam, manakala pelajar hanyalah perlu membayar kurang daripada sepuluh peratus kosnya. Bagi menampung keperluan tersebut, disediakan tabung pinjaman di mana peminjam hanya perlu membayar selepas enam bulan tamat belajar dengan caj perkhidmatan terendah, iaitu satu peratus. Bagi pelajar yang cemerlang, iaitu mencapai tahap kelas pertama akan dikecualikan membayar balik pinjaman.

Maknanya, sudah ada mekanisme pendidikan percuma dan terpulanglah kepada para pelajar sama ada mahu menyambutnya atau tidak. Jika berusaha bersungguh sehingga mencapai tahap kelas pertama, mereka akan menikmati betapa manisnya kehidupan ini kerana dilepaskan daripada membayar hutang kerana sudah ditukarkan menjadi hadiah biasiswa. Ia boleh diinterpretasikan sebagai pendorong yang besar untuk berprestasi cemerlang.

Pembiayaan pendidikan memang besar dan setiap tahun hampir dua puluh peratus daripada peruntukan mengurus diberikan kepada sektor pendidikan. Dalam MR tidak dijelaskan berapakah jumlah yang sedia diperuntukkan dalam sektor pendidikan, termasuk kos pembinaan lima buah university teknikal dan 25 buah sekolah vokasional.

Malaysia sebenarnya sudah mempunyai 20 buah universiti awam termasuk 6 buah university bersifat teknikal dan teknologi, iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Melaka (UTem), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Ini bererti MR hanya membungkuskan semula senarai universiti awam yang sedia ada dan jika bersedia menambahkan lima buah lagi, tentunya pakatan pembangkang perlu memikirkan semula keperluan kewangan dan perancangan sumber manusia. Dalam MR tidak dijelaskan bagaimana ianya akan direalisasikan.

Hasrat untuk membina 25 buah sekolah vakasional perlukan juga perancangan yang teliti dan untuk menjayakannya, ia memerlukan banyak persiapan baik dari segi pembinaan tenaga pengajar, kurikulum selaras dengan keperluan industri dan kelengkapan peralatan. Kos sesebuah sekolah vokasional adalah berlipat ganda daripada sekolah akademik, kerana tenaga pengajarnya mestilah dilatih terlebih dahulu dalam persekitaran industri dan peralatan yang digunakan mestilah yang memenuhi ciri state of the art. Dalam Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional, enrolmen pelajar akan bertambah dari 45,020 orang pada tahun 2012 kepada 186,300 pada tahun 2020 manakala bilangan institusi bertambah dari 78 buah (2012) kepada 182 (2020).

Berdasarkan unjuran ini, MR tidaklah membuktikan kesungguhan usaha kerana di bawah KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) sasarannya adalah jauh lebih besar. Cadangan MR “dilengkapkan dengan kurikulum baru mengikut kehendak ekonomi semasa” juga tidak jelas, kerana bidang keutamaannya adalah terlalu kabur sedangkan KPM sudah pun mempunyai rangka kerja yang lengkap dan sedia dilaksanakan.

Retorik MR juga terpancar menerusi Reformasi Pendidikan Meransang Ekonomi kerana belum sedar bahawa sistem pendidikan arus perdana sudah pun memulakan proses penilaian pencapaian pelajar bukan lagi berasaskan sistem peperiksaan berpusat yang menyebabkan para pelajar tertekan dan guru-guru terpaksa menghabiskan kurikulum sebelum tibanya akhir tahun.

Dalam sistem penilaian baru, yang diperkenalkan sejak tahun 2011 di peringkat sekolah rendah dan pada tahun 2013 di peringkat Tingkatan Enam Rendah, para pelajar dinilai berasaskan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Penilaian pencapaian pelajar akan direkodkan oleh guru sepanjang masa dan pada akhirnya para pelajar akan diuji dari segi penguasaan pengetahuan berdasarkan Standard Prestasi yang melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran.

Pada tahun 2016, UPSR akan menggunakan kaedah ini dan di peringkat PMR pada tahun 2014. Tujuannya ialah menghasilkan modal insan bertaraf dunia dan kebolehpasaran yang tinggi. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) atau Education Blueprint 2013-2025, MR sudah jauh ketinggalan kalau nak diukur kerana sebuah Suruhanjaya Di Raja tidak lagi diperlukan untuk mengkaji sistem sistem pendidikan Malaysia.

Hampir setahun lamanya KPM telah membangunkan instrumen penting untuk membina pelan transformasi pendidikan yang lebih menyeluruh dengan mengambil kira perkembangan dunia semasa dan keperluan masa depan, pandangan para pakar dalam dan luar negara, serta kajian-kajian peringkat antarabangsa. Laporan Akhir PPPM dijangka akan dimuktamadkan pada bulan Mac 2013 manakala Laporan Awal telah pun dilancarkan pada 11 September 2012 oleh Perdana Menteri.

Berasaskan kepada perkembangan tersebut, MR masih belum menemui ramuan terbaik untuk merombak sistem pendidikan negara yang dianggap terlalu berasaskan peperiksaan dan tidak mendahului keperluan ekonomi negara. Secara realitinya, KPM sudah lama menyedari keperluan tersebut, dan sebahagian mekanismenya sudah dilaksanakan bukan berada di peringkat awing-awangan sebagaimana tertera dalam MR.

Ekonomi Lestari turut terkandung dalam MR, tetapi hanya dengan memberikan penegasan untuk menghentikan serta merta operasi Lynas, mengkaji Projek RAPID di Pengerang, Johor dan mereformasi semua undang-undang berkaitan dengan pembalakan dan kawal selia pembalakan. Soalnya, kenapakah MR tidak memberikan penjelasan bagaimana untuk menyekat kerajaan Kedah yang membinasakan ribuan hutan simpanan dan kawasan tadahan air di Tasik Pedu dan Bukit Inas di Baling.

MR juga tidak memberikan perhatian serius mengenai kerosakan kehidupan masyarakat orang Asli di Kelantan setelah kawasan tanah tinggi lojing digondolkan oleh kerajaan PAS yang menganggotai pakatan pembangkang. Bukankah kesemua penerokaan sumber hutan tanpa kawalan itu sebenarnya mengundang bahaya besar orang ramai. Rakyat Kelantan sudah merasai kesengsaraannya, air sungai yang jernih berwarna teh susu manakala hasil balaknya entah ke mana. Bukankah itu suatu bentuk penderaan mental dan fizikal yang sedang berlaku ke atas rakyat yang memberikan sokongan kepada pakatan pembangkang sejak tahun 2008? Rakyat terpaksa membayar harga yang mahal untuk hidup dan bernafas kerana ekosistem sudah teruk tercemar.

Mengapa perlu dipersoalkan mengenai Lynas sedangkan sudah dibuktikan operasinya tidak mendatangkan bahaya dan kemungkinan kebocoran radiasi. Kenapa pakatan pembangkang perlu mengkaji semula projek RAPID dan bukannya pembangunan terminal memproses gas dan minyak yang sedang dibangunkan di Kelantan? Bagaimana pula dengan terminal penapisan minyak dan gas di Kertih? Jawabnya ialah kerana Pahang dan Johor menjadi sasaran pakatan rakyat untuk menang dalam PRU 13 manakala Kelantan diandaikan boleh dipertahankan dan Terengganu dalam genggaman.

Jawabnya pakatan pembangkang sebenarnya sedang membina mimpi ngeri untuk menang. Sebagaimana sifatnya orang yang bermimpi, dirinya separuh sedar manakala fikirannya membayangkan sesuatu yang tidak berpijak dengan realiti. MR sebenarnya dibina dalam situasi itu, situasi yang tidak melihat bahawa persekitaran sudah terlalu jauh berbeza dengan suasana sebelum PRU 12. Pakatan pembangkang masih berangan-angan seperti suasana pada tahun 2008, kerana itulah banyak idea dalam MR merupakan gubahan semula dalam susunan baru untuk mendepani PRU 13 yang tidak mungkin memberikan kemenangan mudah buat DAP-PKR-PAS.

Pakatan pembangkang masih tercari-cari formula terbaik, dan kerana itulah formula 2008 dipersembahkan semula. Hasilnya, pakatan pembangkang terpaksa meneran kesakitan apabila terlalu banyak isu yang membelenggu antara mereka, dan ini tentunya turut menyentuh makna manifesto. Pakatan pembangkang tidak perlukan manifesto, kerana ia hanyalah sekadar mengabui rakyat. MR hanyalah bercakap money atau bagaimana untuk mendapatkan kuasa daripada kepercayaan rakyat walhal parti itu penuh dengan nanah dan kekosongan usaha.

MR hanyalah rangkaian perkataan –money, fest atau fester, 0 –wang atau kuasa; kerana manifesto 2008 semakin membuak-buakkan nanah; dan hanyalah kenyataan kosong. Manifesto bukanlah janji, ia hanyalah mimpi yang belum pasti dan hanyalah cita-cita besar seorang yang masih dalam keadaan koma.

Muhamad Irfan Iskandar

Tuesday, February 26, 2013

Anwar Ibrahim Berang Bila Ditanya Siapa PM Bayangan Pakatan


Siapa lagi boleh jadi PM? kata Anwar....

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meremehkan isu gabungan itu belum menetapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika menang pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita akan memastikan masa yang sesuai, strategi ini tidak boleh cerita semua dan kalau saya cerita sudah tidak menjadi strategi lagi," Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Beliau enggan menghurai lanjut.

Jawapan Azmin itu disusun setelah perwakilan Konvensyen Pakatan Rakyat memberi sambutan agak hambar kepada gesaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa Anwar harus diangkat menjadi Perdana Menteri untuk “selamatkan” Malaysia.

Sebelum ucapan Guan Eng, Azmin tampil menyifatkan Anwar sebagai pemimpin berwibawa yang menerajui Pakatan Rakyat, sekali gus menzahirkan pendirian PKR bahawa beliau harus diangkat menjadi PM jika pembangkang menang pilihan raya umum.

Pemerhati politik sebelum ini melihat sebarang ketetapan daripada Pakatan Rakyat mengangkat Anwar sebagi calon PM pembangkang akan menzahirkan permuafakatan antara PKR-DAP-PAS.

Anwar mempunyai sokongan bulat DAP namun sokongan daripada PAS untuk mengisi jawatan tertinggi kerajaan masih samar-samar.

"Bagi PAS lawan dululah... bila kita menang kita boleh bincang siapa perdana menteri. Macam kita nak bagi keuntungan kambing, kambing pun tak bela lagi jadi tak tahu mana nak untung, “ kata Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga mengambil pendirian sama. “Kita bayang (siapa PM) bila kita menang nanti, bagi menang dulu,” kata beliau.

Anwar sendiri cuba meremahkan isu itu apabia ditanya oleh wartawan.

"Awak ada cadangan lain (siapa layak jadi PM) ? Saya tidak bangkit. Tiada masalah apa-apa pun. Usul hari ini konvesyen hanya untuk manifesto. Tidak berbangkit (soal siapa jadi PM,) kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar 'Macam Tak Syok' Di Konvensyen Pakatan


Apa dah jadi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Beliau kelihatan letih dan lesu saja ketika sampaikan amanat di Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam pada Isnin.Ucapannya juga tidak bertenaga berdegar-degar macam selalu

Mungkinkah ianya ada kaitan dengan cakap-cakap yang kebelakangan ini berlegar hangat mengatakan namanya kini sudah tergelincir sebagai bakal Perdana Menteri jika pembangkang menang pada PRU 13?

Sosek yang paling popular ialah semakin ramai dikalangan ahli PAS di pelbagai peringkat yang mempersoalkan intregriti beliau kerana pelbagai isu yang melibatkan dirinya khususnya keraguan soal moral.

Isu video seks 99.9 peratus tulin yang dikaitkan dengan dirinya masih lagi menjadi bualan dikalangan ahli PAS sekalipun Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sudah buat ' fatwa' video itu besi tidak boleh jadi bukti.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali dalam ucapan di majlis itu bukan main punya puji bosnya itu dengan menyatakan Ketua Pembangkang itu layak mengetuai pakatan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sekali lagi secara terbuka kata sokong Anwar jadi Perdana Menteri.

Namun ada yang macam tidak lengkap.

Ini bila Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dalam ucapannya langsung tidak sentuh soal sokong Anwar jadi PM kalau pembangkang tawan Putrajaya.

Dalam pada itu timbul cerita bahawa ada usaha untuk memasukan agenda menetapkan siapa bakal Perdana jika pakatan menang di buat semasa konvensyen itu memandangkan pilihanraya umum akan diadakan tidak lama lagi,.

Ikut sumber-sumber PAS dikatakan menolak cadangan berkenaan.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menafikan perkara itu.

Katanya, perkara itu tidak dibincangkan dan manifesto hanya mengandungi perkara yang akan dilaksanakan PR jika memerintah kelak.

Menjawab soalan Agendadaily, Mat Sabu menjelaskan, biarlah pilihan raya dahulu dan siapa PM ditentukan kemudian.

Namun katanya, sudah ada calon untuk jadi PM cuma akan diumumkan pada masa sesuai.

Sementara itu manifesto pakatan yang dilancarkan hanya mengandungi janji-janji kitar semula yang terkandung dalam Buku Jingga kecuali beberapa perkara baru termasuk menyediakan kereta beharga RM25,000 serta bina 150 ribu rumah mampu milik.

Bagaimanapun, manifesto itu tidak menyebut sumber kewangan bagi semua perkara yang dijanjikan termasuk memberi bantuan kewangan kepada rakyat.

Agendadaily

Monday, February 25, 2013

Manifesto Pakatan Berbau ‘Malaysian Malaysia’




Pakatan Rakyat telahpun membentangkan manifesto mereka dalam Konvesyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam pada hari ini.

Penelitian ringkas yang dibuat menunjukkan bahawa manifesto tersebut tidak ada yang baru. Semuanya memang telah diwar-warkan dan menjadi pengetahuan umum sejak dari awal-awal lagi. Ianya dibuat sebagai tawaran untuk memujuk rakyat supaya berpaling kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13.

Yang jelasnya beberapa perkara dapat disimpulkan seperti berikut :

a. Manifesto yang dibentangkan tidak mengambil kira langsung keberlangsungan umat Melayu sebagai umat pribumi dan perlaksanaan syariat Islam seperti yang tertanam di hati sanubari ahli dan penyokong PAS. Amat jelas samada disedari oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PAS ataupun tidak, manifesto ini merupakan satu pendekatan tersembunyi untuk menukar imej PAS yang sebelum ini tegak dengan Islam dan Melayunya supaya menerima hakikat “Malaysian Malaysia”, “samarata” dan “samarasa”.

b. Manifesto tersebut tidak memberi penjelasan langsung rangka kerja mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu yang masih serba serbinya ketinggalan terutamanya di bidang ekonomi dan penguasaan kekayaan negara seharusnya perlu terus menerima asuhan, bimbingan, galakan dan pakej bantuan menyeluruh bagi melonjakkan pencapaian mereka supaya menjadi bangsa bermaruah yang mampu bersaing diperingkat nasional mahupun global bila Malaysia menjadi negara maju nanti.

c. Manifesto Pakatan Rakyat mengenepikan langsung pembangunan keinsanan dan kerohanian. PAS sebagai salah sebuah parti Islam yang kini merupakan salah sebuah parti komponen Pakatan Rakyat biasanya mengutarakan konsep insan sepadu yang mesti dibangunkan seutuhnya. Ini bermakna di samping kemajuan material, pembangunan seharusnya menekankan aspek mental dan intelektual terutamanya spiritual yang akan menjamin lahirnya masyarakat yang seimbang pembangunannya. Sementara di peringkat individu seimbang juga syaksiah keperibadiannya. Rakyat sedemikianlah yang di harap mampu menjelmakan konsep “Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghaffur” seperti yang disebut berulang kali oleh pimpinan PAS.

d. Apa yang ditawarkan pada analisa akhirnya lahirlah manusia-manusia yang teguh kedudukan material yang lazimnya mudah menonjolkan sifat-sifat keangkuhan, kesombongan dan kebongkakan demi mengejar “superiority material”. Akhirnya segelintir rakyat mungkin boleh mencapai kelebihan material itu dengan menidakkan sebahagian besar masyarakat yang merupakan kelompok majoriti yang tidak mempunyai persediaan untuk sama-sama merebut peluang material yang ada di hadapan mereka.

e. Kita sudah menyaksikan bagaimana masyarakat barat melalui proses untuk mencapai tahap kemajuan dan kesejahteraan material seperti yang dibangga-banggakan. Atas tekanan material semata-mata akhirnya masyarakat dibebani dengan berbagai penyakit masyarakat samada yang timbul daripada masyarakat itu sendiri atau yang diimport daripada luar.

Rata-ratanya masyarakat tidak mempunyai benteng pertahanan untuk mempertahankan keutuhan nilai-nilai sosio budaya, akhlak, budi pekerti dan tata susila dan kekuatan dalaman yang sangat diperlukan untuk menongkah cabaran abad yang berikutnya.

f. Seperti yang di ulas panjang lebar sebelum ini tawaran-tawaran yang dikemukakan tidak lebih daripada janji-janji kosong setakat untuk menggamit keyakinan pengundi untuk memilih Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13. Yang paling mudah bagi mereka nanti bila sampai masanya bila janji-janji dituntut oleh rakyat, dengan mudah mereka akan mengatakan “manifesto bukan satu perjanjian”. Ini menggambarkan bahawa kalimat-kalimat dalam manifesto itu tidak lebih lebih daripada sususan ayat-ayat yang disalut dengan gula-gula manis untuk memikat hati rakyat. Bila sampai masanya mereka mencari seribu dalih memberi justifikasi mengapa manifesto tersebut tidak dapat dilaksanakan.

g. Para penganalisa politik sehinggi kini menyebutkan bahawa tawaran Pakatan Rakyat dalam konteks pembangunan sebuah negara seperti Malaysia dapat disamakan seperti mimpi disiang hari. Pakar-pakar ekonomi pula menghujahkan seandaianya sebahagian apa lagi kesemua butiran-butiran manifesto itu hendak dilaksanakan, Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara muflis. Ketika itu pihak yang menawarkan bintang dan bulan tersebut mudah mencuci tangan sebaliknya rakyatlah yang akan menanggung bahana dan derita yang mungkin berpanjangan hingga ke beberapa generasi yang akan datang.

h. Bagi mereka yang belum mempunyai pengalaman mengurus dan mentadbir sebuah negara, tawaran-tawaran yang dibuat lebih mudah untuk dinukilkan. Sebaliknya kepada pihak yang sudah berpengalaman mengurus negara sudah tentu mengambil kira berbagai faktor terutamanya faktor boleh atau tidak boleh tawaran itu dilaksanakan. Kita belum melihat tawaran daripada BN lagi. Seandainya BN juga dalam masa terdekat ini dapat mengemukakan manifesto mereka, maka bolehlah rakyat membuat penelitian dan mengambil satu posisi terhadap kedua-dua manifesto tersebut. Barulah rakyat boleh menilai yang mana yang lebih munasabah dan yang mana yang boleh dipercayai serta yang mana yang mempunyai kredibiliti untuk diberi mandat di dalam PRU ke 13 nanti.

Setakat yang dapat kita saksikan di negeri-negeri dalamana Pakatan Rakyat diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbirnya, fakta-fakta menunjukkan bahawa sebahagaian yang dijanjikan dalam manifesto untuk masing-masing negeri tidak berjalan seperti yang diharapkan. Harga rumah yang rata-ratanya melambung tinggi menjadi penyebab orang-orang Melayu di Pualu Pinang dan Selangor keluar mencari tempat kediaman di kawasan-kawasan pinggiran bandar, luar bandar dan kawasan terpencil menghampiri hutan simpan yang mampu dimiliki sesuai dengan pendapatan isi rumah mereka.

Seperkara lagi bagi Pakatan Rakyat mereka boleh janjikan apa sahaja. Lantaran kemungkinan untuk memenangi Putrajaya masih jauh daripada yang diangan-angankan. Oleh itu tektik yang paling mudah tawarkanlah apa sahaja. Beri rakyat bulan dan bintang. Manalah tahu, kalau ada di antara rakyat yang boleh terpengaruh dengan janji-janji politik yang ditaburkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan yang terkenal lunak dan bijak mengabui mata dan minda rakyat.

Hanya rakyatlah yang semestinya bijak. 55 tahun kita merdeka, sepatutnya tidak ada golongan rakyat di Malaysia yang masih boleh digula-gulakan. Tidak ada lagi golongan rakyat di negara ini yang sanggup diperkotak-katikkan kebolehan minda dan kebijaksanaan membuat keputusan. Rakyat Malaysia sudah dimasukkan ke dalam kumpulan rakyat yang berpendidikan. Rakyat yang boleh menentukan masa depan untuk diri, keluarga, masyarakat dan negaranya sendiri.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
25 Februari 2013

Manifesto PR Main 'Rentak' Lama - Atory #ManifestoBukanJanji


Penganalisis Politik Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata manifesto yang dibentangkan Pakatan Rakyat hari ini sekadar mengulangi janji terdahulu dan tidak banyak menawarkan perkara baru kepada rakyat.

Beliau berkata Pakatan Rakyat hanya memainkan 'rentak' yang sama dan tidak mampu menjanjikan lebih banyak kelainan daripada manifesto yang diumumkan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) yang lalu.

Ini kerana Pakatan Rakyat menyedari bahawa mereka tidak mampu menawarkan tawaran yang lebih baik ekoran rekod gagasan itu memerintah empat buah negeri tidak begitu memberangsangkan, kata Atory.

Pada PRU12 Pakatan Rakyat berjaya memenangi Selangor, Pulau Pinang, Kedah selain mengekalkan pemerintahannya di Kelantan.

"Saya rasa menganggapkan yang baru tak banyak (manifesto baru) kalau ada yang betul-betul strategi untuk pilihan raya bagaimana nak menang.

Beliau menambah Pakatan Rakyat yang berjaya menawan negeri yang terkaya di Malaysia iaitu Selangor gagal membuktikan mereka adalah sebuah kerajaan negeri yang menunaikan janji.

Ia bertambah buruk apabila Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata manifesto bukanlah janji yang perlu ditunaikan.

Kenyataannya itu membawa padah apabila rakyat marhaen di negeri itu bangkit menyaman kerajaan negeri.

Antara janji-janji yang belum ditunaikan termasuklah elaun kepada semua pelajar tadika, elaun kepada ibu tunggal, memastikan setiap keluarga memiliki sebuah rumah, elaun bulanan kepada golongan nelayan, memberi perkhidmatan perubatan percuma kepada semua warga emas dan banyak lagi.

Di Pulau Pinang, Pakatan Rakyat gagal menunaikan janjinya untuk membina rumah kos rendah dan mampu milik kepada rakyatnya. Golongan Melayu juga terus tersisih dari arus pembangunan dan menyaksikan penjualan aset berupa hartanah kepada rakyat asing.

Sementara di Kedah, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar dari PAS, Datuk Seri Azizan Abdul Razak terus gagal menyelesaikan masalah rakyat termasuk tidak menyediakan rumah mampu milik yang mencukupi kepada rakyatnya selain ditolak barisan exconya sendiri.

Kemuncaknya, Azizan didesak untuk meletakkan jawatannya namun beliau berkeras enggan berbuat demikian.

Di Kelantan pula, rakyat terus dinafikan untuk hidup dalam keadaan lebih baik dengan prasarana asas seperti bekalan air bersih masih belum dinikmati rakyat. Skandal Ladang Rakyat terus menghantui kerajaan negeri dan setelah lebih 20 tahun memerintah PAS terus gagal menyelesaikan isu itu.

Atory juga berkata konvensyen kali keempat yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini dimanfaatkan sepenuhnya pemimpin Pakatan Rakyat untuk membina benteng bagi menangkis segala kritikan seteru politiknya terhadap relevannya manifesto mereka.

"Dalam persidangan ini saya rasa akan penuh dengan ucapan-ucapan pemimpin untuk menangkis hujah-hujah Barisan Nasional dan juga mempertahankan manifesto yang telah dilancarkan.

"Mungkin mereka (Pakatan) akan menyebut tentang pelaksanaan yang tidak dapat dijalankan secara berkesan. Mereka akan berikan faktor-faktornya (sebabnya), mereka tidak akan mengalah, mereka akan cari idea yang boleh mematikan hujah-hujah pihak lawan," katanya.

Atory juga berkata konvensyen itu tidak di sia-siakan pimpinan Pakatan Rakyat untuk merayu kepercayaan dan keyakinan daripada ahli dan penyokong gagasan itu.

"Mereka akan mengatakan pelaksanaan tidak dapat dibuat secara berkesan kerana masa tidak cukup, begitulah janji mereka nanti, saya rasa begitulah," tegasnya.

Konvensyen Pakatan Rakyat yang bermula agak hambar pagi tadi seperti yang dijangka, menjanjikan pelbagai imbuhan, pembatalan projek tertentu, penurunan cukai dan dana lumayan untuk pengundi yang disasarkan.

Malah pakatan pembangkang itu menjanjikan RM50 sebulan untuk setiap isteri dengan syarat suami mencarum sehingga RM100 dalam skim caruman wanita kebangsaan.

Manifesto yang diumumkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan PAS, Dr Zulkefly Ahmad dan wakil tunggal India dalam Jawatankuasa Tertinggi DAP, M. Kulasegaran itu mengulangi janji menurunkan harga minyak, tarif elektrik dan air serta menghapuskan tol dan menurunkan harga kereta.

Selain itu Pakatan Rakyat juga berjanji menghapuskan PTPTN, sistem kawalan trafik AES dan menyediakan perkhidmatan wad percuma di hospital awam.

Manifesto 35 mukasurat itu juga dipenuhi dengan janji untuk menyediakan satu juta peluang pekerjaan baru, gaji minima RM1,100 sebulan dan tabung RM2bilion untuk majikan yang tidak cukup modal menampung gaji minima itu.

AntaraPos