Showing posts with label ulama. Show all posts
Showing posts with label ulama. Show all posts
Tuesday, March 26, 2013
Alim Ulama Kelantan Tidak Lagi Bersama PAS #TukarKelantan
Sekian lama PAS berbangga kerana mendapat dukungan kuat dari golongan alim ulama sama ada dari kalangan tok guru pondok, para pendakwah, cendekiawan agama dan mereka yang mempunyai latar belakang pengajian agama, kali ini segalanya berubah.
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan diingati ramai kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS akan menyertai PRU tanpa mendapat sokongan kuat dan mantap dari golongan alim ulama.
Di mana-mana sahaja pusat pengajian pondok di Kelantan tika ini, tok guru dan anak muridnya yang pro PAS semakin berkurangan, sedangkan di masa yang sama mereka yang pro UMNO terus berkembang.
Jika dulu para ulama pondok, para ustaz ustazah dan lain-lain cendekiawan Islam sukar sekali untuk dilihat turut sama memeriahkan majlis dan program anjuran UMNO, kini sebahagian besar golongan alim ulama ini pula yang sering membantu UMNO demi menumbangkan PAS di Kelantan.
Kebangkitan golongan alim ulama dan pendakwah Kelantan yang sepakat untuk bangun memprotes PAS dan semakin menjauhi parti berlabel Islam itu benar-benar memeningkan kepala ramai pemimpin PAS kerana ia tak terjangka sama sekali akan terjadi sedemikian rupa.
Ini menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS juga ada tikanya kelihatan seperti kubur untuk PAS.
Golongan yang berpengaruh ini sepakat bersatu menggembleng tenaga masing-masing membantu UMNO melalui tiga NGO utama iaitu Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).
Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang.
Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kini atas beberapa faktor demi kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara, mereka nekad menjauhi PAS sebaliknya kian mesra dan rapat bersama UMNO dan BN.
Selain empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain yang mewakili golongan muda mudi Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan peranannya.
Hasil dukungan dan sokongan mereka kepada UMNO menyebabkan PAS semakin tempang, dek kerana itu bukan lagi sesuatu yang pelik bila mana banyak aktiviti politik PAS tidak lagi meriah seperti dulu, memaksa PAS mengeluarkan surat arahan kerahan kepada ahli parti demi meramaikan sesuatu majlis yang disertai pemimpin utamanya.
Manakala di pihak UMNO, saban waktu di mana sahaja kempen penerangan dan aktiviti parti di adakan pasti sahaja mendapat sambutan hangat rakyat Kelantan. Hadirin yang datang tidak lagi terhad dari kalangan ahli dan penyokong UMNO, sebaliknya turut melibatkan ramai ahli dan penyokong PAS serta golongan non-partisan.
Senario yang berlaku ini berkait rapat dengan kegagalan PAS dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan serta kekecewaan khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin PAS, selain taring parti itu sendiri yang dilihat kian tumpul bila berdepan dengan terjahan DAP & PKR.
Malah keaktifan UMNO menggerakkan jentera penerangan mendekati rakyat di samping pelbagai transformasi dan kesungguhan Kerajaan Pusat berterusan membantu rakyat Kelantan turut menyumbang mempercepatkan lagi perubahan positif ini.
Kombinasi semua penggerak utama di atas berjaya membuka lembaran baru dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik tolak ke penting arah merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah.
Suka atau tidak, PAS terpaksa menerima hakikat, zaman untuknya terus bergoyang kaki di singgah sana pemerintahan negeri kini hanya menghitung hari-hari terakhir. Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi kini adalah lubang kubur yang besar untuk pemimpin-pemimpin PAS.
Inilah sejarah paling memalukan PAS apabila Alim ulama tidak lagi menyokong PAS
Wednesday, February 27, 2013
PRU 13 - Dr Asri, Juanda Dan Mazli Tempah Tiket PR
Di sebalik demam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang semakin dirasai, tiga tokoh agama termasuk Mufti Perlis Dr Juanda Jaya disebut-sebut antara individu yang bakal diturunkan dalam gelanggang pilihan raya kali ini yang dilabel sebagai ‘pilihan raya paling sengit' pernah berlaku dalam sejarah negara.
Selain Juanda, dua tokoh lain yang berada dalam senarai calon PRU13 ialah bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pensyarah Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Mazli Malek.
Ketiga-tiga mereka dikatakan akan bertanding mewakili Pakatan Rakyat namun belum disahkan untuk bertanding atas tiket PKR atau PAS.
Bagaimanapun tokoh-tokoh ini tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai perkara itu.
Menurut sumber Antarapos, ketiga-tiga masih belum membuat keputusan untuk mewakili parti mana dan perkara itu akan diketehui apabila sampai masanya.
"Wakili parti mana belum pasti, kalau nak tahu kena tanya tuan punya badan.
"Belum tahu mereka akan tanding atas tikat parti mana, sama ada PAS atau PKR. Cuma yang pasti wakili Pakatan Rakyat," kata sumber itu kepada Antarapos.
Asri dan Juanda sudah didampingi semula beberapa parti, dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat untuk bertanding kali ini kerana dilihat sebagai calon ‘boleh menang’ kerana memiliki karisma sebagai personaliti yang berlatarbelakangkan agama.
Antarapos difahamkan pertemuan dengan parti politik akan diadakan dalam tempoh terdekat dipercayai membincangkan tentang pendirian dan kerusi yang akan ditandingi mereka.
Juanda, 41, adalah lulusan Universiti Al-Azhar dan mempunyai Ijazah Sarjana Syariah dengan pengkhususan Penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Asri pula kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia, sudah pun menjadi sebutan sejak lebih setahun lalu dan beliau telah beberapa kali menafikan akan menyertai parti politik.
Asri disebut-sebut akan bertanding di Pulau Pinang manakala Juanda anak kelahiran Sarawak, dipercayai akan diletakkan di Perlis.
Juanda yang sering kali muncul di stesen TV tempatan sejak akhir-akhir ini dilihat mempunyai pemikiran dan pandangan yang lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat.
PRU13 disebut-sebut akan diadakan akhir Mac atau awal April ini.
Mandat kerajaan pusat akan berakhir penghujung April. Jika Parlimen terbubar secara automatik, PRU13 perlu diadakan sebelum akhir Jun.
Nota: Elok lah tu... Boleh ganti tempat Nik Aziz yang semakin hari semakin nyanyuk... Hadi pun dah tak boleh pakai....
Subscribe to:
Posts (Atom)