Showing posts with label PKR Masuk UMNO. Show all posts
Showing posts with label PKR Masuk UMNO. Show all posts
Monday, April 8, 2013
#PRU13 PKR Bakal Berkubur... PRU-13: 27 Lagi Ahli PKR Pasir Salak Sertai UMNO, 429 Orang Dalam Seminggu
PASIR SALAK 8 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bercita-cita mahu merampas Parlimen Pasir Salak daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 terus menerima tamparan hebat apabila 27 lagi ahlinya bertindak meninggalkan parti itu.
Perkembangan itu sekali gus memberi tekanan kepada kepimpinan pakatan pembangkang di Pasir Salak selepas 428 ahli dan pemimpin PKR meninggalkan parti itu setakat ini, dalam tempoh tidak sampai sebulan.
Kesemua 27 ahli PKR tersebut berikrar memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN), menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman dalam satu majlis di sini malam tadi.
Wakil kumpulan itu, Mohd. Tarmizi Abu Bakar, 40, berkata, keputusannya meninggalkan PKR sudah bermain-main difikirannya sejak enam bulan lalu selepas melihat pucuk pimpinan parti itu gagal menunaikan janji-janji kepada rakyat.
"Keputusan menyertai UMNO bukan dipengaruhi mana-mana pihak tetapi atas keyakinan terhadap BN yang saya lihat bersungguh-sungguh menjaga kebajikan rakyat di Pasir Salak,'' katanya yang menyertai PKR Ranting Parit 4A sejak tiga tahun lalu.
Pada 8 Mac lalu, bekas Setiausaha PKR Ranting Felcra Seberang Perak 1, 2 dan 16, Mokhtar Ridzuan dan bekas Ketua Pemuda PKR Pasir Salak, Mohd. Hairul Hanip mengetuai 340 ahli mengisytiharkan meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO.
Parti pembangkang itu terus menerima kejutan apabila 62 ahlinya yang diketuai Setiausaha PKR cabang Pasir Salak, Ahmad Taufik Hassan membuat tindakan sama pada 3 April lalu.
Mohd. Tarmizi berkata, dia dan rakan-rakannya juga berikrar akan bertungkus-lumus membantu jentera BN pada PRU-13.
Sementara itu, Tajudin mengalu-alukan tindakan kumpulan tersebut sambil menyifatkannya sebagai simbol gelombang sokongan rakyat kepada BN.
Katanya, kredibiliti PKR juga semakin tercalar apabila ramai ahlinya hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti itu yang hanya bercakaran sesama sendiri menjelang pilihan raya.
"Kepimpinan PKR dilihat semakin menggelabah apabila ramai ahlinya menyokong BN dengan menjadi ahli UMNO. Ini memberi tekanan yang bukan sedikit kepada parti itu apabila momentum sokongan terhadap BN semakin meningkat,'' ujarnya. - UTUSAN ONLINE
#PRU13 #TolakPR - PKR Indera Mahkota Lumpuh, 300 Ahli Keluar Parti
Tidak dapat dinafikan kemelut yang melanda Parti Keadilan Rakyat di Negeri Pahang pada ketika ini semakin bertambah buruk hari demi hari.
Sejak bermulanya insiden 'Boo...' dari kalangan ahli - ahli PKR sewaktu pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini timbul pula masalah lain.
Jika sebelum ini, kita dapat lihat dengan jelas bagaimana kepimpinan Datuk Fauzi ditolak kepimpinan Negeri apabila Azan Ismail meletakkan jawatan.
Kemudiannya, beberapa ahli PKR Paya Besar turut mengikut jejak langkah Azan dan bertindak secara drastik untuk keluar dari parti tersebut.
Jelas, kepimpinan Datuk Fauzi bukan baru ini menjadi bahan pertikaian tetapi sejak awal beliau melangkahkan kaki keluar dari UMNO lagi.
Ramai yang mempersoalkan, dimana kredibiliti Datuk fauzi sebagai seorang pemimpin? Beliau bukan seorang Ketua Cabang. Bagaimana beliau boleh jadi Pengerusi Negeri?
Sewajarnya, sebagai seorang Ketua Umum, perkara sedemikian akan berada dalam pertimbangan Datuk Seri Anwar. Namun malangnya, perkara tersebut tidak berlaku.
Suara ahli PKR diperingkat akar umbi seolah - olah telah dipinggirkan begitu sahaja. Malah, sehingga ke hari ini, nama Datuk Fauzi masih disebut - sebut oleh Anwar.
Tidakkah itu bukti bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lansung mendengar gerak nadi orang bawahannya sendiri? Bagaimana mungkin beliau dapat memimpin Negara kelak?
Mungkin jelak dengan cara kepimpinan sedemikian membuatkan 300 orang ahli PKR termasuk Timbalan Ketua Cabang bertindak keluar parti malam semalam.
Tindakan itu dilakukan sewaktu jamuan makan malam sempena Majlis Jalinan Kasih Kelab Pembangunan India Kuantan Pahang bersama YAB Menteri Besar semalam.
Dalam Majlis tersebut, mereka juga turut membaca ikrar taat setia dan akan menyokong Barisan Nasional yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagi mereka, hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu untuk memperjuangkan hak serta menjaga Kebajikan rakyat terutamanya kaum India diseluruh Negara.
Selain itu, mereka juga turut menempelak kepimpinan PKR yang jelas bukan sahaja tidak mengendahkan mereka, malah turut tidak mengambil berat terhadap kaum tersebut.
Persoalannya sekarang, jika ahli sendiri pun PKR buat tak layan, apatah lagi dengan kita orang biasa? Memang jelas perjuangan PKR bukan untuk memperjuangkan rakyat. Sebaliknya untuk kepentingan diri mereka semata - mata!!!
Saturday, October 13, 2012
80 Penyokong Tegar & Anggota Parti Pembangkang Sertai Umno
BERA: Seramai 80 penyokong tegar dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP cawangan Felda Bukit Mendi dan Pucong menyertai Umno selepas kecewa dengan sikap pemimpin pakatan pembangkang yang cuma mementingkan diri.
Mereka mengisi borang menyertai Umno dan menyerahkannya kepada Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob pada majlis 'Pemimpin Turun Padang dan Kenduri Rakyat' di Felda Bukit Mendi, Bera, pada Jumaat.
Ia turut disaksikan Timbalan Ketua Umno Bahagian Bera Mohd Fadzil Othman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan dan ADUN Guai, Norol Azali Sulaiman.
Wakil kumpulan tersebut Ismail Yusoff berkata, walaupun ada di antara mereka merupakan penyokong tegar dan anggota parti pembangkang sejak lebih 20 tahun lalu namun tiada apa yang dilakukan pembangkang bagi membela mereka.
"Contohnya saya sendiri sebagai penyokong tegar DAP, tetapi tiada apa yang dilakukan parti tersebut untuk membela nasib orang Melayu. "Setelah memikir dan melihat kerajaan Barisan Nasional (BN) bersungguh-sungguh membela dan membantu rakyat membuatkan hati saya terpanggil untuk menyertai Umno," katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut.
Beliau dan rakan-rakan yang kini menyertai Umno berikrar akan memberikan sokongan kepada pimpinan dan akan memastikan UMNO dan BN menang pada pilihan raya umum ke 13 nanti.
Katanya, pemimpin pembangkang bukan sahaja tidak sekata, malah lebih mementingkan diri daripada membela nasib rakyat.
Dalam pada itu, Ismail menyeru mereka yang masih menyokong pembangkang terutamanya parti DAP kembali ke landasan asal dan menyokong Umno dan BN.
"Hanya BN yang berjaya dan terbukti membela rakyat di mana segala kenikmatan dan kemewahan yang dirasai terutamanya bagi peneroka Felda ini adalah hasil daripada perjuangan Umno dan kerajaan BN," katanya.-BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)