Showing posts with label Pengganas Lahad Datu. Show all posts
Showing posts with label Pengganas Lahad Datu. Show all posts
Monday, March 18, 2013
Jamalul Kiram Istihar Perang Gelira Keatas Malaysia
Kurang Ajar! dah la ceroboh masuk negara orang tanpa izin, bunuh rakyat Malaysia nak lancarkan serangan gelira pula... Ini sudah melampau!
Jamalul Kiram III mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya tidak berganjak dari Sabah dan melancarkan serangan gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia.
Menurut laporan media, Kiram berkata berundur dari Sabah bukanlah satu pilihan untuk tentera-tenteranya.
"Mereka sudah di tanah air mereka jadi mengapa kembali?" kata Kiram kepada pemberita di kediamannya di Taguig, menurut laporan 'The Philippine Star'.
Sementara itu, jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani yang menyifatkan tindakan memasuki Sabah sebagai satu 'perjuangan' berkata tenteranya akan meneruskan 'perjuangan' mereka.
Katanya, kesultanan Sulu telah menarik balik perintah gencatan senjata yang dikeluarkan dan tentera-tentera Diraja telah diarahkan melancarkan operasi secara "serang dan lari" terhadap pasukan keselamatan Malaysia.
Menurut laporan, Kiram berkata adik lelaki kepada Sultan Sulu, Agbimuddin Kiram dan pengikut-pengikutnya masih berada di Sabah dan ini bertentangan dengan laporan dari Malaysia yang mendakwa mereka telah melarikan diri.
Idjirani juga mendakwa Agbimuddin dan kumpulan pengikutnya masih kuat berdasarkan perbualan telefon dengan Agbimuddin pada malam Sabtu.
Katanya, tentera Diraja yang pada masa ini mempunyai 170 orang telah berpecah kepada tiga kumpulan bagi mengelak daripada pesawat pengintip yang berlegar di sekitar Lahad Datu.
Saturday, March 9, 2013
Gambar Jeneral Berpengaruh Dalam Kumpulan Pengganas Sulu Mati
Berikut adalah foto Jeneral kumpulan pengganas Sulu yang mati di kampung Taduo, Lahad Datu namun bukanlah Azzimudie Kiram III sebagaimana yang disangkakan.
Pihak berkuasa masih menyiasat identiti lelaki yang terkorban ini dan tidak menolak kemungkinan beliau adalah salah seorang 'ketua' yang berpengaruh dalam kumpulan pengganas Sulu dan antara salah seorang dari 53(angka terkini) yang berjaya ditembak mati.
Nasib pemimpin kumpulan pengganas Sulu Azzimudie Kiram masih tidak diketahui ketika tentera Malaysia dan pasukan polis memasuki peringkat akhir operasi pencarian dan menggeledah di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu semalam.
Nasib pemimpin kumpulan pengganas Sulu Azzimudie Kiram masih tidak diketahui ketika tentera Malaysia dan pasukan polis memasuki peringkat akhir operasi pencarian dan menggeledah di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu semalam.
Gambar ini menjadi bukti kepada mana-mana pihak seperti Chegu Bard (PKR) yang mempertikaikannya sebelum ini.
Chegu Bard memprovokasi pengikutnya supaya sangsi dengan bukti yang ditunjukkan oleh Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri.
Bodo punya Bard!
Jumlah Terkini 53 Pengganas Mati - Seorang Pengganas Ditembak Mati Pagi Tadi
Pasukan keselamatan menembak mati seorang lelaki bersenjata Sulu pada Sabtu yang cuba untuk meloloskan diri daripada kawalan keselamatan ketat di Kampung Tanjung Batu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, lelaki bersenjata itu mati ditembak kira-kira pukul 8.00 pagi.
Ini membawa kepada jumlah lelaki bersenjata Sulu yang terbunuh kepada 53, di dua perkampungan pantai di mana mereka berkurung dan dalam tembakan di Semporna.
Ismail berkata kawasan operasi di Kampung Tanjung Batu adalah 3 km persegi dan Kampung Tanduo 4 km persegi.
Beliau berkata baki kumpulan bersenjata dipercayai akan bergerak berpasangan atau dalam unit-unit kecil.
"Kami percaya mereka cuba mengelak daripada pasukan keselamatan dengan bergerak di antara kedua-dua kampung," katanya.
Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata lelaki bersenjata berjaya menyelinap dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu kerana kawasannya yang tidak sekata dan berpaya.
Zulkifeli berkata pasukan keselamatan telah menjalankan operasi pembersihan di Kampung Tanduo.
Ditanya sama ada masih terdapat lelaki bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, beliau berkata operasi masih diteruskan untuk membawa mereka keluar dan mereka mungkin bersembunyi di dalam belukar dan hutan sekunder di sana.
Ismail berkata nasib Raja Muda Azzimudie Kiram, pemimpin kumpulan bersenjata, masih tidak diketahui.
"Masih terdapat mayat di kawasan itu yang kita tidak pasti," katanya. -Mstar
Tangkal Kalimah Celah Kangkang Pengganas Sulu
Dalam Ops Daulat yang memasuki hari kelima beberapa mayat lagi telah dijumpai oleh pihak keselamatan dan pada mayat terdapat tangkal bertulis kalimah al-Quran dan amat menyedihkan lagi kerana tangkal itu turut dipakai di celah kelangkang pengganas tersebut.
Menurut sumber pihak keselamatan, tangkal itu ditemui pada mayat pengganas yang ditembak ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara di Kampung Tanduo, dekat sini, jam 6.45 pagi
“Apabila pemeriksaan dilakukan, anggota pasukan keselamatan terkejut menemui tangkal dengan kalimah al-Quran yang dipakai di celah kelangkang serta di pinggang.
“Kemungkinan pemakaian tangkal itu bertujuan menjadikan mereka kebal, namun terbukti perbuatan itu sebenarnya sekadar amalan syirik kerana dia akhirnya terbunuh akibat terkena tembakan,” katanya.
Tangkal itu juga umpama untuk menaikkan semangat kepada pengganas Sulu yang mereka ibaratkan pasukan keselamatan adalah musuh yang halal darahnya.
Gambar di bawah menunjuk Penceroboh memakai tangkai berwarna hitam..
Tindakan pengganas Sulu yang memakai tangkal berkenaan adalah satu amalan sihir kelas pertama.
Dalam pengamalan sihir ini, semakin Allah murka, semakin ilmu itu menjadi. Mungkin itu pertimbangan pengganas terbabit menyebabkan dia tergamak meletakkan ayat al-Quran di tempat yang tidak bersih kerana hampir dengan kemaluan.
Ia dimurkai Allah selain sihir kelas pertama seperti dinyatakan Rasulullah.
Ada baiknya jika anggota keselamatan beragama Islam membaca surah al-Furqan ayat 23 bagi menghindari sihir diamalkan musuh.
Wednesday, March 6, 2013
Sidang Media Ops Daulat Dedahkan Foto Kejayaan Pihak Berkuasa
Kejayaan pihak berkuasa
Antara senjata yang dirampas
Mayat pengganas
Sebuah kubur besar pengganas ditemui.
Anggota forensik polis telah diserang oleh pengganas
semasa memeriksa sebuah kubur yang ditemui.
Lahad Datu: Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid meminta orang ramai supaya tidak memperlekehkan usaha yang sedang dijalankan oleh tentera dan polis menggeledah lokasi pertempuran dengan kumpulan pengganas di Kampung Tanduo dekat sini.
Katanya, kerajaan tiada apa-apa yang hendak disembunyikan sebaliknya usaha itu terpaksa dilakukan dengan berhati-hati kerana ia berisiko tinggi.
"Jangan diperlekehkan apa yang dilakukan ini," katanya dalam satu sidang media di Felda Sahabat 16, dekat sini.
Sidang media itu dihadiri sama oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Pada sidang media tersebut, dua menteri itu mendedahkan beberapa keping foto yang menunjukkan bukti-bukti kejayaan pihak berkuasa.
"Ini adalah gambar yang selama ini ditunggu oleh masyarakat. Inilah operasi yang dilakukan oleh pasukan keselamatan kita," kata Ahmad Zahid sambil mengangkat sekeping daripada foto berkenaan.
Foto itu antara lain menunjukkan sembilan mayat pengganas yang dikebumikan dalam sebuah kubur besar.
Foto-foto lain menunjukkan antaranya senjata yang dirampas dan sebuah kubur lain yang menempatkan tiga mayat pengganas.
Sehingga ini, 13 pengganas disahkan terbunuh termasuk seorang yang ditembak mati dalam pertempuran pukul 6.45 pagi tadi.
Menurut Ahmad Zahid, kubur itu telah ditemui oleh pasukan keselamatan semasa operasi menggeledah. Operasi kemudian disertai oleh pasukan forensik yang memeriksa mayat-mayat yang ditemui.
Hishammuddin dalam pada itu menjelaskan bahawa operasi penggeledahan itu mengambil masa kerana ia perlu dilakukan dengan cukup hati-hati kerana keadaan bentuk muka bumi yang sukar serta ancaman serangan pengganas yang masih bersembunyi.
Beliau mendedahkan bagaimana anggota forensik polis telah diserang oleh pengganas semasa memeriksa sebuah kubur yang ditemui. Kejadian itu berlaku pukul 1.45 tengahari tadi.
"Bagaimanapun tidak ada insiden yang mencederakan anggota keselamatan kita setakat ini," tambah Hishammuddin.
Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya akan berkongsi dengan orang ramai perkembangan lanjut operasi dari masa ke masa apabila ada maklumatnya ada.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa tahap semangat anggota polis dan tentera yang terlibat bekerjasama dalam operasi tersebut berada pada tahap yang tinggi dan memberangsangkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)