Showing posts with label Pemuda UMNO. Show all posts
Showing posts with label Pemuda UMNO. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

Sekitar Penyerahan Borang Keahlian UMNO Awie


Sidang media Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bersama penyanyi rock tanah air Awie mengumumkan pertandingan musik BN Youth Music 2011 bagi mencari bakat baru yang terdiri dari golongan muda.


Penyanyi legenda rock tanah air yang juga merupakan pelakon popular, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie bersama beberapa artis terkemuka yang lain menyerahkan borang keahlian sebagai Pemuda UMNO petang tadi.


Perjumpaan KJ bersama Awie sebelum penyerahkan borang keahlian UMNO.

Wednesday, October 12, 2011

Awie Sertai UMNO Petang Esok Di Pejabat Pemuda PWTC


Penyanyi legenda rock tanah air yang juga merupakan pelakon popular, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie bersama beberapa artis terkemuka yang lain dijadual akan menyerahkan borang keahlian sebagai Pemuda UMNO petang esok.

Majlis penyerahan borang keahlian tersebut akan disempurnakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin esok, khamis pada jam 4.30 petang.

Majlis tersebut akan diadakan di Pejabat Pemuda, Menara Datuk Onn.

Media sebelum ini pernah melaporkan Datuk AC Mizal dan isterinya Datin Emylia Rosnaida menyertai UMNO Perak.

Juga di fahamkan pengarah filem, Mamat Khalid turut dilaporkan media akan menyertai UMNO Bahagian Gopeng.

Syabas Pemuda Umno!


Stay in touch with Bro Jinggo

Thursday, August 25, 2011

Pemuda Umno: JKP Bukan Untuk Tuntutan Bersih 2.0


Pergerakan Pemuda Umno percaya cadangan yang akan dijadikan komponen utama rangka kerja bagi Jawatankuasa Khas Parlimen (JKP) bukan hanya terikat dengan tuntutan gabungan pilihan raya bersih dan adil (BERSIH 2.0).

Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin berkata sebaliknya cadangan yang akan menjadi rangka kerja dalam JKP adalah daripada pelbagai pihak termasuk Pergerakan Pemuda Umno, Suhakam dan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar.

"Pergerakan Pemuda Umno setuju dengan penubuhan JKP untuk mengkaji penambahbaikan kepada sistem pilihan raya di negara ini.

"Tetapi kami percaya penubuhan itu bukan kerana cadangan-cadangan daripada Bersih 2.0 sebaliknya daripada pelbagai pihak lain" katanya.

Khairy berkata demikian bagi mengulas laporan laman portal berita yang mendakwa cadangan yang dijadikan komponen utama dalam JKP adalah daripada Bersih 2.0.

Katanya Pergerakan Pemuda Umno turut mengemukakan beberapa cadangan kepada jawatankuasa berkenaan antaranya memansuhkan penamaan calon semasa pilihan raya kerana ini banyak membuang wang, masa dan tenaga kerana terpaksa berkumpul bagi memberi sokongan kepada calon yang akan bertanding.

Beberapa negara maju tidak mengamalkan penamaan calon sebaliknya memberi tempoh 24 jam untuk sesiapa saja mendaftarkan sebagai calon, katanya.

Sekitar Majlis JOM Ihya' Ramadhan Pergerakan Pemuda Umno di Masjid Lahar Tabut

Wednesday, August 24, 2011

Pemuda Umno Berjaya Daftar 121,000 Ahlinya Sebagai Pengundi


Hasil kerja keras jentera Pemuda seluruh negara, pergerakan itu berjaya mendaftarkan 121,000 daripada 180,000 anggotanyaa yang sebelum ini tidak layak mengundi setakat ini.

Pengerusi Biro Pemilih dan Keahlian Pemuda UMNO, Hisamuddin Yahya memberitahu hasil kerja keras jentera Pemuda seluruh negara, pergerakan itu berjaya mendaftarkan 121,000 daripada 180,000 anggotanya yang sebelum ini tidak layak mengundi.

“Ini bermakna hanya tinggal kira-kira 59,000 orang sahaja lagi yang belum mendaftar dan kita sekarang sedang giat mengesan mereka.

“Pergerakan Pemuda yakin mereka dapat didaftarkan menjelang September ini,” katanya di sini.

Pada masa yang sama beliau turut menyatakan Pemuda UMNO mungkin menghantar pasukan khas ke Sabah bagi membantu jentera Pemuda di sana mendaftarkan anggotanya sebagai pemilih.

Jelas beliau langkah itu bagi memastikan kira-kira 21 peratus lagi anggotanya dapat didaftarkan selewat-lewatnya pada September ini bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum nanti.

“Kita mungkin menghantar anggota ke sana Sabah bagi membantu jentera Pemuda mengesan dan mendaftarkan ahli. Ini penting memandangkan di sana ahli kita berselerak di kawasan pedalaman termasuk di pulau-pulau

“Ggerakan pendaftaran itu perlu dijalankan segera supaya mereka layak untuk mengundi sekali gus membantu kemenangan semua calon Barisan Nasional”, ujarnya.

Katanya Sabah merupakan negeri yang anggotanya paling ramai masih belum mendaftar sebagai pemilih iaitu sebanyak 21 peratus, manakala Perak dan Selangor masing-masing di bawah sembilan peratus.

Friday, August 19, 2011

Pas gagal jadi Talam Dua Muka JAIS Dan Gereja Di Selangor - Ungku Salleh


Setelah dibidas oleh pelbagai pihak termasuk Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menggelarkan Pas sebagai dayus berhubung polemik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Gereja Methodist di Damansara baru-baru ini, Pemuda Selangor pula hari ini tampil dengan melihat Pas sebenarnya sedang mencari dahan untuk berpaut sebelum mengeluarkan pendirian rasmi.

Ketua Pemuda Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata perkara itu boleh dilihat daripada tindak-tanduk Pas yang seolah-olah “hidung tak mancung pipi tersorong-sorong” apabila seolah-olah dilihat tidak dilayani oleh pihak Gereja mahu pun pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurut beliau persoalan yang timbul ialah kenapakah kedua-dua pihak menganggguhkan perjumpaan dengan pucuk pimpinan Pas yang hari ini nampak terserlah cuba bermain wayang semata-mata untuk menjaga kepentingan politik mereka khususnya di kalangan pengundi bukan Islam.

“Saya cukup hairan…Apakah kedua-dua pihak yang terlibat dalam isu berkenaan tidak yakin dengan Pas tatkala parti itu cuba mencari dahan untik berpaut sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi.

“Mungkin atas faktor sikap talam dua muka pihak JAIS dan Gereja masing-masing hingga ke hari ini tidak mencapai kata sepakat untuk mengakan perjumpaan dengan pucuk pimpinan Pas,”katanya.

Sejak tercetusnya polemik JAIS dan Gereja Methodist di Damansara baru-baru ini, Pas sehingga kini mengambil sikap berdiam diri dan mereka terus diasak oleh pelbagai pihak termasuk Ketua Pemudanya sendiri, Nasaruddin Tantawi agar megeluarkan pendirian.

Mereka kononnya mahu memberikan keadilan kepada semua pihak apabila mahu mengadakan pertemuan terlebih dahulu dengan JAIS dan pihak Gereja sebelum mengeluarkan sebarang pendirian rasmi.

Namun hingga ke hari ini baik daripada pihak JAIS mahu pun pihak Gereja Methodist, masing-masing menagguhkan pertemuan dengan pucuk pimpinan Pas dengan alasan tertentu.

Mengulas lebih lanjut, Ungku Salleh yang juga Ketua Pemuda Serdang seterusnya menambah Pas hari ini bukan sahaja tidak bermaruah, malah lebih daripada itu apabila membiarkan Islam diperkotak-katikkan oleh pihak lain.

“Soal beliau apakah DAP begitu berkuasa…Apakah PKR cukup bertenaga hinggakan Pas seolah-olah kelu dalam memperkatakan hal berkenaan yang mana ianya merupakan maruah umat Islam.

“Berpolitik ada batasnya…Janganlah kerana politik, Serban dan Kopiah yang dipakai sekadar alat untuk menghiaskan badan semata-mata,”katanya. -Pemuda Umno

Tuesday, August 16, 2011

JOM Ramadhan: KJ Jelajah 1 Malaysia Sepanjang Ramadhan

KJ memasang papan tanda baru untuk Madrasahtulus-Salihin Bakar Batu, 
Melaka Program JOM Ramadan 2011

Riuh rendah ramai di muara, orang berdagang berselang seli, Ramadhan Mubarak disambut semua, padatkan amal pada Ilahi...

Di bulan Ramdahan yang mulia ini, Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin menganjurkan program Jelajah 1Malaysia (JOM) Ramadhan bagi baikpulih masjid, surau secara gotong royong di setiap negeri serta menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan antaranya fakir miskin, anak-anak yatim dan juga warga emas di seluruh Malaysia.



Program ini adalah sebagai salah satu kaedah mengeratkan hubungan silaturahim dan juga merapatkan jurang hubungan diantara pemimpin UMNO dengan masyarakat setempat terutamanya golongan muda.

Setakat ini negeri yang telah di kunjunggi oleh KJ sepanjang bulan ramadhan ini ialah, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Perak, dan seterusnya akan ke Negeri Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan KL, Pulau Pinang dan lain-lain negeri lagi...

Naib Ketua Pemuda Malaysia - Dato Razali Ibrahim 
turut melancarkan Jelajah 1Malaysia (JOM) Ramadhan

Diharap setiap bahagian UMNO mengikuti langkah yang ditunjukkan oleh KJ ini, jika perlu UMNO pusat keluarkan arahan agar setiap bahagian melakukan aktiviti seperti mana Pemuda UMNO pusat lakukan.

Pemimpin berjiwa rakyat
KJ meneruskan tradisinya berbuka puasa bersama rakyat di kawasannya Parlimen Rembau

Politik Harian/Bro Jinggo