Showing posts with label Nasharudin. Show all posts
Showing posts with label Nasharudin. Show all posts

Friday, February 22, 2013

Rating Siaran ‘Soal Jawab’ TV3 Bersama Nasha, Pecah Rekod 4.3 Juta Penonton



Menurut sumber, rancangan ‘Soal Jawab’ TV3 yang menampilkan Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai tetamu undangan pada 6 Februari 2013 lalu telah melakarkan sejarah tersendiri apabila berjaya menarik 4.3 juta penonton menonton rancangan tersebut.

Rancangan yang dibuat secara rakaman dari studio Media Prima, telah berjaya mewujudkan satu ‘benchmark’ tertinggi bagi rancangan berbentuk siri rancangan temubual bukan saja di TV3 tetapi untuk semua produksi siri rancangan temubual di Malaysia apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.3 juta (25.9 TVR) atau 72.6% (sumber: A.C. Nielsen Audience Measurement).

Secara kesimpulannya, kadar tontonan keseluruhan rancangan Soal Jawab pada 6 Februari lalu telah mencipta rekod baru iaitu hampir ‘sebaris’ dengan jumlah penonton Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 27 yang telah diadakan pada 6 Januari lalu.

Video URL: http://youtu.be/Sht9PkyYerA



-AIDC

Sunday, February 10, 2013

Pemecatan Versi Pos Laju Ternyata PAS Zalim



Jangkakan ramai ada sesuatu yang tidak kena di sebalik pemecatan Ustaz Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura PAS ternyata benar apabila surat pemberitahuan hanya diposkan kepada bekas Timbalan Presiden PAS itu pada 30 Januari 2013 dan diterimanya pada 6 Februari 2013.

PAS mengumumkan pemecatan itu pada 26 Januari 2013 melalui kenyataan media oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Zawawi Nik Salleh yang menyatakan Ustaz Nasharudin telah dipecat sebagai ahli Majlis Syura semasa badan tertinggi PAS itu bermesyuarat pada 13 Januari 2013.

Jika kenyataan Nik Zawawi betul bermakna perjalanan parti itu ternyata agak bercelaru dan tidak terurus kerana mengambil masa yang agak lama untuk menyampaikan keputusan parti kepada ahlinya.

Entah apa jenis kelayakan yang diambil kira sebelum Nik Zawawi dilantik sebagai Setiausaha, langsung tidak efisien kerja buatnya. Bukannya beribu keping surat yang perlu dihantar, hanya sekeping sahaja itu pun berminggu-minggu mengambil masa.

Sehari dua sebelum pemecatan itu diumumkan, kelibat Ustaz Nasharudin dilihat menyertai rombongan bersama Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di Gaza, Palestin telah menimbulkan kecurigaan dan rasa tidak senang di kalangan pemimpin PAS.

Dilihat kronologi yang berlaku dalam tempoh itu, memang jelas kelihatan ada sesuatu yang tidak kena. Bak kata pepatah ada udang di sebalik batu.

Pemecatan itu dilakukan memang disebabkan adanya agenda tersembunyi dan alasan kononnya Ustaz Nasharudin 'kerap tidak datang mesyuarat' hanyalah bertujuan untuk mengabui mata khalayak sahaja.

Tambahan pula Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat selaku Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS yang sering kali ponteng mesyuarat dan kalau datang pun kerap pulang awal, tidak pula dipecat walau sepatutnya sudah lama diambil tindakan berikutan ketidakberkesanan pimpinannya.

Tak mustahil hakikat sebenarnya pemecatan itu dilakukan secara tergesa-gesa dan tidak pun dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013, sebaliknya ia hanya diputuskan melalui perbincangan tidak rasmi antara pimpinan PAS selepas gambar Ustaz Nasharudin dan PM di Palestin disiarkan media perdana.

Walau apa senario sekalipun, tatacara pemecatan keanggotaan Ustaz Nasharudin dalam Majlis Syura Ulama PAS itu sendiri tidak menepati prosedurnya apabila Ahli Parlimen PAS Bachok itu tidak dipanggil untuk membela diri atau setidak-tidaknya diberi surat tunjuk sebab.

Jelas sekali ia satu bentuk kezaliman dan amat tidak Islamik, amat bertentangan sekali dengan seruan keadilan yang sering diwar-warkan parti itu di pentas-pentas ceramah politik.

Lebih sedekad lalu apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO disebabkan masalah moral, ramai pemimpin dan penyokong PAS tampil mempersoalkan pemecatan tersebut yang dikatakan zalim dan tidak Islamik.

Walhal tindakan pemecatan itu tidak pun dilakukan secara semberono tanpa usul periksa sebaliknya Anwar telah diberi peluang untuk membela diri dalam Majlis Tertinggi UMNO malah tidak dihalang melantik pasukan guaman sendiri bagi menghadapi perbicaraan di Mahkamah.

Sekarang terbukti PAS adalah sebenar-benarnya parti yang zalim dan tidak Islamik serta telah bertindak secara kuku besi. Memang jelas PAS telah menzalimi Ustaz Nasharudin dan ianya berlaku hanya selang setahun selepas bekas Naib Presiden PAS, Dr Hasan Ali dipecat tanpa bicara dari parti itu.

Belum memerintah negara sudah terbiasa dengan kelakuan buruk dan asyik menzalimi orang lain, andai diberi peluang memerintah negara tidak sukar dibayangkan kezaliman yang bakal PAS laksanakan terhadap pihak lain yang tidak sealiran dengannya.

Thursday, February 7, 2013

Sumpah Baiah Punca Nasharudin Tidak Keluar PAS


Semenjak isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang melibatkan kerjasama politik antara UMNO dengan PAS pasca PRU 12 2008 dulu menemui jalan buntu, sejak itulah bekas Timbalan presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa telah dikambing hitamkan oleh rakan-rakan kepimpinan parti itu.

Ahli Parlimen PAS Bachok, Kelantan itu tidak hanya dicemuh tetapi turut dituduh sebagai agen UMNO, malah Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sudah beberapa kali menghambur kata-kata kesat menghambat Nasharudin keluar dari parti.

Walhal disebalik timbulnya ura-ura mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO datangnya dari kebenaran Majlis Syura Ulama PAS yang dipengerusikan sendiri oleh Nik Aziz pada April 2008, yang mana bekas Timbalan Presiden Pas itu telah diberi mandat sebagai perantara ke arah menjalin hubungan dengan UMNO.

Tapi disebabkan ugutan dan gertakan dari DAP serta PKR ditambah pula dengan lamunan indah yang diwar-warkan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akhirnya PAS menarik handbrake lantas tak pasal-pasal Ustaz Nasharudin pula yang menerima padahnya.

Bila mana timbulnya polemik isu hudud dan kalimah Allah s.w.t ditambah lagi dengan ketegasan Ustaz Nasharudin mempertahankan kebenaran, akhirnya sekali lagi Ustaz Nasharudin menjadi bahan momokan dipersenda dan diperlekehkan oleh rakan seperjuangan.

Malah selepas Ustaz Nasharudin dipecat keanggotaannya dalam Majlis Syura, tanpa bertangguh Nik Aziz membuat kenyataan bahawa keahlian bekas Timbalan Presiden PAS itu secara automatiknya turut gugur sebagai ahli parti.

Namun demikian, kenyataan gelojoh Mursyidul Am PAS itu bagaimanapun dinafikan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang telah menjelaskan keahlian Ustaz Nasharudin dalam PAS masih kekal dan tidak terjejas dengan tindakan pemecatan sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Disebalik itu semua, bekas Timbalan Presiden PAS itu terus kekal dalam PAS. Tindakannya itu tidak sedikit menyebabkan khalayak umum tertanya-tanya sendirian, kenapa dan mengapa Ustaz Nasharudin terus bertahan dalam PAS sekalipun maruahnya dihina dan diherdik sedemikian rupa?

Jawapan kepada persoalan itu, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana wujudnya sumpah baiah talak tiga yang mana setiap wakil rakyat PAS wajib mematuhinya. Jika gagal berbuat demikian misalnya dengan bertindak keluar dari PAS, bermakna ikatan suami isteri terputus dunia dan akhirat.

Polisi zalim sebegini yang meletakkan hubungan suami isteri bagi menjamin kesetiaan wakil rakyat PAS kepada parti bukanlah perkara baru dan ia sememangnya wujud serta diakui sendiri oleh pemimpin PAS sendiri.

Kesucian hubungan suami isteri yang sepatutnya disanjung tinggi bukannya satu persoalan besar pada pandangan PAS hatta sekalipun perceraian adalah benda halal yang paling dibenci oleh Allah s.w.t, namun bagi PAS selagi ia bermanfaat untuk politik kepartian duniawi selagi itulah PAS sanggup memperalatkannya.

Justeru itu, selepas menelaah senario ini terjawablah persoalan kenapa & mengapa Ustaz Nasharudin terus kekal bersama PAS dan tidak bertindak keluar dari parti walaupun parti itu secara keseluruhannya telah jauh dari landasan asal perjuangannya.

PAS Hantar Surat Pecat Nasharudin Guna Pos Laju


Masyarakat semakin curiga sejak PAS berkawan baik dengan DAP parti itu sudah jauh menyimpang dan melupakan matlamat yang membentuk legasi politiknya sejak ditubuhkan pada tahun 1951.

Segala-galanya mungkin kerana “nothing impossible” bagi DAP.

Terkini: Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa akhirnya menerima surat penggugurannya daripada Majlis syura Ulama parti itu iaitu kira-kira 24 hari selepas beliau dipecat.

Bagaimanapun sebab khusus penggugurannya daripada majlis berkenaan tidak dinyatakan dengan jelas dalam surat bertarikh Januari 14 itu.

Mengesahkan bahawa beliau menerima surat itu pada Rabu, Nasharudin berkata tarikh yang dicop pada sampul surat Pos Laju berkenaan ialah 30 Januari.

"Surat bertarikh 14 Januari itu ditandatangani oleh Setiausaha Majlis Syura. Sebab (pemecatan) tidak dinyatakan dengan jelas," katanya.

Murysidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat berkata Majlis syura Ulama memutuskan untuk memecat Nasharudin pada mesyuarat pada 13 Januari lalu kerana beliau tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut.

Nasharudin bagaimanapun masih ahli PAS.

Wednesday, February 6, 2013

Nasharudin Gesa PAS Keluar Dari Pakatan Haram!


PAS perlu keluar daripada pakatan pembangkang dan bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Ketika membuat desakan itu, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, berkata walaupun PAS menjalin hubungan dengan DAP dan PKR berasaskan konsep tahaluf siyasi atau muafakat politik, pelanggaran beberapa syarat dalam ikatan itu jelas mengusik kesucian Islam.

Malah, katanya, kerjasama dengan PKR yang membabitkan pengaruh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam hal ehwal dalaman dilihat mula melunturkan kekuatan PAS.

Berikutan itu, katanya, PAS perlu menjarakkan diri daripada anasir luar berkepentingan peribadi termasuk pihak yang memiliki ikatan tahaluf siyasi jika mahu mengekalkan asas perjuangannya.

PAS itu hebat bersendiri, PAS pernah bersendiri, saya rasa ramai juga orang menyokong PAS jika bersendiri, katanya ketika ditemui selepas sesi temu bual eksklusif bersama BHOnline di sini, semalam.

Nasharudin menegaskan kelantangan DAP bersuara dalam isu membabitkan kepentingan Islam, terutama mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu menjadi kewajaran untuk PAS mengkaji semula tahaluf siyasi mereka.

Beliau berkata, ketika bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor menerajui parti itu, satu pertemuan dengan pemimpin gerakan Islam sedunia diadakan di Liecester, United Kingdom, menetapkan beberapa syarat untuk bertahaluf siyasi.

Antara syaratnya ialah kita jangan mudah lunturkan dasar Islam, jangan biarkan mereka yang bertahaluf mudah sangat mengusik Islam, hendak cubit Islam, tetapi saya lihat mutakhir ini ia berlaku.

Jadi bagi saya, jika benda itu berlaku, ia melanggar syarat walaupun ada tahaluf dan apabila sudah melanggar syarat ia harus dikaji semula.

Jika tidak ditulis dalam syarat tahaluf, tetapi secara umumnya jika orang lain itu menegur agama kita secara terbuka dalam bentuk cabaran, saya rasa tanpa tahaluf pun orang Islam kena bangkit nyatakan pendirian, katanya.

Nasharudin berkata, dalam isu kalimah Allah, PAS perlu bersuara dan menyatakan pendiriannya yang jelas kerana kenyataan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama kepemimpinan pakatan pembangkang lain jelas bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.

Sementara itu, ketika sesi temu bual eksklusif secara online bersama pembaca BH, beliau turut menjawab beberapa persoalan membabitkan Anwar sama ada pemimpin pembangkang itu turut campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran PAS.

Beliau berkata, kemungkinan itu memang ada dan ia tidak sewajarnya berlaku dalam PAS.

Timbul beberapa isu berkaitan Anwar Ibrahim yang menimbulkan keraguan. Saya berpandangan sebagai ahli PAS, sudah tentu kepimpinan tertinggi parti saya adalah calon terbaik untuk memimpin, katanya – BH

Nasharudin: DAP Cabar Dasar Pas... Anwar Campur Tangan Urusan Dalaman Pas


Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, DAP sudah jelas mencabuli dasar hormat-menghormati yang dijalin melalui 'tahaluf siyasi' apabila ia secara terang mencabar beberapa asas dan dasar perjuangan Pas.

Tahaluf siyasi bermaksud kerjasama badan Islam dengan pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam dalam perjuangannya, bagi mencapai matlamat sama.

Beliau berpendapat tindakan itu adalah satu sikap yang tidak menghormati semangat kesepakatan antara parti yang sekaligus menandakan mereka tidak ikhlas dalam bertahaluf dengan Pas.

"Tahaluf siyasi yang disepakati oleh Pas pada peringkat awal tertubuhnya pakatan pembangkang bersetuju untuk menghormati dasar parti masing-masing," katanya dalam lintas langsung eksklusif melalui BH Online bertajuk 'Mengupas Kemelut Dalaman Pas' hari ini.

"Tetapi kelihatan mutakhir ini, dasar hormat-menghormati ini sudah tercabar dengan DAP secara khususnya secara terang mencabar beberapa asas dan dasar perjuangan Pas," katanya.

Menjawab pertanyaan faktor yang menyebabkan Pas telah keluar dari landasan perjuangannya, Nasharudin berkata, mungkin keadaan itu berlaku kerana tuntutan politik semasa yang kelihatan begitu mendesak bagi Pas meraikan tuntutan berkenaan.

"Akibatnya, kelihatan beberapa pendirian dan dasar Pas terpaksa diolah mengikut kehendak itu yang mengakibatkan persepsi yang timbul adalah Pas lari daripada landasan perjuangannya," katanya yang sedang menerima rawatan fisioterapi sakit belakang dan berkaitan saraf di sebuah pusat perubatan swasta, di sini.

Ditanya sama ada majoriti undi orang Islam akan berubah kepada Pas apabila parti itu bersendirian, beliau berkata, kekuatan Pas terletak kepada agenda perjuangan Islamnya yang menjadi sebab penubuhan Pas.

"Jadi, saya melihat kalau sekiranya Pas itu bersendiri, Pas akan lebih bebas untuk melaksanakan agenda terbabit," katanya sambil menambah sudah ada banyak suara yang merasakan Pas akan lebih terserlah jika bersendirian.

Berhubung laporan mengenai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang seolah-olah marah kepada beliau, Nasharudin berkata, memang ada timbul tanda tanya pada dirinya tentang sikap Mursyidul Am itu terhadap beliau.

"Sejak daripada isu kerajaan perpaduan yang timbul satu ketika dulu, sehinggalah hari ini. Saya tidak tahu apa puncanya, namun saya masih menghormati beliau sebagai pimpinan tertinggi parti," katanya sambil memberitahu sehingga saat ini masih belum menerima sebarang hitam putih mengenai pemecatan beliau.

Ditanya sama ada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pernah campur tangan dalam urusan dalaman Pas, beliau berkata, mungkin ada, dan itu tidak sepatutnya berlaku.

Mengenai pandangan beliau terhadap Anwar dan perjuangan yang dibawa olehnya, beliau berkata, berbangkit beberapa isu berkaitan Anwar yang menimbulkan keraguan.

"Saya berpandangan sebagai ahli Pas, sudah tentu kepimpinan tertinggi parti saya sebagai calon terbaik untuk memimpin," katanya.

Mengenai gambar beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah Ogos lepas, Nasharudin berkata, beliau menyertai banyak rombongan rasmi sebagai anggota Parlimen ke luar negara, termasuk secara kebetulan bersama perdana menteri.

Katanya, menyertai rombongan ke luar negara adalah tugas sebagai Ahli Parlimen untuk mewakili negara ke beberapa persidangan dan program.

"Saya pernah keluar negara dengan menteri, dengan speaker Parlimen dengan anggota Parlimen dan secara kebetulan, mutakhir ini dengan perdana menteri," katanya.

Kehadiran Nasharudin yang dilihat bersama Najib semasa pertemuan dengan beberapa ulama selepas sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menimbulkan pelbagai tanggapan pihak tertentu dalam Pas berhubung pendirian beliau.

Ditanya sama ada akan menerima pelawaan Umno untuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang sekiranya Pas memecat beliau, Nasharudin berkata, beliau tidak pernah dan belum pernah menerima sebarang pelawaan daripada Umno
untuk menjadi calon PRU13.

Sementara itu, Nasharudin berpendapat isu kalimah ALLAH yang dimainkan oleh pimpinan DAP adalah sekadar untuk meraih undi daripada mereka yang beragama Kristian.

"Pada pandangan saya, yang mereka mahukan sekadar meraih undi daripada rakan-rakan kita yang beragama Kristian. Karpal Singh yang kuat bersuara pun pada hemat saya, bukan beragama Kristian. Jadi, apa perlunya Karpal Singh bersuara dalam isu ini sedangkan dia sendiri tidak beriman dengan Kristian," katanya.

Beliau berkata, isu kalimah ALLAH harus dipertahankan daripada digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat Islam.

"Bagi saya, ia adalah isu akidah yang menjadi tanggungjawab kita semua," katanya yang mahu keputusan Majlis Syura Ulama ditaati dengan sepenuhnya oleh semua anggota dan pemimpin Pas.


-Bernama

Nik Aziz Akan Lafazkan Cerai Talak 3 Selepas Melihat Gambar Terbaru Ust Nasharuddin Di BH





Inilah kerja puak PAS... hari ni kawin esok cerai, lepastu kawin balik... bila dah tak nak pakai... cerai balik!

Terdahulu Nik Aziz kata, "Soal surat sampai ke tidak, ia nombor dua. Yang penting ijab dan kabul sudah berlaku. Lafaz cerai pun sudah. Walaupun surat cerai tidak sampai, daripada segi hukum dan adatnya cerai tetap berlaku dan sah".


Lepas tu Hadi rujuk Nasha... Kenyataan Hadi, "Nasha masih ahli. Orang bercerai pun, bercerai talak satu, talak dua, talak tiga.

"Itu terpulang kepada penilaian kita. Tak berhak kita dedahkan kepada orang penilaian kita sendiri. Bahkan dalam sejarah Pas bukan kali pertama kita pecat".

Mungkin selepas Nik Aziz melihat gaya terbaru Ust Nasha ini, sudah pasti Ust Nasha akan terima lafaz cerai talak tiga pulak da.....

Gambar- AHLI Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa menjawab soalan yang dikemukakan pembaca BH Online menerusi program lintas langsung di salah satu pusat perubatan swasta Kuala Lumpur. - Foto BH Online.

Lawak betul politik PAS ni KAH KAH KAH!

Friday, February 1, 2013

Dendam Tok Guru Pada Ustaz Nasha Tidak Bertepi...


Sejak sambut hari jadi ke 82 dan dapat potong kek bersama Karpal Singh baru-baru ini, Datuk Nik Aziz Nik Mat nampaknya semakin garang.

Malah beliau turut menghukum menteri yang tidak beri royalti kepada Kelantan akan masuk neraka.

Nampak sangat marah beliau kepada ‘menteri’ berkenaan –yang dipercayai Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mungkin Mursyidul Am PAS ini ada sifat simpan dendam yang tak akan padam macam beliau berdendam kepada UMNO yang didakwanya tikam  belakang PAS di Kelantan satu masa dulu.

Kebiasaanya semua orang mengharapkan ' sinar kebijaksanaan' dari seseorang yang bergelar Tok Guru.

Namun Tok Guru ini memang lain macam...dan seolah tiada umat yang akan diampunkan kalau tidak sokong PAS dan ikut cakapnya.

Kalau setakat UMNO beliau berdendam kerana politik satu hal...tetapi Nasharuddin Mat Isa juga jadi mangsa.

Menoleh ke belakang, krisis antara Nik Aziz dan Ustaz Nasha meruncing ketika pilihanraya kecil Manik Urai di Kelantan pada Julai 2009.

Tiba-tiba keluar larangan PAS Kelantan yang dipimpin Nik Aziz tidak membenarkan Ustaz Nasha yang ketika itu masih timbalan presiden parti
turun berkempen.

Baik Nik Aziz mahupun Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masing-masing berdolak dalih mengenai larangan yang dikatakan dibuat ketika mesyuarat PAS Kelantan sewaktu PRK Maik Urai.

Bagaimanapun Ustaz Nasha turun juga berkempen sekejap sahaja atas alasan masih menerima rawatan kerana pembedahan usus.

Selepas Ustaz Nasha gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden parti, Nik Aziz semakin ‘memperkecilkan’ pandangannya terhadap Nasha.

Namun, ahli parlimen Bachok itu dipilih menganggotai Majlis Syura PAS.

Khabarnya, kerana tahu Menteri Besar Kelantan itu tidak sebulu dengannya, Ustaz Nasha jarang hadir mesyuarat majlis berkenaan.

Apatalah lagi ketika hubungan PAS dengan PKR dan DAP semakin intim dan timbul isu pemecatan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, Nik Aziz mungkin tidak senang hati dengan Ustaz Nasha yang kelihatan memihak kepada bekas Exco Selangor itu.

Selain itu, pelbagai kenyataan dan kritikan Nasha mengenai hubungan PAS dengan DAP serta meminta parti itu mengkaji semula kedudukan PAS dalam pembangkang membuat Nik Aziz semakin anti Nasha.

Kemuncak rasa tidak puashati dan dendam Nik Aziz mungkin terbalas dengan keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulama yang dipengerusinya pada 13 Januari lalu.

Perkara penting mesyuarat itu adalah memecat keanggotaan Nasha daripada majlis tersebut.

Ini sekaligus menjadikan Ustaz Nasha sebagai  ahli biasa PAS.

Ingatkan perkara itu memuaskan hati Nik Aziz tetapi rasanya dendam Tok Guru masih tidak bertepi terhadap Ustaz Nasha apabila menyatakan pengguguran  keanggotaanya daripada Majlis Syura Ulama adalah sama seperti beliau dipecat daripada parti.

Angkuhnya Nik Aziz menyatakan, Ustaz Nasha tidak perlu menunggu surat daripada parti mengenai status keahliannya kerana pemecatan beliau daripada Majlis Syura secara automatik bermaksud dia bukan lagi ahli PAS.

"Adalah tidak penting sama ada dia menerima surat daripada Majlis Syura memaklumkan beliau sudah dipecat atau menunggu jawapan mengenai status keahliannya. Hakikatnya tetap teguh bahawa Lafaz
Cerai telah dibuat dan beliau bukan lagi ahli parti," katanya kepada pemberita di  Bachok, Khamis.

Bagaimanapun, PAS Pusat masih mengakui Ustaz Nasha masih seorang ahli biasa parti selepas pemecatan tersebut.

Hadi  berkata demikian semalam di Pokok Sena mengulas mengenai status Nasharudin selepas dipecat sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Musafa Ali ketika ditanya kontroversi ini dan dalam pesanan rengkas kepada Agendadaily pada Jumaat, Mustafa  mengakui Ustaz Nasha masih ahli PAS.

Jadi semakin jelas hanya Tok Guru saja buat kenyataan Ustaz Nasha bukan lagi ahli PAS siap dengan istilah sudah lafaz cerai.

Malah, katanya terpulang pada sesiapa nak ambil orang yang sudah kena cerai.

Agaknya dendam dan marah Nik Aziz pada Nasha tidak bertepi..

Mungkin lepas tengok gelagat Nik Aziz ini termasuk nak tentukan siapa masuk neraka, PAS kini bukan lagi dikenali parti Islam tetapi PAS sudah jadi Parti (Nik) Aziz Seorang.

Oleh Roslan Bian

Majlis Syura Sudah Tidak Relevan, Perlu Dibubarkan


Majlis Syura Ulama PAS pernah diumpamakan sebagai Al-Quran buruk oleh Datuk Mohamed Daud Iraqi, salah seorang ahli Majlis tersebut sendiri. Sebuah Al-Quran buruk yang sudah kabur tulisannya tetap tidak mungkin dibuang, dan tetap akan diletakkan di tempat yang tinggi.

Namun, di mata DAP dan PKR, Majlis Syura Ulama PAS adalah umpama kain buruk sahaja yang digunakan untuk mengelap segala najis dan lumpur yang disepahkan oleh pemimpin PAS. Akibatnya, najis dan lumpur tidak lagi kelihatan tetapi kumannya masih terus bersarang dan merebak ke tempat lain yang dilap dengan kain buruk tersebut.

PAS juga nampaknya menerima sahaja kedudukan Majlis Syuranya sebagai sesuatu yang hidup tidak membawa makna, mati tidak boleh pula kerana ia menjadi tonggak kepada nama ‘Islam’ yang ada pada parti PAS. Tanpa Majlis Syura, Islam PAS hanya tinggal pada jubah dan serban semata-mata.

Bukan sahaja DAP dan PKR sahaja yang ‘mengabaikan’ Majlis Syura tetapi, Pengerusinya sendiri, iaitu Nik Aziz turut melihat Majlis Syura sebagai tidak lebih dari simbol semata-mata. Kerana itu, Nik Aziz dilaporkan membuat kenyataan di dalam akhbar The Star yang berkata bahawa pemecatan Nashruddin dari Majlis Syura bermakna pemecatan dari PAS. Atau dalam kata lain, Majlis Syura adalah kambing hitam penyamaran bagi mengelak penyokong-penyokong PAS mencurigai tindakan pemecatan tersebut.

Hakikatnya, Nik Aziz telah dengan terus terang mengabaikan Majlis Syura dan membuat keputusan berdasarkan emosinya sendiri atas kapasiti Pengerusi Majlis dan juga Mursyidul Am parti. Menurut Nik Aziz, talak telah pun jatuh oleh itu, Nasha dan PAS tidak lagi boleh dianggap ada hubungan.

Kita amat memahami sifat Nik Aziz yang merupakan seorang pendendam.

Dan lebih malang bagi Nasharuddin ialah apabila Hadi Awang pula seorang yang suka menghina orang lain. Memberi respon dalam isu ini, Hadi Awang telah menyifatkan Nasharuddin sebagai ahli biasa sahaja dan tidak ada signifikannya jika beliau mengiringi Perdana Menteri ke Gaza. Oleh itu, pemecatan Nashruddin dikatakan kerana beliau jarang menghadiri Majlis Syura dan bukan kerana bersama dengan PM di Gaza.

Namun, jika itulah alasannya, maka ramai lagi yang jarang menghadiri Majlis Syura malah hampir tidak pernah iaitu Datuk Mohamed Daud Iraqi dan Nik Aziz sendiri. Kenapa Nik Aziz tak pecat diri sendiri bagi menunjukkan kepimpinan Islam tulen yang adil lagi saksama?

Bukan itu sahaja, malah pemecatan Nasharuddin itu sendiri tidak menepati cara Islam. Pertuduhan telah dibuat tanpa kehadirannya, dan keputusan juga dibuat tanpa pengetahuannya serta hukuman pula dibuat tanpa memberinya peluang membela diri.

Sedangkan pembangkang merupakan pihak yang kuat menghentam Akta ISA atas alasan tidak memberi peluang tertuduh membela diri yang mana membelakangi cara Islam.

Justeru, apakah hukumnya bagi Majlis Syura untuk membelakangkan soal menghukum cara Islam? Siapakah pula yang berhak menghukum Majlis Syura?

Apapun, yang jelas di sini ialah kedudukan Majlis Syura yang tidak ada makna. Majlis Syura boleh membuat keputusan, tetapi ia tetap merupakan keputusan PAS sepertimana yang dijelaskan oleh Nik Aziz. Manakala, PAS pula boleh membuat keputusan atas apa saja, tetapi keputusan muktamad tetap berada di tangan DAP.

Maka, apa gunanya lagi Majlis Syura? Bukankah lebih baik ianya dibubar saja?

Majlis Syura bukan seperti Al-Quran buruk kerana Al-Quran buruk masih lagi punya nilai. Tetapi Majlis Syura lebih layak dianggap sebagai kain buruk, kerana langsung tidak bernilai, bukan sahaja di mata PKR dan DAP, tetapi juga di mata Nik Aziz sendiri.

Thursday, January 31, 2013

Nik Aziz: Nasharuddin No Longer PAS Member After Expulsion From Council


Embattled former PAS deputy president Nasharuddin Mat Isa’s expulsion from the Syura Council is tantamount to being sacked from the party, said PAS spiritual adviser Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

He said Nasharuddin need not wait for the letter from the party on the status of his membership because his expulsion from the Syura Council automatically meant he was no longer a PAS member.

“It is immaterial whether he has received the letter from the Syura Council that he had been expelled or wait for reply on his status of membership, the fact still stands that the Lafaz Cerai (proclamation of divorce) has been done with and he is officially no longer a party member,” he told reporters here Thursday.

PAS is Death!

Nasharuddin Bukan Lagi Ahli PAS - Nik Aziz




Nasharuddin Bakal Kembali Ke Parlimen Yan


Orang Yan akan menyokong Nasharuddin dan kami sedih dengan nasib yang berlaku ke atasnya.

Kerusi Parlimen Yan di Kedah dianggap paling sesuai dan paling selamat untuk bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dalam pilihanraya umum ke 13 ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ahli parlimen Bachok itu bertanding atas tiket calon bebas atau parti lain.

Seorang penyokongnya yang juga bekas ahli PAS Yan memberitahu, masyarakat Melayu mahu Nasharuddin kembali ke parlimen itu.

“Jika beliau (Nasharuddin) mahu memanjangkan hayat politiknya, kerusi yang paling sesuai ialah parlimen Yan.

“Saya katakan Yan kerana masih ramai pengikutnya di kawasan itu. Lagipun beliau pernah menjadi ahli parlimen Yan pada tahun 1999.

“Orang Yan akan menyokong Nasharuddin dan kami sedih dengan nasib yang berlaku ke atas Naharuddin,” kata seorang bekas ahli PAS diYan yang mahu dikenali sebagai Wahab.

Menurutnya, sejak dahulu lagi masyarakat di Yan memberikan sokongan kepada Nasharuddin meskipun beliau telah berhijrah ke negeri lain.

Karier politik Nasharuddin bermula di Yan apabila beliau memenangi kerusi itu pada pilihanraya umum tahun 1999 sejurus melepaskan jawatan pensyarah undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia.

‘Tidak berpura’

Bagaimanapun, pada pilihanraya umum 2004 beliau bertanding di parlimen Besut, Terengganu tetapi kalah kepada calon Barisan Nasional, Datuk Abdullah Mohd Zain.

Pada 2008, Nasharuddin bertanding di Bachok, Kelantan dan memenangi kerusi parlimen itu setelah mengalahkan Datuk Awang Adek Husin yang kini ketua Umno bahagian serta timbalan menteri kewangan 2.

Nasib Nasharuddin menjadi samar apabila dipecat dari jawatan Majlis Syura PAS minggu lalu.

Muryidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan Bachok tidak mencalon nama Nasharuddin dalam pilihanraya umum akan datang.

“Kita mengalu-alukan Nasharuddin untuk kembali bertanding di Yan tidak kira atas tiket apa sekalipun. Masyarakat Yan masih sayangkan beliau.

“Walaupun Nasharuddin bukan seperti pemimpin-pemimoin PAS yang lain yang kononnya berpakaian imej Islam tetapi Nasharuddin lebih sayangkan Islam.

“Nasharuddin tidak berpura-pura walaupun di bukan lulusan sekolah pondok,” tambahnya lagi.

Usaha untuk menghubungi Nasharuddin bagi mendapatkan perkembangan terbaru beliau gagal. -FMT


Gambar Terbaru - Hassan Ali Dan Ust Nasha Bergabung


Wednesday, January 30, 2013

Gambar Terbaru - Hassan Ali Dan Ust Nasha Bergabung


Kelihatan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali membincangkan sesuatu... Jelas terpancar keakraban di antara mereka...

Berita terbaru yang di terima satu majlis khas berlangsung di Masjid Negara.. Majlis tersebut dianjurkan oleh "Sekretariat Mendaulat Islam sebagai Agama Persekutuan" bagi mempertahankan kesucian nama Allah dari dipolitikkan oleh puak-puak Pakatan Haram.

Program khas sekarang ini di Masjid Negara:

Antara yang hadir Hasan Ali, Nasha, Nakhaie, Hafiz Nordin, Ismail Mina, Yusri Mohd, Noh Gadut, Aidid Ghazali JATI..


Apa yang pasti puak-puak Anwarinas sedang kepanasan dengan pengabungan antara Hasan Ali dan Ust Nasha....`

Pemecatan Ustaz Nasha Untuk Alih Isu Kalimah Allah


Pemecatan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa oleh Majlis Syura Ulama PAS dibuat pada 13 Januari yang lalu. Berita mengenai pemecatan hanya diumumkan oleh Setiausaha Majlis Syura, Ustaz Nik Zawawi beberapa hari yang lalu. Terdapat jarak masa yang agak panjang di antara keputusan yang dibuat dengan tarikh pengisytiharan yang dibuat. Jarak masa yang agak panjang ini menyebabkan berbagai-bagai spekulasi boleh dibuat.

Bagi saya pengumuman tentang pemecatan itu bertepatan dengan tarikh Lawatan Kemanusiaan YAB Perdana Menteri dengan Ustaz Nasharudin yang menjadi salah seorang ahli rombongan mempunyai muslihat tersendiri.

Antaranya ialah untuk mengalihkan pandangan umum dan persepsi masyarakat mengenai isu Kalimah Allah yang masih terawang-awang dan belum ada jalan keluarnya di pihak Pakatan.

Di satu pihak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP Karpal Singh cuba mengekalkan keputusan Majlis Presiden Pakatan pada 8 Januari yang membenarkan penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam, sementara di pihak Majlis Syura Ulama PAS dengan sokongan padu oleh kumpulan ulama PAS tidak berganjak menolak penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam seperti yang diputuskan dalam mesyuarat 13 Januari. Pertembungan yang nyata di antara keputusan Pakatan Rakyat dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu begitu merisaukan pimpinan tertinggi Pakatan.

Sementara itu ahli dan penyokong PAS di peringkat akar umbi kini mendesak supaya keputusan muktamad dibuat oleh Pakatan Rakyat. Kegagalan mengemukakan satu jawapan yang decisive akan mengakibatkan bencana terhadap Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 nanti.

Sebagai langkah “damage control” pemecatan Ustaz Nasharudin terpaksa digunakan sebagai isu yang akan mengalihkan perhatian rakyat dan ahli parti diperingkat akar umbi yang kini berkobar-kobar untuk melihat isu aqidah yang boleh membawa kepada syirik dan kekufuran ini diberikan penegasan dan keputusan.

YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali
29 Januari 2013

[Video] Ulama Muda Malaysia (ILMU), Lamar Nasharudin


Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), menerima dengan tangan terbuka sekiranya bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berhasrat menyertainya.

Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahya berkata, atas asas dan wadah perjuangan menegakkan Islam yang sama, penyertaan Nasharudin amat dialu-alukan.

Menurutnya, kerjasama Nasharudin sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia amat diperlukan.

Bagaimanapun, tiada paksaan untuk Nasharudin. Terpulang kepadanya untuk membuat keputusan, katanya.

Fathul Bari sebelum itu membalas cadangan pihak tertentu supaya Nasharudin menyertai Ilmu dalam laman sosial Twitter miliknya.

Dipetik dalam tweetnya, Fathul Bari membalas, ‘ahlan wa sahlan’ atas cadangan tersebut dan menyifatkan Nasharudin sebagai seorang yang menghormati perjuangan dan pandangan orang lain.

Video URL: http://youtu.be/BzGNBggLSEA



Pemecatan Nasharudin Penuh Misteri


Tindakan Majlis Syura Ulama Pas mengumumkan pemecatan bekas Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya kelmarin menimbulkan misteri dan pelbagai persoalan yang masih tidak terjawab.

Antara persoalannya ialah punca pemecatan itu berlaku sama ada disebabkan kegagalan Ahli Parlimen Bachok berkenaan hadir ke mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas atau ekoran tindakannya mengiringi lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini.

Malah sumber berkata, tidak mustahil berita pemecatan yang diumumkan sejurus selepas kepulangan Nasharudin mengiringi lawatan Perdana Menteri ke Gaza bertujuan mengalihkan isu kalimah Allah yang sebelum ini menjadi perbualan hangat dalam masyarakat.

“Lebih menimbulkan persoalan selain berita pemecatan itu lewat diumumkan iaitu selepas dua minggu keputusan dibuat (13 Januari), surat mengenai pemecatan ini juga sehingga kini masih belum diterima oleh Nasharudin," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan sumber itu berkata, jika alasan tidak hadir mesyuarat digunakan untuk memecat Nasharudin, mengapa salah seorang ahli Majlis Syura Ulama Pas iaitu Datuk Mohamed Daud Iraqi yang juga sering tidak hadir mesyuarat tidak dikenakan tindakan sama.

“Sepatutnya Daud Iraqi juga wajar dipecat kerana sering tidak hadir dalam mesyuarat. Bagaimana pula tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering keluar mesyuarat awal dengan pelbagai alasan. Paling lama sepuluh ke 15 minit. Adakah ini dibolehkan?" ujar sumber itu.

Sumber itu berkata lagi, tidak keterlaluan juga tindakan yang sama wajar dikenakan terhadap Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang sering tidak hadir ke mesyuarat.

Berhubung kegagalan Pas menyerahkan surat pemecatan kepada Nasharudin sumber itu memberitahu, keadaan itu sememangnya menimbulkan misteri dan persoalan kerana keputusan pemecatan itu telah berlaku pada 13 Januari lalu.

“Di mana keberkesanan pentadbiran Majlis Syura Ulama Pas dan Setiausaha Agung Pas menguruskan perkara ini. Satu lagi persoalan adakah benar keputusan memecat Nasharudin itu telah dibuat pada 13 Januari lalu.

“Atau kemungkinan juga pemecatan itu dibuat selepas pemimpin-pemimpin Pas melihat Nasharudin mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini. Segala-galanya mungkin," katanya lagi.

Satu lagi perkara yang boleh dipertikaikan kata sumber itu, Pas tidak mengikut tata cara pemecatan yang betul kerana Nasharudin sebelum dipecat tidak diberi surat tunjuk sebab dan haknya untuk membela diri.

Dalam pada itu sumber tersebut berkata, sekiranya tindakan Nasharudin mengiringi Perdana Menteri ke Gaza dianggap satu kesalahan, dua lagi pemimpin kanan Pas juga perlu dikenakan tindakan sama kerana mengiringi seorang Menteri Kabinet ke Eropah baru-baru ini.

“Dua pemimpin ini merupakan Ahli Parlimen Pas. Mereka dikatakan telah mengiringi seorang Menteri Kabinet ke Eropah. Sekiranya Nasharudin dikatakan bersalah kerana mengiringi Perdana Menteri, dua pemimpin kanan ini juga boleh dikenakan tindakan atas alasan yang sama," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, kata sumber itu, Nasharudin bukan sekali dua diberi peluang untuk mengiringi pemimpin utama kerajaan ke luar negara bahkan beliau pernah diberi tanggungjawab menjadi wakil Malaysia.

“Pernah satu ketika iaitu pada tahun 2011 Nasharudin telah diberi kepercayaan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk mewakilinya dalam persidangan Speaker negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Damsyik meskipun Nasharudin seorang Ahli Parlimen Pas," katanya lagi.

Sementara itu Nasharudin ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan bahawa beliau belum menerima surat pemecatan sebagai ahli Majlis Syura Ulama Pas setakat hari ini.

“Saya masih menanti surat itu, sepatutnya saya sudah menerimanya kalau betul keputusan pemecatan dilakukan pada 13 Januari lalu," katanya.

Tuesday, January 29, 2013

Mat Sabu Ganti Nasharudin Sebagai Ahli Majlis Syura PAS


SETELAH pemecatan Nasharudin Mat Isa dari jawatan sebagai ahli Majlis Syura PAS semalam (bukan 13hb Januari), semakin banyak pihak tampil mendesak agar Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dilantik bagi menggantikan Nasharudin.

Sebagai makluman, perlantikan ahli Majlis Syura Ulama, mengikut perlembagaan PAS adalah selaras dengan Fasal 7 (4), seperti dinyatakan dibawah:-

Empat orang daripada ahli Majlis Syura ‘Ulamak itu hendaklah dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan empat orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan ‘Ulamak PAS Pusat dan masing-masing dua orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat dan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat dan tidak lebih lima orang yang baki itu dipilih dan dilantik oleh Majlis Syura ‘Ulamak itu sendiri. Keahlian seseorang ahli majlis itu boleh diperbaharui oleh pihak yang memilih/ melantiknya setelah tamat tempoh tersebut.

Dari apa yang penulis diberitahu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan mencadangkan nama Mat Sabu untuk dilantik ke jawatan tersebut.

Walaupun kerusi dalam Majlis Syura Ulama PAS hanya dikhususkan untuk golongan ulama dalam parti tersebut, tapi penulis tidak melihat sebarang masalah untuk Mat Sabu dilantik ke jawatan tersebut kerana perwatakan beliau memang cukup sifat seperti seorang ulama, berkopiah dan berjubah, cuma tidak pernah berserban.

Beliau juga dikenali mampu berhujah dengan begitu baik sekali, termasuk keupayaan memetik ayat-ayat al-Quran tertentu.

Selain itu, ketokohan Mat Sabu sebagai pemimpin masyarakat sudah diketahui umum, walaupun sekarang tidak menjadi ADUN atau Ahli Parlimen. Pengalaman bertahun-tahun sebagai ahli parlimen sebelum ini telah menjadikan Mat Sabu seorang yang popular dan disenangi masyarakat.

Maka itu, sewajarnyalah beliau dilantik ke jawatan tersebut seperti mana yang telah dicadangkan oleh Anwar kepada Nik Aziz semalam.

Kedudukan Mat Sabu dalam Majlis Syura Ulama PAS juga sangat penting kerana Majlis itu perlu dibebaskan dari fahaman keagamaan yang kolot dan ketinggalan zaman. Buktinya, sebagai badan tertinggi PAS, banyak keputusan Majlis tersebut baru-baru ini yang tidak selari dengan prinsip kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Contohnya, dalam soal penggunaan kalimah Allah.

Sementara Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang sendiri sudah memberikan persetujuan untuk kalimah tersebut digunakan di dalam Bible berbahasa Melayu, Majlis Syura Ulama (dimana Hadi adalah salah seorang ahlinya), membuat keputusan bertentangan.

Seterusnya menimbulkan kekeliruan dan keraguan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Bahkan, Pengerusi DAP sendiri, Karpal Singh menyifatkan keputusan Majlis Syura itu sebagai “memperjudikan undi bukan Islam terhadap Pakatan Rakyat“.

Penulis percaya, peranan yang bakal dimainkan Mat Sabu nanti dipercayai mampu memulihkan persepsi rakyat terhadap kemampuan Pakatan Rakyat menerajui negara pasca PRU ke 13 nanti.

Nasib baik bagi kita semua, ahli Majlis Syura PAS tidak dipilih secara demokrasi seperti mana Ahli Jawatankuasa Pusat, tapi perlembagaan PAS seperti dinyatakan di atas, selain sokongan penuh Mursyidul Am. Dengan hubungan erat antara Anwar dan Nik Aziz kebelakangan ini, penulis percaya, Mat Sabu akan di lantik ke jawatan tersebut.

Kalau Nik Aziz boleh memecat Nasharudin setelah mendapat nasihat Anwar, kenapa Mat Sabu tidak boleh dilantik bagi menggantikannya? Logik mudah.

Penulis berharap dengan kehadiran Mat Sabu, Majlis Syura Ulama PAS selepas ini mampu bertindak lebih baik lagi dalam meningkatkan martabat Pakatan Rakyat dan PAS sendiri di mata masyarakat.

Info dari blogger Pakatan Haram : Suara Pakatan Rakyat

Ke Mana Haluan Nasharudin Selepas Ini?


Meneliti perkembangan terbaru Nasharudin Mat Isa – selepas dipecat keahlian dalam Majlis Syura Ulama PAS dan tidak disenaraikan bertanding dalam PRU 13, timbul persoalan : Ke mana haluan bekas Timbalan Presiden PAS itu.

Adakah beliau akan terus kekal jadi beg tinju dalam PAS atau mengambil keputusan meninggalkan parti tersebut?

Mengenali Nasharudin yang sentiasa memegang prinsip, beliau tidak mungkin keluar parti dan perkara ini sudah ditegaskan ahli parlimen Bachok sebelum ini ketika desas desus beliau akan dipecat dari parti
ekoran kenyataan-kenyataannya yang tidak menyenangkan sekutu PAS iaitu DAP dan PKR.

Nasharudin tidak mungkin meninggalkan parti dan tidak mungkin menyertai UMNO –itu ramalan yang selamat.

Namun siapa tahu kemungkinan beliau dipecat sebagai ahli PAS pula selepas ini.

Hubungan baik beliau dengan pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh diertikan bahawa beliau akan menyertai UMNO kerana pembabitannya tiada kaitan politik sebaliknya dalam konteks agama dan perpaduan.

Buat sementara, beliau pasti memilih kekal dalam PAS walaupun ada kemungkinan parti tidak akan memandangnya walaupun dengan sebelah mata.

Kekal dalam parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu bermakna beliau akan terus jadi modal kritikan pemimpin tertentu PAS yang dikenali geng Anwarinas kerana condong memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apatah lagi Nasharudin sudah menegas bahawa perjuangan mendaulatkan Islam akan diteruskan dan beliau akan terus memberikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang mengutamakan perkara itu.

Namun bagai pepatah, jika takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Beliau tentu tidak hairan segala kecaman daripada mereka yang dulunya menganggap beliau rakan seperjuangan kerana Nasharudin lebih bermaruah daripada mereka.

Seandainya Nasharudin terus dengan kritikan dan teguran ikhlas terhadap parti, PAS tiada pilihan lain kecuali memecat keahliannya.

Gambaran tindakan itu sudah terbayang dalam benak fikiran bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang menghadapi nasib hampir sama dengan Nasharudin.

Malah Presiden Jalur Tiga (JATI)itu menyifatkan pemecatan ahli Majlis Syura Ulama, Nasharudin Mat Isa sebagai tidak memeranjatkan.

Kata beliau, tanda-tanda pemecatan tersebut jelas ditunjukkan oleh PAS sejak dari awal kelantangan Nasharudin menegur parti itu dan yang terbaru sekali lagi melihat keterlibatan bekas Timbalan Presiden PAS itu dengan program kerajaan.

"Sejak dari awal lagi tanda-tanda ke arah itu telah kelihatan dengan jelas. Ustaz Nasharudin dilabelkan sebagai pro-kerajaan perpaduan yang akhirnya dilabelkan pula sebagai pro-umno apabila beliau dilihat
mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib bertemu dengan para ulama di Mekah dan yang terakhir ke bumi Palestin.

"Nasharudin juga tidak disenangi oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat dan pimpinan parasit parti apabila beliau secara terbuka menghentam pengerusi parti DAP, Karpal Singh yang bertindak menghina Islam
sehingga beliau telah mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut Hasan berkata keputusan Majlis Syura ini menjadikan parasit parti dan Anwarinas yang telah lama mencari peluang menjatuhkan Nasharudin dapat menarik nafas panjang kerana selama ini
cita-cita mereka dihalang oleh kedudukan Nasharudin dalam badan itu.

Malah kata beliau, kedudukan Nasharudin kini yang hanya kekal sebagai ahli PAS bakal menjadikannya menerima nasib yang sama seperti Hasan sendiri, iaitu dipecat dari parti.

"Saya yakin selepas ini Ustaz Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli PAS.

"Kedudukan Ustaz Nasharudin kini lebih lemah dari kedudukan saya ketika dipecat kerana beliau merupakan ahli biasa parti sementara saya sewaktu dipecat adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ahli Lujnah Politik dan mewakili PAS dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor,"ujarnya.

Jika jodoh Nasharudin dengan PAS sudah berakhir bab kata Mursyidul Am PAS, suami isteri pun boleh bercerai..siapa agaknya pilihan hati Nasharudin?

Ambil kira kenyataannya bahawa beliau akan terus memberikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang mendaulatkan Islam, tidak mustahil Nasharudin akan menyertai JATI pimpinan Dr Hasan.

Lagipun, Dr Hasan dan Nasharudin memang rapat sejak dahulu malah ketika parti memecatnya dan kerajaan Selangor mengugurkan jawatan Exco, Nasharudin hadir di rumah Dr Hasan menyatakan sokongan peribadi.

Tentu menarik melihat kerjasama mereka berdua khususnya untuk memartabatkan Islam.

Lagipun, sudah ramai pemimpin dan penyokong PAS bersama-sama Dr Hasan dalam JATI.

Cuma mungkin yang tidak lena tidur kelak adalah pemimpin-pemimpin PAS kerana Dr Hasan dan Nasharudin yang dulu kawan kini bakal jadi lawan.

-Agendadaily

Parasit Dalam PAS Sudah Lama Mencari Ruang Untuk Mencantas Ust Nasharudin - Hasan Ali



Potensi YB Ust Nasharudin Mat Isa telah lebih awal dikenalpasti oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor dan atas kehendak beliau yang diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat, Ust Nasharudin dalam usia yang masih muda telah diberi amanah menjawat jawatan antara yang terpenting dalam PAS iaitu sebagai Setiausaha Agong.

Al-Marhum Dato Fadhil Nor sebagai Presiden parti telah berusaha menggilap batu permata PAS tersebut sehinggalah dengan itu Ust Nasharudin dengan jarak masa yang agak pendek berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden Parti Islam itu.

Kejayaan Ust Nasharudin dalam hirarki parti mungkin telah menimbulkan rasa tidak senang dan sebahagiannya menganggap sebagai satu ancaman kepada karier politik mereka apabila Ust Nasharudin diberi tanggungjawab yang begitu besar di dalam mencorakkan PAS.

Rasa tidak puas hati dikalangan sesetengah pimpinan PAS terserlah apabila melalui perancangan yang teliti dan dibantu oleh kuasa luar secara jarak jauh campurtangan dalam urusan kepimpinan Parti PAS.

Ust Nasharudin kecundang di dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan yang berlangsung dalam Muktamar Tahun 2011 yang lalu.

Berita bahawa Ust Nasharudin dipecat daripada menjadi ahli Majils Syura Ulama tidaklah begitu memeranjatkan.

Sejak dari awal lagi tanda-tanda ke arah itu telah kelihatan dengan jelas.

Ust Nasharudin dilabelkan sebagai pro-kerajaan perpaduan yang akhirnya dilabelkan pula sebagai pro-umno apabila beliau dilihat mengiringi Perdana Menteri Dato Seri Najib bertemu dengan para ulama di Mekah dan yang terakhir ke bumi Palestin.

Ust Nasharudin juga tidak disenangi oleh rakan-rakan Paktan Rakyat dan pimpinan parasit parti apabila beliau secara terbuka menghentam pengerusi parti DAP, Karpal Singh yang bertindak menghina Islam sehingga beliau telah mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat.

Di pihak parasit dalam pimpinan PAS memang sudah lama mencari ruang dan peluang untuk mencantas Ust Nasharudin.

Tetapi disebabkan beliau adalah ahli Majlis Syura golongan ini tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan keahlian Majlis Syura adalah diluar bidangkuasa mereka.

Keputusan Majlis Syura ini sudah tentu menjadikan puak-puak parasit dan Anwarinas begitu lega dan menarik nafas panjang kerana cita-cita mereka sudah kelihatan tertunai.

Saya yakin selepas ini Ust Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli PAS.

Kedudukan Ust Nasharudin kini lebih lemah dari kedudukan saya ketika dipecat kerana beliau merupakan ahli biasa parti sementara saya sewaktu dipecat adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ahli Lujnah Politik dan mewakili PAS dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Batu permata yang digilap sebahagiannya oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor sayangnya proses penggilapan itu tidak diteruskan oleh pucuk pimpinan yang ada sekarang ini.

Secara jujur saya tidak nampak dikalangan pimpinan PAS kalau ada mereka yang mempunyai kualiti yang sama seperti Ust Nasharudin.

Beliau mempunyai pendedahan yang luas dibidang antarabangsa khususnya dikalangan Gerakan Islam dan pada masa yang sama beliau boleh diletakkan dikerusi pimpinan parti yang mampu berdepan dengan pimpinan dunia timur atau barat kerana kebolehan beliau menguasai beberapa bahasa dunia.

Saya juga yakin setelah mengenali dari dekat Ust Nasharudin buat sekian lamanya, beliau dapat menyumbang memartabatkan Islam dalam keadaan apapun tanpa berpijak di atas mana-mana wadah pun.

Saya juga yakin beliau bijak memilih masa depan karier politik dan kemungkinan besar perancangan ke arah itu sudah pun ada di dalam pemikiran beliau.

Sebagai sahabat saya mendoakan sesuatu yang terbaik dilimpahkan oleh Allah SWT kepada Ust Nasharudin atas usahanya yang tidak pernah mengenal erti penat untuk memartabat dan mengagungkan Islam.


YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI Kuala Lumpur
28 Januari 2013

Pengguguran Nasharuddin Bermotif Politik - PM


Tindakan PAS menggugurkan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura dilihat bermotif politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata tindakan itu dibuat selepas Nasharuddin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, kembali dari menyertai lawatan kemanusiaan ke Gaza memberi persepsi bahawa ia ada kaitan dengan lawatan itu.

"Sepatutnya dia (PAS) menghargai lawatan ini sebab lawatan ini untuk kepentingan ummah dan kepentingan umat Islam.

"Tapi nampaknya mereka melihat ini sebagai lebih menguntungkan kerajaan, Umno daripada PAS.

"Mungkin itu menyebabkan mereka mengambil tindakan terhadap Ustaz Nasharuddin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi minum petang sempena Forum Tindakan Belia 2013 di sini, Isnin.

Najib berkata Nasharuddin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta berpendirian bahawa perpaduan penting untuk mewujudkan satu ummah.

"Saya tak nak buat apa-apa spekulasi tapi dia (Nasharuddin) merupakan seorang pemimpin yang berjuang bukan untuk menidakkan mana-mana parti politik, dan sepanjang perjumpaan saya dengan beliau, beliau tidak mengutuk mana-mana pihak," katanya.

Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh dilaporkan berkata pada Ahad bahawa Nasharuddin digugurkan kerana didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura, dan keputusan telah dibuat pada 13 Januari lepas dalam mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Zawawi berkata antara sebab keputusan itu diambil ialah kerana melanggar peraturan yang ditetapkan parti, iaitu tidak hadir mesyuarat.

Sementara itu, Najib berkata matlamat utama lawatan beliau ke Gaza berjaya dicapai.

"Sepatutnya matlamat kita membantu rakyat Palestin, memperjuangkan isu Palestin dan tak membiarkan mereka terpinggir dan keseorangan.

"Dan mereka (rakyat Palestin) amat menghargai lawatan tersebut," katanya.

Di KUCHING, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pengguguran Nasharudin sebagai satu tindakan yang aneh.

"Beliau mengambil langkah-langkah yang dilihat untuk memperkukuhkan hubungan kita dengan Palestin, memperjuangkan nasib orang (rakyat Palestin) yang tertindas.

"Keputusan (pengguguran) dibuat seolah-olah menidakkan usaha-usaha baik dan kerja-kerja amal yang dilakukan Nasharudin, sedangkan PAS kata dia perjuangkan Islam.

"Dia (Nasharudin) perjuangkan sesuatu yang baik, saya percaya Nasharudin tidak akan berhenti dari usahanya berbuat sesuatu untuk umat Islam. Tapi apapun itu hak mereka (Majlis Syura Ulama), kita cuma memerhati apa yang dilakukan PAS," katanya.

-Bernama

Singkir Nasha Umpama Tolak Undi Melayu


Penyingkiran Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS bakal mengundang kemerosotan pengundi Melayu kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti, kata Pengerusi Sekretariat Ilmuan Malaysia (ILMU) Dr Fadlan Mohd Othman.

Beliau membayangkan sebahagian besar penyokong Nasharudin akan terus mempertahankan tindakan berani tokoh yang dihormati itu dalam mengingatkan PAS kembali kepada asas perjuangan parti.

"Bagi saya Ustaz Nasharudin mempunyai keperibadian yang hebat, maksudnya tokoh yang hebat.

"Jadi tokoh yang hebat ini kalau digugurkan, sebenarnya merupakan satu kerugian yang besar kepada PAS. Walaupun saya orang luar bukan dari PAS, saya tidak boleh bagi tunjuk ajar tetapi saya rasa ini adalah satu keputusan yang kurang bijak dibuat apatah lagi penyokongnya pun akan ikuti Ustaz Nasharudin tambahan lagi apa yang dibuat oleh Ustaz Nasharudin mempunyai alasan yang kukuh." katanya kepada Antarapos.

Fadlan berkata sepanjang perkenalannya dengan Ahli Parlimen Bachok itu, beliau tidak pernah nampak perkara sangsi yang dibuat oleh Nasharudin dalam usaha untuk menyatupadukan kaum majoriti dalam negara iaitu Melayu.

"Kesayangannya (Nasharudin) terhadap PAS dalam erti kata mahu PAS kekal pada landasan yang asal.

"Jadi merujuk kepada pengguguran beliau daripada Majlis Syura, saya rasa ini adalah satu perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku dan buat kerana Ustaz Nasharudin ini adalah seorang yang benar-benar nampak keikhlasannya untuk menyatupadukan dua kumpulan Melayu (Umno-PAS) bersatu," katanya.

Malah beliau berkata mungkin keikhlasan Nasharudin telah disalahertikan oleh pihak yang mempunyai kepentingan peribadi sehingga mempengaruhi tindakan untuk menyingkir bekas Timbalan Presiden PAS itu dari Majlis Syura.

"Walaupun dia daripada PAS tetapi dia sanggup pergi ke Umno dan berbincang dan kebanyakan apa yang dibuatnya mungkin bertepatan dengan garis panduan yang dibuat tetapi mungkin terdapat individu dari parti yang tersalah diberi nasihat oleh orang-orang di sekeliling mereka," tambahnya.

Penyingkiran Nasharuddin ikut prosedur?

Malah beliau menyifatkan PAS akan menjadi contoh parti yang tidak bertanggungjawab sekiranya menyingkirkan Nasharudin daripada Majlis Syura PAS tanpa mengikut prosedur yang betul.

"Saya tidak pasti apakah proses yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin. Kalau Ustaz Nasharudin dipanggil memberi amaran dan sebagainya, saya rasa itu tidak ada masalah. Jadi kalau ada amaran dan sebagainya dulu itu perlu didahulukan.

"Tetapi kalau tindakan itu dibuat tanpa memberikan amaran kepada tuan badan, tidak diberikan peluang untuk menjelaskan, saya rasa itu adalah perkara yang tidak patutlah," katanya.

Untuk rekod, keanggotaan Nasharudin dalam Majlis Syura Ulama PAS telah digugurkan pada 13 Januari lalu.

Perkara ini ditegaskan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Muhammad Zawawi Saleh.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memaklumkan bahawa pemecatan Nasharudin ekoran 'kerap tidak hadir ke mesyuarat' dan 'mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti'.

Nasharudin sebelum ini juga telah beberapa kali menyertai rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk misi kemanusiaan luar negara dan pertemuan dengan pemimpin negara Arab yang mencetuskan rasa tidak senang dikalangan ahli PAS.

Menurut sumber dalaman PAS sebelum ini dipetik sebagai berkata, ada ura-ura untuk "menendang" keluar Nasharudin dari PAS sepertimana yang dilakukan terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali tahun lalu.

Tindakan PAS menyingkirkan Nasharudin ini turut dilihat sebagai cara untuk mengurangkan respon negatif dalaman yang sering dikaitkan dengan keputusan bersama rakan komponen Pakatan Rakyat, DAP dan PKR.

-AntaraPos