AIDCNews – 13/07/11 – Rakaman video Reuters di atas memberi gambaran lebih jelas tentang apakah faktor sebenar kecederaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam perhimpunan BERSIH, 9 Julai lalu.
Reuters atau Reuters Group Limited, syarikat media yang berpengkalan di London, United Kingdom merupakan salah satu rangkaian media antarabangsa yang dipercayai Ketua Umum PKR itu.
Wartawan Reuters dibenarkan merakamkan detik-detik 9 Julai, dari Anwar bertolak dari Hotel Hilton hingga Ketua Umum PKR itu mengalami kecederaan dalam perhimpunan haram BERSIH.
Berikut disertakan 19 keping foto yang dipetik dari rakaman video Reuters di atas.
Keratan foto-foto itu bermula ketika Anwar (dirujuk sebagai nombor 1) bersama dua orang pembantunya, Ibrahim Yaakub (dirujuk nombor 3), Ketua Staff Anwar di pejabat Ketua Umum, Seksyen 16, Petaling Jaya dan Fayyadh Afiq (dirujuk nombor 2), pengawal peribadinya ketika mereka bersama-sama menyertai perarakan BERSIH di KL Sentral.
Foto-foto itu disusun mengikut kronologi kejadian dari foto A hingga S dengan disertakan minit-minit kejadian.
Tumpukan pada minit 0.19 bermulanya kejadian asak mengasak hingga Anwar ditolak dan minit ke 0.24 ketika Anwar jatuh akibat tolakan peserta perarakan itu.
Kronologi kejadian dari minit 0.12 hingga 1.03
Minit 0.12 – 0.14 – kelihatan Anwar, Fayyadh dan Hadi Awang, Presiden PAS bersama-sama dalam perarakan di KL Sentral.
Pada awalnya perarakan kelihatan tenang dan perjalanan lancar, walaupun keadaan sesak dengan dikelilingi dengan para wartawan.
Minit 0.16 – Bermulalah suasana tegang, tolak menolak di antara peserta-peserta BERSIH. Bunyi bising dan jeritan di kalangan peserta.
Anwar tersepit di kalangan kesesakan peserta.
Manakala para wartawan pula dengan sibuk menghampiri perarakan untuk merakamkan foto terbaik untuk media mereka.
Minit 0.17 – Dalam kesesakan itu, Ibrahim Yaakub yang terpisah agak jauh dari Anwar menoleh ke belakang mencari bosnya, Anwar, dalam kesesakan perarakan.
Ketika itu Anwar hanya ditemani oleh Fayyadh yang sentiasa berada di sebelahnya, tertinggal di belakang.
Manakala peserta lain sedang berasak-asak untuk bergerak ke hadapan
Minit ke 0.19-0.24 – Ibrahim Yaakub tiba-tiba meluru ke belakang setelah menyedari bosnya, Anwar telah diasak teruk oleh para peserta lain.
Fayyadh, pengawal peribadinya yang sentiasa berada di samping Anwar tidak dapat mengawal Anwar yang semakin diasak dan ditolak oleh para peserta BERSIH hingga menyebabkan kedua-dua tumbang.
Ibrahim Yaakub cuba membantu menyelamatkan bosnya, Anwar supaya tidak jatuh, tetapi gagal.
Anwar dan Fayyadh jatuh di atas jalan raya bertar yang mempunyai kesan kekotoran.
Ketika dalam kesesakan perarakan itu dan ketika Anwar dan Fayyadh jatuh, tiada polis, pasukan FRU atau skuad penembak seperti yang didakwa Fayyadh sebelum ini. klik
di sini
Anwar dan Fayyadh jatuh kerana ditolak dan asakan para peserta perarakan BERSIH.
Manakala para wartawan/media juga sibuk berasakan di kalangan peserta perarakan untuk merakamkan detik-detik menarik kejadian tersebut.
Minit ke 0.28 -0.33 – Ibrahim Yaakub menoleh ke hadapan berusaha untuk mendapatkan bantuan peserta lain di sekelilingnya untuk menyelamatkan Anwar yang telah jatuh dan dihimpit.
Ada seorang peserta berbaju kuning turut meluru ke belakang yang dipercayai mungkin untuk membantu Anwar.
Manakala peserta-peserta yang berada di barisan hadapan terus meluru ke hadapan yang kemudiannya diikuti oleh peserta lain dan para wartawan.
Manakala Anwar, Fayyadh dan Ibrahim masih tertinggal di belakang.
Minit 0.44 – 0. 52 – Anwar dipapah oleh Fayyadh dan Ibrahim dibawa keluar dari perarakan, keluar melalui sebuah esklator sempit dan tangga, menuju ke jalan bawah (underpass) KL Sentral untuk kembali semula ke lokasi asal, Hotel Hilton, KL Sentral.
Turut mengekori di belakang mereka adalah N Surendran, Naib Presiden PKR.
Anwar lega kerana berjaya keluar dari kesesakan orang ramai dan turut diberi makan ubat dan air mineral semasa meneruskan perjalanan di jalan bawah, Kl Sentral itu.
Terdapat kesan luka di pipi pembantunya, Fayyadh, manakala Anwar pula terdapat kesan comotan pada bahagian baju putih bahu belakang.
Minit 1.03 hingga seterusnya – Anwar kelihatan ceria kembali dan kembali membebel-bebel memarahi kerajaan kerana mengetahui wartawan Reuters sedang merakamkan apa yang diperkatakannya dan mengetahui wartawan itu sentiasa mengekorinya sepanjang perjalanan di jalan bawah, Kl Sentral menuju ke Hotel Hilton itu.
Mohon dirujuk kepada kronologi masa-masa yang tertera di foto-foto itu dan semak semula dengan menonton sekali lagi rakaman video Reuters di atas untuk membuat semakan dan analisis lanjut.
Sebarang maklumat tambahan atau sudut-sudut lain yang mungkin kami tidak nampak, harap diberi komen di bawah atau
AIDC
Info:
AIDC