Wednesday, January 30, 2013
PRU 13 - Awang Adek Rentap Abby Abadi Di Bachok!
Khabarnya PAS telah mempunyai nama calon baru bagi mengantikan Nasharuddin Mat Isa yang digugurkan daripada senarai calon... Nama yang naik bagi mengantikan Ustaz Nasha ialah bekas artis yang kini sudah bertaubat dan baru sahaja menyertai PAS seumur hidup sepanjang hayat, janda berhias Abby Abadi.
Namun Umno Bachok bersedia menghadapi siapa juga yang dicalonkan PAS bagi menandingi kerusi parlimen Bachok pada pilihan raya umum ke-13 selepas penyandangnya Nasharuddin Mat Isa digugurkan daripada senarai calon.
Ketuanya Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Umno Bachok telah melaksanakan pelbagai gerak kerja sejak beberapa tahun lepas bagi memastikan kerusi itu menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
“Kami yakin kemenangan akan berpihak kepada BN dalam mencapai misi pelaksanaan Bachok Baru Bachok Maju,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengesahkan Nasharuddin tiada dalam senarai calon PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Mengulas lanjut, Awang Adek berkata tindakan PAS menyingkirkan Nasharuddin daripada Majlis Syura Ulama PAS akan membuka mata penyokong parti itu dan pengundi atas pagar mengenai sikap sebenar PAS apabila ada pemimpinnya akrab dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Rakyat khususnya penyokong PAS di Bachok pastinya tidak dapat menerima tindakan sedemikian dan mereka sedih serta terkejut apabila anggota parlimen mereka diperlakukan sedemikian tanpa memberi peluang untuk membela diri,” katanya.
Sehubungan itu beliau mengajak pengundi di Bachok agar memberi sokongan kepada BN yang mahu membangunkan daerah berkenaan selepas pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu, Awang Adek yang juga timbalan menteri kewangan, berkata walaupun tidak mentadbir Kelantan, BN yang meneraju kerajaan pusat tidak pernah mengabaikan tanggungjawab membela nasib penduduk Kelantan.
Setiap bantuan diberi tanpa diskriminasi, tanpa melihat fahaman politik individu, katanya.
-pissstttt asyik Awang Adek je cakap bagi la Abby cakap pulak hahahaha....
Pendedahan Surat Skandal Seks ADUN DAP
Sapa punya kerja pula edar surat skandal lucah ADUN DAP ni? Ni mesti kerja.... opppssss.. ni mesti kerja orang UMNO... biasa dah ayat tu....
Pelaku dalam surat ni tak buat salah... yang buat salah orang yang edarkan surat ni... patut ke pertahankan orang yang buat kerja keji macam ni? sedangkan segala maklumat telah diberikan dalam surat ni.... nape tak nak siasat? Takut nanti Karpal Singh kata langkah mayat dia dulu...
Surat di atas adalah salinan surat layang kepada ADUN DAP Aulong, YB Yew Tian Hoe atau lebih dikenali sebagai YB Capik. Dia dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan pembantu peribadinya. Pembantu peribadinya itu yang dipanggil sebagai Puan Lilian telah menjadi perempuan simpanannya, dalam bahasa moden mistress.
Surat ini telah diedarkan secara meluas kepada penduduk-penduduk di Taiping secara pos terutama kepada kaum Cina. Setakat rencana ini ditulis, tiada laporan polis dibuat dan YB Yew masih lagi belum mengakui atau menafikan kebenaran surat layan tersebut.
Kemungkinan besar, surat ini dibuat oleh lawan dalam parti Dap sendiri kerana ada pihak yang mahu DAP Perak tidak mencalonkan YB Yew sebagai calon semula pada PRU nanti.
Lu pikirrr la sendiri!
[Video] Ulama Muda Malaysia (ILMU), Lamar Nasharudin
Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), menerima dengan tangan terbuka sekiranya bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berhasrat menyertainya.
Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahya berkata, atas asas dan wadah perjuangan menegakkan Islam yang sama, penyertaan Nasharudin amat dialu-alukan.
Menurutnya, kerjasama Nasharudin sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia amat diperlukan.
Bagaimanapun, tiada paksaan untuk Nasharudin. Terpulang kepadanya untuk membuat keputusan, katanya.
Fathul Bari sebelum itu membalas cadangan pihak tertentu supaya Nasharudin menyertai Ilmu dalam laman sosial Twitter miliknya.
Dipetik dalam tweetnya, Fathul Bari membalas, ‘ahlan wa sahlan’ atas cadangan tersebut dan menyifatkan Nasharudin sebagai seorang yang menghormati perjuangan dan pandangan orang lain.
Video URL: http://youtu.be/BzGNBggLSEA
#RCISabah: Spy Leman Bocorkan Rahsia....
Inilah antara sebab kita jangan terlalu mudah percaya dengan setiap laporan yang dikeluarkan oleh media pembangkang. Terutama sekali laporan dari Malaysiakini dan The Malaysian Insider.
Selain banyak guna pengikat kata pada setiap perkataan laporan wartawan mereka kadangkala ditokok tambah supaya memberi kelebihan kepada pihak mereka.
Laporan pendengaran awam prosiding RCI untuk menyiasat pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah yang ditulis oleh Boo Su-Lyn sebagaimana dipaparkan dalam gambar (atas) adalah antara laporan 'media spinning' untuk memburukkan kerajaan dan SPR.
Laporan Boo Su-Lyn berbunyi :
A then-Sabah National Registration Department (NRD) director sold 16,000 NRD receipts for more than RM1million that enabled immigrants in Sabah to vote, the Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants heard today.Hahaha...
Mungkin Boo Su-Lyn pekak atau sengaja buat-buat pekak. Kerana sepanjang prosiding siang tadi keterangan saksi ke-34 (SP34) iaitu DSP Badaruddin Peg. Turus 1 Intelligent Technical IPK Kelantan tiada menyebut bahawa Ramli Kamaruddin yang ditahan di bawah ISA mengaku mengeluarkan 16,000 resit dokumen untuk tujuan UNDI!
Antara transkrip asal keterangan yang diberikan SP34 :
1. Tuan bertugas di mana sekarang dan sebagai apa?
SP34 : Peg. Turut 1 Intelligent Technical di IPK Kelantan selama 17 tahun.
2. Apakah tugas-tugas tuan?
SP34 : Selain pentadbiran saya juga melakukan risikan keselamatan.
3. Adakah tuan ingat ketika bertugas di Bukit Aman, tuan terlibat dengan ops khas?
SP34 : Yang saya tahu mengenai pengeluaran IC secara salah di Sabah.
4. Apa peranan tuan dalam ops tersebut?
SP34 : Saya menjalankan temubual dengan tahanan.
5. Tujuan untuk temubual?
SP34 : Membuat risikan dan intelligence repot.
6. Adakah tuan ingat berapa orang ditangkap?
SP34 : Saya tidak tahu.
7. Mereka ditangkap di bawah Akta apa?
SP34 : Akta ISA.
8. Siapa yang tuan temubual?
SP34 : Ramli Kamaruddin adalah Ketua Pengarah JPN Sabah ketika itu.
9. Berdasarkan keterangan adakah Ramli terlibat sama dengan pengeluaran IC secara tidak teratur?
SP34 : Yang saya maklum Ramli terlibat dengan pengeluaran resit KP19 dan KP11. KP19 untuk renew IC dan KP11 untuk IC hilang.
10. Berapa banyak resit dikeluarkan?
SP34 : 16,000 resit dikeluarkan kepada individu-individu pendatang asing iaitu India, Indonesia, Pakistan dan lain-lain.
11. Motif pengeluaran IC tidak teratur?
SP34 : Untuk duit, keuntungan.
12. Adakah bayaran dibuat kepada En.Ramli?
SP34 : Setiap resit dikenakan RM250.
13. Motif keluarkan resit ini?
SP34 : Untuk keuntungan saja.
14. Berapa jumlah keuntungan diperolehi?
SP34 : Lebih kurang RM1 juta.
13. Adakah Ramli mendedahkan sesiapa ada beri arahan untuk berbuat demikian?
SP34 : Ramli mendedahkan beliau buat atas keuntungan sahaja.
14. Adakah nama-nama orang lain atau ahli politik disebut terlibat bersama Ramli?
SP34 : Tiada.
15. Adakah Ramli bekerjasama dengan SB ketika ditemubual?
SP34 : Bekerjasama dengan baik dan ikhlas.
Boo Su-Lyn walaupun you seksi, cantik. Tapi sayang you
Nak tau siapa Spy Leman ? klik di sini...
Pemecatan Nasharudin Penuh Misteri
Tindakan Majlis Syura Ulama Pas mengumumkan pemecatan bekas Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya kelmarin menimbulkan misteri dan pelbagai persoalan yang masih tidak terjawab.
Antara persoalannya ialah punca pemecatan itu berlaku sama ada disebabkan kegagalan Ahli Parlimen Bachok berkenaan hadir ke mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas atau ekoran tindakannya mengiringi lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini.
Malah sumber berkata, tidak mustahil berita pemecatan yang diumumkan sejurus selepas kepulangan Nasharudin mengiringi lawatan Perdana Menteri ke Gaza bertujuan mengalihkan isu kalimah Allah yang sebelum ini menjadi perbualan hangat dalam masyarakat.
Lebih menimbulkan persoalan selain berita pemecatan itu lewat diumumkan iaitu selepas dua minggu keputusan dibuat (13 Januari), surat mengenai pemecatan ini juga sehingga kini masih belum diterima oleh Nasharudin," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan sumber itu berkata, jika alasan tidak hadir mesyuarat digunakan untuk memecat Nasharudin, mengapa salah seorang ahli Majlis Syura Ulama Pas iaitu Datuk Mohamed Daud Iraqi yang juga sering tidak hadir mesyuarat tidak dikenakan tindakan sama.
Sepatutnya Daud Iraqi juga wajar dipecat kerana sering tidak hadir dalam mesyuarat. Bagaimana pula tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering keluar mesyuarat awal dengan pelbagai alasan. Paling lama sepuluh ke 15 minit. Adakah ini dibolehkan?" ujar sumber itu.
Sumber itu berkata lagi, tidak keterlaluan juga tindakan yang sama wajar dikenakan terhadap Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang sering tidak hadir ke mesyuarat.
Berhubung kegagalan Pas menyerahkan surat pemecatan kepada Nasharudin sumber itu memberitahu, keadaan itu sememangnya menimbulkan misteri dan persoalan kerana keputusan pemecatan itu telah berlaku pada 13 Januari lalu.
Di mana keberkesanan pentadbiran Majlis Syura Ulama Pas dan Setiausaha Agung Pas menguruskan perkara ini. Satu lagi persoalan adakah benar keputusan memecat Nasharudin itu telah dibuat pada 13 Januari lalu.
Atau kemungkinan juga pemecatan itu dibuat selepas pemimpin-pemimpin Pas melihat Nasharudin mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini. Segala-galanya mungkin," katanya lagi.
Satu lagi perkara yang boleh dipertikaikan kata sumber itu, Pas tidak mengikut tata cara pemecatan yang betul kerana Nasharudin sebelum dipecat tidak diberi surat tunjuk sebab dan haknya untuk membela diri.
Dalam pada itu sumber tersebut berkata, sekiranya tindakan Nasharudin mengiringi Perdana Menteri ke Gaza dianggap satu kesalahan, dua lagi pemimpin kanan Pas juga perlu dikenakan tindakan sama kerana mengiringi seorang Menteri Kabinet ke Eropah baru-baru ini.
Dua pemimpin ini merupakan Ahli Parlimen Pas. Mereka dikatakan telah mengiringi seorang Menteri Kabinet ke Eropah. Sekiranya Nasharudin dikatakan bersalah kerana mengiringi Perdana Menteri, dua pemimpin kanan ini juga boleh dikenakan tindakan atas alasan yang sama," ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, kata sumber itu, Nasharudin bukan sekali dua diberi peluang untuk mengiringi pemimpin utama kerajaan ke luar negara bahkan beliau pernah diberi tanggungjawab menjadi wakil Malaysia.
Pernah satu ketika iaitu pada tahun 2011 Nasharudin telah diberi kepercayaan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk mewakilinya dalam persidangan Speaker negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Damsyik meskipun Nasharudin seorang Ahli Parlimen Pas," katanya lagi.
Sementara itu Nasharudin ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan bahawa beliau belum menerima surat pemecatan sebagai ahli Majlis Syura Ulama Pas setakat hari ini.
Saya masih menanti surat itu, sepatutnya saya sudah menerimanya kalau betul keputusan pemecatan dilakukan pada 13 Januari lalu," katanya.
Ketua Dewan Ulama PAS Dr Harun Taib Pula Akan Dipecat?
Belum pun reda dengan berita tergempar penyingkiran Ustaz Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama, kini tiba masanya, nasib yang sama menimpa kepada Ketua Dewan Ulama parti PAS, Datuk Harun Taib.....
Berita ini di sampaikan oleh bekas pengikut setia parti itu, Zainon Ismail...
"Seorang pemimpin kanan Pas dijangka dipecat sebagai Ahli Majlis Syura Ulama", katanya.
Beliau difahamkan antara nama yang disebut-sebut berada dalam senarai pemecatan oleh Majlis Syura Ulama Pas ialah Ketua Dewan Ulama parti itu, Datuk Harun Taib.
Katanya lagi, tidak mustahil perkara itu berlaku selepas bekas Timbalan Presiden parti itu Nasharudin Mat Isa digugurkan sebagai ahli majlis itu pada 13 Januari lalu.
Majlis Syura Ulama Pas adalah badan tertinggi parti itu dan apabila keputusan dibuat oleh majlis itu, maka ia tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak dalam parti berkenaan," kata Zainon yang juga seorang penulis buku dengan nama penanya, C.N. Al-Afghani.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri program diskusi "Dilema dan Ranjau Perjuangan Islam di Malaysia" yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan pemecatan Nasharudin sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu berikutan tindak tanduknya yang didakwa boleh merugikan parti itu.
Adakah keputusan ini wajar di terima....? Ahli PAS fikir-fikirkan lah....
PAS semakin hancur semenjak bersama Pakatan Haram!
Rasuah, Rasis : Guan Eng Boleh Tutup Mulut Tapi Rakyat Makin Buka Mata Nilai DAP
Bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin percaya DAP tidak mampu untuk menjawab apatah lagi menyangkal kenyataan bekas Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berhubung isu rasuah dan rasis yang diamalkan parti itu.
Ini kerana tegasnya sehingga kini DAP terutama Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng terus mengunci mulut walaupun isu rasuah dan rasis yang dibangkitkan Tunku Aziz itu sudah lama berlarutan.
“Bak kata pepatah berani kerana benar, takut kerana salah. Ini belum lagi isu kesilapan kira undi. Nampaknya DAP sudah terkena ludah mereka sendiri.
“Mereka terutama Guan Eng boleh terus tutup mulut tapi rakyat akan terus buka mata dan fikiran untuk menilai sejauh mana kebenaran kononnya DAP ini satu parti yang bersih, telus dan ada akauntabiliti”, katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan DAP yang sehingga kini masih berdiam diri berhubung dakwaan oleh bekas Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkenaan isu rasuah dan rasis parti berkenaan.
Mengulas lebih lanjut Fairus seterusnya menambah DAP hanya nampak kesalahan dan kesilapan orang lain umpama mengata kain orang koyak tetapi kain sendiri makin terlondeh.
“Sebenarnya pelbagai pendedahan serta dakwaan oleh Tunku Aziz menjadi bukti bahawa parti terbabit telah terkena batang hidung sendiri. Dan seharusnya Tunku Aziz perlu mendedahkan apa lagi yang belum didedahkan untuk kepentingan umum.
“Percayalah….bangkai jika ditutup dengan apa sekali pun ianya akan tetap berbau dan akhirnya diketahui umum juga akhirnya. Apa yang mereka lakukan hanyalah sekadar untuk menyembunyikan wajah hodoh mereka yang sebenarnya,” ujar beliau.
Beliau seterusnya percaya DAP akan selamanya berdiam diri dan tidak akan berani tampil untuk memberikan penjelasan yang sepatutnya.
UMNO-Online
Mahfuz Omar Ahli Parlimen PAS Yang Memalukan
Inilah padahnya apabila tersalah membuat undian dalam memilih Ahli Parlimen di kawasan masing-masing.... Maka lahirlah MP yang sengal....
Salah siapa? salah korang jugak! sapa suruh undi si penjual cendol jadi MP?
Tengoklah tweet Mahfuz di twitter pun dah macam cendol + rojak... ini menunjukkan kualiti pemikiran Mahfuz hanya bertaraf SRP...
Sepatutnya selepas menang PRU-12 yang lalu ada baiknya Mahfuz mengambil ujian PMR sekali lagi atau upgrade ke tahap yang lebih tinggi sedikit... (tak lulus SRP) Opppsss terkantoi pulak!
Angin Perubahan - Contoh tarbiyah PAS. Contoh yang tidak baik untuk anak anak muda PAS. Maka jangan hairan bila ada anak muda yang sanggup maki hamun pemimpin dalam Facebook, Twitter dan komen komen dalam Malaysiakini.
Ini kerana mereka meneladani "budi bicara' Ahli Parlimen mereka yang di atas. Cukup memalukan PAS ada seorang Ahli Parlimen yang standard percakapannya sebegini rupa. Sudah hilang cerdik pandai dalam PAS?
Tuesday, January 29, 2013
Tiada Sambutan, Program Anwar Di Terengganu Batal?
Blog cucu tok selampit (CTS) melaporkan program Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Terengganu yang dijadualkan 02 Februari 2013 terpaksa dibatalkan.
Menurut blog itu, tiga program yang telah diatur terpaksa dibatalkan adalah; “Meet Anwar” di Grand Continental Hotel (5.00-7.00 petang), Ceramah di Seberang Pintasan, Dungun ( 9.00-10.00 malam ) dan Ceramah Perdana di Kampong Baru, Kerteh (11.00-12.00 malam).
“Apakah pembatalan ini atas desakan Ketua Umum sendiri yang menjangkakan program ini tidak akan mendapat sambutan?,” soal CTS yang mendakwa mendapat sumber dalaman tentang pergolakan dalaman PKR Terengganu.
Sehingga ke hari ini PKR Terengganu gagal mengemukakan tokoh dari negeri itu untuk memimpin parti sehinggalah YB Azan Ismail, Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Pahang untuk menjadi pengerusi Majlis Pimpinan Negeri.
Pada Mac tahun lalu, Timbalan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Azman Shapawi meminta PKR “mengukur baju di badan sendiri,” sebelum menuntut untuk bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga Parlimen di negeri itu pada Pilihanraya Umum ke-13.
“Kita minta dia (PKR) ukur baju di badan sendiri. Dengan suasana yang ada hari ini, mereka tidak patut bercakap sebebasnya, lebih-lebih lagi perlu mengambil kira pandangan Pas yang menjadi tunggak parti pembangkang di negeri ini,” katanya.
Azman Shapawi dalam nada sinis berkata, jika parti itu mengikut apa yang diidamkan, sudah tentu mereka mahu ‘makan banyak walaupun benda yang diidamkan itu tidak boleh dimakan’.
“Kalau tanya kita mahu idam berapa kerusi, sudah tentu kita mahukan 32 kerusi DUN tetapi dalam budaya persahabatan kita tidak boleh berlaku begitu dan perlu mengambil kira semua keadaan. Kita harap PKR mengambil kira juga perkara itu,” katanya lagi.
-AIDC
Misteri Ketua AMK Meronda Lewat Malam Bersama Warga Asing
Penglibatan pihak asing dalam menyokong usaha pembangkang menawan negara dalam PRU akan datang tidak dapat dinafikan lagi.
Mereka bukan sahaja menyumbang dari segi kewangan malah turut menyumbang dari segi idea dan kepakaran-kepakaran yang mereka ada termasuk mengadakan latihan kepada jentera-jentera pembangkang terutamanya PKR dan DAP.
Seperti yang kita semua sedia maklum pihak-pihak asing yang tidak menyukai pemerintah Malaysia sekarang banyak berada di negara jiran selatan tanah air kita.
Dua malam lepas (Sabtu malam Ahad) seorang pemimpin PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin dikesan berada dalam sebuah kereta Singapura jenis honda yang berwarna hitam bersama pemandu berbangsa cina dan dua lekaki lain meronda beberapa tempat di Melaka. Yang terakhir mereka dikesan berada di sekitar Duyong jam 1 pagi.
Untuk tujuan apa Shamsul melawat beberapa tempat di malam hari bersama pihak asing ?
Sumber : Sel13
Subscribe to:
Posts (Atom)