Wednesday, July 20, 2011

Awas! Anwar Sedang Bina Rangkaian Di Indonesia?

Awas! Segala perkara yang mustahil mungkin boleh berlaku...

Anwar Ibrahim dipercayai kini giat membina rangkaian dan memperkukuhkan hubungannya dengan Republik Indonesia yang bertujuan memberi tekanan antarabangsa terhadap kerajaan Malaysia.

Menurut info dari Indonesia, ini dibuktikan apabila Ketua Pembangkang itu mengadakan siri jelajah dan dialog bersama rakyat di negara jiran tersebut, baru-baru ini.

Malah Anwar popular di Indonesia kerana dianggap tokoh reformasi, agama, bahasa selain pandai memenangi hati rakyat negara tersebut.

Kumpulan sasarannya adalah segenap lapisan masyarakat terutama dari kalangan rakyat yang bertaraf hidup rendah, mahasiswa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), media, menteri-menteri dan bekas ahli politik.

Anwar giat memperluaskan pengaruh 'Anwarisme' terutama kumpulan sasaran politik iaitu 70 peratus rakyat yang bertaraf hidup sederhana dan miskin.

Kumpulan sasaran politik itu sangat memerlukan perhatian pemerintah, namun mereka dijadikan sasaran manipulasi dan eksploitasi politik.

Sumber itu memberitahu, Anwar dipercayai mengambil peluang tersebut kerana memahami budaya politik negara berkenaan yang perlu dilihat sebagai prorakyat untuk mengekalkan populariti.

Beliau mendapat sokongan daripada beberapa menteri dan bekas menteri yang popular dalam kalangan rakyat republik itu tersebut.

Antara strateginya setiap kali menyampaikan ceramah di sana ialah menjanjikan perkara-perkara asas kehidupan yang bukan berbentuk material seperti keadilan, hak asasi dan kebebasan.

Hakikatnya, dia sudah mewujudkan beberapa rangkaian antarabangsa, termasuk di negara Barat bagi memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia.

Beliau turut berpendapat, cara menangani pengaruh Anwar di Indonesia ialah dengan mengerakkan semua sumber kerajaan yang sedia ada untuk bersama memperkukuhkan rangkaian di negara itu serta mewujudkan sistem pertahanan Malaysia di republik tersebut.

Lim Guan Eng Bakal Dibogelkan Oleh Razali

Mereka yang berada dalam pakatan pembangkang perlu kembali ke pangkal jalan sama ada dalam DAP, Pas atau PKR. Mereka harus keluar dari pakatan pembangkang demi menjaga kedaulatan Melayu dan Islam.

Pemecatan Mohamed Razali Abdul Rahman sebagai ahli DAP adalah satu peringatan kepada orang Melayu dan Islam bukan sahaja di Pulau Pinang malah di seluruh negara mengenai perancangan politik tersembunyi parti itu.


Selepas dipecat daripada parti, Mohamed Razali Abdul Rahman berhasrat mendedahkan mengenai perancangan DAP yang dianggap menindas serta menganiaya rakyat khususnya orang Melayu.

Menurutnya, sebagai individu yang tidak lagi terikat dengan mana-mana pihak, beliau bebas untuk memberi kesedaran tentang perjuangan sebenar DAP yang selama ini tidak disedari oleh rakyat.

Mohamed Razali berkata, beliau bercadang mengadakan sesi penerangan secara terbuka di lokasi-lokasi yang dianggap sesuai.

“Buat masa sekarang saya akan bergerak secara bebas untuk memberi penerangan kepada umum khususnya orang Melayu tentang apa yang dilakukan oleh DAP selama ini.

“Pada masa sama saya tidak keberatan kalau ada jemputan daripada mana-mana penganjur,” katanya.

Rakaman Layanan Polis Terhadap Tahanan Bersih 2.0