Showing posts with label Nurul Izaah. Show all posts
Showing posts with label Nurul Izaah. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

Nurul Izzah Mimpi Basah... Ajak DS Najib Bertanding Lawan Dia !

China doll kata suluh lah muka kamu di cermin dulu Izzah...

Wah... garang anak papa.. cabar Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak supaya bertanding dalam PRU13 diluar dari parlimen Pekan yang mana komposisinya adalah 93% kaum melayu.

Aku tak terkejut dengan cabar Izzah ni... sebab pada aku... Izzah dah tahu papanya akan check in di Hotel Sg Buluh tak lama lagi... so dia perlu buat persiapan dari awal...


Langkah awal yang tergopoh gapah... Izzah mencabar PM untuk bertanding dengannya... Jelas kita lihat disini.. Izzah menaruh harapan yang tinggi rupanya...

Kononnya jika dia dapat mengalahkan Dato' Seri Najib, kelak dia dapat membebaskan papanya...

Ni dah kira salah guna kuasa! berpolitik semata-mata untuk papa bukan untuk berkhidmat kepada rakyat?

Apa-apa pun selesaikan dulu masalah rakyat di Kawasan Lembah Pantai sebelum nak cabar Dato' Seri Najib bertanding di PRU ke 13!

Bukan apa... Izzah sebenarnya tidak setanding dengan Dato' Seri Najib... malahan dengan Ketua Puteri Umno pun dia belum tentu boleh menang...

Matang lah sikit dalam politik ni Izzah... jangan nak main langgar saja... ukur kemampuan diri tu dulu... kalau terus terikut sifat dendam, marah dan terburu-buru dalam berpolitik ni... silap haribulan Izzah akan berkubur awal dari arena dunia politik ni... so... simpan aje lah hasrat untuk bertanding lawan dengan PM...

Tok sah la Izzah nak bermimpi basah disiang hari... buruk sangat rupanya...

Sunday, November 27, 2011

Nurul Izzah Malu, Mahasiswa Utara Pertahankan KR1M @mahasiswautara


Nurul Izzah seharusnya berasa malu apabila kenyataannya ditolak mentah-mentah dari kumpulan Mahasiwa Utara... Penglibatan mahasiswa dalam arus kebangkitan anak muda dewasa ini untuk menentu masa depan negara dan kepimpinannya juga sangat di alu-alukan.

Pendek kata kalau Izzah nak kelentong dengan orang kampung boleh la....

Salam rakan siswa.

Pembentangan Bajet 2012 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada Oktober 2011 yang lalu bukan sekadar janji langit sebagaimana yang dilontarkan oleh Tony Phua. KR1M memberi kesan kerana kitalah rakyat, kitalah pengguna. Tuduhan demi tuduhan dilontar semata-mata untuk mengkaburi masyarakat. Mahasiswa yang matang seharusnya tidak mudah dipengaruhi dengan hujah songsang.

Tuduhan 1: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

“Di mana perginya (wang itu)? Bagaimanakah ia dibelanjakan? Tujuan utama Kedai 1Malaysia adalah untuk meringankan kos serta mengurangkan beban rakyat dengan 250 produk 1Malaysia sehingga 40% lebih murah. Baca lagi di sini...


Bawa KR1M + Menu 1 Malaysia ke dalam kampus

Salam rakan siswa.
Bawa KR1M + Menu 1 Malaysia ke Kampus turut diperbincangkan di dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).

Kenapa ?
1. JIMATKAN kos hidup kami yang bergantung pada PTPTN, biasiswa dan keluarga.
2. SIMPANAN + kegunaan KECEMASAN. Selanjutnya baca di sini...

http://mahasiswa-utara.blogspot.com/