Showing posts with label Tengku Aziz. Show all posts
Showing posts with label Tengku Aziz. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

Projek DAP Pikat Melayu Gagal, Bakal Kecundang Dan Gagal Pada PRU13


Keputusan mengejut Naib Presiden DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahimmeninggalkan parti itu bukan sahaja merupakan pukulan hebat kepadanya tetapi juga menjagi bukti kukuh bahawa ia adalah sebuah badan politik yang rasis dan hanya mementingkan chauvinisme Cina.

Tiga tahun lalu DAP menganggap kejayaannya memancing Tunku Aziz menganggotai parti itu sebagai kejayaan besar, lantas diberi beliau satu jawatan tinggi.

Tiga tahun kemudian, tindakan mengambil Tunku Aziz menjadi satu mimpi paling ngeri baginya.

Bekas pengerusi Transparency International Malaysia itu meninggalkan DAP apabila menyedari parti itu bukanlah memperjuangkan prinsip 'Malaysian Malaysia' seperti mana yang diwar-warkan selama ini, tetapi rupa-rupanya sebuah organisasi politik yang anti-Melayu dan bergerak seperti sebuah sistem diktator.

Ini terbukti apabila Tunku Aziz yang menjadi satu-satunya pemimpin tertinggi berbangsa Melayu, tidak disambung menjadi Senator apabila mengkritik perhimpunan Bersih 3.0.

Sebenarnya sekalung tahniah perlu diberikan kepada Tunku Aziz atas tindakan berani beliau itu.

Beliau membuktikan bahawa projek DAP untuk menawan hati orang Melayu supaya menyokong parti itu telah gagal.

Hanya masa sahaja akan menentukan sebelum saki baki orang Melayu yang terperdaya dengan DAP akan meninggalkan parti itu.

DAP yang cuba menunjukkan dirinya sebagai pejuang orang Melayu akhirnya terdedah sikap dua muka dan hipokritnya.

Lihat sahaja gambar-gambar peserta Bersih 3.0 yang dicari oleh pihak polis, rata-rata semuanya adalah anak-anak muda Melayu.

Di mana penyokong DAP? DAP bertindak baling batu sembunyi tangan dalan Bersih 3.0.

Mereka mengguna PAS dan PKR sebagai kuda tunggang yang bodoh dan jahil.

Sementara PAS dan PKR menerima semua tindak balas dan kesan negatif daripada rusuhan yang berlaku semasa perhimpunan itu, DAP pula dilihat sebagai sebuah parti yang berdisiplin, patuh kepada undang-undang dan berhemah tinggi.

Penyokong-penyokong Melayu dari PAS dan PKR gagal melihat sikap hipokrit DAP ini malah mereka dengan rela dicucuk hidung seperti lembu mengikut segala kehendak parti itu.

Selagi orang Melayu tidak sedar seperti mana kesedaran Tunku Aziz, selagi itulah mereka akan diperguna dan diperbodohkan oleh DAP.

Sedikit sahaja DAP membantu orang Melayu di Pulau Pinang, dengan cepat ustaz-ustaz PAS dan pemimpin PKR menjulang DAP sebagai parti yang prihatin kepada nasib orang Melayu.

Terus mereka lupa jasa Umno menerusi Parti Perikatan dan Barisan Nasional yang sejak merdeka telah membangun orang Melayu daripada sebuah bangsa yang lemah, dhaif dan seba kekurangan dalam segala bidang kehidupan kepada sebuah bangsa yang sudah mandiri dan maju seperti yang kita lihat sekarang.

Inilah hakikat yang cuba dinafikan oleh DAP dan malangnya atas dasar politik sempit dan gilakan kuasa, PAS dan PKR sanggup melacurkan diri mereka kepada parti rasis Cina itu.

Kini pimpinan tertinggi DAP dalam keadaan gelisah dan takut kerana agenda anti-Melayu sudah terbongkar.

Parti itu tidak berani menghentam tindakan Tunku Aziz tetapi cuba memujuk beliau menarik keputusan beliau itu.

Bagi Tunku Aziz dan orang Mekayunyang lain, bak kata pepatah, sekali kena sudah beringat, kali kedua tidak mungkin disengat lagi.

Wednesday, May 16, 2012

Guan Eng Cuba Rasuah Tunku Aziz


Tahniah diucapkan kepada Tunku Abdul Aziz dalam membuat keputusan yang tepat untuk keluar dari DAP.

Tunku Abdul Aziz dikenali sebagai seorang yang bermaruah, bijaksana dan memegang kepada prinsip yang kuat, sesuatu yang tidak dapat dilihat dalam kalangan pemimpin-pemimpin lain. Keadaan sekarang seperti duit mampu membeli segala-galanya. Namun, Tunku Aziz telah membuktikan bahawa ia adalah tidak benar sama sekali.

Diatas reputasinya yang kuat, adalah agak sukar bagi kita untuk percaya jika Tunku Aziz mudah terpedaya dengan taktik kotor DAP.

Mungkin terdapat kebenaran disebalik kata dimana seorang yang bijaksana tidak mungkin akan jatuh begitu sahaja, tetapi jika mereka jatuh, mereka akan jatuh teruk. Mereka tidak selalu membuat kesalahan, tetapi mereka mungkin selalu membuat kesalahan yang amat besar.

Tun Dr. Mahathir contohnya, beliau telah banyak berjasa kepada negara dan juga dunia. Namun, kesilapan beliau dalam memilih Anwar dan kemudiannya Pak Lah sudah cukup untuk memusnahkan segala kejayaan yang dikecapi.

Keputusan Tengku Aziz untuk keluar dari DAP bukanlah soal kesalahan seseorang dalam politik. Tetapi, ia merupakan satu peluang buat rakyat untuk memahami budaya DAP dan juga pimpinanya.

DAP mungkin menggelar parti mereka sebagai Democratic Action Party, tetapi sebenarnya mereka patut digelar Dictatorial Action Party. Mereka telah dilabel sebagai chauvinis, rasis, angkuh dan juga komunis terutamanya kepada kaum Melayu. Namun, mereka mengabaikan segala fakta tersebut dan menyatakan bahawa ianya adalah sesuatu yang adil dan terbuka untuk semua.

Jadi, tidak sukar bagi kita untuk melihat kebenaran terhadap setiap label yang diberikan kepada mereka. DAP telah terang-terang menyatakan bahawa mereka membangkang apa jua perkara yang melibatkan Melayu. Mereka membantah terhadap penggunaan perkataan kawi di papan-papan tanda, mereka enggan memakai pakaian rasmi di Dewan Rakyat, mereka berkeras untuk melepaskan seorang kanak-kanak yang ditahan polis kerana dia diajar untuk menjadi Cina tetapi mereka terus mendiamkan diri apabila mengetahui bahawa kanak-kanak tersebut adalah Melayu.

DAP adalah parti yang membuat kecoh terhadap azan subuh, dan mereka sering tidak menghormati raja-raja Melayu seperti mereka tidak berkuasa. Bagi rakyat, DAP sering berkerja keras dalam memastikan setiap sekolah dibahagikan mengikut bangsa masing-masing.

Tunku Aziz pada mulanya menyertai DAP dengan harapan untuk membasmi budaya rasuah, untuk membina sistem pentadbiran di Malaysia yang seimbang dan untuk membawa budaya integriti. Tetapi setelah beberapa tahun bergelumang dalam dunia DAP, beliau berkata,"Saya rasakan bahawa saya naif dalam mengharapkan bahawa DAP mempraktikkan apa yang saya mahukan."

"Memang tidak boleh dinafikan bahawa ada antara mereka yang baik dimana mereka menjalankan tugas dengan penuh beretika. Namun, ada juga antara mereka yang sering melanggar undang-undang. Jika keadaan ini perterusan, rakyat akan mula mempersoalkan keadaan ini, adakah mereka boleh dipercayai dalam memegang tanggungjawab yang besar?"

BN mungkin tidak sebersih mana kerana ada juga orang-orang yang jahat. Namun, BN telah membuktikan bahawa parti ini cukup terbuka dan mereka mampu membawa Malaysia dalam arus kemajuan. Jika BN mengamalkan rasuah sepertimana yang dituduh oleh DAP, Malaysia tidak mungkin akan menjadi negara yang aman.

Dalam satu temuramah bersama akhbar Star hari ini, Tunku Abdul Aziz mendedahkan segala kerja kotor yang diamalkan oleh DAP. Beliau juga sempat memberitahu bagaimana DAP mengamalkan sikap 'double standard' terhadap penjaja-penjaja dimana penyokong DAP tidak langsung disentuh.

Jadi, secara kesimpulannya, tindakan BERSIH yang melanggar undang-undang adalah antara sebab mengapa Tunku Aziz menjadi tidak selesa dengan DAP, selain daripada keadaan dimana DAP tidak pernah mengamalkan integriti. Tetapi, keadaan yang paling teruk adalah apabila Guan Eng menawarkan beliau kedudukan di DAP dan juga RM50,000.

Keadaan tersebut menunjukkan bahawa DAP adalah parti yang mengamalkan rasuah dan mereka rasakan bahawa mereka mampu memberi memberi rasuah kepada sesiapa saja termasuk Tengku Aziz. Jadi, tindakan untuk keluar parti adalah keputusan yang terbaik boleh dilakukan oleh Tengku Aziz.

Guan Eng mungkin masih boleh cuba untuk menyelesaikan masalah ini. Namun, dia agak terlambat. Rakyat sudah tahu bahawa Guan Eng cuba untuk memberi rasuah kepada Tengku Aziz. Itulah Guan Eng, seorang diktator yang dilahirkan untuk menjadi chauvinis dan juga rasis.

Ariff Sabri Ganti Tunku Aziz?


Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang juga Naib Pengerusi DAP dan bekas Pengerusi Transparency International Malaysia yang sejak 2008 bersama DAP kerana yakin parti tersebut benar-benar telus, adil dan ikhlas memperjuangkan demokrasi berparlimen akhirnya terpaksa mengundur diri.

Semuanya gara-gara perbezaan pandangannya dalam isu penganjuran demonstrasi BERSIH 3.0 yang tidak dipersetujuinya kemudian membawa kepada bantahan pemimpin atasan DAP yang menyifatkan Tunku Aziz telah melanggar prinsip kepimpinan DAP selain memalukan parti.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merangkap Setiausaha Agung DAP yang meningkat naik dalam hierarki kepimpinan parti hasil hubungan kekeluargaan dengan Lim Kit Siang (anak & ayah) merupakan antara pemimpin utama DAP yang mengkritik teguran Tunku Aziz berkaitan BERSIH 3.0.

Ringkasnya, apa yang menimpa Tunku Aziz menambahkan lagi koleksi bukti dan kebenaran betapa tempangnya amalan demokrasi dalam kepimpinan DAP. Demokrasi dan kebebasan yang dilaungkan tidak lebih sekadar retorik politik.

Persoalan sekarang, siapakah lagi yang akan menggantikan kekosongan dan kemudian bakal menjadi mangsa 'ketelusan dan kebebasan ala DAP' selepas Tunku Aziz mengundur diri?

Adakah benar ura-ura sumber dalaman DAP yang mahu mengangkat naik bekas ahli UMNO, Ariff Sabri sebagai galang ganti kepada Tunku Aziz benar-benar akan menjadi kenyataan bagi menampakkan betapa multiracialnya DAP selain melanjutkan satu lagi episod 'ketelusan ala DAP'?

Jika diambil kira dari segi strategik kepartian, Ariff Sabri boleh dikira cukup layak memandang pengalaman luasnya sebagai pemimpin pertengahan UMNO suatu ketika dulu yang jika pandai dimanfaatkan oleh DAP tentu saja memberi keuntungan politik.

Pun begitu, seorang lagi Melayu liberal & berfikiran 'terbuka' iaitu Hatta Watari yang juga bekas wartawan Utusan walaupun tidak termasuk dalam senarai, juga berpeluang mengisi kekosongan jawatan 'dummy' yang ditinggalkan oleh Tunku Aziz.

Siapa saja yang bakal menggantikan Tunku Aziz, keputusan muktamadnya hanya akan diketahui beberapa ketika nanti. Yang pastinya pemusatan kuasa kepimpinan sama sekali tidak akan beredar dari tangan Dinasti Lim.