Tuesday, June 12, 2012
Anwar Pencetus Budaya Politik Benci Dan Hasut
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa meningkatnya kejadian keganasan politik adalah disebabkan sikap berdiam diri Perdana Menteri terhadap insiden yang berlaku.
Anwar memberi contoh kekecohan yang berlaku semasa ceramah beliau di Lembah Pantai tempoh hari sebagai bukti dakwaannya.
Rakyat tahu hakikat sebenar bahawa sepanjang sejarah politik negara tidak pernah berlaku kejadian seperti mana yang dituduh oleh Anwar.
Pola keganasan politik yang disebut beliau mula kelihatan dalam masyarakat Malaysia sebaik sahaja Anwar dibebaskan dari penjara lapan tahun lalu.
Ia bertambah rancak apabila beliau memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 2008 dan seterusnya diangkat sebagai Ketua Pembangkang.
Kalau dahulu hanya terdapat protes secara kecil-kecilan dan terpencil oleh penyokong pembangkang tetapi setelah Anwar memimpin gabungan parti-parti PKR, PAS dan DAP di dalam Pakatan Rakyat, seolah-olah terdapat perancangan yang lebih teratur dan tersusun untuk menimbulkan huru hara di negara ini.
Kemuncaknya boleh dilihat daripada rusuhan yang berlaku semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada April lalu.
Bukan sahaja harta benda awam musnah dan rosak, malah kenderaan pasukan polis juga dimusnahkan serta petugas media tercedera.
Klip video jelas menunjukkan Anwar memberi arahan kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali supaya penyokong merempuh halangan perimeter Dataran Merdeka.
Rusuhan Bersih 3.0 disebabkan peranan utama Anwar menghasut orang ramai serta pengerusi perhimpunan, Ambiga Sreenevasen yang melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.
Inilah politik benci dan hasutan yang diamalkan oleh pihak pembangkang sejak dari dahulu.
Pergi sahaja ke mana-mana ceramah yang dianjurkan mereka, rakyat akan berpeluang mendengar bermacam-macam tuduhan liar, fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan dan pemimpin-pemimpin negara.
Sudah tentu sasaran utama mereka ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tidak cukup dengan itu, pembangkang menggembangkan budaya politik kotor mereka untuk menyerang isteri Perdana Menteri, malah anggota keluarga Perdana Menteri juga tidak bebas daripada serangan politik pembangkang.
Politik hasutan yang dicetuskan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar, Nik Aziz, Lim Guan Eng, Mat Sabu dan lain-lain inilah yang mewujudkan suasana tidak tenteram dan ketidakstabilan politik di dalam negara.
Pembangkang tidak mempunyai modal politik yang kukuh untuk menghentam kerajaan melainkan membuat dakwa dakwi yang kadangkala di luar logik dan penerimaan akal yang sihat.
Setiap isu diputar belit dan diselewengkan fakta, umpamanya menuduh Datuk Seri Shahrizat Jalil terlibat secara langsung dalam isu NFC semasa beliau menjadi anggota Kabinet.
Setelah meletak jawatan barulah SPRM membersihkan namanya dan keluar fakta sebenar bahawa beliau tidak terbabit langsung dalam isu tersebut.
Namun kerosakan terhadap integriti dan maruah seorang menteri telah pun berlaku disebabkan fitnah pihak pembangkang.
Anwar serta pemimpin pembangkang tidak peduli samada apa yang dihamburkan dari mulut mereka dalam siri ceramah kepada rakyat berlandaskan kepada fakta atau sebaliknya.
Yang penting pembangkang mahu menimbulkan semaksimum kebencian di dalam hati rakyat terhadap kerajaan.
Segala usaha pembangunan yang di bawa oleh kerajaan Barisan Nasional untuk membela nasib rakyat sejak merdeka mahu ditutup oleh pembangkang dengan budaya fitnah dan hasutan mereka.
Pembangkang berfikir jika rakyat sudah cukup membenci kerajaan atas propaganda dan dakyah ang mereka sebarkan, maka mereka untuk merampas Putrajaya menjadi semakin cerah.
Mereka gagal memahami politik lapuk yang mereka amalkan sudah lama ketinggalan zaman.
Pemimpin politik seperti Anwar dilihat sebagai sudah usang dan lebih sesuai dikaitkan dengan zaman Jurassik.
Rakyat mahu kerajaan sediada terus menerajui usaha membela mereka kerana mereka tahu membezakan antara fakta Perdana Menteri dan auta Anwar.
Labels:
Anwar Ibrahim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment