Showing posts with label bom. Show all posts
Showing posts with label bom. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Ugutan Pelajar USM Serius, Motif Hasut! Bom Helikopter DS Najib


Penuntut tahun empat Universiti Sains Malaysia (USM) yang ditahan kerana menulis kenyataan berbaur ugutan di laman sosial ‘Facebook’, disiasat secara menyeluruh membabitkan setiap aspek.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, siasatan dilakukan kerana polis beranggapan kenyataan penuntut itu adalah serius berikutan mengandungi motif menghasut serta menimbulkan kemarahan pihak lain.

“Pelajar tahun empat pengajian kejuruteraan universiti itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) semalam (Ahad).

"Siasatan dilakukan seluruh aspek memandangkan pengetahuan kejuruteraan serta rangkaian hubungan pelajar itu perlu dinilai bagi memastikan keseriusan motif kenyataan itu dilakukan," katanya kepada media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang semalam.

Menurutnya, walaupun penuntut itu mengakui tindakan mengemas kini status di laman Facebook miliknya itu hanya gurauan, namun polis tidak boleh mengambil mudah isu berkenaan kerana ia melibatkan pemimpin negara, yang sekali gus mampu boleh menyebabkan suasana porak peranda.

Bagaimanapun dia dibebaskan dengan jaminan polis bagi membolehkannya mengambil peperiksaan akhir semester yang sedang berlangsung.

“Kita menyiasat kes ini di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu untuk mengenal pasti tujuan pelajar terbabit berbuat demikian, sama ada benar gurauan ataupun tidak.

"Kes ini akan disiasat di bawah seksyen ini sehingga kita dapat penemuan hasil siasatan. Jadi setakat ini kita benarkan dia menghadiri peperiksaan pada hari ini (semalam) dengan jaminan polis. Kita juga tidak mahu mengganggu dia mengambil peperiksaan,” katanya.

Ayub berkata, penuntut itu akan disiasat jika diperlukan selepas tempoh satu bulan dan akan dipanggil untuk membantu siasatan pada bila-bila masa jika polis memerlukannya.

Beliau turut mengesahkan tiga laporan polis dibuat terhadap penuntut itu berkaitan kenyataannya itu.

“Pengguna laman sesawang dan sosial dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya mengemas kini dengan maklumat berbaur ugutan atas alasan bergurau kerana ia boleh mengakibatkan tindakan diambil mengikut peruntukan undang-undang sekiranya didapati mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

Penuntut USM kampus kejuruteraan di Nibong Tebal ditahan polis semalam untuk diambil keterangan berhubung tindakannya membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman sosial Facebook.

Dalam statusnya itu, penuntut berusia 24 tahun mengajak pihak lain meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke kampus itu minggu depan.

Antara yang ditulis penuntut itu ialah "Najib datang ke kampus... mari bom helikopter beliau."

Sementara itu, Naib Canselor USM, Datuk Dr Omar Osman dalam kenyataannya berkata, USM memandang serius kes pelajar yang meletakkan kenyataan tidak sewajarnya yang boleh mengancam keselamatan dalam media sosialnya.

“USM menghargai tindakan pihak berkuasa dan akan bekerjasama serta menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang negara. USM tidak akan berkompromi dengan perbuatan seperti ini.

“Pelajar, warga universiti dan semua pihak dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati serta sedar implikasi terhadap apa yang diletakkan di dalam media sosial apatah lagi apabila ia boleh mengancam keselamatan individu, masyarakat dan negara walau atas apa alasan sekali pun,” katanya.-Sinar Harian

Monday, January 16, 2012

Pelajar USM Ugut Bom Helikopter PM Dibebas Untuk Duduki Peperiksaan


Polis melepaskan dengan jaminan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat kenyataan berbaur ugutan di laman sosialnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Ketua Polis Negeri Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata polis membebaskan pelajar terbabit selama sebulan tetapi boleh memanggilnya pada bila-bila masa sekiranya perlu bagi membantu siasatan.

"Dia adalah pelajar tahun keempat jurusan kejuruteraan, dan sedang menduduki peperiksaan. Polis membebaskannya bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan hari ini," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Pelajar berusia 24 tahun itu dikatakan telah membuat kenyataan untuk meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri dalam
lawatannya ke USM minggu depan.

Dia ditahan pada 1.30 petang semalam selepas polis mendapat maklumat mengenai kenyataannya itu. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperutukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Ayub berkata berdasarkan siasatan yang dijalankan, pelajar itu mengakui kenyataan itu dibuat dengan kehendaknya sendiri dengan niat bergurau.

"Kita bukan hendak menyekat kebebasan bersuara tetapi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab sepatutnya dia tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara dan penggunaan internet sehingga boleh menimbulkan kekecohan dan kemarahan pihak lain.

"Perkara seperti ini sesuatu yang serius dan tidak boleh dianggap main-main, ia melibatkan keselamatan pemimpin negara dan secara tidak langsung orang awam yang lain juga," katanya.

Ayub berkata polis masih meneruskan siasatan mengenai latar belakang pelajar itu serta hubungannya kerana dikhuatiri mempunyai kaitan dengan
anasir-anasir subversif.

Setakat ini terdapat tiga laporan polis dibuat oleh pihak-pihak yang membantah tindakan pelajar itu.- Bernama

Monday, January 9, 2012

#901 Letupan Bom Di Luar Kompleks Mahkamah! Tiga Orang Cedera !!


Tiga letupan dipercayai bom buatan sendiri meletup di luar Kompleks Mahkamah... dilaporkan sehingga kini tiga orang cedera...

Letupan bom kedengaran selang 10 minit dengan letupan pertama pada jam 10.10 pagi menyebabkan seorang peguam dan orang awam cedera.


Pihak PDRM sedang menyiasat kejadian tersebut...


Kejadian jam 10.15 pagi itu turut menyebabkan sebuah Perodua Kembara mengalami kerosakan kecil di pintu sebelah pemandu

Thursday, September 8, 2011

Bom Dalam Pesawat Pakistan... Mendarat Cemas di KLIA


Sebuah pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pakistan yang membawa 164 penumpang telah membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi, selepas satu ancaman bom dikesan.

Perkara tersebut disahkan Ketua Pengurus Kanan Perkhidmatan Operasi Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) Datuk Azmi Murad yang berkata, penerbangan yang berlepas dari Lahore, Pakistan ke ibu negara itu mendarat pada pukul 9.24 malam tadi, setelah ancaman berkenaan dikesan ketika pesawat itu di udara.

Sehingga kini, pemeriksaan masih diteruskan oleh pihak berkuasa dan penumpang telah dibenarkan keluar.