Showing posts with label Nga Kor Ming. Show all posts
Showing posts with label Nga Kor Ming. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

Nga Kor Ming Ugut Dan Tabur Duit RM1,000 Untuk Cari Blogger Pisau.net


Apa celop RM1k saja untuk buru blogger ternama? apa kelass lu apek? Lu ingat maruah perjuangan boleh di jual beli kaaa! cee seey yaa! mati aaa!



Sementara itu blogger perak hari ini membuat laporan polis di IPK Ipoh kira- kira jam 4.30 petang terhadap posting di facebook Adun Pantai Remis Nga yang menggunakan bahasa Cina seolah-olah ditujukan kepada samseng Cina yang disedari oleh pelapornya Sdr Amir Izwan Abdul Razak dan Sdr Salim yang juga merupakan pengguna Facebook yang menyedari posting dalam FB pemimin Dap ini pada 9hb Januari, jam 11.00 pagi tadi

Menurut kedua-dua pelapor tersebut beliau mendapatkan khidmat seorang rakan untuk mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan bila ayat tersebut didakwa tidak boleh dialih bahasa (Transfer) dengan Alat terjemahan di internet yang sedia ada, melihat pada kesulitan untuk menterjemahkan dan memahami ayat yang terkandung dalam catatan FB Ngah tersebut beliau merasakan sebagai ayat-ayat yang digunakan boleh mengancam serta membahayakan blogger Pisau.net. Baca lagi...

Thursday, December 27, 2012

Skandal Tanah Ngeh-Nga Bakal Hancurkan Roket DAP!


Keadaan rumahtangga Dap sudah menjadi bertambah kacau bilau berikutan beberapa pendedahan skandal tanah yang amat mengejutkan pimpinan parti cauvinis Cina itu.

Pendedahan itu membuka rahsia besar Dap bahawa wujud 'perjanjian setan' antara Parti Al-Islam Se Malaysia (Pas) dengan parti itu berhubung jawatan Menteri Besar Perak apabila Pakatan Rakyat berjaya merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum 2008.

Walaupun Dap muncul sebagai parti yang memenangi jumlah kerusi terbanyak berbanding Pas dan PKR namun undang-undang tubuh negeri Perak hanya menerima individu Melayu untuk menduduki kerusi Menteri Besar.

Maka termaktublah satu persetujuan antara ketiga-tiga parti itu untuk menerima calon Pas, Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Atas persetujuan tersebut, Pengerusi Dap Perak, Ngeh Koo Ham dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha Dap Perak menerima imbuhan tanah seluas tanah 10,526 hektar di Gua Musang bernilai melebihi RM30 juta kepada syarikat milik Ngeh bernama Upayadaya Plantation Sdn Bhd.

Carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati syarikat itu dimiliki Ngeh sebagai pemegang saham terbesar dan pengarah syarikat itu manakala Nga juga merupakan salah seorang pengarahnya.

Sejak isu itu meletup di dalam dunia maya, perkara itu telah dilanjutkan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak apabila Adun Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib Exco dan kerajaan negeri Datuk Hamidah Osman mendesak Ngeh dan Nga menjawab dakwaan yang dilontar terhadap mereka.

Melihat tembelang mereka tidak dapat ditutup lagi, Ngeh dan Nga terpaksa mengaku walaupun amat pahait bagi mereka bahawa Upayapadu Sdn Bhd sememangnya mendapat projek pembalakan di Kelantan.

Berikutan skandal tanah itu yang membabitkan dua pemimpin tinggi Dap Perak, pimpinan pusat parti itu kini tersepit begitu tertekan untuk memikirkan bagaimana isu ini tidak bertukar menjadi krisis paling besar baginya.

Ini kerana dap berkeyakinan untuk terus menerajui Pulau Pinang dan memenangi lebih banyak kerusi pada PRU13 nanti, menjadikan parti paling berkuasa dan berpengaruh dalam Pakatan Rakyat.

Apapun sudah terlambat untuk menyembunyikan gajah dalam bilik yang sudah nampak jelas.

Kini berlaku pergeseran amat serius di dalam Dap dan antara parti itu dengan Pas.

Pengerusi Kebangsaan Dap, Karpal Singh melenting marah dan mengarahkan Ngeh dan Nga memberi penjelasan kepada pimpinan parti samada benar dakwaan tentang penglibatan mereka dengan syarikat pembalakan itu yang menerima tawaran tanah dari kerajaan negeri Pas Kelantan sebagai pertukaran dengan jawatan Menteri Besar.

Berlaku tuduh menuduh apabila Ngeh menuding jari kepada Pas yang dikatakan telah membocorkan rahsia itu.

Kenyataan Ngeh itu telah dipetik oleh blog pro-pembangkang Free Malaysia Today tetapi telah ditarik balik serta merta apabila menyedari implikasi penyiaran kenyataan pemimpin Dap itu.

Krisis terbaru ini menyerlahkan lagi sikap hipokrit yang telah digula-gula kepada rakyat oleh Pas dan Dap.

Bagi Pas, parti itulah yang paling suci dari segala dosa sehingga Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan fakwa mengundi Pas masuk syurga.

Bagi Dap pula, parti itulah paling bersih dari gejala rasuan dan salahguna kuasa tetapi kini keburukan mereka telah ditelanjangkan untuk tonton rakyat.

Jika parti-parti Pakatan Rayat boleh melakukan penyelewengan serta melakukan rasuah pada tahap mega seperti ini, bayangkan apa yang mereka boleh lakukan jika mereka mentadbir kerajaan pusat?

Krisis ini tidak akan padam atau diam begitu sahaja kerana ia akan menjadi senjata politik paling ampuh untuk melemahkan Dap dan Pas tatkala negara di ambang menghadapi pilihan raya.

Apapun penjelasan yang bakal diberi oleh Ngeh dan Nga kepada pimpinan parti, kredibiliti mereka sebagai pemimpin dan ahli politik sudah hancur dan tidak boleh diperbaiki lagi.

Keyakinan rakyat terhadap mereka sudah hilang kerana mereka telah mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberi, bak kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi.

Nik Aziz pula sudah panik dan tidak tentu arah lalu seperti biasa menuduh ini semua adalah konspirasi UMNO dan Barisan Nasional.

Amat mudah sekali orang agama seperti Nik Aziz bertukar menjadi munafik dan pembohong apabila takut kepentingan peribadi dan keduniaan akan terjejas.

Kerjasama Dap-Pas tidak akan menjadi seakrab lagi selepas skandal ini menjadi perbualan rakyat dan besar kemungkinan Pakatan Rakyat akan retak dan pecah.

Sepandai mana Anwar Ibrahim berusaha berdiplomasi dan menjadi orang tengah atau cuba memadam api krisis ini, segalanya sudah berakhir bagi Pas, Dap dan PKR.

Wednesday, January 4, 2012

Blogger Sekupangduas Tetap Mempertahankan Dakwaan Walaupun Di Saman RM10 Juta

Biarpun berdepan saman fitnah RM10 juta, penulis blog Otai Sekupangduas tetap mempertahankan dakwaannya berhubung salah laku Nga Kor Ming dalam pemberian tender sut ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada 2008.

Penulis blog tersebut, Ahmad Sofian Yahya, 47, menegaskan, beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataan yang telah dibuatnya terhadap Setiausaha DAP Perak berkenaan.

Malah, sebaliknya penulis blog itu mendesak Kor Ming menarik balik tuduhan bahawa beliau telah mengada-adakan bahan bukti dalam sebuah artikel yang disiarkan oleh portal berita propembangkang pada 19 Disember lalu.

"Saya beri masa selama 48 jam untuk beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataannya itu atau saya juga akan menyamannya jutaan ringgit," kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.



Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupangduas.blogspot.com pada 16 Disember lalu telah memuat naik beberapa salinan dokumen yang mendedahkan Ethan and Elton, syarikat yang mana isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai salah seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.

Blog itu juga mendakwa, kontrak untuk 24 sut rasmi yang pada asalnya ditawarkan kepada Goodman Tailor pada 3 April 2008 kemudiannya diberikan kepada Ethan and Elton selepas 'disyorkan' oleh kerajaan negeri pada ketika itu.

Pada sidang akhbar tersebut, Ahmad Sofian mempertahankan dakwaannya bahawa tender itu diberikan kepada Ethan and Elton yang ditubuhkan 20 hari selepas kontrak berkenaan diberikan kepada sebuah firma lain.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Sofian mengakui sudah menerima surat saman daripada Kor Ming yang dihantar ke rumahnya pada Sabtu lalu menerusi firma guaman Tetuan Leong and Tan.

Menurut Ahmad Sofian, beliau belum melantik peguam dan akan meminta khidmat nasihat Biro Bantuan Guaman bagi meneliti kes tersebut.

Thursday, December 29, 2011

Kor Ming Terkincit Dengan Blogger Sekupangduas... Tidak Muncul Serahkan Surat Saman

Mantop abang brader aku... 

Kisah Sekupangduas menerjah kes salah guna kuasa Nga kor Ming kini hangat di media arus perdana mahupun alternatif... Kor Ming menggunakan beberapa taktik untuk mengertak Sekupangduas... Antaranya ialah mahu menyaman blogger Sekupangduas supaya tutup mulut... dan yang terbaru dengan menggunakan taktik lapok menghantar peluru yang kononnya dihantar untuk mengancam nyawa Kor Ming...

Utusan - Penulis blog Sekupangduas, Ahmad Sofian Yahya hari ini mengotakan kata-katanya dengan hadir di pejabat DAP negeri untuk menerima sendiri surat saman daripada Setiausaha Agung DAP Perak, Nga Kor Ming berhubung dakwaan salah laku pemimpin itu.

Bagaimanapun, hasrat Ahmad Sofian, 47, yang tiba kira-kira pukul 10 pagi untuk bersemuka dengan Kor Ming tidak kesampaian apabila Ahli Parlimen Taiping itu tidak muncul.

Sebaliknya, hanya Naib Setiausaha Eksekutif DAP, Siew Lee Wah yang hadir untuk mendapatkan butiran diri Ahmad Sofian sambil memberitahu, Kor Ming tidak berada di bandar raya itu buat sementara waktu.

Lee Wah bagaimanapun mengesahkan, Kor Ming mengetahui mengenai hasrat Ahmad Sofian untuk datang bersemuka dengannya hari ini selepas membaca entri terbaru penulis blog itu semalam.

Ahmad Sofian yang ditemui pemberita mendakwa, tindakan Kor Ming untuk memfailkan saman hanya bertujuan menakut-nakutkannya daripada mendedahkan dakwaan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan pemimpin DAP itu.

''Ini hanya satu taktik untuk menakut-nakutkan saya, tapi saya akan teruskan sehingga rakyat mengetahui kebenarannya," katanya sambil menyatakan kesediaan untuk membantu pihak berkuasa bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupangduas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit sut ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan.

Dokumen itu mendedahkan, Ethan dan Elton, syarikat yang isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.

Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 sut rasmi yang pada asalnya ditawarkan kepada syarikat Goodman Tailor pada 3 April 2008, kemudiannya diberikan kepada Ethan and Elton selepas 'dicadangkan' kerajaan negeri ketika itu.

Pendedahan itu mencetuskan kemelut dalam kepimpinan DAP apabila Naib Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran mahu Kor Ming memberi penjelasan terperinci berhubung dakwaan tersebut kerana ia boleh menjejaskan imej parti.

Ditanya mengenai cakap-cakap bahawa pendedahan itu melibatkan pejabat Menteri Besar Perak, Ahmad Sofian menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

''Saya sedar banyak spekulasi akan timbul apabila saya mendedahkan apa yang sepatutnya rakyat tahu, tetapi saya ingin tegaskan tiada siapa yang berada di belakang saya," katanya.

Wednesday, December 28, 2011

Nga Kor Ming Terima Peluru Hidup Dan Ancaman Maut!!


Setiausaha DAP negeri Perak, Nga Kor Ming hari ini menerima ancaman kematian dan peluru dalam sampul surat yang dialamatkan kepadanya dan diposkan kepada kedua ibu bapanya.

Nga, berkata bahawa ibunya Tan Chan Bee, 64, mendapati nota dan peluru dalam peti surat di rumah mereka di Ayer Tawar.

"Ibu bapa saya terkejut melihat peluru dan ancaman kematian dalam hidup saya. Ia adalah suatu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dan kejam, "kata Nga.

Nota dalam Bahasa berbunyi: 'Cina kurang ajar Yeop, bagi tiga pilihan: 1 mampus cepat dengan Peluru 2   Mampus perlahan-lahan dengan asid yang disimbah muka  3 mampus  Mampus perlahan-lahan dilanggar dengan sebuah kereta. Gunakan kerusi roda. -  Ini adalah amaran dari orang Melayu jangan kurang ajar. '

Power siuuuuttttttt! Nampak sangat ini hanya satu lakonan terhebat dari puak DAP! macam cerita Hollywood pulak dah! tak habis-habis hantar peluru untuk lari dari masaalah mereka!

Weh Kor Ming jangan cuba nak alih perhatian la.... Kata nak saman sekupangduas.... tup.. tup.. keluar cerita dapat peluru pulak! Apa kes?? Jangan lari Kor Ming!!! Jangan buat hal.... Jangan nak cetuskan peristiwa berdarah 13 Mei!!!!

Jelas dilihat... Nga Kor Ming seolah-olah cuba mahu mempersalahkan blogger Sekupangduas! Kor Ming jangan rasis sangat! jangan cabar orang melayu!!!

Berita terdahulu Ahmad Sofian, 47, menyahut cabaran Kor Ming yang menuduhnya mengada-adakan bahan bukti dalam sebuah artikel yang disiarkan di portal berita propembangkang sebelum ini.

Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupang-duas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit kot ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan.

Dokumen itu mendedahkan Ethan and Elton, syarikat yang mana isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai salah seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.

Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 kot rasmi yang pada asalnya ditawarkan kepada Goodman Tailor pada 3 April 2008 kemudiannya diberikan kepada Ethan and Elton selepas disyorkan oleh kerajaan negeri pada ketika itu.

Baca juga di sini.. TEMAN DAH TUNGGU, NGA TAK PERLU KECOH LAGI

Tuesday, December 27, 2011

Kor Ming Tergugat... Ancam Mahu Saman Blogger Sekupangduas


Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming akan memfailkan saman terhadap seorang penulis blog kerana memfitnah beliau menyalahgunakan kuasa dalam pemberian kontrak pakaian rasmi ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kepada syarikat milik isterinya pada 2008.

Kor Ming berkata, saman fitnah itu akan difailkan di mahkamah dalam masa terdekat.

''Saya sudah buat keputusan untuk mendakwa penulis blog tersebut kerana memfitnah saya. Saya tidak mahu ulas isu tersebut kerana akan ambil tindakan undang-undang," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan penulis blog, Sekupangduas atau nama sebenarnya, Ahmad Sofian Yahya yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tersebut 21 Disember lalu.


Ini pula respon Sekupangduas, beliau berkata Kor Ming tak perlu buang masa... saman saja besok... beliau akan berada di hadapan pintu pejabat DAP.

Ada berani ka apek tu nak saman Sekupangduas? Jangan ingat blogger pro-umno takut dengan ugutan saman dari pemimpin Pakatan Haram! Pergi jahanam lah...

Dibawah petikan dari blog sekupangduas;

Besok teman akan terpacak jam 10 pagi didepan pintu dap perak yang bertempat di medan istana, bila dia nak bagi saman pada teman, apa yang dia cabar suruh teman lapor sprm, teman dah lapor, la ni pulak dia nak saman kerana pulak! tak usah risau esok teman tunggu didepan pintu, bagi jer terus kat teman...

Apa yang teman buat adalah hak rakyat yang mahu tahu penyelewengan, apakah dengan mahu saman dapat menakut-nakutkan teman? apakah dengan cara ini dapat menghalang teman menbongkar isu ini?

Apakah dia rasa bini dia terganggu dengan pembongkaran ini? terfikirkah bagaimana menteri besar yang di caci sebagai hitam metalik? adakah ini cacian yang tak aibkan mb kita, sekarang sekupang membongkar, ini hak rakyat perlu tahu apa yang sebenar,

So jangan buang karan dalam paper! banyak lagi cerita rakyat yang orang lain nak tau! esok pukul 10pagi teman akan terpacak depan pintu! insyallah jangan tak mai...

---

Berita terdahulu Menurut Ahmad Sofian, 47, laporan itu dibuat bagi menyahut cabaran Kor Ming yang menuduhnya mengada-adakan bahan bukti dalam sebuah artikel yang disiarkan di portal berita propembangkang sebelum ini.

Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupang-duas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit kot ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan.

Dokumen itu mendedahkan Ethan and Elton, syarikat yang mana isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai salah seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.

Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 kot rasmi yang pada asalnya ditawarkan kepada Goodman Tailor pada 3 April 2008 kemudiannya diberikan kepada Ethan and Elton selepas disyorkan oleh kerajaan negeri pada ketika itu.

Sunday, December 25, 2011

Curi Wang... Nga Kor Ming Perlu Beri Penjelasan

Dulu kemain beria sangat Nga cabar blogger pro-umno buat laporan kepada SPRM.. sekarang apa kes? senyap tak terkata Nga???

Laporan Sekupang Dua SPRM di sini...

Setiausaha Agung DAP Perak, Nga Kor Ming perlu tampil memberi penjelasan secara terperinci berhubung isu pemberian kontrak pakaian rasmi ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kepada syarikat milik isterinya pada 2008.

Naib Pengerusi DAP negeri itu, M. Kulasegaran berkata, sekiranya tidak ditangani segera, isu itu bakal mendatangkan pelbagai kesan negatif sehingga menjejaskan imej parti tersebut.

"Sudah ada laporan polis yang dibuat mengenainya dan Kor Ming sendiri juga akan memfailkan saman ke atas tuduhan tersebut, namun saya merasakan adalah lebih baik jika beliau sendiri menjelaskan segala senario yang berlaku.

"Untuk bersikap adil kepadanya, berilah beliau masa yang cukup selain Datuk Bandar sekarang juga perlu mengesahkan sama ada dokumen yang tersiar di blog berkenaan adalah benar atau tidak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan seorang blogger Sekupangduas atau nama sebenarnya, Ahmad Sofian Yahya, 47, yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tersebut pada 21 Disember lalu.

Menurut Ahmad Sofian, laporan itu dibuat bagi menyahut cabaran Kor Ming yang menuduhnya mengada-adakan bahan bukti dalam sebuah artikel yang disiarkan di portal berita propembangkang sebelum ini.


Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupangduas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit kot ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan.

Dokumen itu mendedahkan Ethan and Elton, syarikat yang mana isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai salah seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.

Syarikat tersebut yang didaftarkan selepas Kor Ming menjadi exco kerajaan negeri ketika itu, mendapat kontrak membekal dan menjahit kot tersebut meskipun mengenakan caj RM650 setiap sut berbanding yang terendah oleh Goodman Tailor iaitu RM450.

Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 kot rasmi yang pada asalnya ditawarkan kepada Goodman Tailor pada 3 April 2008 kemudiannya diberikan kepada Ethan and Elton selepas disyorkan oleh kerajaan negeri pada ketika itu.

Berikutan itu, dua lagi laporan dibuat kepada SPRM oleh dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kelmarin yang mendakwa Ahli Parlimen Taiping tersebut secara nyata terlibat dalam urusan pemberian kontrak berkenaan pada 2008.

Kor Ming baru-baru ini bagaimanapun menafikan penglibatannya dalam pemberian kontrak tersebut kerana mendakwa ia dilakukan secara tender terbuka.

Thursday, December 22, 2011

Blogger Sekupang Dua Buat Laporan SPRM Keatas Nga Koh Meng


Blogger dari Perak Sekupang Dua semalam membuat laporan SPRM keatas Nga Kor Meng, mengikut dari laporan yang didedahkan berhubung dengan Penyelewengan dan salahgunakuasa yang dilakukan Nga.

Menulis di laman blognya, Sekupang Dua berkata, "bila Nga Kor Meng mencabar teman untuk lapor kat SPRM Pasal tender Long suit, Teman Lapor ler adaker kata teman ni buat-buat bukti, Jam 3 petang tadi teman terus ke SPRM dan buat laporan tentang kes Tender Long Suit semasa pemerintahan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan Negeri".

Seterusnya baca di sini...

Monday, December 19, 2011

Skandal Kontrak "Lounge Suit" Syarikat Isteri Nga Kor Ming

NGA yang terkenal dengan kenyataan racist “Hitam Metalik” yang ditujukan kepada Menteri Besar Perak Dato Sri Zambry kini terpaksa berdiam diri kerana Si mulut becok itu menyeleweng wang kerajaan tempatan dengan mendapatkan tender menjahit baju kepada isterinya. Selama ini Nga yang tidak sayang mulut suka mengutuk Kerajaan Barisan Nasional kini terpaksa berdiam diri apabila bini sendirinya terperangkap dalam menyalahguna kuasa mendapatkan tender!

Ini bukti dokumen tender dan anehnya Ketua Geng Bubar DUN turut bersekongkol dengan NGA sewaktu memimpin Negeri Perak!



Isteri Nga sebagai pengarah syarikat jahitan yang didaftarkan pada 23 – 4 – 2008 iaitu 42 hari selepas pilihan raya umum dimana Negeri Perak jatuh pada tangan Pakatan Rakyat. Bayangkan hanya dalam masa 42 hari mereka mampu buat apa sahaja untuk mengaut keuntungan dengan berkroni atas nama negara berkebajikan!


Surat lantikan dari pihak kerajaan negeri yang diketuai Ketua Geng Bubar DUN (kini bekas Menteri Besar) yang selama ini berceramah tentang “kebenaran” dan “keadilan” tapi sanggup mengadai maruh dan harga diri semata – mata untuk menguatkan sokongan dari DAP.


Syarikat isteri Nga yang mendapat kontrak menjahit lounge suit bukanlah dalam pilihan kedudukan pertama malah terakhir dalam keputusan tender! Namun tetapi Menteri Besar Perak (sekarang bekas) terpaksa meluluskan tender kepada bini Nga atas dasar kepentingan politik pakatan rakyat!

Kepada MB NIZAR dan NGA, Semata – mata nak jaga kepentingan politik masing – masing kamu berdua menyeleweng duit kerajaan negeri untuk songlap peruntukan! Peliknya selama ini kamu memekik yang Kerajaan Barisan Nasional Menyalahguna peruntukan tapi rupa – rupanya Nizar dan kroninya sepakat nak makan semua!

KALAU BOLEH SAYA MINTA MACC / SPRM TOLONG MASUK CAMPUR DAN SIASAT KES INI.

Saturday, December 17, 2011

Ayahanda Berhimpun Desak Kor Ming Mohon Maaf


Kira-kira 200 ahli Majlis Ayahanda-ayahanda Negeri Perak mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabat DAP Perak di sini hari ini bagi mendesak Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming memohon maaf secara terbuka kerana mempersenda kedaulatan negeri ini dengan gelaran 'Perak Darul Kartun'.

Sambil menyifatkan kenyataan tersebut sebagai biadab, mereka juga menggesa Ahli Parlimen Taiping itu bertanggungjawab terhadap kenyataannya menggelar Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dengan gelaran 'Hitam Metalik' dan 'haram jadah' baru-baru ini.


Ketua Penerangannya, Datuk Halim Ramli berkata, kenyataan Kor Ming itu sangat tidak beradab kerana mempersenda kedaulatan negeri Perak, malah semakin berani menyentuh sensitiviti kaum di negara ini.

Katanya, walaupun Kor Ming telah meminta maaf sebelum ini, namun permohonan maaf itu kelihatan tidak ikhlas dan dilakukan secara sambil lewa.


"Kami mahu dia mohon maaf secara rasmi, jumpa Menteri Besar dan minta maaf dengan dia. Selain itu dia juga perlu bertanggungjawab kerana mempersendakan kedaulatan negeri ini dengan gelaran 'Perak Darul Kartun'.

"Jika dia tidak suka dengan negeri ini, dia boleh keluar malah dia tidak layak langsung tinggal di negeri berdaulat ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada wakil DAP Perak, Cheah Poh Hiun di pintu masuk pejabat berkenaan hari ini.

Mereka yang berkumpul hampir satu jam sejak pukul 3 petang turut membawa beberapa kain rentang yang antara lainnya tertera kata-kata 'Jangan Biadap, Penderhaka Sultan', 'Jangan Hina Kedaulatan Negeri Perak', 'Jangan Hina Melayu' dan 'Jangan Mulakan Politik Maki Hamun'.

Halim menambah, sebagai ahli politik, Kor Ming tidak wajar bersikap biadap dengan menjadikan isu sensitif berkaitan peribadi pemimpin sebagai agenda dalam menyuburkan benih kebencian di kalangan rakyat.

Justeru katanya, sekiranya Kor Ming enggan memohon maaf kepada Zambry dan seluruh rakyat negeri ini, gerakan tersebut tidak akan berakhir di sini malah diteruskan dalam kuantiti yang lebih ramai.

"Kor Ming perlu berhenti daripada terus mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti masyarakat. Jangan suburkan politik kebencian kerana ia akan menggugatkan keharmonian negara," tegasnya.

Tuesday, December 6, 2011

Kor Ming Hina Perak Sebagai "Perak Darul Kartun"


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendakwa Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming telah menghina kedaulatan Perak dan institusi diraja kerana mengeluarkan kenyataan “Perak Darul Kartun”.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Taiping itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana sebagai seorang pemimpin beliau perlu menunjukkan keperibadian yang baik kepada rakyat.

"Dengan sikap Kor Ming ini, rakyat boleh menilai sendiri pemimpin macam ini ke yang perlu diikut? Kata-katanya menggelar “Perak Darul Kartun” ini telah menghina Perak,” katanya hari ini.

Beliau diminta mengulas lanjut tindakan Kor Ming yang mengeluarkan kata-kata seperti itu termasuk menghina Zambry pada majlis ceramah 9 September lepas.

Setelah dibidas pelbagai pihak termasuk ahli politik dan badan-badan bukan kerajaan, Kor Ming baru-baru ini telah memohon maaf kepada Zambry kerana menggelarkannya “hitam metalik”.

Kor Ming jangan ulanggi kesilapan yang membawa padah hingga berlakunya sekali lagi Tragedi Berdarah 13 Mei!!

Sunday, November 27, 2011

Nga Kor Ming Hina Orang Melayu Di Majlis Ceramah PAS!


Aku tak tahu kenapa Melayu PAS boleh menghalalkan Puak Bangsat DAP menghina saudara seislam mereka sendiri?

Bangsat sangat kah Melayu UMNO ni?

Lim Kit Siang as a Jurassic leader of DAP party, Nga should be asked to do the right thing: RESIGN!