Showing posts with label Patrick Teoh. Show all posts
Showing posts with label Patrick Teoh. Show all posts

Saturday, February 9, 2013

Hina Islam - Patrick Teoh Ditahan Polis


Si biadap Patrick bab* ditahan polis kira-kira jam 11 pagi semalam, Patrick bab* telah diambil keterangan oleh ASP Basiron berhubung kes dia menghina Islam di laman Facebook.

Wartawan Mazidul Akmal melaporkan, Patrick tiba pada jam 10.30 pagi ditemani peguamnya di Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Ampang, Selangor.




Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menghina Islam dan bakal dihantar untuk diteliti oleh Timbalan Pendakwa Raya.

Dilaporkan Patrick keluar dari IPD Ampang melalui pintu belakang.kerana enggan ditemu bual oleh pengamal media.

Sebelum ini, Patrick berulang kali 'menyalak' di blognya, Niamah.com dan tidak pula berasa segan melontarkan buah fikirannya, majoriti pro-pembangkang. Dia juga penyokong perhimpunan Bersih.

Tiba-tiba menjadi pemalu dengan wartawan dan juru gambar?

Monday, January 21, 2013

Nurul Izzah Kecut Sebelum Waktunya....


Sehingga hari ini masih belum mendengar sebarang kenyataan dari YB PKR Lembah Pantai Nurul Izzah berhubung isu pelakon DAP Patrick Teoh yang menghina agama Islam menerusi laman sosial Facebook.

Hairan juga bila isu yang mengundang sensitiviti umat islam seperti ini Nurul boleh diam... membisu seribu bahasa.... Komenlah sikit YB Nurul... Ramai yang nak tahu apa pendirian YB Lembah Pantai ni... Jangan asyik nak bela kes papa je...

Sunday, January 20, 2013

SKMM Ambil Keterangan Patrick Teoh Hina Islam!


Tindakan tepat telah dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru-baru yang telah membuat siasatan keatas Patrick Teoh ekoran menghina Islam dalam laman Facebook.

Diberitahu Sekumpulan pegawai penyiasat SKMM telah selesai mengambil rekod dan keterangan daripada Patrick Teoh. Harap Patrick Teoh dikenakan tidakan tegas diatas tindakan bodohnya yang telah menguris hati umat Islam.

Friday, January 18, 2013

Tindakan Tegas Perlu Dikenakan Terhadap Patrick Teoh - Khairy


Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata tindakan tegas patut dikenakan terhadap pelakon Patrick Teoh yang menghina Islam dalam laman Facebooknya baru-baru ini.

Beliau berkata walaupun Teoh memohon maaf setelah menyedari kenyataannya mendapat kecaman banyak pihak, ia tidak boleh diterima begitu sahaja, tanpa ada tindakan susulan yang lebih tegas. Seterusnya klik pada tajuk entri....

Wednesday, January 16, 2013

Patrick Teoh Hina Islam!!!


Laman sosial Facebook dan Twitter hari ini menyaksikan satu lagi kontroversi - kali ini berkaitan dengan kenyataan dikeluarkan salah seorang pelakon tanah air, Patrick Teoh.

Kenyataannya yang menyentuh Islam mengundang kemarahan banyak pihak termasuk ahli politik dan selebriti tempatan yang mengenali pelakon itu secara dekat.
Seterusnya klik pada tajuk entri....