Showing posts with label Mykad Misbah. Show all posts
Showing posts with label Mykad Misbah. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

[video inside] MyKad Mismah : KDN, SKMM Wajib Ambil Tindakan Tegas Pembohongan Laman Web


Mismah menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa status Kad Pengenalan biru yang diperolehi beliau adalah tidak sah di sisi undang-undang, seperti yang di war-warkan oleh Puak Pembangkang...

Terdahulu puak pembangkang mendakwa Mismah memiliki Kad penduduk tetap mendapat taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam.

 
Diharap Kementerian Dalan Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap portal berita pro pembangkang kerana sering menyiarkan berita yang mengelirukan rakyat.

Perkara ini juga bukanlah pertama kali, malah sering dilakukan termasuk membuat spekulasi untuk menimbulkan perasaan benci rakyat kepada kerajaan.

Perkara ini diputar belitkan, kerana mereka mempunyai niat tidak baik, sebab itu KDN dan SKMM perlu mengambil tindakan yang serius supaya menajadi pengajaran kepada mereka yang sering menabur fitnah.

Thursday, August 11, 2011

Collection of The IC.. Baru Aku Tahu Mr Bean Asal Dari Malaysia...

Oh!! baru aku tahu rupanya MR Bean berasal dari Malaysia
semuanya kerana pendedahan yang tidak membawa apa-apa makna dari puak pembangang PR!

Bior bonar?

Oh yeke... Super Hero berasal dari Singapura rupanya...
ayaa laaaa!

Apasal lain macam jer rupa AUSTIN POWER! hahaha!


Yang ni Kum.. Kum... Ke Misbah?
Agak-agak korang leh cam ke muka dia ni?


Amat memalukan apabila ada pemimpin Melayu Islam dari parti Pembangkang PR lebih pentingkan Isu IC daripada Isu Murtad!

Thursday, August 4, 2011

Malaysikini Harus Bertangungjawab Kerana Mengeluarkan Artikel Berunsur Fitnah!

Ini bukan kali pertama Malaysiakini mengeluarkan artikel yang melanggar etika kewartawanan dan sengaja ingin mencetuskan propaganda murahan agar rakyat marah dengan SPR. Sewajarnya wartawan yang bernama Kuek Ser Kuang Keng dikenakan tindakan terhadap tulisan yang salah tersebut. Artikel tersebut harus ditarik balik. TIndakan mahkamah adalah jalan terbaik untuk mengajar Malaysiakini.



Kenyataan Akhbar Oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

Pertimbangan permohonan taraf Warganegara Malaysia tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara-perkara berikut:

Perkara 15 : Isteri kepada Warganegara
Perkara 16: Mereka yang lahir di Malaysia sebelum tarikh
Kemerdekaan (sebelum 31 Ogos 1957)
Perkara 19: Warga Asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia
tidak kurang dari 12 tahun.

Sejak 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, YB Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein telah menimbangkan sebanyak 72,334 permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 29,290 permohonan telah diluluskan.

Angka ini adalah merupakan sebahagian daripada KPI Menteri Dalam Negeri di mana sebanyak 219,000 permohonan telah berjaya diselesaikan termasuk 72,334 permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia, 31,449 permohonan Penduduk Tetap, 108,906 permohonan Daftar Lewat Kelahiran dan 6,311 permohonan di bawah program My-Daftar.

Berkaitan kes Mismah, dakwaan bahawa beliau menjadi warganegara dalam tempoh 4 jam setelah mendapat taraf Penduduk Tetap (atau PR) adalah tidak benar. Rekod menunjukkan bahawa beliau telah mendapat taraf Penduduk Tetap pada 17 Julai 1982. Beliau telah diluluskan Taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf Penduduk Tetap Malaysia

Sekian, terima kasih.

Datin Jariah binti Mohd Said
Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
03 Ogos 2011

Baca juga disini: MyKad: Malaysiakini Terus Kantoi, Taraf Kewarganegaraan Empat Jam Tak Benar!

Juga Disini : Spin MyKad Makan Diri Pembangkang, Azmin, Saifuddin & Zuraida Juga Pemilik IC Merah?

Wednesday, August 3, 2011

MyKad: Malaysiakini Terus Kantoi, Taraf Kewarganegaraan Empat Jam Tak Benar!


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menjelaskan dakwaan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah tetapi didaftarkan sebagai pengundi baru, dan kemudiannya diberikan taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam seperti yang dilaporkan di portal Malaysiakini, sebenarnya tidak benar.

Ketua pengarahnya, Datin Jariah Mohd Said berkata rekod JPN menunjukkan dalam kes Mismah, individu itu sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982.

“Beliau telah diluluskan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf penduduk tetap Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mismah sudah 29 tahun menetap di Malaysia dan telah mendapat status sebagai warganegara lebih kurang 7 bulan lepas.

Menurut undang-undang antara syarat yang ditetapkan untuk melayakkan seseorang memohon taraf kewarganegaraan adalah :

Pemohon telah bermastautin dalam Persekutuan selama tempoh kesemuanya tidak kurang daripada 10 tahun dalam 12 tahun termasuk 12 bulan terdahulu daripada dan hingga tarikh permohonan dikemukakan.

Pemohon berniat untuk bermastautin dalam Persekutuan selama-lamanya.
Pemohon berkelakuan baik.
Pemohon mempunyai pengetahuan dalam Bahasa Melayu yang memadai.
Pemohon hendaklah ditaja oleh dua orang penyokong bertaraf warganegara.


Tahniah juga kepada blogger pembangkang yang telah menjadi beruk kena belacan semalam membawa kita semua tahu bahawa pemimpin mereka Azmin, Saifuddin & Zuraida Juga Pemilik IC Merah. Baca disini..

Saman Malaysiakini baca disini...

SPR Dah Jawab Tuduhan Malaysiakini, JPN Jangan Diam sahaja


Kesilapan yang dinyatakan oleh pembangkang adalah kesilapan JPN, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini,” kata Abdul Aziz dalam SMS bagi menjawab tuduhan portal pembangkang Malaysiakini.

Katanya, hanya rakyat Malaysia yang boleh memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.

"PR tidak dibenarkan kecuali Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka sebagai rakyat Malaysia. Jika tidak permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis)," katanya.

Namun, kata Abdul Aziz SPR akan mempamerkan daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan setiap empat bulan untuk tatapan umum selama seminggu.

"Pengundi di kawasan itu boleh membantah (jika mendapati ada penyelewengan),” katanya.

Abdul Aziz mengulas kontroversi di mana dakwaan pembangkang sebagai pengundi dan nama mereka tersenarai pada daftar pemilih tambahan yang baru. Status penduduk tetap itu kemudiannya 'dinaik-taraf' sebagai warganegara dalam beberapa jam, mengikut sistem pengesahan online JPN