Tuesday, June 12, 2012

Imbasan Isu Komunis & Mat Sabu


Saat ini soldadu-soldadu pro Mat Indera Komunis sedang bertempik sakan konon kata mereka bagi meraikan kemenangan moral yang pertama selepas salah seorang pengadu dalam isu Bukit Kepung, Visva Nathan menarik semula laporan polis terhadap Mat Sabu.

Isunya mudah tak perlu berbelit. Bekas pesara polis tersebut membuat laporan mendakwa Mat Sabu memburukkan nama baik anggota polis dan keluarganya berikutan ceramah Mat Sabu mengangkat Mat Indera Komunis sebagai hero kemerdekaan.

Tapi disebabkan perkataan komunis tidak disebut secara nyata dalam ceramah tersebut, maka pihak-pihak tertentu mempunyai sedikit kelebihan untuk manipulasikannya mengikut kepentingan yang diwakilinya.

Hakikatnya, fakta sejarah menjelaskan Mat Indera telah mengetuai segerombolan anggota komunis dan terlibat secara langsung menjayakan serangan ke atas Balai polis Bukit Kepong juga dikenali sebagai Rumah Pasung.

Manakala Mat Sabu secara sedar menyebut dan menerima serangan yang diketuai oleh Mat Indera komunis itu sebagai tindakan betul dan dianggap sebagai wira kemerdekaan. Manakala anggota polis yang mempertahankan Balai Polis tersebut ditakwilkan konon berada di pihak yang salah.

“Bila hari merdeka nanti, tunjuklah filem Bukit Kepong. Bukit Kepong, polis itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan. Ketuanya Mat Indra, Melayu.. tetapi semua sejarah tu ditutup".

"Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin tu UMNO. Cerita Bukit Kepong hat serang Balai Polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita di perintah oleh British".

"Tapi di buat filem yang hero hat pertahan balai polis hat serang tu pengganas. Padahal Mat Indera ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di jail Taiping”. – (Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas / 21 ogos 2011)


Ringkasnya kenyataan Mat Sabu bermaksud seperti berikut;-

- Mat Sabu mengakui Mat Indera adalah ketua penyerang Bukit Kepong
- Penyerang Bukit Kepong (yakni komunis) adalah pejuang kemerdekaan
- Filem Bukit Kepong mengangkat polis sebagai hero

Sementara realiti sejarah membabitkan Mat Indera pula ialah;-

- Mat Indera mengetuai sepasukan 200 orang pengganas komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong.
- Mat Indera adalah pemimpin kanan dalam Regimen ke-10 Komunis
- Ribuan orang Melayu Islam dan Cina menjadi mangsa keganasan komunis
- Ideologi komunis menolak ketuhanan, manakala agama dianggap sebagai candu kehidupan
- Komunis di Tanah Melayu bermatlamat mendirikan Republik Komunis seperti republik komunis Soviet Union dan negara Cina
- Selepas kematian Mat Indera, komunis berterusan membuat kacau walaupun British sudah tiada di Tanah Melayu

Di bandingkan semua point di atas, kesimpulannya Mat Indera adalah salah seorang yang memegang kepercayaan pada ideologi komunis.

Malah dalam buku tulisan bekas ketua komunis Melayu, Abdullah CD "Memoir Abdullah CD (Bahagian Kedua)" secara jelas menyebut Mat Indera adalah salah seorang pemimpin kanan dalam pasukan komunis yang dipimpin oleh Chin Peng.

Sekalipun ada cerita mendakwa Mat Indera adalah seorang yang alim, bukanlah satu kekecualian untuk memaafkan kekejaman komunis yang diketuai oleh Mat Indera sewaktu serangan ganas mereka di Bukit Kepong.

Lagipun, alim atau ulamanya seseorang, tidaklah pula menyebabkannya kebal dari gangguan iblis dan syaitan yang sentiasa menyeru kepada kejahatan.

Bukankah ada kisah seorang alim akhirnya masuk neraka dek kerana teruja melihat sang iblis yang menyamar sebagai alim yang khusyuk beribadah kepada Allah s..w.t?

Nota: Kamus Dewan Edisi Keempat: rumah pasung;
i. balai polis
ii. rumah tempat menahan orang salah

Anwar Pencetus Budaya Politik Benci Dan Hasut


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa meningkatnya kejadian keganasan politik adalah disebabkan sikap berdiam diri Perdana Menteri terhadap insiden yang berlaku.

Anwar memberi contoh kekecohan yang berlaku semasa ceramah beliau di Lembah Pantai tempoh hari sebagai bukti dakwaannya.

Rakyat tahu hakikat sebenar bahawa sepanjang sejarah politik negara tidak pernah berlaku kejadian seperti mana yang dituduh oleh Anwar.

Pola keganasan politik yang disebut beliau mula kelihatan dalam masyarakat Malaysia sebaik sahaja Anwar dibebaskan dari penjara lapan tahun lalu.

Ia bertambah rancak apabila beliau memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 2008 dan seterusnya diangkat sebagai Ketua Pembangkang.

Kalau dahulu hanya terdapat protes secara kecil-kecilan dan terpencil oleh penyokong pembangkang tetapi setelah Anwar memimpin gabungan parti-parti PKR, PAS dan DAP di dalam Pakatan Rakyat, seolah-olah terdapat perancangan yang lebih teratur dan tersusun untuk menimbulkan huru hara di negara ini.

Kemuncaknya boleh dilihat daripada rusuhan yang berlaku semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada April lalu.

Bukan sahaja harta benda awam musnah dan rosak, malah kenderaan pasukan polis juga dimusnahkan serta petugas media tercedera.

Klip video jelas menunjukkan Anwar memberi arahan kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali supaya penyokong merempuh halangan perimeter Dataran Merdeka.

Rusuhan Bersih 3.0 disebabkan peranan utama Anwar menghasut orang ramai serta pengerusi perhimpunan, Ambiga Sreenevasen yang melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Inilah politik benci dan hasutan yang diamalkan oleh pihak pembangkang sejak dari dahulu.

Pergi sahaja ke mana-mana ceramah yang dianjurkan mereka, rakyat akan berpeluang mendengar bermacam-macam tuduhan liar, fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan dan pemimpin-pemimpin negara.

Sudah tentu sasaran utama mereka ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tidak cukup dengan itu, pembangkang menggembangkan budaya politik kotor mereka untuk menyerang isteri Perdana Menteri, malah anggota keluarga Perdana Menteri juga tidak bebas daripada serangan politik pembangkang.

Politik hasutan yang dicetuskan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar, Nik Aziz, Lim Guan Eng, Mat Sabu dan lain-lain inilah yang mewujudkan suasana tidak tenteram dan ketidakstabilan politik di dalam negara.

Pembangkang tidak mempunyai modal politik yang kukuh untuk menghentam kerajaan melainkan membuat dakwa dakwi yang kadangkala di luar logik dan penerimaan akal yang sihat.

Setiap isu diputar belit dan diselewengkan fakta, umpamanya menuduh Datuk Seri Shahrizat Jalil terlibat secara langsung dalam isu NFC semasa beliau menjadi anggota Kabinet.

Setelah meletak jawatan barulah SPRM membersihkan namanya dan keluar fakta sebenar bahawa beliau tidak terbabit langsung dalam isu tersebut.

Namun kerosakan terhadap integriti dan maruah seorang menteri telah pun berlaku disebabkan fitnah pihak pembangkang.

Anwar serta pemimpin pembangkang tidak peduli samada apa yang dihamburkan dari mulut mereka dalam siri ceramah kepada rakyat berlandaskan kepada fakta atau sebaliknya.

Yang penting pembangkang mahu menimbulkan semaksimum kebencian di dalam hati rakyat terhadap kerajaan.

Segala usaha pembangunan yang di bawa oleh kerajaan Barisan Nasional untuk membela nasib rakyat sejak merdeka mahu ditutup oleh pembangkang dengan budaya fitnah dan hasutan mereka.

Pembangkang berfikir jika rakyat sudah cukup membenci kerajaan atas propaganda dan dakyah ang mereka sebarkan, maka mereka untuk merampas Putrajaya menjadi semakin cerah.

Mereka gagal memahami politik lapuk yang mereka amalkan sudah lama ketinggalan zaman.

Pemimpin politik seperti Anwar dilihat sebagai sudah usang dan lebih sesuai dikaitkan dengan zaman Jurassik.

Rakyat mahu kerajaan sediada terus menerajui usaha membela mereka kerana mereka tahu membezakan antara fakta Perdana Menteri dan auta Anwar.

Panerai Watch Shamsul Iskandar AMK Ori Atau Made In Thailand?



Wah hebat anak kambing Anwar Ibrahim ni... pakai jam tangan berjenama Panerai yang berharga RM24,500. Itu baru jam tangan belum seluar dalam lagi.... tah berapa ratusan ribu la plak seluar dalam milik si Sam ini... dengar khabar Sam memakai seluar dalam yang special sikit, tiada di pasaran, kena tempah beb... (Kalis air kencing)... al-maklumlah.. Sam ni suka terkencing dalam seluar.

Cerita ni saje je aku nak kepoh ala-ala puak pembangkang... nak dengar apa kata puak ni pulak.... Jom kita view video di bawah.....