Showing posts with label UIA. Show all posts
Showing posts with label UIA. Show all posts
Tuesday, October 2, 2012
Sekitar Pilihan Raya Kampus di UIA
Hari ini adalah hari pembuangan undi untuk pilihan raya kampus di Universiti Islam Antarabangsa, UIA. IPTA yang terakhir membuat pengundian selepas 19 IPTA lain menamatkannya pada 25 September yang lepas.
Seramai 35 calon akan bertanding di Gombak merebut 18 kerusi manakala 13 kerusi di Kampus Kuantan yang akan direbut oleh 23 calon. Tiga calon sudah menang tanpa bertanding. Perebutan di UIA melibatkan tiga pihak iaitu pihak Aspirasi Mahasiswa, We Unite for Islam, WUFI dan calon-calon BEBAS.
Keputusan pilihan raya kampus di UIA tidak banyak mengubah kedudukan Aspirasi Mahasiswa di 20 IPTA lain yang sama mereka sudah menguasai 18 IPTA berbanding 1 yang dimenangi oleh kumpulan mahasiswa pro pembangkang. Hari ini, mahasiswa UIA akan membuat pilihan yang terbaik untuk masa depan mereka.
Lagi foto di sini...
Friday, October 21, 2011
Kumpulan Pelajar Upahan Rancang Kekacauan Di UIA
Menurut sumber terkini dari sahabat RockY-MY , kumpulan upahan pembangkang, Solidariti Mahasiswa (SMMs) telah merancang untuk membuat kekacauan di UIA selepas solat Jumaat ekoran penggantungan tugas yang dikenakan keatas Prof kangkung Aziz Bari turut menerima sokongan dari pemimpin pembangkang seperti Rafizi Ramli dan Shamsul Iskandar.
Apa yang membimbangkan ialah keselamatan jemaah solat Jumaat yang akan terancam terutamanya kenderaan mereka mungkin menjadi mangsa kerosakan kumpulan pengacau ini.
Polis dan pasukan keselamatan UIA wajar mengambil tindakan tegas supaya umat Islam dapat bersolat Jumaat dalam keadaan aman di UIA.
Lebih memalukan, kumpulan pengacau ini lebih berminat untuk buat kacau dari mengerjakan solat Jumaat.
Thursday, October 20, 2011
Memang Patut UIA Gantung Tugas Aziz Bari!
Makan gaji dengan Kerajaan, makan komisen dengan pembangkang, depan belakang semua dia sapu, sama macam Anwar jugak la...!
Tiap-tiap tahun ambil bonus dari kerajaan, tapi hentam kerajaan!! manusia ke... apa ni?
Elok sangatlah pro kangkung ini digantung dari UIA, pengkhianat harus diambil tindakan undang-undang!
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu, lapor portal Malaysiakini.
Aziz berkhidmat di fakulti undang-undang sejak 22 tahun lalu itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.
Portal itu melaporkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti.
Aziz diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.
Semalam, Aziz telah dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan berkaitan dengan kenyataannya yang mempertikai titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini.
Sebelum ini, pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia juga telah mengambil keterangannya berhubung isu yang sama.
Aziz dikatakan telah membayar peguamnya untuk menangani permasalahannya itu.
Minggu lalu, beberapa pihak membuat laporan polis menyatakan ketidakpuasan hati mereka kepada Aziz.
Aziz Bari kena tindakan gantung tugas Pakatan Haram dah kecoh satu dunia, kes tiga kakitangan Unisel dibuang kenapa membisu??
Subscribe to:
Posts (Atom)