Showing posts with label Pengawal Wanita. Show all posts
Showing posts with label Pengawal Wanita. Show all posts

Friday, November 4, 2011

Pengawal Peribadi Wanita Muammar Gaddafi Di Rogol Sebelum Dibunuh Dengan Kejam!


Ketika arwah Muamar Gaddafi melarikan diri dari serangan tentera pemberontak di Libya, pegawai peribadi wanita yang merupakan anggota Amazonian Guard telah dibubarkan dan masing-masing bersembunyi dan melarikan diri. Unit ini mempunyai seramai 15 orang yang ditugaskan untuk menjaga arwah dalam apa jua situasi.

Menurut arwah, dia mengambil wanita sebagai pengawal peribadi kerana beranggapan lelaki Arab akan menghadapi kesukaran untuk menembak wanita. Nampaknya beliau silap, mereka tidak menghadapi kesukaran tetapi bertindak kejam dan seperti binatang terhadap pengawal peribadi wanita yang dikesan ini.


Ini adalah gambar tiga orang anggota unit Amazonian Guard yang telah dikesan. Satu daripadanya telah ditembak mati bersama-sama teman lelakinya ketika cuba melarikan diri dari sekatan jalanraya.



Mangsa kedua yang mengenakan makeup untuk mengelakkan diri dikenali pula telah ditangkap dan dibelasah sehingga mati. Manakala mangsa ketiga adalah yang paling kejam apabila diculik oleh tentera pemberontak kemudian diseksa dan dirogol bergilir-gilir setiap hari sebelum akhirnya mati akibat dicekik oleh mereka.

Apakah Salah Semua Wanita Ini??