Showing posts with label Phahrolrazi. Show all posts
Showing posts with label Phahrolrazi. Show all posts

Monday, October 15, 2012

Azizan VS Phahrolrazi, Mahfudz Yang Jadi MB!


Masalah kemaruk ingin jadi Menteri Besar Kedah menggantikan Dato’ Seri Azizan Razak di kalangan pemimpin PAS Kedah bukanlah rahsia lagi. Malah, cita-cita yang tidak tertahan-tahan membuatkan mereka tidak segan silu lagi bercakaran secara terbuka. Pendek kata tidak perlulah menggunakan khidmat risikan untuk mengenalpasti siapa musuh siapa, siapa kawan siapa dan siapa alat siapa. Semuanya boleh dilihat dengan terang lagi bersuluh dari kedai kopi sehingga ke dalam media massa.

Seperti yang kita semua sedia maklum, antara yang paling kemaruk ingin menjadi Menteri Besar ialah Phahrolrazi. Macam-macam cara telah dilakukan beliau untuk menjatuhkan Ustaz Azizan sehingga menjadi perbualan biasa di kalangan rakyat Kedah.

Namun, sehingga kini segala usaha Phahrolrazi masih tidak membawa beliau ke mana. Lebih malang bagi beliau ialah apabila beliau bukan sahaja masih belum dapat menjatuhkan Azizan tetapi terpaksa pula berhadapan dengan persaingan dari beberapa ‘tokoh’ PAS lain yang turut mengidam jawatan Menteri Besar menjelang PRU ke-13.

Antaranya, ialah Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS dan juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Mahfudz nampaknya tidak berminat untuk berselindung dalam hal ini dan strategi beliau dalam mengatur langkah awal untuk memastikan impiannya tercapai sudah pun dapat dihidu.

Mengambil kira desas-desus mengenai pencalonan Dato’ Sahlan Ismail Nasution, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, bagi kerusi BN di kawasannya, maka Mahfudz dikhabarkan telah beberapa kali pergi berjumpa dengan Dato’ Sahlan untuk memastikan mereka tidak bertemu di gelanggang yang sama.

Ini kerana Mahfudz mengakui Dato’ Sahlan bukanlah lawannya yang setara dan tidak yakin akan menang jika bertanding di gelanggang yang sama. Mahfudz mengharapkan yang Dato’ Sahlan bertanding parlimen manakala beliau pula akan memilih mana-mana DUN di kawasan Pokok Sena untuk bertanding. Dengan cara ini, beliau yakin akan dapat mencapai cita-citanya untuk menjadi MB Kedah dengan mudah.

Terdapat 3 DUN di dalam Parlimen Pokok Sena, iaitu Bukit Lada, Bukit Pinang dan Derga. Berdasarkan keputusan PRU-12, DUN Bukit Pinang yang disandang oleh Md. Roshidi Osman dari PAS telah mencatatkan kemenangan dengan majoriti paling tinggi iaitu 3,399. Oleh itu, Bukit Pinang dilihat sebagai kawasan yang paling sesuai untuk dijadikan platform bagi Mahfudz untuk mencapai cita-citanya.

Namun begitu Mahfudz tidak dapat mengenepikan faktor pengaruh Azizan, mahupun impian Phahrolrazi.

Selain itu, dalam kegilaan beliau ingin menjadi MB Mahfudz juga bagaikan terlepas pandang akan faktor UMNO. Sedarkah Mahfudz bahawa walaupun beliau merasakan boleh menang di kawasan yang ditandinginya, beliau masih perlu memastikan yang PAS memenangi majoriti kerusi di negeri Kedah sebelum dapat duduk di kerusi MB.

Dengan itu, Mahfudz mahu tidak mahu terpaksa membantu Azizan untuk mengekalkan sokongan rakyat terhadap PAS di negeri itu. Dan Mahfudz juga tidak mampu untuk mengsabotaj Azizan sedangkan di masa yang sama menaruh cita-cita untuk menjadi MB.

Mampukah Mahfudz menangani semua faktor ini secara serentak? Atau mungkinkah Azizan akan berjaya ‘menjinakkan’ manusia-manusia yang gila kuasa sehingga di tahap tidak terkawal yang berada di sekelilingnya?

Apapun, persoalan yang lebih tepat sebenarnya ialah apakah PAS akan mampu mengekalkan kuasa di Kedah? Jika tidak, jangankan Mahfudz atau Phahrolrazi, malah Azizan sendiri juga terpaksa melupakan saja kerusi MB.

Wednesday, October 10, 2012

Phahrolrazi Ajak Mat Sabu Bunuh Diri Sesama Di Kedah!! #TukarKedah


Berani Phahrolrazi mengeluarkan kenyataan seolah-olah mengalukan kedatangan Mat Sabu ke Kedah. Memang dahulu, Mat Sabu pernah menjadi ahli parlimen Kuala Kedah pada satu penggal, namun selepas itu beliau lari ke Kelantan apabila rakyat Kuala Kedah menolaknya. Kuala Kedah tolak Mat Sabu, sebab beliau hanya pandai cakap, tapi kerja tak buat pun.

Jom kita dengar apa kata blogger Kedah klik di sini...

Saturday, September 10, 2011

Azizan Gagal... Phahrolrazi Calon Pilihan MB Kedah Baru


Kerajaan negeri Kedah dibawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak Parti PAS pada dasarnya dilihat gagal melaksanakan janji-janji yang ditaburkan pada pilihanraya umum lalu.

Apabila kerajaan negeri menabur janji, rakyat akan berharap dan ia harus ditunaikan.

Oleh itu isu spekulasi penggantian Menteri Besar Kedah yang mula suam-suam kuku kini dipanaskan kembali dengan desas-desus exco kanan Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi yang dikatakan calon pilihan jika berlaku kekosongan jawatan tersebut.

Walaupun dua lagi exco, Datuk Amiruddin Hamzah dan Datuk Mohammad Taulan Rasul  turut berada dalam senarai itu, Phahrolrazi yang juga ADUN Pengkalan Kundor dikatakan menjadi calon pilihan jika wujud keperluan berbuat demikian.

Bahkan, wujud cakap-cakap yang Azizan dikatakan diberi masa untuk terus menjalankan tugasannya sebagai biasa kecuali jika terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan seperti masalah kesihatan.

Selain daripada itu, kelancaran pentadbiran kerajaan Kedah, PAS tentunya tiada pilihan sekiranya Azizan sakit, khususnya dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.


Woooo Tunggu dulu!

Kerusi MB Kedah Aku yang PUNYA!!

Inilah peluang yang dinanti-nantikan oleh Mahfuz Omar apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Razak kini berada dalam“Flip Flop” apabila satu demi satu kepincangan pentabiran mereka makin kian terdedah.

Selain kegagalan membentangkan bukti serta fakta berkenaan melunaskan janji-janji yang terkandung dalam manifesto parti itu pada pilihanraya umum lalu, pentadbiran “flip flop” kerajaan pimpinan Pas juga semakin menjadi bualan umum.

Dikhabarkan Mahfuz sekarang sedang mengintai kerusi MB Kedah sekiranya Azizan terus di tekan oleh pelbagai pihak. Tak mustahil YB yang berkelulusan SRP ini akan menambah racun dan menikam belakang Azizan demi mengejar cita-citanya dari seorang penjual cendol kepada Menteri Besar Kedah. Ianya satu pengiktirafan yang tertinggi buat Mahfuz Omar.